CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6479|Reply: 21

CEREKARAMA (Sabtu 15 Julai 2006) ~ PAGAR KAYU ROBOH

[Copy link]
Post time 15-7-2006 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Cerekarama : Pagar Kayu Roboh

Rahmat dan Yati serta Yatim dan Markonah tinggal berjiran di sebuah kampung. Kerana sejarah silam, mereka hidup bermusuhan. Rahmat dan Markonah merupakan pasangan kekasih, begitu juga Yatim dan Yati. Namun kerana mengikut kata orang tua, mereka berkahwin. Sejak itu mereka berdendam, dengki berdengki dan mereka membina pagar kayu memisahkan halaman mereka.



Ini berbeza dengan Azmy dan Rita, anak Rahmat  dan Yatim yang masih bersekolah rendah. Kedua-dua mereka begitu akrab dan hairan melihat sikap ibu dana bapa mereka yang sering bergaduh dan menunjuk-nunjuk apabila membeli barang. Rita dan Azmy bosan dengan sikap kedua ibu bapa mereka yang kebudak-budakan itu.



Sikap dengki mendengki mereka telah mengundang pelbagai peristiwa lucu. Rahmat dan Yatim sering menunjuk kehandalan mereka berlumba motosikal semasa berselisih jalan dan akhirnya terbabas ketika mengelak seekor lembu. Mereka juga sering menyindir semasa sendiri ketika minum di warung yang akhirnya terpaksa dileraikan tok ketua dan penduduk kampung setelah hampir bertumbuk.



Yati dan Markonah yang bermulut celupar pula sering menyakiti hati masing-masing dengan kata-kata laser yang menusuk kalbu dan sengaja mempamerkan kesenangan masing-masing seperti memakai gelang dan rantai emas yang berselirat di tangan dan leher untuk menyakitkan hati sesama mereka.



Keadaan tersebut berlarutan untuk beberapa ketika dan menjadi semakin parah. Rahmat, Yatim, Yati dan Markonah semakin ligat mendengki dan menyakiti hati sesama sendiri. Azmy dan Rita cuba menjadi orang tengah mendamaikan hubungan keluarga mereka tetapi tidak berhasil.



Azmy dan Rita mendapat idea sewaktu pulang dari sekolah mereka menalipon Markonah dan memberitahu mereka diculik tetapi mereka kemudiannya benar-benar diculik dua penagih dadah yang kebetulan mendengar perbualan mereka. Markonah kelam kabut apabila mendapat benar-benar Azmy dan Rita diculik. Mereka saling salah menyalahkan atas apa yang berlaku.



Dengan pertolongan tok ketua dan orang kampung, penagih dadah berjaya ditangkap. Azmy dan Rita diselamatkan. Keluarga Rahmat dan Yatim berbaik semula. Dengan disaksikan tok ketua, Rahmat dan Yatim serta isteri masing masing merobohkan pagar kayu yang memisahkan halaman rumah mereka sebagai simbolik jernihnya semula hubungan mereka.



Casts: Sheila Rusly, Sallih Yaccob, Liza Abdullah, Fathil Dani, Hisham Ahmad Tajuddin, Maimun Talib, Elisya Murni Johari, Mikhail Merican
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2006 10:24 PM | Show all posts
tipikal citer melayu ~~

jiran2 kampung yg suke brgaduh...

tp best gak!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 11:25 PM | Show all posts
kelakar jugak.. seronok tenguk gelagat pelakun..
masing2 pandai abwak watak yg diberikan..
dan tak kurang handal ngan pelakun kanak-kanak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 12:07 AM | Show all posts
x dpt tgk td...
mesti lwk...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 12:13 AM | Show all posts
bdk pompuan tu mmg pandai blakon..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 12:43 AM | Show all posts
iskk aku tgk stgh jam last jer...tp kelakar gak cite nih...sheila rusly memang class kalo belakon watak2 camnih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2006 10:32 AM | Show all posts
best gak citer nih..
tp budak lelaki tu berlakon kureng ler...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 10:40 AM | Show all posts

mmg pelakon handalan sumer tuh
tersangat enjoy & best!!! :pompom:  
tapi ending tuh cam kurenggg sikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2006 11:42 AM | Show all posts
ending yg sedikit poyo..siap panggil org kg tuh nak roboh pagar...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 12:34 PM | Show all posts
bdk laki yg belakon smlm tu bkn bdk laki yg belakon iklan formula 1 yg ckp jerman tu ka??/
tgk muka ada iras dgn ckp pelat2
Reply

Use magic Report

padil_2r This user has been deleted
Post time 16-7-2006 12:38 PM | Show all posts
aku dpt tgk setengah je.....tapi seronok jgk citer ni....x membosankan....:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 01:56 PM | Show all posts
bess gak citer ni..boleh la buat hiburan ujung minggu....tapi nak roboh pagar siap ada majlis lagik...berkompang bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 02:14 PM | Show all posts
wei budak pempuan tuh pandai tol berlakon..sempoi jer....mmg rugile sape tak tgk..keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 03:36 PM | Show all posts
budak pompuan tu bila bercakap macam orang dewasa pulak....suka aku tengok body language dia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 07:32 PM | Show all posts
jalan cite biasa2 jer...tapi lakonan memang best...budak pompuan tu yg berlakon dlm VC NING, AYT kan...jadi ning masa kecik
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 08:46 PM | Show all posts
budak pompuan tu overnya berlakon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 10:56 AM | Show all posts
klakar cite ni besh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:52 AM | Show all posts
citenya ok..simple...kelaka la jugak...suka budak pempuan tu...comel..she's very cute la.. :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 05:36 PM | Show all posts
bukan budak pempuan ni ke yg turut nyanyi dlm konsert af3 final ...dengan amylia tu...
konsert mingguan af4 yg lepas2 ni pun dia ada tak silap aku..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by NonaNaga at 20-7-2006 05:36 PM
bukan budak pempuan ni ke yg turut nyanyi dlm konsert af3 final ...dengan amylia tu...
konsert mingguan af4 yg lepas2 ni pun dia ada tak silap aku..


YERK KER?...

BUKAN YG PERFORM NGAN AMYLEA SEKALI TU MMG ADIK DIER??

NI TAK SILAP YG JOIN KAT VC NING BAIZURA AWAN YG TERPILU...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082966 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list