CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matakucing

ALL ABOUT ANITA SARAWAK....

[Copy link]
Post time 25-9-2006 06:33 AM | Show all posts
Anita duta Innomed

DIVA terkenal Anita Sarawak kini menjadi duta dan jurucakap kepada semua rangkaian produk perubatan dan pembedahan berjenama, Innomed Sdn. Bhd., di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Kerjasama tersebut terjalin memandangkan kedua-dua pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin mendidik masyarakat tentang cara-cara yang selamat, berkesan dan sah dalam menyelesaikan masalah perubatan.

Innomed percaya kebolehan dan pemilihan Anita adalah tepat kerana Anita ialah seorang wanita yang begitu mementingkan penjagaan luarannya sehingga menimbulkan pesona tersendiri.

Anita juga akan menjalani beberapa rawatan yang disediakan oleh Innomed sebelum beliau dapat meyakinkan pengguna mencuba produk syarikat itu. Malah, sebelum Anita menjalani rawatan tersebut, Innomed akan melantik seorang pakar estetik beragama Islam sebagai penasihatnya.

Kata Anita, beliau tidak akan menjadi duta sesuatu produk jika beliau tidak meyakini keberkesanan produk itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 09:58 PM | Show all posts
sah2 kak nita buat treatment .....takkan tak tau beza lagi kot...pi la belek muka sedara/makcik nita kat kampung tue....diaorang pun makan sayur jugak...fresh lagi..so ape pendaapt u all???
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:39 AM | Show all posts
Ingatkan senang sangat la tu nk tipu kita2 ni
Obviously sangat cucuk botox. muka nampak plastik habiss
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 04:28 PM | Show all posts
Anita Raya imbau nostalgia 'Orang Lama'
19-10-2006
oleh WAHIDA ASRANI



Yahya Sulong dan Ning Baizura ditemubual oleh Anita pada rakaman
program Anita Raya (Foto: Utusan)

Sempena kedatangan Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi, berbagai program khas berbentuk hiburan telah dirakam bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya. Salah satu diantaranya ialah program bual bicara popular, Anita dengan episod khasnya berjudul Anita Raya yang akan disiarkan di saluran Astro Ria pada Hari Raya kedua selama sejam bermula 11.30 pagi.

Tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Anita Raya yang dihoskan sendiri oleh diva terkenal Anita Sarawak kali ini menampilkan tema Tanpa Yang Lama, Tiada Yang Baru, di mana penonton akan dibawa mengimbau kenangan dan jasa artis-artis veteran dan tidak ketinggalan juga artis-artis baru.

Sebelum ini, kita hanya buat talk show seperti biasa, tapi tahun ini Anita Raya amat istimewa kerana melibatkan ramai artis lama.

"Kami memang sengaja rancang untuk menjemput artis-artis veteran menyertai program ini kerana ia merupakan salah satu cara untuk kita hargai mereka selain mengajak penonton-penonton mengimbau kembali jasa artis-artis lama ini dan meninjau perkembangan terkini mereka," ujar Anita yang ditemui pada sesi rakaman Anita Raya di Studio 1 Astro, Isnin lalu.


Anita bersama Aziz Sattar dan Datuk Mustafa Maarof (Foto: Utusan)

Kira-kira 20 artis lama dan baru telah menjayakan rakaman program tersebut, antaranya Datuk Mustafa Maarof, Aziz Sattar, Datin Umi Kalthum, Datin Orked Abdullah, Mariani, Jeffrydin, Rubiah Suparman, Rahimah Rahim dan Yahya Sulong.

Turut memeriahkan program tersebut adalah Erra Fazira, Ning Baizura, Ogy Ahmad Daud, Que Haidar, Chef Ismail dan Nash.

Selain bual bicara oleh Anita bersama artis-artis terlibat, program khas itu juga turut diserikan dengan persembahan lagu-lagu raya oleh Aziz Sattar, Rahimah Rahim, Ning, Erra, Pretty Ugly dan Anita sendiri.

Anita Raya juga turut menyelitkan segmen khas yang memaparkan kisah penderitaan yang dialami oleh seorang ibu tunggal, Makcik Kiah, 79, yang hidup bersendirian sejak kematian suaminya kira-kira 15 tahun yang lalu.

Melihat kehidupannya yang menumpang berteduh di sebuah pondok usang di Kuala Pilah, Astro dengan beberapa pihak lain akhirnya melaksanakan impian wanita itu dengan membina sebuah rumah untuknya.

