CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Mendaki Gunung Kinabalu

[Copy link]
Post time 2-10-2006 06:47 PM | Show all posts
klu dpt kompullkan forumers cari kt sini pun ok gak..leh kite g naik reramai...
tp make sure kesihatan tip top le..nanti tak pasal2 kena pikul lak..heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by holmes at 1-10-2006 02:39 PM
Berita Minggu, Ahad, 01 Oktober 2006

Pichrtova, Sarun ungguli Climbathon Kinabalu

JUARA Eropah, Anna Pichrtova dari Republik Czech serta anak tempatan, Sarun Sadi masing-masing dimahkotakan j ...


aku rasa kasut getah ni lah yg aku pakai tu..tapi aku beli RM6 sebab aku bukan local kot. tapi bagus tu cengkam giler even masa kat puncak yg berbatu-batan tu. but masa turun aku tukar pakai selipar pasal kasut getah ni gigit aku punye buku lali..sadly, masa sampai kat timpohon gate aku buang kasut tu dgn stokin2 nye sekali..hehe pasalnye? naik gunung buat kaki aku sakit
biasala tengah marah..skang rasa windu lak kat kasut tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by azharfcsit at 2-10-2006 06:47 PM
klu dpt kompullkan forumers cari kt sini pun ok gak..leh kite g naik reramai...
tp make sure kesihatan tip top le..nanti tak pasal2 kena pikul lak..heheheh


: mesti bestkan? ala-ala gathering gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 04:54 PM | Show all posts
gathering di atas gunung
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:50 AM | Show all posts

Reply #80 nenektua's post

tak tahu lagi nenek. trip bulan november ni tak mungkin rasanya, masih tak cukup kuat.
maybe next year, bolehlah kita panjat sekali ek
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:55 AM | Show all posts

Reply #85 itchme's post

itchme...
november ni pon nenek kurang larat...
tahun depan la...bulan april...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2006 12:10 PM | Show all posts
elok la gi before bulan 6..coz bulan 7-8 angin kuat nanti takleh naik puncak lak
ada satu group bagitau taun lepas diorang datang bulan 7 tapi sampai laban rata je coz tak dibenarkan naik ke puncak..angin kuat

kalo gi bulan 9-11 musim hujan..cam aku..basah sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:00 PM | Show all posts
bottom,
masa ko naik tu, brapa rm kena caj untuk sampai ka puncak tu?
nenek nak buat bajet dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 02:03 PM | Show all posts

Reply #88 nenektua's post

nek...larat ke nak panjat gunung nek? ekeke...

tp takpe aa..kot2 katak nenek ade kt GK...muahahaa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 02:06 PM | Show all posts

Reply #87 bottombikini's post

yups...skang ni mmg musim hujan...angin kuat...hujan plak lebat..non stop ....sojukkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 03:01 PM | Show all posts

Reply #89 eskremVanila's post

eskrem...
tu la nenek tengah prektis sekarang ni...
dah tua-tua ni tepaksa la panjat gunung tu pakai tongkat...
hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by eskremVanila at 4-10-2006 02:06 PM
yups...skang ni mmg musim hujan...angin kuat...hujan plak lebat..non stop ....sojukkkk!


haah esk..sejuk giler as i said 5 darjah celcius kat puncak tu
terketar-ketar aku..sampai nak picit button kamera pun tak rasa apa
before daki tu aku lepak kinabalu pine..sejuknye mak aiii..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by nenektua at 4-10-2006 03:01 PM
eskrem...
tu la nenek tengah prektis sekarang ni...
dah tua-tua ni tepaksa la panjat gunung tu pakai tongkat...
hahahha



nek..bukan org tua je pakai tongkat..orang muda pun memang kena pakai tongkat..harga RM3 hengget beli kat timpohon gate tu

Charges

Entrance fee:        RM3.00
Climbing permit: RM30.00
Climbing Insurance: RM7.00

Guide fee (Timpohon gate/peak/timpohon gate)
1-3 climbers: RM70.00 (return trip)
4-6 climbers: RM74.00 (return trip)
7-8 climbers: RM80.00 (return trip)

Transfer to Timpohon gate
5 persons and below: RM30.00
6 persons and above: RM8.00/pax (return)

Porter fee (optional)
1-3 climbers: RM60.00 (10kg)
4-6 climbers: RM80.00 (10kg)
7-8 climbers: RM88.00 (10kg)

lodging (laban rata): RM50.00/bed

Certificate: RM10.00



tak mahal nek...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 04:38 PM | Show all posts

