CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aGuiLeHa

<< album terbaru SEARCH - Gothik Malam Edan out 070706 >>

[Copy link]
Post time 2-8-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 19-7-2006 01:49 AM
ehh aku dah post ke belom ek kat sini??? malas lak nak check...

btw....aku suka lagu.....IRAMA  MARAKAS.....


tengok amy perform ngan protege dia dalam mentor lagu nih..mantap lagi sore dia..walaupun dia nyanyi sket je..dan lagu nih memang best kalau live..layan beb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by aGuiLeHa at 16-7-2006 03:37 AM
deaf, aku dh masuk forum tu td..

sedihnye, rata2 otai search sume tak suka album ni.. sume kecewa, sume xsuka sentuhan edrie..
sume nak din & kid balik, sume nk boikot hillary.. huhuhu~~~
...

pada aku album ni memang berkualiti..bak kata m.nasir dlm vcd tu la.."search mesti keluar dengan satu standard..tak boleh kalau takde standard.." camtu la lebih kurang..
lagi pun kali ni edrie yg produce so dah tentu sikit sebanyak ada kelainan..kita kena terima sebab mungkin search ada alasan dorang sendiri..lagipun bukannya lain sangat pun..original line-up lagi tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by kangkung at 2-8-2006 12:21 PM
pendapat aku sumer lagu dalam album GME ni best..ada tarikannya yg tersendiri..so sumer faveret aku


bagus2..
aku plak ade gk 2 lagu yg aku kureengggg sket..
sama cm iscol, aku tak gemo sgt ampun ngan nyata atau maya tu laaa, hehhehe..
dlm list mp3 yg aku dgr pun aku dah tak letak 2 lagu tu dah.. huhuhuhu..

aku suka memori anna tp suara2 tu mmg annoying laa..
kalu search kasi 2 version lagu ni kan best.. satu yg ade suara2 adam anna tu, satu lg yg xde.. hehhehee

[ Last edited by  aGuiLeHa at 2-8-2006 06:40 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 06:43 PM | Show all posts

Reply #122 kangkung's post

aah, aku pun ok je ngan album ni.. bagus ape..

dh 10 tahun kita tunggu (tolak album bikin wilayah ngan slps banjir laa kan..)
slps 10 tahun, musti ade kelainan & pembaharuan.. ok laa tu..
search pun nak tarik peminat baru jugak..

kalu nak dgr lagu2 cm zaman 80an, 90an tu.. pasang balik laa album2 lama, bukan susah.. hehehhe..
ape2pun album karisma tetap mjadi pojaan hatiku, ekekekke.. =)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 06:46 PM | Show all posts
weih korang... konsert 25 tahun ni bilanye??
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 01:23 PM | Show all posts
dulu kan kata nak wat showcase dgn line-up GME ni kat Panggung Anniversary (nostalgia tuh!!), jadi ke idak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2006 04:00 PM | Show all posts
ntah, aku pun xdenga cite.. forum search kt duniasearch tu ade prob laa plak, kene tutup kjap..
aku nak carik info pun xdpt..

xtau laa kalu hari ni dh ok balik.. nnt2 aaa aku usha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 10:07 AM | Show all posts
ermmm .. kid pon pernah pakai wah-wah dalam album rock n roll pie and satu dua album lain, tapi rasa gua solo wah-wah hillary ni feel dia lebih sket, cam terikut2 pakai mulot gitu hehehe!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 12:40 AM | Show all posts
Review album Search baru kat sokkabar melayu Berita Harian Singapore.


Santai : 12 Ogos 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
REVIU ALBUM

'GROOVY' TAPI MATANG
Mutu album kesepuluh Search, 'Gothik Malam Edan', begitu baik

Oleh
Adam Mohd Yusop

SATU perkataan yang dapat dirumuskan penulis selepas mendengar kesemua keratan lagu di dalam album ini: Epik.

Pada 1986, anggota band yang pada pendapat penulis mempunyai karisma sekali - tarikan vokal Amy, dentuman dram Yazit, petikan gitar sakti Hillary dan degupan bass Nasir - menggegarkan zaman persekolahan menengah penulis dengan menghasilkan album Langit dan Bumi serta Mentari Merah Diufuk Timur.

