CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dexa

FAIZAL MACAM MAWI?? --

[Copy link]
 Author| Post time 13-8-2006 04:43 PM | Show all posts
Gebang: Tuah anak Terengganu kerana Senyum Sokmo
Oleh Roslen Fadzil
roslen@bharian.com.my


Sekarang tiba pula giliran Faizal untuk menaikkan lagi nama Terengganu. Saya yakin, ke mana pergi loghat dan dialek Terengganunya tidak akan semudah itu dibuang kerana ia sudah sebati dengan dirinya

SEKALI lagi pelajar lelaki bergelar Juara Akademi Fantasia (AF) apabila jejaka Senyum Sokmo - Mohammad Faizal Ramly - diumumkan sebagai juara.

Seperti ramai yang lain, pilihan saya juga antara dua, jika tidak Faizal, biarlah Farhan kerana penangan 2F ini cukup ketara berbanding pelajar lain di akademi itu.

Terbukti bahawa AF akan terus dimonopoli peserta lelaki apabila tiba ke final. Kecuali kalau peserta perempuan itu terlalu hebat seperti Jaclyn Victor, maka keputusannya akan jadi lain. Itupun sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran kerana corak realiti AF dan Malaysian Idol agak berbeza.

Tidak seperti Malaysian Idol, AF mempunyai diari harian yang melaporkan perkembangan mahupun drama yang berlaku di tempat pembelajaran dan lepak mereka. Jadi dari situ, peminat dapat menilai serba sedikit karektor setiap pelajar dan mempengaruhi undian SMS peminat.

Baiklah, untuk Faizal, selamat datang ke dunia hiburan yang sebenar. Saya berharap seperti mana juara-juara AF lain, pihak Maestro Talent akan membimbing Faizal dengan sebaik mungkin.

Kejayaan Faizal juga membuktikan bahawa Terengganu menyimpan bakat-bakat terpendam untuk digilap sebagai artis. Dulu kalau sebut Terengganu, kita akan terbayang beberapa kerat artis terkenal seperti Eman Manan, Saleem Iklim dan Ameng Spring.

Sekarang tiba pula giliran Faizal untuk menaikkan lagi nama Terengganu. Saya yakin, ke mana pergi loghat dan dialek Terengganu tidak akan semudah itu dibuang kerana itu sudah sebati dengan dirinya. Faizal juga boleh dianggap seperti `bahan ekspot? dari Bumi Darul Iman itu.

Paling saya tertarik melihat persembahan Faizal adalah ketika dia menyanyikan lagu Dealova. Corak persembahan dan vokalnya begitu menyerlah apabila dia mengalunkan lagu popular Once dari Dewa 19 itu.

Apa yang menarik, selepas Faizal menyanyikan Dealova, lagu itu dengan sendirinya semakin menjadi siulan.

Kebetulan pada minggu-minggu akhir AF4, pelakon yang memegang watak utama dalam filem Dealova, Jessica Iskandar, berada di Kuala Lumpur kerana terbabit dengan pembikinan filem Diva terbitan Tayangan Unggul.

Ketika itu saya sudah membayangkan dan bercadang untuk membuat fotosesi Faizal bersama Jessica sebaik saja jejaka Senyum Sokmo itu menjadi juara. Selang beberapa hari selepas final AF4, saya difahamkan bahawa Jessica sudah pun pulang ke Jakarta bersama ayah dan ibunya.

