CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21400|Reply: 111

Soalan: Membaca Yasin [merged] - dhani

[Copy link]
Post time 30-12-2005 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Saya jahil dan nak tahu.

Apa kah sejarahnya dan dalilnya amalan membaca Surah Ya-Seeh setiap malam jumaat, ketika di majlis2 terutama time orang nak meninggal dsb nya. Saya selalu baca mengenai kelebihan2 Surah Ya-Seen, tapi biasanya tulisan2 ni dlm buku2 ugama kecik2 ni tak bagi dalil. Mintak forumer2 bantu.

[ Last edited by  antiQue at 3-8-2006 06:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2006 04:01 AM | Show all posts
Saya pun pernah tepikir jugak benda ni.  In fact ni pun yg diajar mak dan arwah ayah.  Tapi tak jumpa btol btol lagi orang yg arif nak cerita pasal amalan ni.  Saya di luar negara skrg ni di mana semua penganut islam di sini berpegang kepada mazhab maliqi.  Mereka pernah bertanya kenapa saya baca yaasiin pada malam jumaat?  Pelik bila diorang kata amalan tu tak btol.  Mungkin sebab bahasa tak paham dan diorang tak paham apa yg saya explain kot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 10:28 AM | Show all posts
Setakat sekarang ni yang aku tau, hadith-hadith amalan membaca yaasin dimalam jumaat adalah lemah atau palsu.  tapi bukan le ia menghalang kita baca yaasin malam jumaat, cuma jangan la kita menetapkan membaca yaasin malam jumaat.

[ Last edited by ibnur at 20-1-2006 10:29 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 06:51 PM | Show all posts
(oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

Bahaya kalau ia menjadi i'tikad

Antara persoalan yang ditimbulkan berhubung dengan bacaan yasin pada malam jumaat -apakah ia pernah dilakukan pada zaman Nabi SAW dan para sahabat ,atau sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman mereka.

Terlebih dahulu saya katakan sesungguhnya yasin adalah salah satu daripada surah-surah al-Quran.Al-Quran boleh dibaca pada apa -apa malam dan pada apa-apa ketika sahaja selagi keadaan pembacaan dan tempat pembacaan itu tidak menyanggahi syara'k. Bukan sahaja surah yasin ,surah apa-apa sahaja boleh dibaca pada malam Jumaat,malam Sabtu,malam Ahad,malam apa-apa sahaja.Itu tidak menjadi kesalahan.Namun keadaan berbeza apabila seseorang beriktiqad bahawasanya Yasin mestilah dibaca pada malam Jumaat ,atau mempercayai bahawa membaca Yasin pada mlam Jumaat mempunyai khasiat atau kelebihan tertentu.

Jika soalannya apakah membaca Yasin pada malam Jumaat disuruh agama dengan kelebihan-kelebihan tertentu,atau dijamin dengan kelebihan dan pahala tertentu,maka saya katakan bahawasanya disana tidak ada satu pun hadis Nabi yang khusus bacaan Yasin pada malam jumaat.Bahkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ,baginda nabi SAW menyebut, La takhtassu lailatal Jumu'ah bi-qiyaamin in baini layaali-"janganlah kamu khaskan malam Jumaat itu dengan satu solat yang tidak ada pada malam-malam lain.

Demikianlah,solat sendiri pun tidak ada solat khas pada malam Jumaat.demikian juga tidak ada bacaan khas pada malam Jumaat,melainkan apa yang diriwayatkan oleh al-hakim dan imam Baihaqi,dan hadis ini disohihkan oleh para ulamak hadis. Baginda menyebut, man qara-a suuratul kahfi sato'a lahum nuuurun min tahta qdamiyi ila'anaamis samaa'- Sesiapa membaca suratul kahfi maka terpancar cahaya dari tapak kakinya sehinggalah ke langit."

Ini surah kahfi,pada malam Jumaat. Sesiapa yang membaca surah kahfi pada hari Jumaat,maka dijanjikan pahala yang sebegini.Namun untuk surah Yasin tidak ada pengkhususan demikian .Oleh itu sesiapa yang ingin membaca yasin pada malam jumaat atau pun selain daripadanya,hendaklah dia tidak mengiringnya dengan apa-apa iktiqad,dan tidak boleh mempercayai bahawasanya yasin mesti dibaca pada malam jumaat.Dia boleh membaca yasin pada malam jumaat ,dia boleh membaca yasin pada malam sabtu,dia boleh membaca yasin pada malam ahad,dia boleh membaca yasin pada siang dan malamnya-tidak ada sebarang perbezaan.

