CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: idolfan

Kelab Peminat Farhan

[Copy link]
Post time 23-11-2007 09:14 AM | Show all posts
korang sume tau tak yg lagu tema sehati berdansa tu adalah nyanyian farhan azizan?
tang bhg huhuhuhu...tu yg paling aku suka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 09:25 AM | Show all posts

Reply #62 miego07's post

sori2 silap org
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 09:45 AM | Show all posts
I made this Farhan Azizan music player at MyFlashFetish.com.

To hear the songs, click

http://amy9884.multiply.com/journal/item/1/Farhan_Azizan

enjoy!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 09:46 AM | Show all posts
I made this Farhan Azizan music player at MyFlashFetish.com.

To hear the songs, click

http://amy9884.multiply.com/journal/item/1/Farhan_Azizan

enjoy!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 11:23 AM | Show all posts
page ni mendap la...pening aku...
dari smlm aku tak dapat online...

nway..lawanya pic farhan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by big_pony at 23-11-2007 11:23 AM
nway..lawanya pic farhan tu...

yes, aku pun suka dgn gambar ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2007 10:00 AM | Show all posts
testing!!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2007 10:50 AM | Show all posts
test..test..test..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 08:23 AM | Show all posts

Farhan keluar dari Maestro secara baik

Farhan keluar dari Maestro secara baik
Oleh Zubir Mohd Yunus


Nur Farhan Azizan

Bintang AF4 terbitkan album menerusi syarikat sendiri Mezzo Forte Record


FARHAN keluar Maestro? Terkejut juga penulis mendengar dakwaan itu kerana sepanjang berurusan dengan Farhan, Maestro Talent & Management yang bertanggungjawab ke atas kerjaya seni gadis ini. Pun begitu, sejak kebelakangan ini, dakwaan Farhan keluar Maestro tiba-tiba saja menular tanpa sebarang kontroversi awal.

Ketika bertemu Farhan di Balai Berita, baru-baru ini, dia akui Maestro sekadar memberi kerjasama apabila mereka tidak lagi terbabit secara langsung dalam promosi single pertamanya iaitu Kelmarin. Katanya, dia kini di bawah pengurusan Mezzo Forte Records Sdn Bhd. Selain Farhan, Mezzo Forte turut mengurus artis AF4, Hazama.

"Ketika Farhan baru keluar AF4, ada persefahaman antara Maestro dan Toyota apabila Farhan dan bintang AF4 yang lain perlu memberi keutamaan kepada majlis anjuran Toyota. Pun begitu, bapa Farhan, Azizan Md Khir meminta kerjasama Maestro supaya melepaskan hak pengurusan Farhan jika tiada sebarang produk daripada Maestro sehingga persefahaman dengan Toyota tamat dalam tempoh setahun.

"Apabila genap setahun, nampaknya tiada sebarang produk dari Maestro. Akhirnya Farhan membuat keputusan menghasilkan single dan album penuh di bawah label Mezzo Forte milik Farhan. Farhan sedar, Maestro ada ramai artis di bawah naungannya. Justeru, biarlah Farhan ambil inisiatif sendiri dengan penghasilan single ini.

"Terus terang Farhan katakan, Farhan belum lagi 100 peratus keluar dari Maestro. Pun begitu, kini Farhan dalam proses keluar dari pengurusan Maestro kerana sedar Maestro mempunyai ramai artis yang perlu diuruskan. Farhan perlu mengambil tindakan seperti ini demi kepentingan masa depan Farhan supaya segera berkembang.

"Buat masa ini, jika ada sebarang urusan nyanyian dan album, bolehlah terus berhubung dengan pihak Mezzo Forte dan bercakap dengan pengurus Farhan, Nazri atau Bro menerusi talian 017-3595996. Sebelum urusan keluar dari Maestro selesai sepenuhnya, Farhan tetap menerima 'job' diuruskan Maestro, namun keutamaan tetap diberi kepada pengurusan karier yang ditetapkan Mezzo Forte," katanya.

Sementara itu, Farhan kini sibuk mempromosikan single pertamanya, Kelmarin ciptaan dan lirik daripada komposer Indonesia, Shaharani dan gubahan daripada Sham Kamikaze. Lagu Kelmarin kini menduduki carta muzik di stesen radio Muzik FM dan berada di tangga pertama selama lima minggu berturut-turut.

Selain Kelmarin, Farhan juga sedang memperkenalkan single keduanya, Moga ciptaan Sham Kamikaze dan lirik daripada Amran Omar. Pun begitu, album penuh Farhan dijangka berada di pasaran awal 2008 terbitan Mezzo Forte. Album berkenaan dijangka memuatkan lapan lagu baru termasuk Aku Saja Yang Tahu iaitu lagu yang pernah dinyanyikan Farhan ketika Konsert Akhir AF4 sedikit masa lalu.

Album yang memperkenalkan konsep rhythemic soul turut menampilkan komposer terkenal seperti Ajai dan bapa Farhan sendiri, Azizan.

"Selain album penuh, Farhan juga ada menghasilkan lagu yang dipetik dari album runut bunyi filem Malaikat Maut iaitu Pintu-Pintu Nyata ciptaan Zul Mahat dan menyanyikan lagu tema drama bersiri Rashid & Co siaran Astro berjudul Kau Cinta," kata Farhan lagi.

