CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: idolfan

Kelab Peminat Farhan

[Copy link]
Post time 28-12-2007 10:30 AM | Show all posts
Farhan mendendangkan lagu Perjalanan di Muzik@Ria Aidiladha
For those who miss the show

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 06:28 PM | Show all posts
Boleh kasi link to listen to KELMARIN? Kat SG, Farhan kurang dikenali. Andak kenal Farhan sebab ada member intro and watched her via youtube during AF dulu. I like her voice very much. But tu lah, she needs to dig deep to emote her songs well. And smile more. Lagu Spain tu kadang2 Andak buat ringtone! One of her best performances.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 09:59 PM | Show all posts
bila album nak kuar? harap2 cepat sebelum kelmarin tu basi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 28-12-2007 09:59 PM
bila album nak kuar? harap2 cepat sebelum kelmarin tu basi...


"Ketikaini selain dua singlenya, Kelmarin dan Moga yang kini semakin rancakdimainkan di radio, tiga buah lagu telah disiapkan. Tinggal tiga buahlagu sahaja yang masih belum dirakamkan dan albumnya dijangka akandikeluarkan selewat-lewatnya April ini. 揅ukuplah lapan lagu sahajauntuk album sulung ini. Saya mahu tengok pasaran dahulu,
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2007 10:50 AM | Show all posts
kenapa Astro tak inform ek yg penyanyi lagu tema Sehati Berdansa tu suara Farhan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2007 11:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2007 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by big_pony at 30-12-2007 10:50 AM
kenapa Astro tak inform ek yg penyanyi lagu tema Sehati Berdansa tu suara Farhan...


aku pun wondering nape..
masa musim 1 AF, Aznil selalu sebut penyanyi asal lagu Menuju Puncak iaitu Juwita Suwito dan pencipta lagu tu, Audrey Suwito. Tapi utk rancangan Sehati Berdansa, satu kali pun tak pernah sebut ttg nama penyanyi dan pencipta utk  lagu tema Sehati Berdansa. Astro patut bg acknowledgement la sikit....:@.
Aku mmg tau yg Farhan nyanyikan lagu tema ni. tapi aku tak tau sape penciptanya...aku pun nak tau gak...lagu ni best giler!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:53 PM | Show all posts
Farhan elak pilih pasangan hidup dari kalangan artis
09-01-2008 02:02:20 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
BUKAN sekadar ingin mendapatkan hasil yang terbaik buat 'bayi' pertamanya ini tetapi Nur Farhan Azizan,24 juga berharap kemunculan album yang berkonsepkan 'rhythm mix soul' pada bulan April nanti diterima oleh semua peminat.
Bagi pemenang ketiga rancangan realiti Akademi Fantasia 4 (AF4) ini, bukan mudah untuk menentukan lagu-lagu yang bernafas baru dengan gabungan pelbagai rentak.
Farhan pilih konsep 'rhythm mix soul' untuk album barunya (Foto The Star)
Bakal mempertaruhkan lapan buah lagu dalam album pertamanya ini, setakat ini beliau baru siap merakamkan lima buah lagu melalui sentuhan komposer terkenal seperti Sham Kamikaze, Ajai, Zul Mahat dan Shaharani.

"Saya juga ada mengambil khidmat seorang komposer dari Indonesia tetapi muzik lagu tersebut disusun di sini. Bukan apa, kalau boleh saya nak ketengahkan bakat komposer dari Malaysia yang kebanyakannya hebat-hebat juga," kata Farhan yang sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk menerbitkan album pertama keluaran syarikatnya, Mezzaforte Sdn. Bhd.

Katanya, beliau membelanjakan sebanyak lebih dari RM50 ribu untuk menghasilkan buah tangan pertama ini yang turut menampilkan single pertama Kelmarin yang sedang hangat diputarkan di corong radio tempatan.

"Alhamdulillah, single Kelmarin sudah mendapat tempat di hati pendengar secara perlahan-lahan  . Lagipun saya tak boleh paksa semua orang untuk mendengar lagu saya kan?" ujarnya yang masih bekerjasama dengan Maestro Talent Sdn. Bhd.

Walaupun mempunyai minat untuk mencipta lagu, untuk album pertama ini biarlah beliau menumpukan perhatian pada nyanyiannya dahulu dan beliau bercita-cita untuk merungkaikan bakat terpendam itu selepas lima tahun akan datang.

