CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: errynn

vitamin utk tingkatkan antibodi anak

[Copy link]
Post time 25-7-2006 04:30 PM | Show all posts
kita  bagi anak makan multivit jenama seahorse. Bagus multivit tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 10:14 AM | Show all posts
kawaii kasi mkn scott's emulsion yg plain tu since my baby 11 bln..
yg flavor orange tu dia x serasi sure cirit..
skang dia dah 1thn 6 bln..selsema pon kurang ..compare time baby2 dulu...
kite pun x lalu nk mkn scott emulsion ni coz bau dia..errkk
tp my boy dah biase so dia mkn slumber jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by comel_manja at 24-7-2006 02:20 PM
comel amik influenza injection for my son. sethn 2 kali. my son skrg 11mth. memula amik injection tu dia akan batuk & selsema agak teruk. after that, clear. selang sebln amik 2nd injection lak. ...


boleh tahan juga harganya ye..  tapi utk kesihatan anak2 mmg berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:42 PM | Show all posts
kalau pergi mana-mana farmasi ada banyak vitamin untun meningkatkan antibody anak bermula dari 4 bulan hingga 6 tahun.......sebab terlalu banyak vitamin yang ada dipasaran kebanyakkan ibu-ibu sukar untuk memilih yang mana yang paling sesuai dengan anak......jadi yang terbaik jumpa dokter pakar kanak-kanak dan dokter akan terangkan vitamin mana yang sesuai dengan anak-anak masing-masing jadi hatipun tak was-was....macam Has lebih suka jumpa dokter pakar kanak-kanak dan tanya dokter tu......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 05:33 PM | Show all posts
i bagi anak i appeton with lysiene..stakat nie ok x de dah demam plus i amik maid ..appeton utk infant pon ada...boleh letak dlm susu..jus..makanan or bagi terus mcm tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 09:56 AM | Show all posts
Biasanya kekuatan bayi bermula dari dalam kandungan... bakal ibu mesti makan all the good nutrition (jangan sayang duit) pada masa tu. Setakat makan albumin doktor memang sangat tidak mencukupi. Kesan dia nanti (insyallah), anak sihat dan kita pun sihat. ramai kawan2 yang bila kita perkatakan semua ni dia cebik balik kat kita... then true enough lepas bersalin anak banyak masalah, nak kesian lebih2 pun tak boleh sebab sendiri yang tempah... cuma kesian kat baby tu la.

Dalam keadaan sekarang, i amalkan spirulina (i take elken brand, good quality) untuk my kids since they are 6 mth old. So far they are doing great alhamdulillah... demam pun tak melarat-larat la. Other then dat, bagi makan scot emulsion and vit C tablet.

I just share amalan i selama ni.... bukan nak mengajar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
miau This user has been deleted
Post time 27-7-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by anis710 at 27-7-2006 09:56 AM
Biasanya kekuatan bayi bermula dari dalam kandungan... bakal ibu mesti makan all the good nutrition (jangan sayang duit) pada masa tu. Setakat makan albumin doktor memang sangat tidak mencukupi. Ke ...


boleh yer,..bagi baby 6 months spirulina?... yg jenis cecair tu ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 01:53 PM | Show all posts
Vitamin ...penting bagi tumbesaran

SEKIRANYA anda mendapati anak-anak anda begitu keletihan apabila pulang dari sekolah serta enggan keluar bermain pada sebelah petang, berhati-hatilah kerana mereka mungkin kekurangan vitamin. Walaupun ada yang beranggapan ia bukan satu masalah besar, namun kekurangan vitamin boleh dikaitkan dengan kecelakaan sehingga membawa kepada kematian secara tidak langsung.

Pada peringkat pertama, mereka yang mengalami kekurangan vitamin tidak menunjukkan sebarang tanda kerana tubuh sedang menggunakan vitamin yang tersimpan di dalam badan.

Masalah kekurangan vitamin ini mula memasuki peringkat kedua apabila ia telah habis digunakan dan tanda-tanda mula kelihatan.

Di peringkat seterusnya, tanda-tanda semakin jelas apabila sistem ketahanan badan semakin lemah dan menyebabkan seseorang mudah jatuh sakit.

Sementara itu, vitamin-vitamin adalah bahan yang amat penting dalam hidup kerana badan memerlukannya untuk pelbagai proses penyerapan.

Setiap 13 vitamin memainkan peranan yang berlainan bagi memudahkan tindakan penyerapan yang tidak boleh dilakukan oleh vitamin lain.

Ini adalah satu sebab mengapa seseorang perlu memakan pelbagai jenis makanan.

Vitamin A adalah satu-satu Vitamin yang boleh mengatasi masalah kekurangan Vitamin A, manakala Vitamin c tidak menyediakan perlindungan untuk melawan kekurangan vitamin-vitamin lain.

Badan manusia memerlukan vitamin dalam pemakanan seharian dan ia tidak boleh terhasil dengan sendiri melainkan Vitamin D.