Reply #93 bottombikini's post

tengkiu bottom.

lepas raya nanti nak pi kumpul stamina....ihiks
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by nenektua at 4-10-2006 04:38 PM
tengkiu bottom.

lepas raya nanti nak pi kumpul stamina....ihiks


no problem..kecik punye hal

nenek jangan lak kumpul kuih raya dlm peyut lepas raya nanti..hehe ff:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:43 PM | Show all posts

Reply #95 bottombikini's post

hahahah kumpul kueh tu mcm tak kot... sebab nenek bukan pemakan kueh raya yang berjaya...
tapi kalo kumpul ketupat, mungkin la kot....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 03:27 PM | Show all posts
aku baru naik gunung kinabalu bulan 8 hari tu...seminggu seblum kami datang...ade yg tak boleh naik spai ke puncak sebab angin kuat.

Nasib kiteorg baik...:pray:mase tu cuaca elok.cuma hujan je mlm...sejuk usah ckp la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 03:30 PM | Show all posts
Latihan kene cukup.Seelok-eloknya training turun naik tangga.Aku jogging 2 bulan seblum pegi.Tak ambil nasi lemak dan roti canai.Tiap2 hari ambil vitamin utk otot kaki yg doktor bagi.

Sape yang pegi sure boleh naik punye....janji stamina bagus.Semangat kene kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by m_80 at 5-10-2006 03:30 PM
Latihan kene cukup.Seelok-eloknya training turun naik tangga.Aku jogging 2 bulan seblum pegi.Tak ambil nasi lemak dan roti canai.Tiap2 hari ambil vitamin utk otot kaki yg doktor bagi.

Sape yang  ...


tul....kalo ofis korang kat tingkat brpa ke...sebaiknya gunakan anak tangga utk sampai ke ofis...ni pong satu latihan gak...tu antara satu latihan yg hom buat seblom membuat pendakian dulu :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 02:09 PM | Show all posts
Larian puncak gunung jadi tarikan Sabah


PESERTA bersemangat sebaik perlumbaan dilepaskan.

CLIMBATHON Antarabangsa Gunung Kinabalu TM ke-20 diadakan 30 September dan 1 Oktober lalu. Ia adalah satu-satunya pertandingan sukan diadakan di negara ini sepanjang bulan puasa.

Acara sukan bertaraf antarabangsa dan paling sukar di dunia ini bukan saja mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi sukan altitud malah sebagai destinasi pelancongan menarik untuk dilawati.

Wartawan epg, Amirullah Andi Nur menemual Pengarah Perlumbaan, Balwant Singh Kler yang bertanggungjawab memastikan perlumbaan tanah tinggi terunggul Asia itu kekal mantap dan menjadi sebutan seluruh dunia.

epg: Tahniah atas kejayaan penganjuran Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu TM ke-20 yang berakhir hujung minggu lalu.

Balwant Singh Kler (BSK): Terima kasih. Kejayaan penganjuran perlumbaan ini adalah hasil kerjasama dan sokongan semua pihak khususnya kerajaan Sabah melalui Lembaga Pelancongan Sabah dan anak syarikatnya, Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd, Taman-Taman Sabah serta penaja utama, TM selain penaja lain.

epg: Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang perlumbaan ini?

BSK: Perlumbaan ini diperkenalkan secara tidak rasmi pada 1985 oleh Warden Taman Negara Kinabalu ketika itu, Eric Wong. Tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana kita boleh bertindak pantas membantu sekiranya berlaku kecemasan di puncak gunung atau kawasan sekitarnya. Peserta ketika itu membabitkan ranger taman berkenaan. Program ini berjalan selama dua tahun.

epg: Apa yang berlaku selepas itu?

BSK: Menyedari akan potensi terhadap pelancongan dan sukan beraltitud ini, kerajaan negeri kemudian mengambil inisiatif untuk menjadikan ia perlumbaan rasmi pada 1987. Kita bernasib baik kerana Penerbangan Malaysia (MAS), bersetuju menjadi penaja utama. Pada awalnya kita hanya mampu menarik penyertaan kira-kira 100 peserta dan semuanya penduduk tempatan saja. Jarak larian ketika itu hanya 18km berbanding 21km ketika ini.

epg: Bagaimana perkembangan perlumbaan ini selepas itu.

BSK: Banyak perkembangan menarik. Apabila kali pertama kita menganjurkan, ramai masih tidak tahu. Melalui MAS serta publisiti berterusan, acara ini perlahan-lahan menerima banyak penyertaan dari luar negara. Pada 1993, kita berusaha menyenaraikan perlumbaan ini dalam World Mountain Running Association (WMRA) dan 1999, kita berjaya menganjurkannya.

