|
Nafas Cinta Misha Omar
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN
MISHA OMAR.
HAMPIR dua tahun tanpa album, nama Misha Omar seakan-akan hilang daripada dunia seni. Sikapnya yang menyepi daripada publisiti turut menyebabkan khalayak tertanya-tanya ke mana menghilangnya penyanyi dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Kemunculan terakhirnya di depan khalayak adalah ketika mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu.
Terbaru, Misha akan tampil dengan single berjudul Nafas Cinta yang bakal ke udara di corong-corong radio tidak lama lagi.
Mendengarkan judul album tersebut, terdetik dalam minda apakah ia ada kena-mengena dengan kisah percintaannya dengan seorang pemuzik seperti yang pernah digosipkan.
Sambil tersenyum Misha berkata: 揘afas Cinta sangat istimewa. Tetapi jangan salah faham... saya sukakan lagu tersebut kerana lagu itu menghimpunkan beberapa elemen muzik di dalamnya seperti klasikal India. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata misha pakai sari untuk video klip lagu ni...lepas tu pengambaran video klip dilakukan di pantai bawah pokok kelapa..... |
|
|
|
|
|
|
|
komposer m.nasir join gak....:cool: musti sodap kot lagu tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
tgh dengar hotfm ..
misha omar jadi artis jemputan ..
info ..
1. misha menerima kad jemputan siti nurhaliza .. misha tak dapat datang sebab tgh handle kontrak menjadi duta untuk produk rorine pada 28hb itu ..
2. misha sudah ada anak .. haha misha ambik anak angkat rupanya .. skrg mak dia tolong jagakan sebelum mengambil pembantu rumah ..
3. lagi satu misha punya boyfriend bukan pemuzik atau fiat hakimi .. tu misha usik dalam satu showcase kat planet hollywood so wartawan2 ingat fiat tu bf misha rupanya .. misha hanya mengusik fiat itu sahaja .. so terjawapla gossip itu ..
4. misha omar cakap eklantan la pastu nyanyi lagu kelantan lograt kelatan bestt nyerrrrrrrrrrr
[ Last edited by volumecontrol at 17-9-2006 11:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
album baru akan kuar DECEMBER 2006...aghhhhh stresssssssssssssssssss...lambatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burung_pungguk at 17-9-2006 11:56 AM
album baru akan kuar DECEMBER 2006...aghhhhh stresssssssssssssssssss...lambatnya
tu laaa lambat gilerr
anywya konsert fenomena misha vs jamal tertunda la pada hari rabu ni pukul 8 malam di auditorium angkasapuri sesiapa nak pergi boleh dapatkan pas tiket di angkasapuri .. masih sempat lagi yang dah ambik tiket pada minggu lepas boleh lagi mengunakan tiket itu untuk rabu ini .. |
|
|
|
|
|
|
|
apesal misha nak jadi mummy pula? bingung aku kejap
Naluri ibu
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
PENCARIAN dua tahun Misha Omar berakhir dengan kemunculan Muhamad Adam Emir. Tiada yang lebih membahagiakan selain menatap senyuman insan istimewa itu.
Keletah dan aksi manja si kecil cukup membuai perasaan. Sememangnya kehadiran bayi berusia tiga bulan itu melengkapi kehidupan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Bunga Bunga Cinta itu.
Meskipun belum berumah tangga, naluri keibuan Misha cukup menyerlah. Pantang si comel merengek, pasti dibelai dengan penuh kasih sayang. Sepanjang empat jam sesi fotografi, Misha yang ditemani ibu dan kakaknya prihatin dengan buah hatinya itu.
揝elain keluarga, Adam segala-galanya buat saya. Kehadirannya menjadi penyeri keluarga kami yang sudah lama sepi dengan tangisan anak kecil.
揌ati saya terdetik untuk bergelar ibu sejak tahun lalu. Memandangkan jodoh belum sampai, saya nekad memulakan pencarian harapan ada yang sudi menyerahkan zuriat kepada saya.
揝aya bersyukur kerana Tuhan membuka hati saya untuk melaksanakan niat ini selain mendapat restu keluarga.
