CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 17

Tutur selamba, gaya bersahaja Dayang pikat hati penonton

[Copy link]
Post time 28-7-2006 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

MERAIKAN tujuh tahun pembabitan dalam dunia seni hiburan tanah air, penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty mengadakan sebuah persembahan cukup istimewa yang diberi nama Dayang After 7, bertempat di pusat hiburan dan restoran terkemuka di ibu kota, Planet Hollywood, 15 Julai lalu.

Persembahan yang memakan masa lebih dua jam itu sememangnya hadiah cukup bermakna, bukan saja buat peminat Dayang yang setia memberikan sokongan kepada wanita muda kelahiran Kuching, Sarawak itu sepanjang pembabitannya dalam seni, sebaliknya buat Dayang sendiri, yang menyambut hari lahir ke-25 pada 20 Julai.

Dikenali sebagai artis yang mampu memukau penonton dengan kelunakan dan kemantapan suara apabila berada di pentas, Dayang, seperti biasa, mudah untuk menghiburkan peminat yang memenuhi ruang bawah pusat hiburan berkenaan.

Diiringi enam pemuzik yang diketuai Acis, serta empat penyanyi latar, Dayang tampil di pentas kira-kira jam 3.30 petang dengan menyampaikan 30 lagu (ada yang disampaikan secara medley), dalam dua set persembahan yang menghiburkan.

Lagu yang dinyanyikan kali ini, dipilih khas daripada lima album yang pernah dihasilkan Dayang sepanjang karier bergelar penyanyi rakaman. Daripada album pertama yang menggunakan namanya sebagai judul sehinggalah album terbaru, Kasih, peminat dihidangkan dengan dendangan bertenaga penyanyi ini sehingga titik akhir persembahan, lewat jam 6 petang.

Begitupun, Dayang tidak lupa menyanyikan lagu penyanyi lain yang meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, termasuk Where Do Broken Hearts Go, lagu yang mula-mula dinyanyikannya dalam pertandingan Golden Teen Search, di Angkasapuri, pada 1997.

Harus dipuji ialah kemampuan Dayang mengekalkan minat penonton untuk terus bersamanya sepanjang persembahan. Sedikit celoteh sudah memadai untuk penyanyi ini membuat penonton ketawa, atau mengetahui sedikit sebanyak latar belakang lagu yang dinyanyikan. Dia juga sering mengucapkan alhamdulillah setiap kali peminat menyukai nyanyiannya.

Pendek kata, peserta Top 12 program pertandingan nyanyian realiti 8TV, One In A Million (OIAM) ini mampu menjalinkan komunikasi yang baik dengan penontonnya. Tuturnya selamba, gayanya bersahaja, bahkan Dayang kerap berjenaka bersama peminat. Sebelum menyanyikan Dealova, umpamanya, dia berpura-pura gementar kerana lagu itu cukup sukar untuk didendangkan, katanya.

Sebaliknya, sebaik saja dia menamatkan lagu terbabit, peminat bagai histeria. Dayang berjaya mengalunkan lagu dendangan asal Once itu dengan cukup berkesan (dan dengan caranya sendiri). Kekuatan suara penyanyi ini jelas terserlah ketika mendendangkan lagu petikan filem Dealova berkenaan.

Dayang turut mengajak penonton ketawa bersama ketika dia berbicara mengenai album ketiga yang kononnya dipanggil album gelap oleh peminat. Album berkenaan tidak memaparkan gambar Dayang pada kulitnya, sebaliknya hanya nama Dayang dan tajuk album. Menggunakan kata-kata gelap dan hitam sebagai bahan jenaka, dia juga menceriakan suasana dengan pembongkaran senarai lagu permintaan peminat, termasuk lagu Kuda Hitam.

Pemilihan lagu dan iringan muzik yang baik, kelunakan serta kawalan suara yang terpuji, menjadikan acara bersantai bersama Dayang petang itu pengalaman cukup menarik. Bayaran masuk sebanyak RM30 memang berbaloi!

Begitupun, dalam seronok melihat Dayang mengawal pentas persembahan, dirasakan kelemahan pada hari itu hanyalah pada pakaian yang dikenakan. Imej ala wanita Barat tahun 50-an (teringat pula pada filem Grease) dirasa kurang mempesona. Jarang sekali Dayang gagal dalam aspek berkenaan, cuma petang itu markah untuk Dayang agak kurang.

FAKTA

BUAT kali pertama, bapa Dayang, Awang Dowty Awang Fauzi turut sama menyaksikan persembahan anak perempuannya itu di Planet Hollywood. Awang Dowty turut ditemani isteri, Nona Nahrawi.

PADA pertengahan set pertama, kasut tumit tinggi yang dipakainya rosak. Lalu dia meneruskan persembahan berkaki ayam.