Meletakkan kifiyat ataupun fadhilat ,sedangkan ia tidak ada dalam hadis nabi adalah suatu dakwaan terhadap agama dengan sesuatu yang tidak ada dalil,iaitu mendakwa seolah-olah Allah SWT menjamin satu pahala ,sedangkan Nabi SAW dan Allah SWT sendiri tidak pernah menyatakannya.Sesungguhnya dalam masalah agama atau membuat tambahan dan rekaan sesuatu yang tidak pernah ada atau tidak pernah dinyatakan oleh Rasullullah.

Seorang lelaki datang kepada Imam Malik bin Anas,(seperti yang disebut oleh Imam Syatibi dalam kitabnya al-I'tisaam) dia berkata ,:wahai Abu Abdillah ,dimanakah aku patut memulakan ihram untuk haji dan umrah?"Imam Malik menjawab,"Engkau mula di Zu Hulaifah,tempat Rasullullah SAW memulakannya."Kata lelaki itu,"Aku ingin berihram dari amsjid (iaitu masjid nabi).Kata imam malik,"Jangan."Kata lelaki itu"Aku ingin berihram bemula daripada kubur Nabi SAW ."kata Imam Malik,"Jangan ,aku bimbang ditimpa kepadamu fitnah.

Kata Lelaki itu,wahai imam,apa fitnah?Ia adalah penambahan kepada jarak sahaja.yang aku tambah.yakni dengan aku menambahkan pahala Walau bagaimanapun aku tetap berihram dan akan melalui Zu Hulaifah .tempat masjid Nabi ataupun kubur Nabi sesuatu yang baik apa salahnya."

Dengarlah jawapan imam Malik dalam masalah ini.Katanya,"Apa kah lagi fitnah yang lebih besar apabila engkau menganggap dirimu mendahului satu kelebihan yang mana Rasullullah telah menguranginya.Maksudnya apabila engkau merasakan engkau menambah suatu perkara dalam agama yang engkau mendapat pahala sedangkan Nabi tidak pernah melakukannya.seoalh-olah engkau menyaingi dan mendahului baginda SAW ,sedangkan aku mendengar Allah SWT berfirman,maksudnya:maka jaga-jagalah orang-orang yang menyanggahi arahan Rasul,jangan sampai ditimpa kepada mereka fitnah,dan ditimpakan mereka azab yang pedih.

Menentukan hari tertentu dengan bacaan tertentu ,cara tertentu memerlukan dalil daripada al-Quran atau Sunnah Nabi SAW. Meletakkan khasiat,kelebihan atau fadhilat dengan bacaan tertentu.ataupun meletakkan jaminan pahala apa yang tidak pernah dijamin oleh Allah SWT dan RasulNya ialah dakwaan agama.,dan terhadap Allah dan Rasul,janji ynag dibuat kepada seseorang sedangkan janji ini tidak ada sesiapa yang berhak melakukannya melainkan manusia yang diturunkan wahyu,iaitu Rasullullah SAW.

Merujuk kembali kepada soalan yang dikemukakan-apakah bacaan yasin dikhususkan pada malam jumaat -saya menyatakan ia tidak di khususkan pada malam jumaat ,bahkan tidak patut seseorang beriktiqad mesti malam jumaat.

Dukacita sebahagian tempat mereka begitu terikat dengan perkara ini.kadangkala kita dijemput untuk berceramh atau memberi kuliah disesuatu tempat,kalau kita ingin hadir pada malam jumaat mereka tidak membenarkan.
Kata mereka "tidak boleh,kerana malam ini bacaan yasin."kita katakan."tukar kepada malam esok bacaan yasin ,kerana saya ada ruang pada malam ini."Dia kata ,"tak boleh,malam esok orang tak boleh baca yasin."