Sementara kumpulan Vitamin B dan Vitamin C pula mesti diganti secara berterusan kerana ia tidak boleh tersimpan lama di dalam badan.

Dalam pada itu, kanak-kanak adalah mereka yang memerlukan vitamin sepanjang tempoh membesar.

Bagaimanapun mereka memerlukan vitamin yang lebih daripada biasa ketika sedang pulih daripada sakit, apabila enggan makan atau menunjukkan tanda hilang selera makan.

Mereka juga memerlukan vitamin tambahan apabila tidak menyukai banyak jenis buah dan sayur, mengalami tekanan di sekolah, ketagih makanan segera, bertukar sekolah, mengalami perubahan dalam kehidupan seharian dan sekiranya kantin sekolah menyediakan makanan yang kurang berkhasiat.

Untuk memastikan anak-anak mendapat vitamin yang mencukupi, pastikan mereka memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bagaimanapun, sekiranya anda mengenal pasti tanda-tanda kekurangan vitamin pada anak-anak seperti kerap jatuh sakit dan tidak dapat memberi tumpuan pada sesuatu perkara, bawalah mereka berjumpa doktor dengan segera.

Mereka mungkin akan diberikan vitamin yang mempunyai formula khusus untuk bertindak memberi tenaga dan memulihkan selera serta menggantikan vitamin yang telah hilang dari badan.

Pengambilan vitamin yang menyeluruh adalah penting untuk kesihatan. Antara petua untuk menyimpan dan memasak sayuran dan buah-buahan:

- Elakkan membeli sayuran atau buah-buahan yang mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat jualan kerana pengendalian yang kurang sempurna dan menyimpannya dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan sebahagian besar daripada khasiatnya telah hilang.

- Ambil kira tentang cara memasak yang dapat menyimpan khasiat seperti mengukus yang hanya menghilangkan 20 peratus daripada kandungan vitamin C, sedangkan merebus akan menghilangkan 50 peratus.

- Gunakan air yang minimum atau penapis kukus apabila memasak kentang dan cari kegunaan lain untuk air rebusan seperti membuat sos dan sebagainya. Kupas basuh dan potong sayuran betul-betul sebelum ia dimasak dan jangan basuh terlalu lama.

- Elakkan membiarkan makanan dipanaskan terlalu lama. Lebih baik hanya makanan dipanaskan beberapa minit sebelum dihidangkan.

- Selalu tambah sedikit minyak atau krim bagi salad mentah untuk membiarkan ia menyerap lemak yang dapat dihancurkan seperti vitamin A, D, E dan K.

- Simpan epal dan tomato berasingan kerana kedua-duanya mengeluarkan bahan yang menyebabkan sayur menjadi cepat busuk dan lembik.

- Jangan biarkan buah-buahan dan sayuran terkena pancaran matahari. Ia patut disimpan di tempat yang gelap, sejuk dan kering.

Artikel sumbangan:
Pharmaton Natural Health Products.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2006 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by miau at 27-7-2006 09:57 AM


boleh yer,..bagi baby 6 months spirulina?... yg jenis cecair tu ke?...


6 mth... tumbuk masuk cereal. 8-12mth  dia dah boleh kemam, bagi direct macam gula2. Twice a week will do. Spirulina yg i makan size dia kecik je... and licin bila kena air, so tak ada masalah tercekik all that
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
Post time 28-7-2006 09:29 AM | Show all posts
ok..tq...tunggu my doter 6 bulan nanti la...will do
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by anis710 at 27-7-2006 09:56 AM
Biasanya kekuatan bayi bermula dari dalam kandungan... bakal ibu mesti makan all the good nutrition (jangan sayang duit) pada masa tu. Setakat makan albumin doktor memang sangat tidak mencukupi. Ke ...


Yup Elken spirulina... i pun bagi kat ketiga-tiga anak-anak start dr diaorang dah pandai mengunyah sampai sekarang dan suplement lain vitamin C appeton, alhamdulillah sihat semua nyer susah nak kena demam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 11:17 PM | Show all posts
nak share ckit la ngan member2 cnie..Anak sy 2org umur 3tahun & 2thn...setiap 2/3 bulan x sah kalo x admit hospital..selalunyer sbb brochilitis..(pneumonia-radang paru2)...maybe sbb alergik..sbb bapaknyerr ader resdung..so,kemungkinan anak kne alergik tu mmg tgi..smpai satu tahap dah bosan dok hosp jer...Alhamdulillah, Allah bukakan hati ni utk cuba produk dari shaklee (sy amalkan mealshakes & omega guard) utk anak saya...Alhamdulillah la..sembelit dh xder..hari2 pooo pooo..selera makan pon bertambah..anak 1st tuh mlm2 mesti nak nasi...disebabkan sy mmg consume satu family produk ni...sy join jadi ahli sekali..

Utk sesiapa yg nak tahu lanjut mengenai produk boleh pm sy atau:
sms/call:019 3115284
email:affa_mie@yahoo.com.sg
fanpage:effa collections
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053021 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list