CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4269|Reply: 40

Dayang Selepas 7 tahun

[Copy link]
Post time 20-7-2006 12:32 PM | Show all posts |Read mode
HARI ini, Dayang Nurfaizah genap 25 tahun. Sudah pasti, tiada apa yang lebih menggembirakan dirinya selain dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan kerjaya seni yang memberangsangkan.

Selama tujuh tahun bergelumang dalam dunia hiburan, bukan sedikit peristiwa pahit manis yang dilalui. Mendaki populariti dari bawah, Dayang mengagumkan khalayak dengan kekuatan vokal dan seterusnya berjaya meletakkan diri sebaris dengan penyanyi-penyanyi terkenal negara.

Pergorbanannya bukan sedikit. Berhijrah dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur saja sudah dikira satu perhitungan besar, apatah lagi kemudiannya harus melalui episod turun naik mahkamah, dilarang menyanyikan lagu-lagu sendiri dan berhabis duit menerbitkan album.

Namun, setiap duka yang tertulis ada rahmatnya. Dia kini bangkit dan terus berjalan tanpa menoleh lagi. Mampu berbangga dengan lima buah album kesemuanya, Dayang mencabar diri melalui One In A Million, juga bakal bergelar aktres tidak lama lagi.

Showcase dayang After-7 di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada petang hujung minggu lalu mencerminkan kematangan penyanyi berkulit hitam manis itu. Dia tidak lagi kaku berinteraksi, malah bicaranya lebih lancar, tidak tersekat-sekat dan mampu bergurau senda secara spontan.

Biarpun sudah beberapa kali beraksi di situ, dayang tidak pernah puas, jauh sekali berasa jemu. Tidak salah jika dikatakan di kelab popular itulah dia menimba banyak pengalaman berdepan dengan audiens.

"selama ini pelbagai 'lorong dan perhentian' yang saya lalui. Alhamdulillah saya masih berdiri disini. Saya berjanji akan terus menyanyi dan menghiburkan peminat walau apa pun yang terjadi" ikrarnya selepas membuka tirai persembahan dengan lagu Kembalilah Sayang, Hujan Lagi hati Ini dan Hakikat Cinta.

Sempat bercerita pengalaman pertama keluar televisyen menyertai pertandingan Golden Teen Search pada tahun 1997, Dayang mengimbas nostalgia dengan menyanyikan Where Do Broken Hearts Go yang membawa tuah kepadanya ketika itu.

Merangkaikan lagu-lagu seperti Bahagia, Sekali lagi, sedingin mana cintamu, dan Lenakan, si genit ini turut mendengankan lagu popular Indonesia, Dealova, lagu lama Rindu Bayangan, seandainya masih ada cinta serta medley So Sick dan Be Without You.

Akibat terlalu lincah di atas pentas, tali kasutnya sampai terputus! "Mesti ada penonton yang tidak sedar, kan?" katanya cuba 'menutup rahsia' yang sudah terbongkar.

Memberitahu satu insiden lucu berkaitan album ketiganya, Hembusan Asmara, ujar Dayang sambil tersenyum : "BIla saya nyanyikan lagu Pintaku Yang terakhir, ada peminat cakap 'oh lagu dari album yang covernya gelap itu'. Saya fahamlah apa maksud mereka."

Penonton juga seakan digeletek apabila Dayang bercerita mengenai karenah peminat yang menghantarkan senarai lagu permintaan yang panjang berjela untk dinyanyikan sepanjang persembahan tersebut.

"Awal-awal lagi dia sudah tolong pilihkan lagu," katanya sambil ketawa. "Lagu-lagu saya separuh muka surat saja. Selebihnya semua lagu orang lain," sambungnya lagi sambil menunjukkan dua helai kertas kepada penonton.

Menyanyikan sebaris dua "lagu-lagu permintaan" seperti tambak johor dan she works hard for the money, Dayang sendiri tidak dapat menahan ketawa semasa membaca judul-judul yang disenaraikan.

"Dia mahu saya nyanyi My Humps dengan Cat Ruffedge dan duet dengan Anuar Zain lagu Could I Have This Kiss Forever. Bukan itu saja, lagu Seiring sejalan dan Kuda Hitam pun dia minta! Dari mana dia dapat idea ini, saya pun kurang pasti," terangnya teruja.