Ia sudah menjadi suatu iktiqad. Inilah ancaman ataupun bahaya apabila kita mengaitkan sesuatu sedangkan ia tidak mempunyai dalil.Dan siapalah yang akan bertanggungjawab di akhirat esok atas dakwaan-dakwaan yang dikemukakan ini.Saya nasihatkan kepada kita semua: berhati-hati dalam mendakwa sesuatu untuk disandarkan kepada agama.Maka sesiapa yang ingin membaca yasin dia boleh meneruskannya ,kerana ia surah daripada al-quran tetapi hendaklah di tidak mengkhususkannya pada malam-malam tertentu sahaja.
Berikutnya kita juga perlu nasihatkan oarng ramai -sesungguhnya al-Quran bukan sahaja Yasin.Sesetengah orang melayu seakan-akan tidak ada bagi mereka Quran melainkan Yasin .Sedangkan Al-quran begitu luas.Banyak lagi surah yang patut mereka baca.seperti hari Jumaat dalam hadis tidak diperuntukkan yasin tetapi diperutukkan surah al-kahfi.sepatutnyamereka membaca surah al-kahfi ,kerana nabi menjamin diampun orang yang membaca surah al-kahfi diantara dua jumaat.Maka kalau dia membaca surah al-kahfi ,itu ada di dalam hadis Nabi SAW.

Memperuntukkan yang seperti ini ,sehingga sebahagian orang melayu membaca yasin tanpa mengambil faedah dan kefahaman daripadanya .Ramai daripada orang kita ,dukacita dinyatakan ,disamping kita menghormati hasrat baik mereka usaha mereka dan niat baik mereka,tetapi kita menasihati mereka juga.Ramai yang membaa yasin sudah puluhan tahun,barangkali sudah 30 atau 40 tahun tetapi kalau kita Tanya apa makna yang terkandung dalam surahyasin,apakah pengajaran Allah yang terkandung dalam surah yasin,apakah yang Allah minta daripada tuntuntan berpegang kepada agama. Daripada tuntutan untuk mengingati kebesaran Allah ,mereka tidak mengingatinya.Bahkan sebahagian mereka mementingkan "Air Yasin " lebih daripada mementingkan ayat yasin sendiri.
Maka marilah kita mengubah sikap dan pandangan kita terhadap surah-surah al-quran,supaya kita dapat melihat al-Quran dengan dengan syumul dan lengkap keseluruhanya seakli.tidak tertumpu hanya kepada surah-surah tertentu sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 10:07 PM | Show all posts
salam

begitu juga buku yassin
yg telah dipisahkan dr AL QURAN
cuba saudara bawa ke ARAB
atau ketika pergi haji
dan pamerkan pada Imigresen sana?
silalah...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2006 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 20-1-2006 10:07 PM
salam

begitu juga buku yassin
yg telah dipisahkan dr AL QURAN
cuba saudara bawa ke ARAB
atau ketika pergi haji
dan pamerkan pada Imigresen sana?
silalah...............


mr orangbesi,

apa jadi klu kita buat macam tu? cerita lah sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2006 12:11 AM | Show all posts
Macam2 benda bidaah ni ya , dah besar baru aku tahu
Masa kecik dulu ikut je , now aku mengerti, majoriti x bermaksud betul
Majoriti ialah pendapat popular disesuatu tempat itu n akan  jd minoriti di tempat lain which is wrong !!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 08:50 AM | Show all posts
assalamualaikum,

memang tiada dalil sahih dari alquran dan hadith bahawa membaca yasin setiap malam jumaat, saya belum pernah terjumpa orang mengatakan wajib membaca yasin setiap malam jumaat.

cuma kaum muda sekarang ini terlalu sangat menjaga tepi kain orang lain sehingga benda(masalah) kecil menjadi besar. kalau tak ada dalil maka tak boleh beramal. apakah tidak ada rahmat kalau kita membaca alquran? daripada kita tafakur depan tv lebih baik membaca yasin setiap malam jumaat.

memang hadith nabi mengatakan jangan kita mengadakan dgn khas amalan(sembahyang) setiap malam jumaat tetapi adakah ulama dahulu begitu jahil bila membuat sesuatu amalan?

adakah hadith dhaif tidak boleh dijadikan amalan? saya rasa amat terpanggil dengan perkara2 begini, sebenarnya kalau kita tengok sejarah semua persoalan tentang bidaah telah pun terjawab, pandangan saya kalau hendak mengaji agama biarlah bersungguh, sebab itu saya sarankan memperkemaskan fardu ain dari segi rukun iman, fiqh dan tasauf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by pesnipersnake at 25-1-2006 08:50 AM
assalamualaikum,

memang tiada dalil sahih dari alquran dan hadith bahawa membaca yasin setiap malam jumaat, saya belum pernah terjumpa orang mengatakan wajib membaca yasin setiap malam jumaat.
...