"Bagi saya nak cipta lagu ini perlu ambil masa juga dan saya rasa belum tiba masanya lagi. Mungkin selepas lima hingga enam tahun nanti..," beritahu anak kelahiran Johor ini.
Menyentuh tentang perkembangan terbaru Farhan, beliau banyak menghabiskan masa menguruskan syarikat selain dalam proses merakam lagu.

"Farhan juga banyak menerima undangan untuk membuat persembahan di mana-mana majlis tertutup termasuk majlis makan malam.
"Bulan dua nanti, syarikat saya turut menerbitkan single pertama artis rakaman kami, Hazama," kata Farhan.

Hazama merupakan rakannya ketika beliau mula menyertai AF4. Walaupun Hazama terkandas semasa Konsert Prelude AF4, Farhan yakin Hazama mempunyai bakat terpendam yang harus dicungkil dalam bidang seni suara ini.
"Saya nak cari publisiti untuk dia. Saya lihat dia merupakan pelapis untuk lagu-lagu rock. Kalau kita lihat sekarang tak ramai penyanyi rock muda yang tampil ke hadapan. Yang ada pun seperti Fiq Mentor," ujar penyanyi yang juga popular dengan lagu Aku Saja Yang Tahu.
Selepas dua tahun berkecimpung dalam industri muzik ini, banyak cabaran dan halangan yang dihadapi dan beliau akui masih gentar ketika beraksi di pentas.

"Banyak cabaran terpaksa dihadapi dalam sunia seni ini sebab kita paling senang jatuh dan bangun.
"Saya sangat bersyukur kepada Tuhan dan terima kasih juga pada keluarga terutama kepada kedua ibu bapa saya serta semua orang yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk mengemudi syarikat saya.

"Mereka juga terpaksa berhadapan dengan saya dalam dua situasi di mana saya bukan sahaja seorang penyanyi malah juga sebagai pemilik syarikat yang sudah lebih setahun ditubuhkan ini," luah Farhan yang berminat untuk menyertai Anugerah Industri Muzik (AIM) pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun album The Best of Farhan yang menampilkan lagu kompilasi yang dinyanyikannya ketika AF4 sahaja yang bakal dicalonkan dalam AIM 15 nanti memandangkan album terbarunya ini belum diterbitkan.

"Tak pe, ada masa lagi. Saya kena sabar dan perkara ni tak boleh buat secara terburu-buru.
"Bila dah sibuk sekarang, baru Farhan terasa sangat yang masa Farhan banyak ditumpukan dengan kerja berbanding keluarga," ujar Farhan yang sangat menghormati pasangan yang berkahwin sesama artis kerana mereka masih boleh meluangkan masa bersama.

Namun, Farhan sebenarnya mengimpikan pasangan hidup yang bukan dari kalangan artis tetapi tidak menolak jodoh untuk berkahwin sesama artis.

"Sekarang saya sedang berkawan rapat dengan seseorang. Yang penting dia bukanlah dari kalangan artis dan kami sudah kenal lebih dari setahun.
"Saya suka berkawan dengannya sebab dia seorang yang memahami, suka berlawak dan romantik," cerita Farhan mengenai lelaki yang sebaya dengannya itu.

Tak rasa tergugat dengan peserta AF6
Mungkin sudah lali dengan 'artis segera' yang dilahirkan dari rancangan realiti seperti AF, Mentor, One In A Million dan banyak lagi, Farhan tidak rasa tergugat dengan kelahiran pendatang baru lebih-lebih lagi dari jenama yang sama di mana tidak lama lagi AF6 bakal beraksi dan melahirkan ramai bakat baru.

"Saya rasa ok sahaja. Kalau seseorang penyanyi itu percaya pada bakat dan personaliti yang dimilikinya, Insya Allah dia akan berjaya juga.

