CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: taiqoaboi

LA GOSSIP DA KOSMO!: Panggil SITI aja

[Copy link]
Post time 18-8-2006 07:13 PM | Show all posts
ct..ct... pasai apa hang jadi macam ni... nak kahwin tu kahwin ajela... tak payah nak canang segala2nya.... hang tu ambik laki orang.  pandai2 le bawak diri..

tu le halnya kalau tak berpendidikan tinggi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2006 03:09 AM | Show all posts
Originally posted by chic at 18-8-2006 07:13 PM
ct..ct... pasai apa hang jadi macam ni... nak kahwin tu kahwin ajela... tak payah nak canang segala2nya.... hang tu ambik laki orang.  pandai2 le bawak diri..

tu le halnya kalau tak berpendidika ...


sorry ye..berpendidikan tinggi ke rendah ke bukan halnya...

org yg berpendidikan tinggi pun byk yg tipu belit...so benda ni tak ada kena mengena ngan taraf pendidikan kita....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 07:32 AM | Show all posts
ramai yang marah2 ct ye. Entahlah....Aku pernah bersembang ngan TZ sekali, baik orangnya. Walaupon nampak vogue, dia tak sombong. Aku tengok TZ tu macam lambang pengorbanan. Dah byk. dia berkorban utk. laki dia, mungkin TZ tak sesuai dgn. DK.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 09:46 AM | Show all posts
hihihihi...tak payah lah nak datangkan virus kat sini myseba..teman lagilah jumpa ct banyak kali langsung tak pernah cakap besar orangnya macamna,budi pekertinya,humblenya...tak pernah berubah...ini baru jumpa sekali dah kecoh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by myseba2u at 19-8-2006 07:32 AM
ramai yang marah2 ct ye. Entahlah....Aku pernah bersembang ngan TZ sekali, baik orangnya. Walaupon nampak vogue, dia tak sombong. Aku tengok TZ tu macam lambang pengorbanan. Dah byk. dia berkorban  ...

Hek eleh.. Jumpa skali pun kecoh!! Aku dah jumpa ct byk kali.. Terserempak lagi kat Jusco Maluri. Dia senyum jer kat org yg tgk dia. Aku tegur sipa layan lagi walaupun ct x make up.. Ct best.. X sombong... I Luv Ct 4ever..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 02:24 PM | Show all posts
Hek eleh, pasal aku tak pernah jumpa ct lah aku tak cakap apa2 pasal dia. Aku pernah jumpa TZ, so aku cakaplah aku just jumpa dia. So What!! macam ni ker perangai fans ct??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2006 02:46 PM | Show all posts
nak bercakap pasal TZ bukan sini tempat diaa... butaa ker ??
semua anti cam ni ker perangai dia, dok melalak citer pasal orang lain... ??  prrrffftthhh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 19-8-2006 02:46 PM
nak bercakap pasal TZ bukan sini tempat diaa... butaa ker ??
semua anti cam ni ker perangai dia, dok melalak citer pasal orang lain... ??  prrrffftthhh...


Tengoklah tajuk dia "saya bukan perampas' , mestilah ada kena mengena dgn. TZ. Asalnya aku ni bukan antict,tapi dah alang2 org. kata aku anti ni, aku pon nak daftarlah jadi anti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2006 03:53 PM | Show all posts
SAH.

selain buta mata,
hati pun turut buta..

no wonder... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by dauzz at 14-7-2006 08:43 PM
hmmmm ct nmpk gemuklaa


Kasma Booty akan datang!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by FantastikCt at 19-8-2006 01:40 PM

Hek eleh.. Jumpa skali pun kecoh!! Aku dah jumpa ct byk kali.. Terserempak lagi kat Jusco Maluri. Dia senyum jer kat org yg tgk dia. Aku tegur sipa layan lagi walaupun ct x make up.. Ct best.. X  ...


haku pon penah jumpa kat Jusco Alpha Angle. dia memang TAK LAWA!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 13-7-2006 12:53 PM
wajah penuh bahagia...ptuiiiii
bahagia la pasai tok misai dah sah bercerai.
keji btol pempuan ni



bila dah beranak besok, pa%$#@ dah barai.. baru rasa mcam mana 'bahagia' nya bila tak dpt mengem00t si 'daddy' lagi. hahahahahahahhha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by myseba2u at 19-8-2006 03:52 PM


Tengoklah tajuk dia "saya bukan perampas' , mestilah ada kena mengena dgn. TZ. Asalnya aku ni bukan antict,tapi dah alang2 org. kata aku anti ni, aku pon nak daftarlah jadi anti.


oh. nak daftar ek? lps isi borang, hantar kat sis Icelemontea, pastu boleh amik token berupa satu beg hadiah dalam dia ada merchandize apa sumer tmasukla air mineral dan cokelat ahahahahha
Reply

