CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58656|Reply: 208

Solat Istikharah (merge threads)

[Copy link]
Post time 13-7-2005 03:16 PM | Show all posts |Read mode
terima kasih kat pak malau dengan snipersnake atas bimbingan tuh.

sekarang nih hird nak cuba sholat istikarah pulak.tapi hird nak tanya sholat nih hanya boleh buat selepas isyak je ke pas tuh tidor?? sebab siang harinya hird dah berpuasa sunat?? boleh tak di buat pada siangn hari waktu kita sedang berpuasa??dan pas tuh kita tidur?? dan boleh tak kite lakukannya lebih dari 2 rakaat?? contonhnya selepas habis 2 rakaat kite sholat lagi?

dan hird nak tanya, sebelom hird sholat istikarah, hird sholat tobat dan hajat. masa sholat hajat tuh hird telah memohon Allah supaya petunjuk dari sholat istikarah tuh agar sama dengan yang hird inginkan atau hajatkan. boleh ke macam itu???sebab hird takut kalau nanti pertunjuk dari Allah bukan seperti yang hird mau. tak bersalah ke???

dan nanti kalau pertunjuk dari Allah tuh bukan seperti yang hird mahu, boleh tak hird teruskan sholat hajat lagi seperti biasa denagn memohon benda yang sama???

tolong je. thanks

[ Last edited by  ibnur at 23-5-2008 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2005 03:50 PM | Show all posts
wktu bila2 pon boleh... kecuali waktu2 haram... tapi pepehal utamakan solat fardu dulu... seeloknya serahkan bulat2 pada allah... redha apa juga tips dari gerak hati atau lain2 petunjuk dari allah... bila dah buat keputusan... redha dgn implicationnya... tak kira bagus atau tidak... kedua2nya ujian... dunia
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 04:36 PM | Show all posts
solat istikharah..bila2 dan mana2 pon boleh..nak mintak benda yg sama? mintak jer..Allah suka dgr kita mintak kat dia..jgn lupa puji2 dia..bodek2 la skittttttt
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 13-7-2005 16:36:
solat istikharah..bila2 dan mana2 pon boleh..nak mintak benda yg sama? mintak jer..Allah suka dgr kita mintak kat dia..jgn lupa puji2 dia..bodek2 la skittttttt




Allah suka kita puji Dia..tapi bukan kerana pujian itu doa kita dimakbulkan...

Kita berhajat padaNya..apa yg dikurniaiNya..wajiblah kita terima..walaupun ia tak seperti yg kita hajatkan...kerna Dia lebih mengetahui...jika kita memohon kebaikkan duniawi..tetapi tak dapat...maka bersangka baiklah kpd Nya..bahawa apa yg kita mohon itu tak sesuai pd kita dlm ilmuNya...tapi jgn berputus asa...Sesungguhnya rahmatNya saaaaaaaaaaaaaangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat luas..................


Wallaua'lam.
Reply

Use magic Report

onceli This user has been deleted
Post time 18-7-2005 10:15 PM | Show all posts

solat hajat & istikharah

i think i've posted my question before but i want some more clarifications

bagaimana actually solat hajat and istikharah ni dijalankan? since i know bits only, i wana know yg seafdalnya dilakukan dlm mengerjakan solat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2005 10:52 PM | Show all posts
Cuba u masuk kumpulan-kumpulan pengajian agama dan sertai usrah-usrah mereka dan carilah orang-orang alim yang boleh memberikan bimbingan langsung kepada u....but before that make sure kumpulan-kumpulan yang dah established dan mendapat pengiktirafan dari jabatan-jabatan agama seperti ABIM, JIM, PERKIM, dsbnya. Jangan sama sekali get involved dengan kumpulan yang dah jelas penyelewengan mereka dan dah diharamkan oleh kerajaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2005 07:07 PM | Show all posts
Untuk solat istikharah, ada diajarkan oleh Rasulullah di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Caranya sama seperti solat sunat yang lain, hadith ini hadir dalam semua sahih sittah kecuali Muslim.

