CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sg_ganges

NORA : SAMUDERA - 26 seleksi terbaik

[Copy link]
Post time 2-9-2006 06:17 PM | Show all posts

Reply #1 Ustaz_SUFI's post

aha freekey, bolehla ko ajak ostat sopi tu join kelab ratu ketinggalan keretapi ko tu nanti. :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2006 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 2-9-2006 06:17 PM
aha freekey, bolehla ko ajak ostat sopi tu join kelab ratu ketinggalan keretapi ko tu nanti. :lol


ahahahahahaha
:setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 08:21 AM | Show all posts
bagi aku..gelisah adalah satu lagu yg best...really good composition of melody..dicampur dgn suara gemersik nora...lagu nih kalau x silap..Mac Chew yg composed.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 11:32 AM | Show all posts


Wahhh.. best pulak aku dengar lagu Samudera ni
Something fresh dari Nora..bagus..bagus

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 5-9-2006 11:32 AM


Wahhh.. best pulak aku dengar lagu Samudera ni
Something fresh dari Nora..bagus..bagus


[align=justify]Beli album tak??






Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 2-9-2006 05:36 PM
A'ah lah uztaz..

Aku excited je td igtksn Nora mmg ada lagu baru..

Radio baru sibuk nak pasang lagu ni ke?? Mengada2 sungguh.. Time album Nora Nora dulu takda plak nak sibuk..

Siti punya l ...



aku pun heran 2,3 kali dengar lagu MATA kt radio muzik lately...apa,x leh nak pasang lagu samudera ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2006 08:38 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 5-9-2006 01:40 PM

Beli album tak??










dok tanya orang, ko dah beli ke belum??:love:
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 07:50 PM | Show all posts
mesti tak laku kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 01:34 AM | Show all posts
Vokal, penghayatan Nora cukup cemerlang


JUDUL: Samudera 26 Seleksi Terbaik




ARTIS: Nora

GENRE: Pop R&B

SERONOK rasanya mendengar Nora bereksperimentasi dengan lagu baru berentak pop etnik, Samudera sebagaimana yang dimuatkan di dalam album lagu-lagu koleksi terbaiknya ini.

Walaupun lagu sebegini sebenarnya lebih sesuai dibawakan mereka yang memiliki vokal lebih besar dan lantang, namun ia tidaklah pula kedengaran janggal pada vokal lembut gemersik Nora.

Selalu orang kata, penyanyi yang baik dan hebat boleh membawakan apa saja jenis lagu. Nora adalah salah seorang daripada penyanyi wanita yang berada di dalam kelompok ini.

Bukan senang memperoleh penyanyi yang mempunyai tahap vokal sebaik Nora terutama dalam membawakan lagu yang berkonsepkan pop, ballad atau pop R&B.

Sebab itu, kalau diberi pilihan saya lebih gemar mendengar Nora membawakan lagu berkonsep sebegini kerana saya tahu dia mampu membawakan sesebuah lagu itu dengan vokal dan penghayatan emosi yang cukup cemerlang. Itulah kelebihan Nora.

Sebuah lagi lagu baru di dalam album ini iaitu Secebis Harapan ciptaan Zul Mahat dan lirik Noor kembali meneruskan legasi Nora menerusi lagu seperti Kau Tak Pernah Jauh, Hanya Satu, Naluri (Hadirlah Kasih) dan Di Persimpangan Dilema.

Selama ini saya sering menganggap vokal Nora yang paling terbaik menerusi lagu Hanya Satu.

Namun, saya terpaksa mengubah tanggapan ini selepas mendengar Nora mempersembahkan lagu baru yang cukup melankolik melodinya.

Sedap...Memang sedap sungguh Nora membawakan lagu ini dan setiap bait-bait lagu itu dapat diterjemahkan dengan begitu baik sekali menerusi persembahan vokal dan emosi yang seiring.

Ia semakin terkesan apabila lagu ini makin berkembang dan bergerak hingga ke pic tinggi dan kemudian dilengkapi bersama iringan suara latar koir.

Cuma saya rasa sedikit terganggu dengan petikan piano yang lebih kuat dan menonjol dalam lagu itu.

Pada awal lagu itu mungkin tidak mengapalah tetapi apabila string masuk, mood sayu itu tidak dapat dirasakan sepenuhnya. Hanya kekuatan vokal Nora dan feelnya yang bagus itu yang berjaya menyelamatkan lagu itu.

Satu lagi lagu baru Rela Berpisah ciptaan Aidit Alfian juga tidak kurang menariknya. Lagu lain yang turut dimuatkan di dalam album ini ialah Rentak Jantung, Jentayu, Joget Kelantan, Desa Tercinta, Dendam Dalam Diam, Di Akhir Garisan dan Renungan Terakhir.

HARIAN METRO 26/9
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:30 PM | Show all posts
laku tk laku..reporter ramai puji
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 02:08 PM | Show all posts
vcd karaoke dah release...x beli ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 01:51 PM | Show all posts
Aperpun korang komen, aku memang suka giler lagu Samudera...

Saper ada lirik lagu dier?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by tyrande_81 at 3-11-2006 01:51 PM
Aperpun korang komen, aku memang suka giler lagu Samudera...

Saper ada lirik lagu dier?


Dah letak link lagu ni...check page yang lepas2... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 07:47 PM | Show all posts
Lyricnya mana? nak lyric plezzzz
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 02:32 PM | Show all posts
freekey....nak lagu SAMUDERA....best la lagu nie..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 04:30 PM | Show all posts
Korang kutuk2 ha...sekarang SAMUDERA dah gi final Muzik-muzik 22  Etnik Kreatif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2007 04:31 PM | Show all posts
Korang kutuk2 ha...sekarang SAMUDERA dah gi final Muzik-muzik 22  Etnik Kreatif
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 11:37 AM | Show all posts
harapnye boley menang la lagu ni tahun ni.. nora tak pernah menang pun ajl.

dalam album ni pun ada lagu Menyemai Cinta bersamamu...my faveret song...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.559891 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list