INFO: Farhan

    * Nama sebenarnya Nur Farhan Azizan, 23, dilahirkan pada 21 Ogos 1984. Anak sulung daripada lima beradik ini mendapat pendidikan sehingga tingkatan lima di Penang Chinese (P) Girl's High School, Pulau Pinang.
    * Sebelum menyertai Akademi Fantasia 4 (AF4) seterusnya menduduki tempat ketiga, Farhan pernah tersenarai di Top 50, Malaysian Idol (MI). Dia juga pernah menyertai pertandingan Bintang RTM serta meminati lagu jazz dan oldies, selain pernah memenangi pingat perak mewakili Pahang dalam sukan menembak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 04:20 PM | Show all posts
thanks miego..
ni paper bila ek?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 04:59 PM | Show all posts
Sorie, lupa letak tarikh...

Berita Minggu - Ahad, 25-11-07
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 01:54 PM | Show all posts
semlm tgk aksi murai kat ria...ada farhan ngan org2 tua..
dia kena buat keje2 kat umah org2 tua tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by big_pony at 4-12-2007 01:54 PM
semlm tgk aksi murai kat ria...ada farhan ngan org2 tua..
dia kena buat keje2 kat umah org2 tua tu...


big pony dah tgk, sesapa yg belum tgk miego dah up kan kat youtube

Part 1



Part 2


Part 3



[ Last edited by  miego07 at 14-12-2007 10:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 10:39 AM | Show all posts

Reply #1 miego07's post

HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA, sapa2 peminat farhan ni support la. lagu  kelmarin maybe leh naikkan nama dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by thedoctor46 at 16-11-2007 12:45 PM farhan ok tp x cun je..tp ok dari mawi



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by micha at 18-11-2007 12:26 PM
betul tu. padahal suara farhan sah sah la meletop. masa ptndingan juri sllu ckp suara mst ader kelainan. nah skrg farhan is very exclusive, tp disbbkan mentality kotor sesetgh pihak, artis seheba ...


mawi (bak kata penetik)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2007 12:32 PM | Show all posts
bila la farhan nk kuar album. kalo bleh nk sgt farhan buat lagu ala2 lagu spain or route66. mmg sesuai ngan vokal dia. cnfirm meletop
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by tempoyakmanis at 15-12-2007 09:39 AM





amboi3x ko poyok gelak sakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 12:45 PM | Show all posts

Mingguan Malaysia, Pancaindera, 23 disember 2007

Farhan dihambat gosip liar
Oleh WANDA IDRIS



Farhan.


ORANGNYA kelihatan sombong. Juga garang. Malah dia sendiri pernahdikatakan tiada emosi ketika bergelar pelajar di Akademi Fantasia 4(AF4). Kala mengharungi kehidupan di dalam akademi juga dia dihambatdengan gosip liar dikatakan seorang janda anak satu. Namun Farhan tidak pernah kecewa jauh sekali untuk terluka dengangosip-gosip berkenaan kerana dia percaya, dia punya ibu bapa yang tahusegala selok belok diri dan kegiatannya. 揚engalaman memberi saya satu pengajaran. Bukan tidak sedih tapi sokongan ibu bapa memberikan saya kekuatan. 揗ereka menyokong kerjaya saya dan saya sentiasa meminta restu mereka jika mahu melakukan sesuatu,
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 12:48 PM | Show all posts
Ingin perubahan

Didedahkan sejak kecil kepada irama oldies dalam kelasnya yang tersendiri seperti jaz, blues dan soul, Farhan sudah mula menyanyi di depan khalayak yang matang sejak usianya menginjak usia 15 tahun. Menunjukkan minat dan bakat dalam nyanyian, Farhan mula menyanyi di lounge bersama band pengiringnya. Minat diteruskan dan menyertai AF4 dua tahun lalu memberinya peluang untuk menyuarakan kehendak apabila memperoleh beberapa lagu pilihan berentak demikian.

Menyampaikan genre lagu yang sedikit berbeza daripada kebiasaan, irama berbentuk jaz, blues dan soul terungkap indah dek lontaran suara Farhan. Dan kini, pada usia 23 tahun, dia cuba mengangkat irama sedemikian untuk memberi satu pembaharuan kepada nada sedia ada dalam industri muzik kita. Namun bukan mudah mengubah persepsi dan situasi muzik yang ada pada hari ini malah saat memperkenalkan single-singlenya, sudah ada kata-kata kurang enak yang didengar terhadap lagu-lagu berkenaan. Tetapi gadis bernama Farhan ini bukanlah jenis yang mudah mengalah malah sekarang sedikit berbangga apabila lagu yang pernah disindir itu semakin popular dan diminati ramai.Percaya bahawa sebuah kehidupan perlu dilalui dengan ranjau dan cabaran namun dia juga optimis, rezeki tidak akan datang bergolek di depan mata tanpa usaha. 揝aya sentiasa bahagia menjadi seorang penyanyi. Saya mahu terus menyanyikan lagu-lagu sebegitu dan mahu orang imun dengan suara saya yang mendendangkan lagu-lagu demikian. 揟etapi saya juga mahu peminat tahu bahawa saya tidak sekadar penyanyi jaz tetapi mahu orang mengenali saya kerana pembaharuan yang ingin saya bawa. 揓azz atau segala bentuk lagu yang saya dendangkan bukan untuk orang Damansara sahaja. Saya mahu orang Segamat (Johor) juga tahu tentangnya,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.073469 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list