"Saya percaya dengan diri sendiri dan akan berusaha lebih untuk bersaing secara sihat dalam industri ini.
"Kita kena fikir positif kerana mereka juga rakan kita dan sesama artis tak boleh irihati," akhiri Farhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2008 03:04 AM | Show all posts

Reply #47 miego07's post

aku mmg minat gile2 kat farhan.since af4 la...aku ingt dia akn juare tp si senyum sokmo tu pulekk....tp takpe...itu ptandingan fantasi je,reality yg skrg ni.kite tgk sape bleh survive,dia la juare...aku harap biar la farhan jd ala2 mcm sheila majid suatu hari nanti....:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 10:35 AM | Show all posts

Reply #91 sang_kuriang's post

aku pn. tp hrp2 lagu2 dia nnt vougue la. yg menonjol vokal dia mcm lagu spain tu.... tiap2 hr aku dgr lagu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 02:46 AM | Show all posts
Tak mahu pandang belakang
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Farhan perhebat usaha mantapkan nama dalam dunia muzik, tampil album solo tahun depan

BIARLAH orang lain berlumba-lumba menghasilkan album solo sehingga ada kalanya memaksa mereka melakukan perkara itu secara tergesa-gesa. Namun bagi pemilik nama penuh Nur Farhan Azizan atau Farhan, 23 dia mengamalkan sikap berdikit-dikit asalkan hasilnya nanti memuaskan hati semua pihak.

Bermula dengan single Kelmarin, nama Farhan mula mendaki carta radio. Dan sejak itu, bekas naib juara Akademi Fantasia musim keempat ini tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Langkahnya diatur ke depan, dan hasilnya dia muncul dengan single kedua berjudul Moga yang ketika ini sedang rancak diputar stesen radio Suria FM.

Lagu ciptaan Sham dan lirik oleh Amran Omar itu mengikut jejak langkah Kelmarin apabila ia diterima mudah pendengar. Pastinya perkara itu menggembirakan si empunya diri.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan perkembangan ini. Walaupun saya sudah lama meninggalkan Akademi Fantasia namun mereka masih mengingati saya. Saya juga berterima kasih kepada semua stesen radio tempatan kerana sudi memutarkan lagu saya.

"Buat peminat, harap mereka dapat bersabar kerana album solo saya hanya akan berada di pasaran sekitar tahun depan. Setakat ini album yang diterbitkan syarikat saya sendiri, Mezzoforte Records sudah 60 peratus siap," kata penyanyi yang memiliki vokal mantap dan unik ini.

Memperkenalkan konsep `rhythmic soul', kemunculan album ini amat diharapkan Farhan membawa kelainan dan mengubah persepsi pendengar terhadap muzik tempatan.

"Ia bukanlah 100 peratus muzik bernuansakan jazz kerana kalau saya mengetengahkan konsep itu sepenuhnya sudah pasti peminat tidak dapat menerimanya. Lagipun, saya tidak mahu hanya dikenali sebagai penyanyi yang boleh membawakan sesebuah genre saja.

"Justeru, album ini diberi suntikan komersil dengan menggabungkan pelbagai elemen campuran seperti funky, soul, rythm dan retro," kata gadis berusia 23 tahun kepada Hip.

Namun, apa yang melucukan Farhan, setiap kali dia diundang membuat persembahan, kebanyakan penganjur lebih gemar menyuruh dia menyanyikan lagu jazz dan bukan lagunya sendiri.
"Mungkin sebab mereka tahu suara Farhan memang sesuai menyanyikan lagu sebegitu. Tapi kalau keadaan ini berterusan, nampaknya sukar juga mempopularkan lagu saya di majlis makan malam. Nampak gaya, hanya popular di radio sajalah," ujar Farhan sambil ketawa.

Hadir ditemani bapa di studio, Farhan tampil dengan imej ranggi yang bersesuaian dengan usianya. Diakui, anak gadis kepada Azizan Md Khir dan Maliza Abdul Wahid ini semakin bijak beraksi di depan kamera. Tidak dinafikan, sejak bergelar artis penyanyi berbintang Leo ini semakin berani menampilkan imej seksi. Dan disebabkan imej itu juga, Farhan sering menjadi bahan kecaman pelbagai pihak.

Namun, perkara itu disangkal Farhan dengan mengatakan imej seksi yang dikaitkan dengannya itu memang sudah lama digayakannya.

"Sebenarnya, Farhan sejak sebelum masuk AF lagi sudah berpakaian seksi. Mungkin orang saja yang tak tahu bagaimana corak pemakaian Farhan sebelum ini. Malah dalam AF sendiri saya ada memakai pakaian seperti ini.

"Tapi, saya rasa sekarang ini pun imej seksi saya sudah semakin berkurangan kalau hendak dibandingkan dengan dulu. Seksi itu tetap ada cuma ia ada batasan. Lazimnya, kalau berpakaian, saya akan tengok majlis dulu.