"saya belajar dulu lagu-lagu ini, ya. Nanti kita boleh nyanyi sama-sama," alasannya bijak.

Sempat meniup lilin kek ulang tahunnya yang disambut lebih awal, buat pertama kalinya, ayah Dayang, Awang Dowty Awang Fauzi dan ibunya, Nona Nahrawi hadir di Planet Hollywood petang itu.

Sepanjang lebih dua jam, Dayang benar-benar menikmati kesempatan yang diberikan. Mendendangkan satu demi satu lagu, mengikut kronologi albumnya, antara yang disampaikan ialah Mana Mungkin, Dayang Sayang Kamu, Kau Pergi Jua, Kasih Maafkan, Erti Hidup dan Biar Akhirnya Disini.

Dayang turut menyanyikan lagu-lagu yang dipetik dari album terkininya, Kasih seperti Saat Yang Bahagia, Pujaan Hatiku, Gelora, Penawar Rindu dan Malam Bulan Di pagar Bintang. Sebagai bonus, dia telah memperdengarkan buat julung kalinya lagu tema filem sulungnya, Luka yang bertajuk Terluka.

Tiada apa yan perlu dirisaukan lagi. Jalan cemerlangnya sedang luas terbentang. Selamat Hari Jadi, Dayang!


Sumber : Akhbar Kosmo 20 July 2006

[ Last edited by  bintang^hati at 20-7-2006 12:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2006 12:36 PM | Show all posts
letih aku taip satu2 dpd Kosmo. Jangan Lupa kdt utk aku yek pu3.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 20-7-2006 12:36 PM
letih aku taip satu2 dpd Kosmo. Jangan Lupa kdt utk aku yek pu3.


haha... panjang 2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2006 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 20-7-2006 05:28 PM


haha... panjang 2...



tahu x pe. sbb aku pk ramai yg x dpt akhbar Kosmo ni. nanti, aku rajin, aku scan gmbr plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2006 05:36 PM | Show all posts
Penonton juga seakan digeletek apabila Dayang bercerita mengenai karenah peminat yang menghantarkan senarai lagu permintaan yang panjang berjela untk dinyanyikan sepanjang persembahan tersebut.

"Awal-awal lagi dia sudah tolong pilihkan lagu," katanya sambil ketawa. "Lagu-lagu saya separuh muka surat saja. Selebihnya semua lagu orang lain," sambungnya lagi sambil menunjukkan dua helai kertas kepada penonton.

Menyanyikan sebaris dua "lagu-lagu permintaan" seperti tambak johor dan she works hard for the money, Dayang sendiri tidak dapat menahan ketawa semasa membaca judul-judul yang disenaraikan.

"Dia mahu saya nyanyi My Humps dengan Cat Ruffedge dan duet dengan Anuar Zain lagu Could I Have This Kiss Forever. Bukan itu saja, lagu Seiring sejalan dan Kuda Hitam pun dia minta! Dari mana dia dapat idea ini, saya pun kurang pasti," terangnya teruja.

"saya belajar dulu lagu-lagu ini, ya. Nanti kita boleh nyanyi sama-sama," alasannya bijak.



x tahan aku baca ayat yg ni. :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 20-7-2006 05:34 PM



tahu x pe. sbb aku pk ramai yg x dpt akhbar Kosmo ni. nanti, aku rajin, aku scan gmbr plak.


thank u lah bebeh! syg kau wif a strawberry on top lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2006 10:30 PM | Show all posts
nk gelak je leh tak?
aahahahahahahaha
love u la dayang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by eally at 20-7-2006 05:45 PM


thank u lah bebeh! syg kau wif a strawberry on top lah...



hehehhehe...welkam. :tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2006 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 20-7-2006 10:30 PM
nk gelak je leh tak?
aahahahahahahaha
love u la dayang!



apsal ko gelak??? ko pun pk apa yg aku fikirkan ek??
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 20-7-2006 10:30 PM
nk gelak je leh tak?
aahahahahahahaha
love u la dayang!