Ini adalah satu pencapaian besar untuk Sabah dan Malaysia kerana perlumbaan ini tidak pernah diadakan di luar Eropah dan sekali gus Malaysia menjadi negara pertama Asia diberi penghormatan.


PUNCAK Gunung Kinabalu
jadi latar belakang
perlumbaan.

epg: Selepas itu, adakah perlumbaan ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa lain?

BSK: Kita tidak berhenti di situ. Ketika kita menganjurkan WMRA, kita berjaya membuka mata dunia terhadap kebolehan anak Malaysia menganjurkan acara besar seperti itu. Susulannya pada 2001, Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu dipilih sebagai satu daripada sirkit Persekutuan Sukan Altitud (FSA).

Acara ini dikenali sebagai Buff-Skyrunners Wolrd Series FSA. Sekali lagi, negara kita adalah satu-satunya negara Asia dipilih menganjurkan perlumbaan itu. Hanya tahun ini, Jepun turut menyertai sirkit itu.

epg: Tahun ini adalah kali ke-20, perlumbaan yang dianggap paling sukar di dunia ini diadakan. Bagaimana sambutan peserta dan masyarakat negara ini?

BSK: Hebat. Saya katakan demikian kerana setiap tahun bilangan peserta yang menyertai perlumbaan bertambah khususnya dari luar negara. Tahun ini saja, bilangan yang mendaftar adalah tertinggi iaitu 327 dan hampir satu pertiga daripadanya adalah dari luar negara. Bilangan negara yang menyertainya juga bertambah kepada 20. Antaranya dari Itali, Sepanyol, Perancis, England, Amerika Syarikat, Republik Czech, Venezuela, Mexico selain Jepun, China, Filipina, Thailand dan Indonesia.

China buat pertama kali juga menyertai acara ini bersama Andorra, Nigeria dan Hong Kong. Sambutan masyarakat negara ini juga semakin bertambah, selepas banyak promosi dilakukan oleh media tempatan.

epg: Adakah kita meletakkan sasaran jumlah peserta setiap tahun?

BSK: Bagi setiap satu kategori, kita tidak boleh melebihi 150 peserta dalam satu masa demi mematuhi peraturan yang ditetapkan Taman Negara Kinabalu. Ini bermakna dalam tempoh dua hari pertandingan, kita hanya boleh membenarkan 300 peserta saja bertanding. Bagaimanapun, sepanjang penganjuran, terdapat sejumlah peserta yang menarik diri pada saat akhir seperti berlaku pada kali ini. Jadi bilangan sebanyak 327 peserta pada kali ini dianggap memadai.

epg: Selepas 20 tahun diperkenalkan, adakah perlumbaan ini mencapai objektifnya?

BSK: Ada dua objektif utama kita sasarkan. Pertama dari segi menggalak sukan altitud di kalangan masyarakat negara ini dan kedua, mempromosikan negara ini khususnya Sabah sebagai destinasi pelancongan menarik.

Berdasarkan banyak maklum balas diterima, kita sudah berjaya mencapai objektif penganjuran. Nama Malaysia dan Gunung Kinabalu sudah terkenal di merata dunia. Selain media tempatan, kita juga menerima kedatangan ramai wartawan dari luar.

Stesen televisyen NHK dari Jepun, misalnya, membuat rakaman selama sejam untuk siaran di negara mereka. Selain itu, pelbagai akhbar, laman web dan majalah turut melaporkan perlumbaan ini. Dengan Tahun Melawat Malaysia 2007 akan diadakan, sukan ini pasti banyak membantu.

epg: Adakah usaha melatih pelumba negara ini pada masa depan kerana ketika ini ramai wakil kita bekerja sebagai petani atau potter?

BSK: Kita sedang berusaha ke arah itu. Malah saya difahamkan TM tutut berminat membantu menjayakan usaha melatih bakat muda untuk diketengahkan, bukan saja bertanding di sini, malah di luar negeri.

epg: Akhir sekali, apakah harapan saudara terhadap masa depan sukan ini?

BSK: Saya percaya sukan ini sangat penting untuk Sabah dan Malaysia khususnya dalam menjana industri pelancongan. Melalui sokongan semua khususnya kerajaan negeri dan Pusat, ia sewajarnya diteruskan. Apalagi, barisan muda jawatankuasa penganjur yang saya bimbing sudah bersedia mengambil alih peranan yang saya mainkan sejak 20 tahun lalu.

...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.429399 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list