Dirikan solat tersebut dua rakaat, tidak ada surah spesifik yang perlu dibaca selepas Fatihah dalam setiap rakaat, jadi baca lah surah apa nak baca pun. Selepas solat, Rasulullah ada mengajarkan doa ini untuk dibaca :

Allaahumma inni astakheeruka bi ilmika wa-astaqdiruka biqudratika wa-as'aluka min fadhlika al-azeem. Fa innaka taqdiru walaa aqdiru. Wa ta'lamu walaa a'alamu wa anta allaamul ghuyoob. Allaahumma in kunta ta'lamu anna haazal-amr khayrun liy fiy deeniy wa-ma'aashiy wa-aaqibati amriy, fa'qdruhu liy wa-yassirhu  liy thumma baarik liy fihi. Wa in-kunta ta'lamu anna haazal amr sharrun liy fiy deeniy wa-ma'aashiy wa-'aaqibati amriy. Fa asrifh anni wa-srif 'anhu. Wa aqdur liy al khayr hayth kaana thumma a-rdhiniy bihi

Maaflah, saya tak boleh nak taip dalam tulisan jawi sebab tak ada the software untuk taip...

Doa di atas tu maknanya lebih kurang :

Ya Allah, aku mohon petunjuk dari ilmuMu, dan kekuasaanMu, dan atas keagunganMu. Sesungguhnya diriMu berkuasa dan aku tidak. Dan Kamu maha mengetahui dan aku tidak, dan Kamu mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah, sekiranya perkara ini baik untuk agamaku dan hidupku sekarang dan akan datang, dan hadirkanlah ianya untukku dan permudahkanlah ianya untukku, dan rahmatilah daku di dalamnya. Dan jika sekiranya perkara ini tidak baik bagi agamaku, hidupku kini dan akan datang, maka jauhilah ianya dariku. Maka taqdirkan bagiku apa yang baik bagiku, dan jadikanlah aku redha dengannya.


Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 04:56 PM | Show all posts
just nak tanya. org slalu ckp, bila kite buat solat ni, dpt petunjuk dlm bentuk mimpi. anybody can explain more pasal petunjuk2 nie? sorry if dah ada org tanya pasal benda ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2005 05:09 PM | Show all posts
saya tak tau prg lain, tapi ni pengalaman saya lah. saya buat isthiharah sebelum kawin tahun lepas, mak yg carikan masa tue, jadi saya kurang confident lah. sya buat lah solat isthihrah sebelum tido, sekali tu ajelah. bangun pagi tu, tetiba terdetik dlm hati, 'ape lagi yg aku nak? bakal suami agama ok, akhlak bagus (muka nampak boleh cayalah), keje pun dah ade...ape lagi yg aku tunggu'. tetiba saya teringat ade baca dlm buku agama, kata yg kalau org yg dth meminang tu baik akhlak dan agamanye, eloklah terima....so saya pun terimalah dia dgn hati terbuka..alhamdullilah. bila hati sya dah bulat, dah confident, sya tak buat solah isktiharah lagi, sebab dah yakin.

leps tue, sebulan sebelum saya nikah, adik lelaki tunggal meninggal dunia sebab kemalangan...dialah yg byk uruskan jenazah dll sebab ayah dah tua dan takde adik beradik lelaki lain....sejak tue saya makin yakin yg dia memang ditakdirkan untuk saya.

kesimpulannye, petunjuk tak semestinye mimpi. mimpi boleh terkeliru, kekadang gerak hati, naluri...kita aje yg dapat rase. nak explain kat org pun susah.

it's up to u...

hope u'll find ur answer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 09:10 PM | Show all posts

solat istikharah

saya ada kawan yg dah bertunang n saya nak tanya bg pihak dia berkaitan dgn solat istikharah.
kawan saya ni tak pernah buat solat istikharah utk minta petunjuk sama ada tunang dia tu adalah yg terbaik utk dia or not..

dia risau nak buat solat istikharah ni sbb takut dapat petunjuk yg tunang dia yg skarang ni bukan utk dia..coz dia sayang sgt ngan tunang dia ni n kalau bley tanak kehilangan...

persoalannya..salahke dia ada perasaan mcm tu?(takut buat solat istikharah coz tanak dapat petunjuk yg dia tanak)..korang paham ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 09:42 PM | Show all posts
Kawan awak tu takut menghadapi kenyataan.  