betul tu brother pesnipersnake. Tapi tak salah bertanya kan? sekurang2nya kita tau keadaan sebenar. tak semestinya semua amalan2 yang generasi terdahulu buat tu betul. Bertanya maknanya kita berfikir, dan bukankah kita sentiasa disuruh berfikir. Klu nak kira, semua yang menerima Islam di zaman Rasulullah s.a.w. semua orang2 yang berfikir. Orang yang taklid buta di zaman Nabi Muhammad s.a.w., itulah orang2 yang tak mau menerima Islam sebab mengikut kepercayaan bapa2 mereka.

In any case, berdasarkan jawapan2 yang di sini, memberikan lebih pengetahuan kpd kami2 yang baru nak menambah ilmu dan amal. Sebab sebelum ni saya sendiri klu nak baca surah lain malam Jumaat tak sedap je klu tak tambah dgn Yasin sekali, pasal saya fikir mestilah ada khasiat istimewanya Yasin di mlm Jumaat. Sekarang barulah saya tau takde benda sebegitu. Pasal tu lah saya tanya. Bukannya menjaga tepi kain orang.

sekian, terimakasih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by mann3288 at 25-1-2006 01:40 PM


betul tu brother pesnipersnake. Tapi tak salah bertanya kan? sekurang2nya kita tau keadaan sebenar. tak semestinya semua amalan2 yang generasi terdahulu buat tu betul. Bertanya maknanya kita be ...


assalammualaikum sdr mann3288,

penghuraian saya tentang tajuk ini bukan bertujuan untuk menghentam saudara, saya faham akan keikhlasan saudara dalam mengutarakan soalan. saya cuma menerangkan kepada mereka yg mengatakan itu atau ini bidaah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 07:07 PM | Show all posts
Dalam membicarakan persoalan bida抋h ini, pasti ada yang akan berkata :

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 01:41 AM | Show all posts
Tp dorang kata , buat bidaah pun x apa , yg ptg buat benda baik
Yg dorang x perasan ialah, bidaah yg diamalkan turun-temurun itu akhirnya akan jd wajib kerana kejahilan yg mengerti kebenaran
Akhirnya benda yg x disuruh dibuat mcm benda wajib , benda yg wajib yakni priority ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2006 03:07 AM | Show all posts
"kalau bida'ah hasanah tak salah kita buat...cumanya masa malam jumaat tu bukan baca Yasin semata...kita baca jugak surah lain..al-Baqarah ke...kan banyak surah dalam al-Quran tu...dan sememangnya acara setiap minggu sebegini adalah lebih baik dari leka/terkinja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2006 02:03 AM | Show all posts
Terimakasih atas pandangan2 membina. Semoga Allah membalas keikhlasan saudara/i2 yg tidak kedekut berkongsi ilmu.

Bagaimana pula amalan membaca yasin semasa melawat org sakit, atau semasa berada di samping jenazah? adakah dalil2 yang memulakan amalan ini atau bagaimana?

Lagi satu. Jika amalan membaca Yasin di malam Jumaat bukan amalan Nabi Muhammad s.a.w., siapa pulak yang mulakan, dan apa hujah nya?

Menjawab karengkang, ada ke kat mana2 surau2/masjid2 kat Malaysia nih yg ada baca surah lain selain Yasin secara jemaah, tak kira malam jumaat atau malam lain, apart from Bulan puasa. Setau teman, takde. Biasa teman tengok lepas baca Yasin jemaah sambil tunggu Isyak, berborak la pulak, sedangkan cantik benor klu tambah pulak baca surah al-Kahfi ke apa ke secara jemaah pulak.

Tapi yang saya yakin sangat lah, ramai yang akan terkejut klu dibagitahu yang tak ada hadis2 mengenai baca Yasin Malam Jumaat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by mann3288 at 28-1-2006 02:03 AM
Terimakasih atas pandangan2 membina. Semoga Allah membalas keikhlasan saudara/i2 yg tidak kedekut berkongsi ilmu.