haha... gelak ar... khehe!!
Reply

Use magic Report

taiqoaboi This user has been deleted
Post time 21-7-2006 08:40 PM | Show all posts




Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan@kosmo.com.my

HARI ini, Dayang Nurfaizah genap 25 tahun. Sudah pasti, tiada apa yang lebih menggembirakan dirinya selain dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan kerjaya seni yang memberangsangkan.
Selama tujuh tahun bergelumang dalam dunia hiburan, bukan sedikit peristiwa pahit manis yang dilalui. Mendaki populariti dari bawah, Dayang mengagumkan khalayak dengan kekuatan vokal dan seterusnya berjaya meletakkan diri sebaris dengan penyanyi-penyanyi terkenal negara.
Pengorbanannya bukan sedikit. Berhijrah dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur saja sudah dikira satu perhitungan besar, apatah lagi kemudiannya harus melalui episod turun naik mahkamah, dilarang menyanyikan lagu-lagu sendiri dan berhabis duit menerbitkan album.
Namun, setiap duka yang tertulis ada rahmatnya. Dia kini bangkit dan terus berjalan tanpa menoleh lagi. Mampu berbangga dengan lima buah album kesemuanya, Dayang mencabar diri memperjudikan nasib melalui One In A Million, juga bakal bergelar aktres tidak lama lagi.
Showcase Dayang After-7 di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada petang hujung minggu lalu mencerminkan kematangan penyanyi berkulit hitam manis itu. Dia tidak lagi kaku berinteraksi, malah bicaranya lebih lancar, tidak tersekat-sekat dan mampu bergurau senda secara spontan.
Biarpun sudah beberapa kali beraksi di situ, Dayang tidak pernah puas, jauh sekali berasa jemu. Tidak salah jika dikatakan, di kelab popular itulah dia menimba banyak pengalaman berdepan dengan audiens.
揝elama ini pelbagai 憀orong dan perhentian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by taiqoaboi at 21-7-2006 08:40 PM




Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan@kosmo.com.my

HARI ini, Dayang Nurfai ...


part ketiak 2 mahal benar... mak bapak die nampak muda ekk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2006 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by eally at 22-7-2006 02:11 AM


part ketiak 2 mahal benar... mak bapak die nampak muda ekk...


a'ah. cam umur 40++ je kan. muka pun ada persamaan.

berbual dgn diorang pun best. family dayang peramah2 belaka. diorang x sombong mcm stgh family artis lain.

Bapak dayang pernah ckp dgn aku "TERIMA KASIH BANYAK2 SEBAB SOKONG DAYANG. HANYA TUHAN JE YANG DAPAT MEMBALASNYA."
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 22-7-2006 11:29 AM


a'ah. cam umur 40++ je kan. muka pun ada persamaan.

berbual dgn diorang pun best. family dayang peramah2 belaka. diorang x sombong mcm stgh family artis lain.

Bapak dayang pernah ckp dgn ...


wah best kan... touching ekk
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 21-7-2006 11:03 AM



apsal ko gelak??? ko pun pk apa yg aku fikirkan ek??


ko pk apa eh???eheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 09:05 AM | Show all posts
taiqoaboi, BH, thank you soooooo much!!!!
saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang korang nau en poreber!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2006 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by eis_82 at 23-7-2006 09:05 AM
taiqoaboi, BH, thank you soooooo much!!!!
saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang korang nau en poreber!!!


tak syg aku, pu3,BP dan yg lain2 ke??
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 23-7-2006 01:56 PM


tak syg aku, pu3,BP dan yg lain2 ke??



yang len2 tu sayang tak terucap....
aku bubuh kat sini yang terucap dulu la ek!! :love:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 23-7-2006 01:56 PM


tak syg aku, pu3,BP dan yg lain2 ke??


tk apa arh eally..
dia kan kata aku ni teruk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 02:16 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 23-7-2006 10:13 PM


tk apa arh eally..
dia kan kata aku ni teruk..


alah... kesian kau... tak pe2... die tak sayang kau, tapi aku syg... aku syg suma yg ade kat sini.... korg lah jiwa aku... dayang jantung aku... weeeeeee...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.250043 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list