Use magic Report

Bu_er This user has been deleted
Post time 21-8-2006 05:35 PM | Show all posts
tahape2 la...bende kecik pun jadik issue...dah kebetulan jodoh die time TZ tu nak becerai dgn datuk K...nak buat camne...tak baik bersangka jahat ngan orang lain...bende yang tak tahu tu tak payah pandai2 nak kate...diam sudah...biase la tu...orang yg berjaya ni selalunye ramai je orang lain yang tak suke dengan kejayaan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:39 PM | Show all posts
aku raselah bila dah baca macam2 kenyataan mengenai siti ni
dia ni sebenar nye kesunyian lah kut
live remaja dia tak macam remaja lain dia sibuk menyanyi, show sana show sini terikat dengan jadual artis dia, pokoknya sibuklah kan
kesianlak bila baca kenyataan dia tak ada tempat nak mengadu masaalah diri sendiri
Reply

Use magic Report

taiqoaboi This user has been deleted
 Author| Post time 23-8-2006 10:33 PM | Show all posts

Doakan yang terbaik buat saya

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat anda pembaca setia KOSMO! Ahad. Salam paling manis daripada saya buat anda yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan yang berterusan kepada akhbar ini selain sentiasa berada di belakang saya setiap kali saya melalui kehidupan sebagai anak seni.
Ketika mahu memulakan tulisan ini, hati saya sebak kerana memikirkan inilah tulisan atau juga mungkin saya sebut sebagai catatan atau nota terakhir saya dalam akhbar yang telah banyak memberi sokongan kepada saya.
Pena Siti berakhir minggu ini! Aduh suatu hakikat yang sukar saya terima pada awalnya, namun saya harus sedar dan perlu realistik bahawa selepas ini saya akan melalui sebuah fasa baru dalam kehidupan saya dan saya tidak yakin dapat memberi komitmen untuk menulis setiap minggu.
Bahkan, saya juga tidak mahu membiarkan sidang editorial KOSMO! khususnya mereka yang bertugas di bahagian hiburan ternanti-nanti artikel yang perlu saya siapkan yang ada kalanya terbabas dan hanya sempat dihantar pada hari Sabtu. Minta maaf banyak-banyak abang Dean (Saharudin Musthafa, Pengarang Hiburan KOSMO!).
Catatan terakhir ini saya karang pada hari Khamis lalu ketika fikiran saya juga melayang memikirkan hari-hari baru yang akan saya lalui bermula esok.
Namun, sedaya upaya juga saya berusaha memerah otak memikirkan saya wajar mencatatkan sesuatu yang manis untuk dikongsi dan dijadikan renungan buat semua.
Percayalah, luahan dan tulisan yang bersandarkan apa yang terbuku di ruang fikiran saya selama ini menerusi Pena Siti adalah terjemahan saya mengenai apa sahaja yang terperosok dalam ruang fikiran saya tidak kira ia mengenai kerjaya seni saya, kisah peribadi saya mahupun apa sahaja yang berlaku di persekitaran saya.
Saya fikir, saya telah melaksanakan tanggungjawab dan tugas seperti yang diminta dan dibincangkan dengan sidang editorial akhbar ini.
Pada masa yang sama, saya percaya, ada banyak kekurangan dan kelemahan yang tidak dapat saya elakkan. Maklum saja, saya bukan seorang penulis profesional atau juga wartawan yang kerja mereka menulis setiap hari.
Tetapi, peluang dan ruang yang diberikan kepada saya oleh akhbar ini saya fikir telah cukup memberikan saya peluang untuk mengenali dan mendalami dunia penulisan bermula 19 Februari lalu.
Sedar tak sedar sudah enam bulan saya menulis di dalam akhbar dan banyak kemanisan yang saya peroleh antaranya saya dapat merasakan hubungan saya dengan peminat-peminat menjadi lebih akrab.
Pantas benar masa berlalu dan bila dikenang semula saya sendiri hampir tidak percaya yang saya sudah 11 tahun menjadi anak seni.
Bahkan, ada ketikanya saya sendiri akan tertawa sendirian memikirkan setiap fasa kehidupan yang saya lalui.
Seperti juga orang lain, selepas dilahirkan, saya diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa saya.
Syukur yang tidak terhingga kerana emak dan abah saya telah menyempurnakan tanggungjawab mereka membesarkan saya.
Saya perlu luahkan di sini, bahawa pengorbanan emak dan abah dalam hidup saya terlalu besar ertinya.
Selepas meninggalkan alam persekolahan saya memilih untuk menjadi seorang artis secara sepenuh masa dan keluarga memberi restu dan sokongan yang tidak terhingga.
Selama lebih sedekad saya mendaki satu demi satu anak tangga. Biarpun saya tidak sebertuah orang lain yang berkesempatan menuntut ilmu di universiti, namun, saya gembira dan bersyukur kerana Tuhan telah memberikan saya rezeki dalam bidang seni.
Ramai juga yang sering mempersoal tidakkah saya merasa kesal kerana tidak melalui kehidupan seperti remaja lain.
Secara jujurnya, saya terlalu gembira dengan apa yang saya lalui walaupun terpaksa mengorbankan kehidupan remaja dengan bekerja.
