CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: topeng perak

Hari Kiamat Akan Berlaku Pada Tahun 2900 ??

[Copy link]
Post time 6-8-2007 11:45 AM | Show all posts
Insyallah Hari Kiamat akan datang ... bila tarikh nya? itu tak penting ... yang penting nya ... adakan kita telah bersedia? ... mengapa perlu di pertikaikan tarikh kehadirian nya? ... yang penting ... penuhkan lah diri kita dengan ke imanan ... itu yang terpenting dan utama, qada' dan qadar' , bila kedatangannya kiamat itu semua adalah urusan Allah SWT ... kita sebagai hamba nya ... mestilah bersedia dan melengkapkan diri dengan ke imanan dan ketakwaan.  Kematian seorang hamba Allah, itu kan salah satu tanda-tanda kecil kiamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 10:55 AM | Show all posts

Reply #109 aizverus's post

upgrade amenda tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 09:37 PM | Show all posts

Reply #110 sedondon's post

golden age kot.......zaman di mana tiada lagi kekacauan dan perselisihan........
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2007 03:22 AM | Show all posts
zaman keadilan.... tiada lagi kegelapan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 12:08 AM | Show all posts
Allah nak jadikan kiamat tu bila2 masa jer. org akan kata imam mahadi tak keluar lagi. dajjal blom. perang armageddon blom.. tu blom ni blom. tapi kena ingat kuasa Allah blh buat apa ajer. Allah blh kiamatkan dunia ni jumaat ni. camner .. dgn panjangkan masa dlm 1 hari. dlm 1 hari blh terjadi sume tu.

sekadar pendapat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 02:52 AM | Show all posts
kot ni tak sek ugama ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2007 08:50 AM | Show all posts
UIhhh bukankah dikatakan manusia berupa pelik tu ialah sebab apa yang dibuat ketika di dunia?

Dan yang kata upgrade ke zaman keemasan tu...bukan ideologi kristian ka (sort of)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 23-10-2007 08:50 AM
UIhhh bukankah dikatakan manusia berupa pelik tu ialah sebab apa yang dibuat ketika di dunia?

Dan yang kata upgrade ke zaman keemasan tu...bukan ideologi kristian ka (sort of)
bukan kristian ideology, tapi Hinduism...

Yuga / zaman / age yg sentiasa berulang - wikipedia


penerangan ringkas dan mudah difahami apa itu Photonic Belt

http://www.librarising.com/cosmology/2012.html

kemungkinan Bumi mahu pun alam semesta adalah "suatu hidupan yg bernyawa" yg bertindak balas bila ada something wrong dengan diri mereka. Macam manusia or hidupan....

Baca Gaia Theory
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2007 06:14 PM | Show all posts

Reply #114 seorang_pelajar's post

Allah nak jadikan kiamat tu bila2 masa jer. org akan kata imam mahadi tak keluar lagi. dajjal blom. perang armageddon blom.. tu blom ni blom. tapi kena ingat kuasa Allah blh buat apa ajer. Allah blh kiamatkan dunia ni jumaat ni. camner .. dgn panjangkan masa dlm 1 hari. dlm 1 hari blh terjadi sume tu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Timekasih atas pandangan dr anda. Memang ade benarnye. Kiamat berlaku bersesuaian dgn sifatNya- Ad Dhaar @ Maha Pemberi Derita
             Al Muntaqim @ maha Penyiksa.

Perlu juga kita tahu bahawa sifat2 Allah diatas adalah didahului @ di lebihkan @ diutamakan dgn sifat2 spt
Al-Lathif @ Maha Lembut
Ar-Rahman @ Maha Pengasih
Ar-rahim @ Maha Penyayang

Senang crite mcm ni, kiamat memang 1 penghancuran yg amat dahsyat tetapi Allah S.W.T telah memberi beberapa hint utk peristiwa ni (bukti dr sifat rahmat & penyayangNya) melalui Baginda Rasulullah S.A.W.
Cthnye:-

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad s.a.w. kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 07:49 PM | Show all posts

Reply #113 aizverus's post

Assalamualaikum aiz,

Memang banyak crite & kisah bab kiamat nih. seronok gak klau di bawak berbincang.

Sy gak ade beberapa pandangan (tp x pastilah kan sbb kiamat besar ni blum berlaku lg) ttg
*matahari sejengkal...-ia juga boleh terjadi sbb-sblum segala kejadian tercipta, perkara asal ialah 1 nur yg teramat pure dr Allah telah diwujudkan. Disebabkan nur yg teramat suci & bersih ni, ia akan membawa pelbagai akibat buruk kpd kejadian2 yg kotor & hina. Kekuatan cahaya ni adalah gambaran utk matahari yg sejengkal jaraknye. Cube kite renungkan sejenak sbb ade sesetengah manusia di padang mahsyar akan ade yg menaiki kuda (balasan diatas amalan baik semasa di dunia). Klau manusia yg berdiri 2 mempunyai matahari yg sejengkal sudah tentu kepala si penunggang kuda akan termasuk dlm matahari 2. Btul x? Jadi pada sy, mungkin yg dikatakan matahari yg sejengkal 2 adalah cahaya pure yg amat kuat & akan menjejaskan pd jasad2 yg kotor dgn amalan2 yg dilaknat Allah smasa di dunia.(yg menjadi sebatian pd jasad manusia2 ingkar kpd Allah).

