CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3315|Reply: 9

Read it 4 ur own sake

[Copy link]
Post time 13-7-2006 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Tuan² & puan² doktor...
betui ka nih? clarify plsss :bgrin:




1.  MATA
Bertindak balas dengan keadaan hati.
         
a. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
    Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses
    pembuangan toksin.

b. Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada  waktu   pagi. Menandakan proses
    penyeimbangan hati sedang berlaku.

c. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku.
     Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
    bebanan kerja

e. Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas
    hati atau bebanan yang berat.



2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

a. Selsema
        i). Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
        ii). Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan
             meningkat).

b. Hidung sebu
        i). Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
        ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c. Bersin
         i). Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
         ii).Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK   

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
     Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di
    bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang
    yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a. Kerongkong  kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di
    seluruh badan.  Ini adalah tanda bahawa  badan kita memerlukan
    banyak air untuk membuang toksin.
b. Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

a. Bibir pucat
       i).  Sistem penghadaman yang lemah.
       ii). Perut mengandungi angin.
       iii).Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang
            kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum
memakan zat besi.

b. Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a . Lidah  atau  gusi  bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai
     masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran
     koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b.  Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser):
     Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c.  Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk
     pembuangan toksin.


7. TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.

a. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b. Telinga  berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.
    Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang
    setelah berjalan-jalan.


8. KULIT     

a. Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b. Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
     
c. Ruam dan Bisul : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan
    toksin  yang tidak larut dalam air.
     
d. Kulit gatal dgn ruam : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit
    akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

e. Kulit pecah dan berair : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
    air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2006 05:18 PM | Show all posts

9. RAMBUT GUGUR:
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur,
rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sendi Sakit
          i). Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi
              berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
          ii).Tidak rasa  panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
          iii)Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah
               menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b.  Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c.  Kebas Tangan dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
     Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini
     menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
     
d.  Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e.  Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah.  Biasanya disebabkan
     oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f.  Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
     
g.  Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat
     lemah tenaga batin.
     
h.  Gatal Di Celah2 Kaki :  Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk
      (Hong Kong Foot).


11. TANDA-TANDA DALAMAN - KEPALA

a. Kepala  - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
    kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung
    dan saraf otak.
     
b. Pening / Sakit Di Bahagian Depan Kepala
          i). Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan
              mental dan banyak berfikir.

c. Pening / Sakit Di Bahagian Belakang Kepala
         i.  Bahagian  atas :  Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
         ii. Bahagian  bawah (tengkuk) :  Menunjukkan penyakit tekanan
             darah tinggi atau tekanan darah

d. Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga - Menandakan penyakit
     migrain.
     
e. Bisul Terjadi Di Kepala  - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku.
    Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f. Rasa Pening Yang Memusing  - Tanda kurang darah atau pengaliran
    darah tidak lancar.


12. MULUT / KERONGKONG      

a. Loya / Muntah - Tanda penyakit lelah.
            i). Pembuangan bahan toksik dari  bahagian perut.
      
b. Muntah Darah
           i). Darah  merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di
                                        bahagian kerongkong.
           ii). Darah  hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di
                                        bahagian perut, misalnya penyakit ulser.

c. Lidah Rasa Tegang Dan Pendek- Tanda sakit jantung.

d. Keluar Air Liur Yang Pekat - Proses pembuangan toksin dari
    kerongkong akibat jangkitan kuman.


13. KENCING      

a. Kencing Kerap : Menunjukkan  buah  pinggang  mengandungi
    kotoran yang terkumpul.

b. Air Kencing Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam
    buah pinggang.

c. Air Kencing Berlemak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi
    kotoran berlemak.
      
d. Air Kencing Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan
    toksin sedang berlaku.
      
e. Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


14. BUANG AIR BESAR

a.  Cirit-birit / Kerap Buang Air Besau : Membersihkan kotoran /
     keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas
     memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
        
b.  Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
        
c.  Najis Berdarah
            i). Darah  merah : Masalah penyakit buasir atau barah di
                bahagian usus.
            ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
      
d.  Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin
     di bahagian usus sedang berfungsi.


15. TINDAK BALAS BADAN        

a. Badan Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah
    disebabkan saluran darah yg tidak lancar.
             i).  Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
             ii). Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
             iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf
                  yang berkaitan dengan organ- organ badan.
             iv)  Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
        
b.  Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh2 : Badan mengandungi
      asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c.  Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan.
     Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan
     proses pembuangan toksin.

d.  Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet
     muda sedang berlaku.


16.  TINDAK  BALAS  EMOSI         

a. Rasa Takut / Mudah Terkejut : Lemah fungsi buah pinggang.
     Tenaga batin lemah.
     
b. Cepat Naik Darah / Marah : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
         
c. Rasa Bimbang Dan Takut : Sistem paru-paru yang lemah.
         
d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab
               i). Sistem jantung yang lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 06:48 PM | Show all posts
he he mana cek dapat ni ... ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 06:53 PM | Show all posts

email laa.. mana lagik
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by Pe4RL at 13-7-2006 05:18 PM

16.  TINDAK  BALAS  EMOSI         

a. Rasa Takut / Mudah Terkejut : Lemah fungsi buah pinggang.
     Tenaga batin lemah.
     
b. Cepat Naik Darah / Marah : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
         
c. Rasa Bimbang Dan Takut : Sistem paru-paru yang lemah.
         
d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab
               i). Sistem jantung yang lemah.



aku rasa speciality bahagian nih tak de lagi la.. ini cabang cardiopsychiatry (d), psychonephrology(a), psycorespirology(c) dan gastropsychiatry(b)... nih..:nerd:


:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 07:37 PM | Show all posts

aperkerbender tuh dok?
plain engliah...  eh BM plssss
yg lelain tuh betui ka?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2006 01:42 PM | Show all posts
betul ka sume info tu? Kat mane dapt ek.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 01:32 AM | Show all posts
Originally posted by Pe4RL at 13-7-2006 07:37 PM

aperkerbender tuh dok?
plain engliah...  eh BM plssss
yg lelain tuh betui ka?



tembak je
:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 01:07 AM | Show all posts
bole caya ke semu nih?? huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 08:05 AM | Show all posts

ituler nak tanya depa sumer nih
tapi sorang pong tak jawab...
tatau ler doktor bertauliah ker tak tuh :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058200 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list