CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matakucing

ALL ABOUT ANITA SARAWAK....

[Copy link]
Post time 29-12-2006 11:18 AM | Show all posts
dulu lain skrg lain. ..
tp rasanya mmg kak nita tu jaga kesihatan kot...
anyway tabik kat dia sbb masih bleh ckp bahasa melayu walaupun suaminya mat saleh...
bkn cam setengah artis yg spekeng2 tapi pi obersea pon tak penah..wekss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2007 04:32 PM | Show all posts
Kak Nita sanggup buang 憁ake-up

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 02:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 02:28 PM | Show all posts
SEBAB TU MUDA SELALU

Anita Sarawak amal laser scrub

SETIAP kali menatap wajah superstar Anita Sarawak, pasti ramai wanita berasa cemburu kerana dalam usianya cecah 60 tahun, dia mempunyai seraut wajah cantik dan kelihatan muda.

Kecantikan yang dimiliki oleh Anita menimbulkan cakap-cakap nakal kononnya penyanyi kesayangan ramai ini menyuntik botox untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik memandangkan kecantikan adalah aset utama bagi seorang artis.

Cakap-cakap itu semakin tidak enak didengar apatah sejak akhir-akhir ini penampilan Anita dikatakan memang amat jauh berbeza dengan kulit yang halus mulus, tegang tanpa kedutan!

Anita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nita, ketawa kecil dan menafikan menggunakan botox sebaliknya mengakui, menggunakan kaedah laser scrub untuk rawatan kulit muka.

“Kak Nita tidak perlukan botox untuk nampak muda tapi Kak Nita menggunakan laser scrub untuk membuang semua sel-sel mati yang terdapat di kulit.

“Laser scrub ini macam pasir dan Kak Nita akan melakukan ini sebulan sekali. Kosnya pula sekitar ratusan ringgit,” katanya.

Menurut Kak Nita, selepas melakukan laser scrub, ia tidak menegangkan kulit mukanya tetapi sekadar membuang semua sel kulit yang mati.

“Untuk menegangkan kulit muka Kak Nita menggunakan pelembap tetapi jangan guna sembarangan pelembap.

“Sebabnya, pelembap yang digunakan itu akan meresap masuk ke dalam kulit,” jelasnya.

Kak Nita memberitahu, laser scrub yang dilakukannya itu boleh dibuat di mana-mana spa, tidak semestinya di luar negara.

“Mana-mana spa pun boleh. Kak Nita tak ada satu spa yang khusus.

“Tapi mestilah profesional dan rujuk kepada konsultan,” tegas Kak Nita.

Ketika ditebak dengan soalan apakah hanya dengan menggunakan pelembab mampu menegangkan kulit dan bukan botox seperti artis lain, tanpa ragu-ragu Kak Nita berkata:

“Itulah amalan Kak Nita. Kak Nita tidak mahu menyentuh peribadi orang lain kerana setiap orang mempunyai pandangan sendiri.

“Soal penggunaan botox ini, tepuk dada, tanya selera tapi memang Kak Nita tak guna botox.

“Cuba tengok muka Kak Nita ini. Bukannya tidak ada kedut. Ini, di atas dahi ini, ada kedut,” ujar Kak Nita.

Selain menjaga kecantikan kulit dengan kaedah laser scrub, Kak Nita juga tidak suka melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan kulit kering kerana terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan kulit berkedut.

“Di samping itu pastikan air dalam badan mencukupi kerana jika tidak cukup air juga akan menyebabkan cepat tua,” katanya.

Tambahnya, untuk menjaga kecantikan, perlu rajin menggunakan pencuci muka dan pelembap muka serta krim mata sebelum masuk tidur.

“Tak payah beli krim yang mahal-mahal sebab Kak Nita gunakan Cream of Olay sahaja,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 11:27 PM | Show all posts
Oh... Esok nak beli Cream of Olay gak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.058266 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list