Jadi hajat Bintang popular untuk mempertemukan Faizal dengan Dealova tidak kesampaian buat masa ini. Mana tahu, mungkin kalau pelakon comel itu bertandang lagi ke Malaysia, saya dapat mengaturkan lagi fotosesi buat mereka berdua. Apa yang saya miliki untuk dikongsi dengan pembaca Bintang Popular adalah foto Jessica yang sempat diberikan oleh rakannya di Malaysia. Lihat saja gambarnya di sebelah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 01:00 AM | Show all posts
Teruja dengan hadiah-hadiah mewah yang dimilikinya, Faizal terus memberitahu Aznil, "Macam mana ni bang saya tak tahu cakap Paris?" dalam loghat Terengganunya.

kah kah kah... bodoh rupenyer pemenang AF nih


abes tu awak reti ke cakap paris? kalau tak reti awak pun same la bodoh. hish. nak mengata orang bodoh pun budget2 la skit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2006 01:05 AM | Show all posts
first time tengok  faizal nyanyi tadi
(sebab tak suka tengok realiti tv)

rasanya suara dia biasa sangat ---- tak ada
nampak keistimewaannya pun..  okay aje..

yang teruk punya suara saya rasa -- suara zahid
(tak pernah dengar suara dia - baru first time tadi
masa dia nyanyi lagu tanda kasih dengan ning - live)

the voice just awful -- tak ada apa yang best langsung
tak tahu la kalau dia nyanyi studio  best --
tapi  live  tadi memang sux -- tak boleh buat high pitch pun
very datar  saje suara dia...

honestly - saya lebih suka suara jefridin tadi  
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-8-2006 01:05 AM
first time tengok  faizal nyanyi tadi
(sebab tak suka tengok realiti tv)

rasanya suara dia biasa sangat ---- tak ada
nampak keistimewaannya pun..  okay aje..


:setuju:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2006 01:17 PM | Show all posts

Reply #45 houdini's post

houdini rasa yang zahid tu camana..
kerana truthfully saya tak nampak sedap mana
pun suara dia ni..
(first time dengar dia nyanyi lagu TANDA KASIH kat TV
malam baru ni duet dengan perempuan mana ye..
ah tak ingat la pulak)
tapi  suara dia -- tak ada best pun...

baik faizal mau pun zahid --  walau saya first time dengar--
tak pun buat saya macam rasa AWE  macam first time
saya dengar  suara SALEEM  ... or suara JAMAL..

kita dengar -- kita dapat rasa/nilai yang this singer -- is distinguished
bukan   serupa serupa  or biasa2 aje  suara dia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 02:59 PM | Show all posts

Reply #46 dexa's post



: perempuan mana ? Ning Baizura la tu.....

Suara Zahid memang biasa-biasa je
Tapi dengan suara biasa tu Zahid ada kelebihan sebenarnya
Dia boleh bawak apa sajer lagu...semua masuk, semua kena
Cuma takde satu genre yang betul2 forte dia la..except for hip hop,
Tapi hip hop tu pun... bukan perlu bunga2 suara sangat pun..
So nothing much la vocal Zahid tu...tak tau la kalau dia tak tunjuk betul2 lagik

Kalau Faizal tu memang tak bagus langsung
Nyanyi ikut suka, setiap kali nyanyi low not & high not kantoi jer
Suara serak kekadang sampai tak keluar suara
Saleem pun suara serak, Awie pun serak... tapi suara keluar jelas

:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2006 03:35 PM | Show all posts

Reply #46 houdini's post

ohhhhh yeah   ning baizura  oopps  

lupa pulak -- saya tak concentrate sangat la tu -
sebab tak minat -- so u rasa zahid better than faizal..
tapi gosh  tak ada banyak langsung cerita dia --
saya pun lupa suara dia camana -- i mean kalau
ada lagu dia keluar kat radio - hampeh  saya tak tahu pung
tu zahid -- sebab suara dia saya rasa tak komersil...

too bad -- kalau betul dia ada talent -- tapi tak banyak
pendedahan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 10:15 AM | Show all posts
Faizal nafi tiru Mawi

Oleh Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

MARANG: ?aya tampil dalam dunia seni sebagai diri saya dan bukan meniru sesiapa. Suara saya adalah suara Faizal,? kata Juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohd Faizal Ramly atau Faizal, semalam.

Faizal, 22, yang terkenal dengan slogan ?enyum Sokmo? memberitahu, penampilannya dalam AF4 adalah dengan gaya tersendiri dan bukan meniru gaya artis lain.