Pada saya, apa yang saya lakukan sepanjang alam remaja saya ialah tanggungjawab. Meskipun berat ada kalanya, namun saya sentiasa redha dan yakin bahawa ada hikmah yang dijanjikan olehNya pada masa depan. Mudah-mudahan.
Kerja, kerja, kerja, kerja dan kerja. Itulah yang sering diberi gambaran oleh banyak pihak kepada saya. Saya tidak nafikan ada kebenarannya.
Bila difikirkan, saya sendiri baru menyedari saya bekerja secara sepenuh masa selama 10 tahun.
Namun, saya tidak ada sebarang keluhan atau rungutan kerana saya gembira dengan kerja yang saya buat. Saya bersyukur kerana dapat menggembirakan anda semua.
Paling saya bersyukur, saya dikurniakan oleh Tuhan rezeki yang dapat dikongsi dengan keluarga. Bukankah itu satu nikmat?
Saya juga seperti manusia lain dalam mengharungi hidup tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai cabaran.
Pernah juga merasa tertekan tetapi saya harus bijak dan berfikiran waras kerana saya tidak boleh membiarkan masalah membelenggu diri saya tanpa mencari penyelesaiannya. Mujur, keluarga sentiasa berada di belakang saya bila saya memerlukan mereka.
Ada juga yang datang dan bertanya kepada saya, kalau saya balik ke rumah selepas mengadakan persembahan, siapa pula yang menghiburkan saya?
Saya jawab, bila tengok peminat gembira, ia sudah menjadi penawar buat saya dan selalunya juga, anak-anak saudara saya menjadi teman untuk saya berceloteh dan bermesra.
Namun, hati seorang wanita ada kalanya terusik apabila usianya mencecah 25 tahun ke atas dan saya tidak terkecuali.
Sebaik usia saya menginjak ke angka itu, saya terasa sangat-sangat sunyi dan mula memikirkan saya memerlukan seorang teman yang dapat sama-sama menyelami emosi dan perasaan saya.
Bagaimanapun, ketika itu, kerjaya seni saya benar-benar tidak mengizinkan saya untuk memberikan komitmen terhadap cinta dan saya abaikan perkara itu dan memberi tumpuan pada kerja-kerja seni.
Berkat kesabaran, kini ganjaran yang dijanjikan oleh Allah pada saya sudah tiba.
Takdir menentukan saya akan menjadi milik seorang lelaki dan esok, Insya-Allah dengan doa dan restu semua pihak, saya akan menjadi isteri orang.
Doa dan harapan saya sebaik melangkah dengan langkah kanan ke alam baru esok ialah perjalanan hidup saya akan berjalan lancar.
Sudah tentu juga saya akan menghadapi cabaran baru dalam hidup, namun itulah yang dinamakan kehidupan.
Rasa gembira dan berdebar tidak dinafikan semakin dirasakan kerana kurang 24 jam daripada hari ini saya akan bergelar isteri kepada Khalid Mohamad Jiwa.
Kepada anda yang budiman, tiada apa yang saya harapkan melainkan panjangkanlah doa dan restu anda kepada pilihan yang saya lakukan.
Walaupun hati saya akan dimiliki oleh lelaki yang bernama suami, namun bakat seni yang dianugerahkan akan sentiasa dikongsi dengan anda semua.
Percayalah segala suka, duka, kritikan dan komen demi kebaikan kerjaya seni saya yang anda berikan selama ini tidak akan sama sekali saya upakan selagi hayat dikandung badan.
Kepada warga kerja KOSMO! jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk berkongsi rasa dengan peminat-peminat tercinta.
Inilah catatan seorang anak seni yang melalui hari-hari yang mungkin tidak sama dengan orang lain.
Sekali lagi buat ibu bapa yang begitu tabah dan sabar yg memahami kerjaya anaknya, pengurusan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd., yang selama ini bertungkus-lumus membantu memastikan kejayaan saya.
Demikian juga dengan pengurusan syarikat rakaman Suria Records, penggiat-penggiat seni, rakan-rakan wartawan baik di  media cetak mahupun elektronik, teman-teman artis serta peminat-peminat tercinta tidak kira di mana sahaja.
Sebelum saya terlupa saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-49 pada 31 Ogos ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


taiqoaboi This user has been deleted
 Author| Post time 23-8-2006 10:34 PM | Show all posts

Siti puasa penuhi nazar

Oleh MALIAH SURIP
maliah@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

taiqoaboi This user has been deleted
 Author| Post time 23-8-2006 10:35 PM | Show all posts

Set hantaran bertemakan lagu

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

taiqoaboi This user has been deleted
 Author| Post time 23-8-2006 10:36 PM | Show all posts

Khalid tenang, Siti berdebar

Oleh Yusman Awang
hiburan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

taiqoaboi This user has been deleted
 Author| Post time 23-8-2006 10:36 PM | Show all posts

Rambut hari pernikahan Siti

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

HARI ini merupakan hari perkahwinan Siti Nurhaliza. Sudah tentu Siti mahu kelihatan berseri pada hari bahagianya ini. Seri wajah seseorang wanita tidak lengkap tanpa memiliki 憁ahkota
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088657 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list