*padang yg teramat luas...
*ramai makhluk2 tuhan...
*pakat dok cari nabi sebab nak dapat syafaat...
Bab ni mungkin terjadi bermula dr tiupan sangkala yg pertama. Bg sy, tiupan ni akan menghasilkan 1 bunyi @ frekuensi yg amat kuat hingga menggegarkan & memusnahkan segala benda & dimasa yg sama semua penjaga perhiasan alam (planet2 & bintang2) yaitu para malaikat akan mati (semua yg bernyawa pasti akan merasai mati). Akibat tiada yg menjaga segala peredaran & pergerakan bintang (telah mati) jd segala benda ni akan berlanggar & betembung di antara 1 dgn lain. bayangkanlah klau matahari bertembung dgn segala planet2 & smua bintang yg ada di cakerawala. Boom yg teramat dahsyat pasti terjadi. Akibat dr perlanggaran & letupan yg berlaku maka hancurlah smua seumpama debu & jelaga2.

Debu2 & jelaga2 hangus ni akan bercantum menjadi 1. Mustahil ke nk bercantum smua ni. Pd Allah tiada yg mustahil klau Dia menghendaki. Sedangkan luka di badan boleh bercantum, inikan plak debu2. Btul x? Oklah balik pd crite smula. Klau smua debu dr kehancuran matahari, bumi, nibiru , senang crite smua skalilah bercantum jd 1, pasti 1 hamparan padang yg amat luas akan terhasil. Waktu kat sinilah smuanye akan dibangkitkan & akan share 1 alam (kehancuran tadi melibatkan smua alam yaitu alam nyata & ghaib. sbb 2lah smua makhluk kena share pd 1 alam kat padang mahsyar. Yg dibangkitkan dulu tentulah si peniup sangkala. Lpas dia tiup barulah 1 per 1 bangkit mengikut giliran memasing x kira dr jenis malaikat ker, manusia ker, jin ker @ syaitan ker. Kumpul smua. Waktu ni kite nampaklah benda2 yg slama ni hasut & dengki kat kite. Pastu bermulalah skrip seterusnye termasuklah mahkamah Allah & segala rakaman2 video akan dipertontonkan ttg sejarah kehidupan tiap2 org kecuali yg tertentu je.

Aiz & pembaca smua, statement yg sy bagi ni (proses berlakunye kiamat smpai ke padang mahsyar)adalah cuma berdasarkan pandangan sy yg ringkas je. X mesti ianye 100% betul. Klau nk percaye, percayelah & klau x, ok gak. Klau sesape ade pandangan lain jomlah kongsi sesame. Oklah maap bebanyak & sekian dr sy. Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:54 PM | Show all posts
maybe btol..

kita pun xtaw..

tp kita leh cari..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 10:37 PM | Show all posts
kita mmg suke berbincang jer la, tp dah sedia ke mengadap kiamat?
kalau dah bersedia alhamdulillah la..

p/s - komen ni utk aku gak laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 03:52 AM | Show all posts

hanya Dia yang mengetahuinya

hanya Dia yang mengetahuinya---- so, LET GO..

tapi, yang tahun keemasan tu 7 tahun ke 700? aku rasa macam 7 tahun..(selepasa kedatangan Nabi Isa..) - 7 tahun yang penuh harmoni.. pastu baru kiamat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 09:56 AM | Show all posts
Teori hari kiamat

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?



RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.


RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.


AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.

Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.

Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

Perlanggaran galaksi

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.


ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.
Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.


"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

Terma Kosmofobia

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 10:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by slier81 at 11-11-2009 10:26

Nabi Muhammad S.A.W pn x tau bila khiamat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:42 AM | Show all posts
Allah Maha mengetahui segalanya2 yg ghaib dari pandangan n poengetahuan manusia. pada aku x salah mengkaji pasal "bila berlakunya kiamat ni" jika atas dasar untuk menunjukkan kebenaran bahawa firman Allah adalah benar n untuk memberikan keinsafan kpd kita semua. tpi kita x boleh la percaya bulat2.. hehe

Kan Allah suruh manusia mengkaji setiap di langit n di bumi agar keimanan kita bertambah kuat... itu kajian tuan rumah n pndapat dia sahaja.. x salah n bagus laa pada aku nie sebab sekurang2nyer kita semua akan btambah insaf n mengingati perihal kiamat kecil (kematian)... {:2_66:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 04:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by Jeedai at 18-10-2010 16:07

hehe...mcm manusia jugak."dijangkakan" seorang manusia tu boleh hidup selama 100 tahun berdasarkan tahap kesihatan yg memberangsangkan.tak ada sakit jantung,kanser,aids,selsema burong dan lain2 penyakit bahaya yg boleh bawa maut.

tapi tiba2...manusia tu mati pada petang hari tu jugak....mati sebab eksiden.tak dijangka pulak dia akan mati eksiden petang tu.

mati = kiamat kecil,sama jugak mcm cerita kat atas.manusia cuma boleh kata yg matahari akan musnah sekian2 juta tahun.

moral of the story : manusia cuma boleh mencongak,mengira,berfikir,bertanya mengkaji.tapi kuasa penentu tetap mutlak milik Allah s.w.t............



just my duakupang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:11 PM | Show all posts
persoalan dan peringatan untuk diri sendiri :

"dah bersedia belom..??"

sebab ramai manusia yang mati.......walau hari kiamat belom berlaku............
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:21 PM | Show all posts
Takde satu makhluk pun di muka bumi ini yg tahu bile berlakunye kejadian kiamat...
itu hanyalah urusan dan kekuasaan Allah SWT...
Jadi sblum tt terpesong akidahnya lebih baikla kembali semula ke jln yg lurus...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 11:29 PM | Show all posts
kalau kiamat 2900 mungkin sky dah mati waktu tu,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.076809 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list