揓ujur, pencarian ini tidak semudah yang disangka. Sudah beberapa kali kata persetujuan dicapai tetapi bila tiba harinya, apa yang diharapkan tidak menjadi. Kebanyakannya si ibu bertukar fikiran apabila anak sudah dilahirkan. Sampai satu masa saya rasa putus asa tetapi syukurlah ada insan berhati mulia yang sudi menyerahkan bayi kepada saya, |
|
|
|
|
|
|
|
misha amik anak angkat ke pe benda ek ?? :stp: . .. |
|
|
|
|
|
|
Bu_er This user has been deleted
|
anak angkat la tu kot...nak kate anak sedare akak die mimi tu tak kawen lg kan? (correct me if i'm wrong), adik die baru je kawen ari tu....rajin pulak die amik anak angkat...mcm angelina jolie tu... |
|
|
|
|
|
|
|
seems tp be misha will not getting marry in this several years.bravo misha.good effort |
|
|
|
|
|
|
|
Buah hati ibu
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Kehadiran Muhammad Adam Emir memberi nafas dan cahaya kepada kehidupan Misha Omar
HAMPIR tiga bulan penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu menyimpan rahsia yang satu ini. Hanya kepada teman rapat Misha berkongsi perasaan, namun berulang kali dia memohon supaya rahsia itu tidak didedahkan kepada umum.
Tidak pernah pula memujuk kerana awal lagi Misha sudah berpesan supaya diberi sedikit ruang untuk kehidupan peribadinya. Justeru, apabila menerima undangan untuk menjayakan sesi fotografi ini, hati tertanya sendiri.
Siapa Muhammad Adam Emir dalam kehidupan Misha? Mungkin ini adalah pertanyaan yang berlegar di kalangan peminat.
?nilah cahaya hidup saya,? katanya tulus dengan hati berbunga riang, sesekali penuh kasih sayang wajah suci itu dibelai dan dikucup.
Muhammad Adam Emir atau nama manjanya, Adam ialah anak angkat penyanyi kelahiran Machang, Kelantan itu yang berada dalam jagaannya sejak berusia tiga hari lagi.
Kehadiran yang mengakhiri pencariannya selama dua tahun. Akui Misha, dia hampir berputus asa dalam pencarian itu kerana ada saja yang menghalang langkahnya untuk bergelar ibu muda pada saat terakhir.
Kesannya, Misha tidak mahu terlalu mengharap kerana bimbang akan kecewa lagi. Ditanya mengapa dia sedia mengorbankan kebebasan dan usia muda dengan menggalas tanggungjawab berat sebagai ibu, Misha berkata, ia adalah anugerah paling bernilai diberikan Tuhan dalam hidupnya.
?idak semua wanita bersedia untuk menggalas tanggungjawab berat itu, tetapi saya bersyukur kerana Tuhan membuka hati ini. Memikirkan jodoh belum sampai, saya sendiri berkemampuan dan keluarga tidak menghalang, mengapa tidak teruskan saja niat suci itu?
?lhamdulillah, Tuhan menemukan saya dengan Adam. Saya berdoa dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik,? katanya, mengakui pertama kali menatap wajah bersih Adam, air matanya laju mengalir.
Misha berkata, saat diberitahu Adam akan lahir hatinya diburu resah. Hanya doa tidak putus mengiringi, memohon supaya bayi itu dilahirkan sihat dan sempurna. Kebetulan ketika itu ibu Misha ada bersama di ibu kota.
Persiapan juga dibuat pada saat terakhir memandangkan Misha terlalu sibuk. Lebih utama, dia tidak mahu kecewa lagi memikirkan hasrat yang tidak kesampaian.
?ir mata ini terus mengalir sebaik melihat Adam. Sekelip mata, hati saya dihambat sayu. Saya diberitahu sebaik lahir Adam tidak membuka matanya. Tetapi, apabila mama tiba dua hari selepas itu dan memberi salam, Adam terus tersenyum.
?emandangkan saya agak sibuk kerana terbabit dengan persembahan di luar Kuala Lumpur, mama terlebih dulu membawa Adam balik ke kampung,? kata Misha yang sudah empat tahun bergelar artis.