"Apapun, gaya elegan tetap menjadi pilihan dan saya akan pastikan pakaian saya itu bersesuaian dengan majlis dan konsep lagu yang saya bawa. Yang penting, saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri,"ujar peminat setia Datuk Paduka Julie Sudiro dan Sean Ghazi ini.

Sudah ada teman istimewa

BUKAN Haziq dan bukan juga Hazama. Sebaliknya, Farhan kini sedang rapat dengan seorang jejaka dari Kuala Lumpur. Biarpun hanya menyifatkan hubungan mereka sebagai kawan rapat, namun dari riak wajah Farhan, dapat ditelah bahawa di hatinya kini sedang berputik bunga-bunga cinta.

"Kami berkawan sudah masuk dua tahun. Setakat ini, alhamdulillah, dia memang seorang lelaki yang baik dan juga pendengar setia. Malah, setiap kali Farhan ada masalah, dia akan menjadi tempat rujukan serta mengadu," cerita Farhan tanpa berselindung.

Enggan menjelaskan lebih lanjut siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu, Farhan berkata setakat ini dia senang berkawan dengan pemuda itu.

"Farhan kenal dia sebelum Farhan masuk AF lagi. Dia bukan orang seni dan kami sering keluar berdua. Apa yang membuatkan Farhan suka padanya adalah dia seorang yang baik, berbudi bahasa dan cool. Ada masanya, kami tidak bersefahaman lalu tercetuslah pergaduhan. Namun, dia bijak mengawal situasi.

"Apapun, terlalu awal untuk mengatakan yang kami sedang bercinta. Cuma yang pasti, seandainya jodoh saya memang kuat dengannya, saya tidak akan menolak," kata Farhan.

Nur Farhan Azizan
Nama Komersiol: Farhan
Tarikh Lahir: 21 Ogos 1984
Umur: 23 tahun
Anak: Pertama dari lima beradik
Makanan Kegemaran: Asam pedas
Minuman Kegemaran: Teh O ais limau
Filem Kegemaran: Pendekar Bujang Lapok
Lagu Kegemaran: New York, New York
Penyanyi Kegemaran: Datuk Paduka Julie Sudiro, Sean Ghazi, Dionne Warwick
Hobi: Menyanyi dan bersukan
Zodiak: Leo
Tinggi: 163 sentimeter
Berat: 55 kilogram
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 04:03 PM | Show all posts
petang kelmarin jumpa farhan kat bowling event anjuran muzik.fm.
slim dah farhan sekarang..

album dah siap pun.. katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 04:43 PM | Show all posts
Farhan ni antara artis yg ade vocal unic...kalo kene cara boleh pegi jauh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:42 AM | Show all posts
[table=98%][tr][td]Hazama optimis dengan single 慡ampai Bila
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 07:33 AM | Show all posts

Farhan dan Izwan pilus di Down Memory Lane (TV1, 5/2/2008)

Korang dah tgk tak Farhan dan Izwan pilus berduet untuk rancangan Down Memory Lane di TV1. Mereka menyanyikan lagu-lagu dari Filem-filem lama Hollywood...
Antara lagu yg mereka nyanyikan :
Suddenly, You're The One That I Want, If I Never Knew You, A Whole New World dan Time of My Life...
Aku sempat rakam dari lagu Suddenly, tu pun dah halfway derang nyanyi...opening song aku tak dpt record...

DML - Izwan Pilus & Farhan Azizan - Time of My Life


DML - Izwan & Farhan - You're The One That I Want


DML - Izwan Pilus & Farhan Azizan - Suddenly


DML - Izwan Pilus & Farhan Azizan - A Whole New World


DML - Izwan Pilus & Farhan Azizan - If I Never Knew You
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 10:31 AM | Show all posts
thanks miego..
aku ada tunggu gak rancangan ni..
skali dah terlepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 10:33 AM | Show all posts
Farhan selesa sendirian
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Kerjaya nyanyian kini diurus bapa di bawah syarikat sendiri selepas keluar dari Maestro

SEBELUM ini memang sudah terdengar desas-desus yang mengatakan naib juara Akademi Fantasia musim keempat, Farhan meninggalkan syarikat pengurusannya, Maestro Talent & Management (Maestro), tetapi apabila diajukan pertanyaan itu kepada empunya diri, dia menafikannya.