Bagaimana pula amalan membaca yasin semasa melawat org sakit, atau semasa berada ...


tak tau plak aku...sebab tak pernah lak aku join...cumanya pak cik yg aku cakapkan tu buat aktiviti[size=-2](bacaan yaasin dan surah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 11:30 AM | Show all posts
salam

kalau kata BUKAN BIDAAH, takut pulak salah
kalau kata BIDAAH, nanti ramai yang marah
tapi mungkin TUHAN DAN RASULNYA tak marah
jadi baik dikatakan BIDAAH
dan BIDAAH
dan BIDAAH

pasal apa saya sanggup katakan berkali-kali
APA YANG DITURUNKAN DIATAS MUKA BUMI INI
DAN APA YANG TELAH DITINGGALKAN RASUL KITA
PUN TAK TERLARAT NAK DIKERJAKAN
inikan pulak sesuatu yang tak disebut
hanya perkataan BIDAAH yang ada
jadi BIDAAH le

ikut manusia, belum tentu betul atau salah
baik ikut NABI, sebaik yang mungkin
moga-moga selamat dari LIDAH MANUSIA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ninty This user has been deleted
Post time 30-1-2006 04:40 PM | Show all posts
buat je la amalan mane pn, asalkan bende baik..nak baca yasin tiap
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 06:20 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by ninty at 30-1-2006 04:40 PM
buat je la amalan mane pn, asalkan bende baik..nak baca yasin tiap
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2006 08:24 AM | Show all posts
assalamualaikum,

berbalik kepada persoalan biadaah, bagi kami yang berbepegang pada kaedah syafiah, bidaah terbahagi kepada 2 iaitau:
1. Hasanah
2. Dalalah

bagi mereka yang tetap dengan sabda "kullu bidaatin dallah wa kullu dallalah finnar" dan mereka tetap dgn bidaah itu tidak ada penghuraian seperti adanya 2 bidaah maka terpulanglah atas pengajian masing2 dan disini saya tetap berpegang dengan ilmu yang saya ambil dimana nasabnya insyallah sampai keada rasulullah saw.

pada pendapat saya perkara ini memang telah lama diperbincangkan dan nasihat bagi seseiapa yang masih tidak berpuas hati marilah datang kepondok tempat saya belajar dan berbincanglah dengan guru saya daninsyallah kita kan mendapat jawapan yang memuaskan hati kita.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2006 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by pesnipersnake at 31-1-2006 08:24 AM
assalamualaikum,

berbalik kepada persoalan biadaah, bagi kami yang berbepegang pada kaedah syafiah, bidaah terbahagi kepada 2 iaitau:
1. Hasanah
2. Dalalah

bagi mereka yang tetap dengan sab ...



Sebenarnya telah berlaku salah faham di kalangan masyarakat kita, termasuk di kalangan para penceramah & agamawan, terhadap istilah Bid慳h Hasanah yg digunakan oleh para tokoh mazhab al-Syafi抜 rahimahumullah. Apa yg dimaksudkan oleh para tokoh tersebut adlh jauh berbeza. Oleh itu adlh wajar utk merujuk semula kpd apa yg ditulis oleh tokoh2 ini.
Beberapa tokoh sarjana Islam, terutamanya tokoh2 mazhab al-Syafi抜, yg telah menyebut dlm kitab2 mereka istilah Bid慳h Hasanah atau yg hampir dgnnya, spt Bid慳h Mahmudah, bid慳h wajib, bid慳h sunat dan bid慳h harus. Antara tokoh tersebut ialah al-Imam al-Syafi抜 , al-Imam al-慖zz 慉bd al-Salam, al-Imam al-Nawawi & al-Imam al-Sayuti rahimahumullah.
Tetapi apabila diteliti ucapan2 mereka, kita dapati bid慳h yg mereka maksudkan merujuk kpd Bid慳h Hasanah dr sudut bahasa, bukan bid慳h dr segi syarak. Mari kita mengkaji lebih lanjut ucapan2 mereka:

Perbahasan Ucapan al-Imam al-Syafi慽 rahimahullah (204H)
Berkata Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah :

al-Syafi慽 berkata, 揃id慳h itu ada 2 jenis: Bid慳h Mahmudah (dipuji) & Bid慳h Mazmumah (dikeji). Apa yg menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yg menyggahi sunnah maka ia dikeji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.093410 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list