Sembahyang istikarah tu mintak petunjuk dari tuhan.  bukan mintak dari setan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 03:15 PM | Show all posts
hmm... kalau dia dah yakin dengan keputusan dia tu.. tak perlu laaa membuat istakarah... sebaliknya doa laa semoga tunang dia adalah golongan yang baik2..

andainya dia ada pilihan yang lain selain tunang dia... boleh laa dia buat istikarah untuk memilih mana yang sesuai untuk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 27-2-2006 03:15 PM
hmm... kalau dia dah yakin dengan keputusan dia tu.. tak perlu laaa membuat istakarah... sebaliknya doa laa semoga tunang dia adalah golongan yang baik2..

andainya dia ada pilihan yang lain sela ...


tq aza..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 27-2-2006 03:15 PM
hmm... kalau dia dah yakin dengan keputusan dia tu.. tak perlu laaa membuat istakarah... sebaliknya doa laa semoga tunang dia adalah golongan yang baik2..

andainya dia ada pilihan yang lain sela ...



pada saya pendapat ni kurang sesuai.  pertamanya sebab tujuan istikharah ialah memohon petunjuk Allah.  Jadi kalau dia dah ada keputusan sendiri, mana dia nak tau keputusan dia tu baik?  Tentunya beristikharah.  

Dua hadith nabi (saya terjemahkan ke melayu tu mungkin kurang tepat).

"He does not fail who makes Istikharah and he does not regret who makes Mashwarah (consultation)."
(Tidak gagal mereka beristikharah dan tidak kecewa mereka yang bermesyuarah)

"Success and good tidings for the son of Adam (Insan) is in performing Istikharah and his misfortune lies in not making Istikharah."
(Kejayaan untuk Bani Adam adalah kerana beristikharah, dan kegagalan adalah kerana tidak beristikharah).
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 06:32 PM | Show all posts
hmm macm mana cara buat sembahyang istiharah yang betul.... maaf lah saya ni seba kekurangan banyak yg tak tahu, arap bagi lah panduan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 06:47 PM | Show all posts
macam solat sunat biasa jer.

2 rakaat 1 salam.  paling simple...  baca surah qulya aiyuhal kafirun rakaat pertama, rakaat kedua qulhuAllah.  sujud terakhir tu baca la doa sikit.  pastu lepas sembahyang doa ler macam biasa.

niat....  niat jer macamana pun...  kalau nak lafaz dia...  sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah taala.


kalau nak yang detail punya...  sujud terakir tu ada tasbih dia...  tu lebih baik baca buku ler utk hafal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2006 03:35 PM | Show all posts
mcm tu ... ada yg kata baik puasa dulu siang ari nya sblum wat istikharat tu... :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by tulip5816 at 28-2-2006 03:35 PM
mcm tu ... ada yg kata baik puasa dulu siang ari nya sblum wat istikharat tu... :stp:



puasa tu tak pernah pulak saya dengar.

yang saya bagi tu cara paling mudah ajer.  kalau-kalau awak nak buat sekarang ni, takkan nak pi cari buku pulak.  kalo nak yang detail punya lebih baik baca buku dia, sebab dia ada doanya ada tasbihnya dan ada surah yang afdhalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 09:53 AM | Show all posts

Solat Istikharah

Solat Istikharah jadi pedoman orang mukmin
Oleh ZUARIDA MOHYIN

SEBUT sahaja solat sunat Istikharah, pasti yang tergambar dalam minda kita ialah solat untuk memilih pasangan atau mencari jodoh terbaik. Itulah tanggapan umum mengenai solat sunat ini.

Pensyarah di Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Zahazan Mohamed menjelaskan istikharah yang membawa maksud 憁eminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 10:09 AM | Show all posts
Aku sedang dalam dilema skarang ni.Dah buat solat istikharah 2-3 kali.Sejak aku buat solat ni,mimpi aku semua jadi blur.Biasanya pagi2 aku ingat jugak apa yg aku mimpi pada malamnya.Rasanya belum cukup syarat kot utk solat tu diterima Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.161484 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list