"Astro telah pun menyumbangkan RM15,000 untuk Makcik Kiah. Ini termasuklah barangan elektrik, keperluan lain seperti baju, wang dan sebuah rumah.

"Pembinaan rumahnya dibuat secara sukarela oleh kira-kira 60 tenaga kadet Akademi Angkatan Tentera Malaysia yang kini telah pun siap. Kita memang ingin lihat Makcik Kiah beraya di rumah baru dan kita akan selitkan kisahnya nanti di dalam Anita Raya," kata penerbit program itu, Noor Haina Itam.

Selain itu, sumbangan kepada Makcik Kiah juga turut diterima daripada Adabi sebanyak RM7,000 dan juga mendapat sokongan Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah.

Menurut Anita pula, walaupun banyak sumbangan telah diberikan kepada ibu tunggal itu, namun segala bentuk sumbangan lain masih boleh disampaikan kerana itu juga merupakan salah satu faktor mengapa segmen itu turut diselitkan di dalam Anita Raya.

"Memang kalau boleh saya tidak mahu masukkan cerita-cerita yang sedih di dalam Anita Raya, kerana kita kalau boleh mesti nak gembira pada Hari Raya nanti. Tapi, segmen Makcik Kiah ini kita terpaksa masukkan juga untuk membuka mata masyarakat kita tentang kehidupannya.

"Dia masih memerlukan bantuan dari kita. Dalam program ini, apa saja bentuk bantuan yang ingin diberikan, individu yang membuat sumbangan itu akan dibawa terus berjumpa dengan Makcik Kiah. Inilah satu cara untuk memastikan sumbangan tersebut sampai terus kepada penerimanya," ujar Anita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2006 10:20 PM | Show all posts
Anita Raya gabung artis lama, baru
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


SEMPENA Aidilfitri ini, program bual bicara Anita yang dikendalikan penyanyi terkemuka Anita Sarawak akan menggabungkan artis baru dan lama dengan teman Tanpa Yang Lama, Tiada Yang Baru.


Program terbitan Noor Haina Itam itu akan disiarkan pada hari raya kedua jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari menerusi saluran Astro Ria.

Menurut Noor Haina, dalam program selama satu jam ini Anita Raya akan membawa penonton mengimbau kenangan bersama-sama artis veteran dan baru.

Antara artis veteran yang diundang bagi memeriahkan program Anita Raya ialah Datuk Mustapha Maarof, Aziz Sattar, Datin Umi Khalthum, Datin Orked Abdullah, Yahya Sulong, Mariani, Rubiah Suparman, Jeffreydin, M Rajoli, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Rahimah Rahim, Ning Baizura, Que Haidar, Nash, Chef Ismail serta ramai lagi.

Anita Sarawak turut menemubual beberapa selebriti gabungan baru dan lama mengenai perbezaan raya antara dulu dan sekarang.

Di sebalik kegembiraan berhari raya, program Anita juga tidak melupakan insan kurang bernasib baik. Penonton berpeluang menyaksikan paparan kisah penderitaan yang dialami seorang ibu tunggal berusia hampir 70 tahun yang tinggal bersendirian di dalam rumah yang diibaratkan seperti reban ayam.

Astro menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak lain untuk memastikan impian Mak Cik Kiah beraya dengan keadaan sempurna terlaksana seperti Adabi, Rashid Kader Arkitek dan Akademi Angkatan Tentera Malaysia.

Astro juga menyumbangkan sebanyak RM15,000 kepadanya termasuk barangan elektrik, baju dan membina rumah.

Anita berkata, program raya ini lebih menarik kerana penonton dapat mendengar pengalaman orang lama yang bakal dikongsikan di dalam program ini nanti.

揚enonton kena tonton program ini hingga akhir kerana banyak kisah lucu dan menarik dapat didengar daripada artis yang diundang.

揕agi pun bukan mudah untuk berjumpa dengan orang lama. Ada yang Kak Nita jumpa kecil-kecil dulu dan tidak sangka masih berpeluang bertemu dengan mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 07:06 AM | Show all posts
Anita Sarawak kongsi cerita cinta dengan peminat
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN

Cinta pastinya tidak terungkap dengan kata-kata. Apabila sebuah percintaan tersimpul dengan ikatan perkahwinan pastinya kenangan tersebut merupakan sebuah kenangan terindah dalam hidup.

Tidak kira anda penyanyi popular atau sekadar orang biasa peristiwa tersebut pasti akan hadir dalam hidup anda.

Sama seperti khalayak yang lain, penyanyi popular, Anita Sarawak juga mempunyai memori indah bersama suaminya, Mahathir Abdullah.