DAYANG tidak lupa menyanyikan sebuah lagu baru, Terluka, yang bakal digunakan untuk filem pertama lakonannya, Luka, hujung tahun ini.

LAGU yang dinyanyikan Dayang pada set pertama ialah Kembalilah Sayang, Hujan Lagi Hati Ini, Hakikat Cinta, Where Do Broken Hearts Go, Bahagia, Sekali Lagi, Sedingin Mana Cintamu, Lenakan, Dealova, Rindu Bayangan, Seandainya Masih Ada Cinta, So Sick, Be Without You, Pintaku Yang Terakhir, Mana Mungkin.

SET kedua persembahan, Dayang menyanyikan Dayang Sayang Kamu, Kau Pergi Jua, Kasih Maafkan, Erti Hidup, Cater To You, Biar Akhirnya Di Sini, Andai Ku Tahu, Saat Yang Bahagia, Pujaan Hatiku, Gelora, Penawar Rindu, Malam Bulan Dipagar Bintang, Terluka, Hips Don? Lie dan Kasih.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 28 JULY 2006

[ Last edited by  bintang^hati at 28-7-2006 03:19 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2006 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 28-7-2006 03:17 PM
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

MERAIKAN tujuh tahun pembabitan dalam dunia seni hiburan tanah air, penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty mengadakan sebuah persembahan cukup istimewa yang diberi n ...


haiya... tak de org record lagu kasih maafkan ke? aku nak tgk... full song ekk kasih maafkan die nyanyi? ke medley?? wah 1st time bapak die dtg... diterbangkan has dari sarawak... weeee...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:35 PM | Show all posts
pemes juga album gelap tu ya
ahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 28-7-2006 11:35 PM
pemes juga album gelap tu ya
ahahahah


haah... ablum 2 gelap sgt ke? ok jek aku tgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2006 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 28-7-2006 06:25 PM


haiya... tak de org record lagu kasih maafkan ke? aku nak tgk... full song ekk kasih maafkan die nyanyi? ke medley?? wah 1st time bapak die dtg... diterbangkan has dari sarawak... weeee...



x de kot. aku x nmpk pun kat youtube.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 29-7-2006 03:07 PM



x de kot. aku x nmpk pun kat youtube.


2 lah... aku pun hari2 cari mane tau ade org record... tak de rasa nye... sadness...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2006 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 29-7-2006 01:05 AM


haah... ablum 2 gelap sgt ke? ok jek aku tgk...



ekceli,album tu ader 2 version....
first cover dia memang itam semua, just tulis nama dia ngan dakwat gold...
yang second version, kaler2 sket....
aku frust sebab kawan aku beli yang lewat sket, ader gambar dayang...
yang aku beli, album gelap...
he he....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by eis_82 at 30-7-2006 06:28 PM



ekceli,album tu ader 2 version....
first cover dia memang itam semua, just tulis nama dia ngan dakwat gold...
yang second version, kaler2 sket....
aku frust sebab kawan aku beli yang lewat ...



haha... 1st edition tak de gamba dayang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2006 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 30-7-2006 07:01 PM



haha... 1st edition tak de gamba dayang ke?



nope, not a single pic...............
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 10:11 PM | Show all posts
ff: td petang aku tgk kat tv1..rancangan tajuk 'klasik'..dayang nyanyi lagu2 lama..lagu2 xbest sgt...aku xtahu pon lagu apa dorang nyanyi...yg best dapat tgk dayang lagi..wahhh..sweetnye dia berkebaya merah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by eis_82 at 30-7-2006 08:00 PM



nope, not a single pic...............


oh ic... ingat kan ade gamba... haha... asal tak beli 2nd edition?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 30-7-2006 10:11 PM
ff: td petang aku tgk kat tv1..rancangan tajuk 'klasik'..dayang nyanyi lagu2 lama..lagu2 xbest sgt...aku xtahu pon lagu apa dorang nyanyi...yg best dapat tgk dayang lagi..wahhh..sweetnye dia berk ...


oh ic... wad time???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 31-7-2006 12:10 AM


oh ic... wad time???


kol 4-5 petang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 31-7-2006 05:29 PM


kol 4-5 petang


oh ic... aku tgh buat ape ekk??? hmmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2006 07:13 PM | Show all posts
aku pun x dpt tgk. x de rezeki ar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 31-7-2006 07:13 PM
aku pun x dpt tgk. x de rezeki ar.


haha... same ar...tak pe lah... mane tau lain kali ade repeat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2006 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by eally at 29-7-2006 01:05 AM


haah... ablum 2 gelap sgt ke? ok jek aku tgk...


ahahahaahha
ntah la
aku saje je ckp album gelap
skali lekat lak dgn dayang
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 01:42 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 31-7-2006 11:14 PM


ahahahaahha
ntah la
aku saje je ckp album gelap
skali lekat lak dgn dayang


lekat dgn dayang???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.270069 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list