Bagaimanapun, sewaktu majlis memperkenalkan single ketiganya berjudul Moga, Farhan secara terbuka mengakui dia tidak lagi di bawah syarikat pengurusan itu.

"Saya keluar Maestro dengan cara baik. Keputusan ini mendapat restu Freddie Fernandez. Tiada perselisihan yang berlaku. Sebaliknya pengunduran saya adalah demi masa depan saya sendiri," katanya pada majlis yang berlangsung di The Coffee Fevre, Replica Inn, Bukit Bintang baru-baru ini.

Walaupun tidak lagi diuruskan Maestro namun menurut penyanyi bersuara unik ini, dia masih lagi menjalankan kerjasama dengan syarikat itu.

"Memanglah sekarang saya banyak diuruskan syarikat saya iaitu Mezzaforte Records. Namun saya ada juga meminta pandangan mereka mengenai beberapa perkara. Malah, kehadiran Freddie pada majlis ini membuktikan hubungan kami masih berlangsung seperti biasa," jelasnya sambil dipersetujui bapanya, Azizan Md Khir yang juga bertindak sebagai pengurusnya.

Ditanya tidakkah dia gentar menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan mereka yang berpengalaman, Farhan berkata dia percaya akan kebolehan bapanya itu.

"Bagi saya, rezeki ada di mana-mana dan Farhan yakin, abah boleh membantu saya menguruskan karier seni. Setakat ini, saya tengok semuanya lancar," puji Farhan sambil memandang wajah bapanya yang turut hadir pada sidang media itu.

Difahamkan, Mezzaforte Records itu juga adalah milik Farhan. Ternyata, dalam usia muda, Farhan sudah bergelar bos dan tentunya jawatan itu memberi cabaran baru buat dirinya.

"Sebenarnya itu milik keluarga tetapi memandangkan saya terbabit dalam bidang ini jadi abah meminta saya menguruskannya. Tanggungjawab itu memang berat namun saya percaya dengan bantuan pihak sekeliling, saya mampu melaksanakan dengan baik," luah penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aku Pun Tahu.
Mengulas pembikinan album terbarunya itu, Farhan berkata buat masa ini dia lebih selesa menghasilkan single terlebih dulu. Katanya, strategi memasarkan single nampaknya menjadi apabila mendapat sambutan hangat oleh stesen radio.

"Saya buat single kerana ia sangat membantu mempromosi album. Tapi jangan risau album tetap ada kerana itu saja cara nak pasarkan diri kita sebagai penyanyi. Apabila memiliki album sendiri, senang nak letak diri kita. Saya akui pasaran tak kuat, tetapi saya akan cuba. Kenalah keluarkan lagu berkualiti dan ada kelainan," katanya.


Hiburkan pasangan kekasih

SEMENTARA itu, menjelang perayaan Hari Memperingati Kekasih, hari ini (14 Februari), Farhan bersama dua rakan artis, Fazli Zainal dan Idayu AF3 akan terbabit dalam persembahan Heart Is Cinta.

Menurut Farhan selain menikmati makan malam istimewa ala Barat ini, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh mereka bertiga.

"Untuk persembahan yang bertemakan warna putih ini, kami akan menyanyikan pelbagai rangkaian lagu berkonsepkan cinta. Setiap persembahan hanya diiringi petikan piano bagi menimbulkan suasana romantis. Ada persembahan secara solo dan juga duet," jelas Farhan mengenai majlis yang dianjurkan Technolis Corporation Sdn Bhd itu.

Majlis Heart Is Cinta menyediakan dua konsep meja iaitu Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet. Untuk meja Laila dan Majnun bayaran yang dikenakan adalah RM300 manakala Romeo dan Juliet pula, RM400.

"Menariknya konsep malam itu nanti adalah semua tetamu akan berkongsi makanan dengan pasangan masing-masing. Setiap pasangan akan duduk di meja yang boleh memuatkan mereka berdua saja. Pasti romantik," katanya.

Bagi pasangan yang ingin menghadiri majlis istimewa itu mereka bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi penganjur di talian 03-61404964.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 08:41 AM | Show all posts
wah, big pony...cepatnyer ko update berita ni....
petang smlm member aku bgtau...sib baik paper ade jual lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 11:08 PM | Show all posts

utube @ azwan ali's besday - 13.02.08

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 01:10 PM | Show all posts
aaa.....i luv her voice very very very much.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.142413 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list