Lantas kesempatan yang diberikan oleh pihak JW Marriott, Kuala Lumpur agar Anita tampil menceritakan kisah cinta dan pengalamannya bergelar anak seni dalam satu persembahan Anita, Laid Bare pada 31 Disember ini sempena sambutan tahun baru nanti, diterima Anita dengan sepenuh hati.

揑nilah masanya untuk saya tampil dalam satu persembahan berbentuk muzikal yang lain daripada lain. Persembahan itu nanti merupakan sebuah persembahan yang lahir dari hati saya sendiri.

揑a berkisar tentang kisah benar hidup saya. Saya pasti ia menarik kerana saya mahu berkongsi segala rahsia percintaan saya dengan anda semua,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2006 07:08 AM | Show all posts
Originally posted by batman_2007 at 24-7-2006 02:16 PM
aku tak suka sgt kak nita.. tak sedar diri sungguh..

budak ni gak lawa


dah tengok in person
tak lawa maner.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 07:08 AM | Show all posts
thread yang patot ditendang ke gossip....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2006 03:03 AM | Show all posts
aku tak paham tul dgn org2 yang tertipu dgn kenyataan Nenek Nita yg dia tak buat botox,suntik or what so ever....it is sooo...obvious!tak mungkin nenek yg dah umur 54 blh ada kulit tegang,licin,putih melepak mcm tu..hukum alam,kalau dah tua mesti bekedut wpun sikit...ni aku tgok muka nenek nita tu mcm kaku,keras...takde flexibility bila bercakap...hidung pun dah lain...compare la dgn muka dia dulu2...bagi aku...aku x kisah sebab tu hal dia tapi menipu org ramai ttg sesuatu yg obvious....?well...fikir sendiri la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 03:02 PM | Show all posts
hehe anita sarawak aku rasa amalkan petua kecantikan dan kecergasan orang dulu..
tgoklah persembahan live dia.. berjoget bagai anak muda.. kuat dan bertenaga lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 10:10 PM | Show all posts
Anita Sarawak dedah kisah cinta
18-12-2006

Tidak pernah terlintas di fikiran diva terkenal ini untuk mendedahkan kisah cintanya bersama suami tersayang, Mahathir Abdullah kepada khalayak ramai.

Masakan tidak, sejak berkahwin dengan pilihan hatinya itu beberapa tahun dulu, Anita Sarawak sendiri jarang menceritakan tentang rumahtangganya itu kepada umum.

Walaupun ke mana saja suaminya itu akan dilihat menemaninya, namun Anita yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Nita ini lebih senang menyimpan memori indah mereka itu sendiri.



Anita dan suami, Mahathir akan berkongsi kisah cinta mereka di dalam
persembahan muzikal, 'Anita, Laid Bare'
(Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)


Namun, untuk satu persembahan Anita sempena sambutan tahun baru pada 31 Disember ini, Anita, Laid Bare, buat pertama kalinya diva tersohor ini akan tampil dengan satu persembahan muzikal yang akan menceritakan kisah cinta bersama Mahathir, bermula dari perkenalan pertama sehinggalah mereka mendirikan rumahtangga.

"Ini satu kelainan yang tidak pernah saya buat di dalam sebarang show sebelum ini. Saya rasa inilah masa yang paling sesuai untuk berkongsi kisah percintaan kami berdua dengan peminat-peminat.

"Saya ingin berkongsi dengan penonton bagaimana kehidupan saya sebelum Abang Mahathir hadir dalam hidup saya. Macam-macam dugaan yang saya hadapi ketika tinggal di Las Vegas. Namun semua itu berubah sejak saya kenal dengan suami saya.

"Tidak sangka pula bila saya cadangkan konsep show seperti ini kepada pihak JW Marriot, mereka berminat untuk lakukan. Saya pasti, persembahan ini akan menarik kerana ia benar-benar menceritakan kehidupan saya," ujar Anita di satu temubual ekslusif di JW Marriot baru-baru ini.

Persembahan muzikal Anita, Laid Bare ini akan berlangsung selama 90 minit di mana Anita akan mempersembahkan 16 buah lagu klasik dan evergreen yang pernah didendangkan oleh Shirley Bassey dan Frank Sinatra, selain sebuah lagu Cina dan sebuah lagu Melayu, Tiru Macam Saya.