Kini, setelah sekian lama menantikan Empire Garden yang kini dibekukan, barisan yang sama, cuma tanpa Din, pemain gitar irama, melahirkan sebuah album yang bagaikan menyemarakkan kembali suasana rok Melayu.

Penulis memberi peluang kepada beberapa orang mendengar album ini dan daripada maklum balas yang diterima, empat daripada lima menyatakan bahawa mereka puas hati dengan keseluruhan album daripada Search. Jika dilihat daripada perspektif kemajuan kumpulan Search, setiap album mereka mempunyai kelebihan masing-masing.

Dari segi mood dan tema lagu, ia begitu kuat, hasil gabungan dua penerbit dari dua zaman, M Nasir dan Edrie Hashim.

Edrie yang boleh dianggap sebagai anggota muda Search, beliau sentiasa bermain dengan visi lagu-lagunya dan memberikan suntikan baru kepada Search. Mungkin ramai peminat setia Search inginkan kugiran ini bermain dengan cara mereka yang lama, tetapi Search menampilkan susunan lagu-lagu yang menarik. Mutu produksi album ini juga semakin meningkat daripada album-album mereka sebelumnya.

Susunan lagu-lagu dalam album ini bukan sahaja mempunyai irama 'groovy' malah susunan muzik dan liriknya begitu matang sekali.

Kehadiran Loloq yang menghadiahkan lima kuntum seni kata yang bernas dan mendalam, mewarnakan lagi penyampaian kumpulan rok ini. Album ini juga seimbang dan cukup memenuhi cita rasa rokers semua.

Jika mahu meluahkan perasaan, bolehlah 'menghentak kepala' atau headbanging mengikut irama Memoria Anna, Gothik Malam Edan, Yin dan Yang serta Irama Marakas.

Ingin menghayati seni kata emas atau sekadar bersantai menikmati iramanya? Lara Tari Pencinta, Menawan Raja, Nyata dan Maya dan Ampun adalah jawapannya.

Namun secara peribadi, penulis begitu gemar dengan lagu rok Gurindam Cinta Khayam. Korusnya sentiasa terngiang-ngiang di telinga dan anak kecil mampu menyanyi bersama-sama melodinya.

Edisi terhad ini juga mempunyai vcd yang memaparkan pembikinan album dan interviu dengan anggota Search, M Nasir dan Edrie Hashim serta beberapa orang di balik tabir.

Apa yang membuat Search hebat? Lagu-lagu yang emas dan imej yang sentiasa mengikut peredaran zaman. Daripada memakai seluar ketat yang diberi jolokan 'seluar Search' pada tahun 1980-an dan berkasutkan jenama diadora jenis high cut hingga sekarang, roker yang matang tetapi rugged.

Search bukan sahaja satu kugiran, malah satu ikon rok Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2006 01:19 PM | Show all posts
bump!!

sapa2 lg dh beli album ni?? mehlaa kongsi review korang.. =)
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 01:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2006 12:06 PM | Show all posts

Reply #131 dhani's post

ekekeke, chomel.. =)

slmt bpose gk utk sume..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:36 PM | Show all posts
aku ada cakap aritu lagu irama marakas tu mengingatkan aku kepada sebuah lagu...
yeaaa...lagu tersebut ialah pembakar perasaan...persamaannya, 2-2 lagu korus ada piano, tapi pembakar perasaan piano dari awal sampai abis
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 03:29 AM | Show all posts
the making of gothik malam edan.......

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 03:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 03:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2006 03:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 03:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 03:10 AM | Show all posts
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &showvoters=yes


undila lagu search di sana

sebagai peminat search supportlah search



p/s : jangan undi jacylin !!! hahahahaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2006 01:07 PM | Show all posts
ececce, ida udah jd mod!!! cayalahh, bravo2!! =)

dah undi dh, macehhh bgtau.. =)
tp lagu tu kurenggg aku minat, huhuhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.481954 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list