Dia yang baru menyambut hari jadi ke-22 di Primula Beach Resort malam kelmarin, menolak sama sekali dakwaan penampilannya meniru bekas Juara AF3, Asmawi Ani atau Mawi, 25.

?aya bukan meniru dia (Mawi) kerana persembahan dan suara kami berbeza dan saya tampil sebagai Faizal yang sebenar.

?aya tidak suka meniru gaya artis lain kerana ada cara dan penampilan sendiri. Lagipun saya tidak fikir sampai ke tahap itu,? katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Faizal anak kelahiran Marang, yang baru pulang dari Kuala Lumpur tiba di Terengganu petang kelmarin, selepas konsert AF4 tamat 5 Ogos lalu.

Dia yang terkenal dengan lawak dan loghat tempatan yang pekat disambut lebih 25,000 pengunjung ketika mengadakan persembahan anak seni di Pantai Kelulut, Marang.

Program anjuran Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan Majlis Belia Marang (MBM) dengan kerjasama kerajaan negeri itu sebagai tanda perhargaan ke atasnya menjuarai AF4 dan mengharumkan nama negeri.

Majlis itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Din Adam dan Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 10:47 AM | Show all posts

Reply #48 dexa's post



Masalahnya orang bukan kata dia tiru suara & corak persembahan

Orang kata dia tiru personaliti, pembawaan diri

:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 10:55 AM | Show all posts

Reply #49 houdini's post

thats a  possibility... orang kata dia tiru
personality dan how he carries himself...
prolly - mungkin sebab background dia??

walau apapun - faizal kena ada -- satu personality
yang different - especially setelah jadi juara AF4 tu -
orang akan kaji dia..

anyway - satu ni saya nak sentuh --  saya rasa faizal
tak boleh pergi sejauh mawi  --  bukan nak mengata ngata
dia tak bagus -- tapi so far -- tak ada ANYTHING different
dia sebagai penyanyi -- suara dia - saya dengar masa
FFM tu  - tak ada beza dengan kebanyakkan artis lain --
tak nampak kelainan dia yang boleh buat dia akan pergi
jauh... so far i mean  -   at this moment yang saya tengok..

in fact-  kalau tak silap saya - mawi lepas jadi juara last year -
terus dapat buat show besar dengan jamal dan ct di felda
perdana dan hebat -  sangat hebat sambutan dia...
(sempena birthday mawi tu --  dia baca doa lagi kat majlis tu)

so far - tak dengar banyak langsung tentang faizal ni...
people have different views - and  thats mine...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 11:06 AM | Show all posts

Reply #50 dexa's post



Mungkin dari segi suara dia tak boleh pegi jauh

Tapi memandangkan dia dah pegang title Juara AF4 tu
I'm sure Maestro will fully make use of him to gain profit
Don't know how long...maybe lebih kurang sama dengan Mawi
Maybe not

:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 11:21 AM | Show all posts

Reply #51 houdini's post

zahid pun pegang title juara
vince pun..

tapi seriously -- berjaya ka mereka --
vince not so bad -- dah buat banyak project gak..
business ada sikit gak..

pegang juara AF - tak semestinya mesti berjaya..
individual artis tu -  perlu ada charisma - baru boleh
berjaya...  lama -- di persada seni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 11:27 AM | Show all posts

#52 reply dexa's post

vince sbb bukan under maestro...jadi peluang lebih terbuka luas, kbykn bekas2 pelajar yg lain tu hanya menyendatkan 'tin'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 11:47 AM | Show all posts

Reply #53 greyrose's post

ahhhh no wonder..
tak tahu pasal vince bukan under maestro..

lol @sendatkan tin
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 11:59 AM | Show all posts
Vince pun suam suam kuku jerk skrg nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 12:06 PM | Show all posts

Reply #55 ColbyRaikkonen's post

tak dengar sangat pun cerita dia...
although dia selalu gak kat LJ studio tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 12:09 PM | Show all posts
Vince patut dah ada album baru dah.....lama sangat senyap....tak betul strategi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.083266 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list