"Jangan tanya saya kenapa saya nyanyikan lagu Tiru Macam Saya sedangkan persembahan ini berkonsepkan romantik. Ada sebab kenapa saya ingin bawakan lagu ini. Saksikan sajalah nanti persembahan saya," kata Anita ceria sambil disambut dengan gelak tawa oleh suaminya, Mahathir.

Uniknya tentang persembahan tersebut, Anita bukan saja akan menyanyi malah akan turut berlakon bersama suaminya itu sambil dibantu oleh pelakon dan pengacara Chacko Vadaketh, yang akan menyampaikan cerita secara monolog.

Mahathir juga adalah penerbit untuk persembahan Anita, Laid Bare itu.

Bercerita tentang persembahannya itu, Anita berkata pada malam itu nanti dia akan mengenakan sembilan pasang baju yang telah direka khas oleh Ashley Wong dari Kapas Couture, manakala suaminya itu pula akan mengenakan pakaian yang diimport khas dari Amerika.

Konsep pentas juga, katanya lagi, akan dihiasi indah dengan bunga-bunga untuk memaparkan suasana romantik yang akan dikendalikan oleh Kem Salleh dari Kapas Home.

"Saya memang ingin pastikan persembahan ini benar-benar mengembalikan memori indah saya dan Mahathir ketika bercinta dulu. Sebab itu saya ingin suasana pentasnya juga menarik dan romantis.

"Malah, warna-warna baju yang akan saya pakai pada persembahan itu juga menonjolkan 'warna-warna' cinta kami," kata Anita yang juga menggunakan khidmat komposer Helen Yap untuk penataan muzik.  

Menurut Anita lagi, jika persembahan mengenai 'kisah cinta'nya itu mendapat sambutan, dia tidak teragak-agak untuk melakukannya sekali lagi tetapi dengan produksi yang lebih besar.

"Insyaallah, jika ada rezeki saya ingin buat lagi persembahan ini di pentas yang lebih besar di mana kita akan ada penari-penari, props dan saya rasa lebih banyak cerita boleh disampaikan kali ini," tambahnya.

Tiket-tiket berharga RM 500, RM 400 dan RM 300 untuk persembahan Anita, Laid Bare boleh didapati dengan menghubungi JW Marriott Hotel di talian 03-27198666 atau 2715 9000.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 10:27 PM | Show all posts
takutla tgk...ngeri beb
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 10:34 PM | Show all posts
mcm drag queen plak
Reply

Use magic Report

Talha This user has been deleted
Post time 19-12-2006 09:09 AM | Show all posts
U have to start early samaada jaga pemakanan dan jaga kulit muka kalau dah kertu baru nak jaga memang tak boleh. Disiplin penjagaan awet muda dalam kaedah tradisional samaada Melayu,Indon,Thai,Cina,India atau Jepun sangat cerewet dan memakan masa dan untuk jangka masa panjang.No quick fix.
Ada kaedah facial exercise yg juga sangat bagus.
Ada juga kaedah memudakan kulit secara scientific.
Technology memudakan kembali kulit muka sangat kehadapan di Japan Eropah dan US because its big business
Researchnya menelan jutaan ringgit. Apapun kalau berduit kita boleh memenafaatkan technology tersebut untuk kelihatan muda. Tengok saja Maria Arshad sekarang...lebih cantik dari dulu...Dan kecantikan yg telah dibotolkan dan dilabel bukannya murah...yg murah bedak cap nyonya
Reply

Use magic Report

muchy This user has been deleted
Post time 19-12-2006 12:12 PM | Show all posts
tumpang lalu n baca
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 11:20 AM | Show all posts
;;;;;;;;;; kupun menjenguk:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2006 06:19 PM | Show all posts
tak mungkin umor kak nita 54. dia ada datang rumah (kat spore) dgn kakak dia, murni. time tu akak  in secondary 2...dia dah besar panjang.  i am now 54 and she is at least 2 -3 years older than me. anyway, she did have  a nose and boob job done. no denying that her complexion is flawless but memang ada do something to keep off the wrinkles. botox ker, apa ker..wallahualam.  tapi tang leher tu, sape2 pun tak boleh cover walaupun cucuk sini sana. asal kak nita bahagia lah...who are we to judge. personally, i'd rather grow old gracefully and naturally.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 09:47 AM | Show all posts
heeeeeeee...........
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 09:47 AM | Show all posts

Reply #77 saggitarius's post

ya ka.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 09:40 AM | Show all posts
ada tgk iklan kat tv semalam tak?

yang pasal penderma organ?

kak nita salah sorang yang dah mdaftar tuk mderma organ.

tahniah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.253694 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list