Selesai komitmen, Misha mengambil cuti selama seminggu untuk merasai sendiri pengalaman susah payah menjadi ibu. Ketika ini Misha lebih selesa Adam berada dalam jagaan ibunya memandangkan dia masih kekok selok belok penjagaan bayi.
Bagaimanapun, apabila usia meningkat enam atau tujuh bulan, Misha bertekad untuk menjaga Adam sepenuh masa.
?ehadiran Adam mematangkan hidup saya. Dia membawa saya ke alam kehidupan yang baru, ke arah yang lebih positif dan membahagiakan. Hidup lebih teratur, malah Adam juga mengajar saya erti tanggungjawab.
?iar sibuk dan letih tetapi apabila membuka pintu rumah dan mendengar suaranya, hati jadi terhibur. Benar anak itu permata kepada kehidupan dan saya bertuah kerana memiliki permata itu,? katanya.
Misha dan kakaknya, Mimie juga merancang untuk mengambil seorang lagi anak angkat sebagai pelengkap kehidupan mereka.
Hormati kemuliaan Ramadan
KEBERKATAN Ramadan yang bakal menjelang membuatkan Misha bertekad untuk mengurangkan aktiviti seni, sebaliknya menumpukan perhatian kepada ibadah puasa yang menjelma setahun sekali.
Kesempatan itu juga akan digunakan Misha untuk menjalankan sepenuhnya peranan sebagai ibu, di samping membuat persediaan apa yang perlu menanti ketibaan 1 Syawal.
?aya hanya bekerja pada 14 Oktober kerana terbabit dalam sebuah persembahan amal bersama Jaclyn Victor dan Daniel. Selebihnya, saya berehat kerana menghormati kemuliaan Ramadan,? katanya.
Biarpun tidak merancang acara rumah terbuka besar-besaran seperti yang dilakukannya saban tahun, Misha akan tetap mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan tangan terbuka.
Berakhir Ramadan, Misha akan kembali sibuk dengan urusan rakaman album ketiganya yang kini siap 60 peratus. Sebagai permulaan, dia bersama syarikat rakamannya, Sony BMG Music memperkenalkan terlebih dulu lagu Nafas Cahaya.
Sentuhan M Nasir dan lirik daripada Loloq itu memberikan sesuatu yang segar kepada peminat selepas lebih dua tahun tidak merakamkan album baru.
Antara komposer yang terbabit dalam pembikinan album itu ialah Cat Farish, Nur Fatimah, Tam (Spider) dan Ajai.
Fakta Misha Omar
Nama sebenarnya; Samihah @ Aisah Omar dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan.
Bekas pelajar Jurusan Pengurusan Perniagaan di UNITAR.
Mempunyai dua album solo, iaitu Misha dan Aksara.
Antara lagu popularnya Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan dan Ku Seru.
Pernah berlakon dua filem iaitu Gerak Khas 3 (GK3) dan Main-Main Cinta.
Misha pernah menang Artis Harapan Pilihan Anugerah Era 2003; Juara Lagu 2003 (Bunga-Bunga Cinta); Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2003, dan Anugerah Emas Festival Muzik Asia Ke-6 di Shanghai, China.
Solekan: Chomel
Lokasi: The Royale Bintang, Damansara |
|
|
|
|
|
|
|
cam desperet je misha neh skarang ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 jac_diehard_fan's post
apsal jac dan freekey mata naik ke atas ?? ;) .. . .
:stp: . .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 adik_nazgul's post
|
|
|
|
|
|
|
Elok sgt la, ambk ank angkt pastu soh mak kt kg jaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tenko at 18-9-2006 12:39 PM
Elok sgt la, ambk ank angkt pastu soh mak kt kg jaga...
:setuju::setuju::setuju:
Dia ingat senang nak jaga baby ni.......... |
|
|
|
|
|
|
|
pelik la si misha ni. :hmm:
ada2 aje.
:kant:
siot jek soh mak dia yg jaga.
baik tkyah amik anak angkat. :jeler: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 sayangidaku's post
kan..aku pun terpk..buat penat je..nanti dah besor baru nak bele..tu pun kalau budak tu nak ngan die.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 18-9-2006 12:21 PM
cam desperet je misha neh skarang ;)
Desperate nk anak ke desperate nk carik publisitik..?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|