CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

INDONESIA: Gempa bumi - Latest: gempa 7.9 di Sumatera!!

[Copy link]
Post time 8-9-2009 03:48 AM | Show all posts
Gempa bumi kuat melanda Indonesia08/09/2009 2:43am


WASHINGTON 8 Sept. - Satu lagi gempa bumi berukuran 6.1 magnetiud berlaku di pantai perairan Jawa, Indonesia hari ini, kata agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) malam ini.

Gempa kuat pada kedalaman 15 kilometer yang berlaku pada kira-kira pukul 11.12 malam waktu tempatan itu dapat dirasai sejauh 268 kilometer ke selatan Yogyakarta.

Bagaimanapun tidak ada kejadian tsunami dan kemusnahan dilaporkan berlaku.
Rabu lalu lebih 57 orang terbunuh manakala ribuan rumah musnah apabila gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnetiud meletus di Jawa Barat. - REUTERS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2009 11:39 AM | Show all posts
Saturday September 19, 2009
Indonesian quake injures 7 on Bali resort island

BALI, Indonesia: A strong earthquake shook the popular Indonesian resort island of Bali early Saturday, injuring at least seven people and sending panicked tourists and residents fleeing out of homes and hotels.

No tsunami warning was issued and there were no immediate reports of major damage.

The magnitude 5.8 quake hit just after 6 a.m. local time (2300 GMT) 45 miles (75 kilometers) south of Denpasar, the island's capital, the U.S. Geological Survey said. Indonesia's Meteorological and Geophysics Agency put the quake at a more powerful 6.4 magnitude.

Seven people were treated for head injuries and broken bones at Sanglah Hospital in Denpasar, said Dr. Ken Wirasandi, adding that women and children had run from their homes screaming when the ground began to rattle.

"I was frightened because it was strong," said Ernst Raynaldo, a tourist from the Netherlands who was staying at the Kuta beach strip. "I ran out immediately as I saw many others rushing into the swimming pool," which was the closest open space.

The Bali quake comes just two weeks after a larger tremor on the main Indonesian island of Java killed of left missing nearly 100 people and ruined thousands of homes.

Indonesia, a vast archipelago, straddles continental plates and is prone to seismic activity along what is known as the Pacific Ring of Fire. A huge quake off western Indonesia caused a powerful tsunami in December 2004 that killed about 230,000 people in a dozen countries, half of them in Aceh province. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 11:18 PM | Show all posts
Gempa 7.9 magnitud di Sumatera turut dirasai di Semenanjung

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.20 petang tadi turut dirasai hampir seluruh pantai barat Semenanjung.

Menurut laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 11:19 PM | Show all posts
Gegaran susulan 5.4 Richter selang 20 minit

KUALA LUMPUR: Gegaran kedua gempa bumi berukuran 5.4 Richter yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.38 petang tadi, susulan gempa pertama kira-kira 20 minit lalu.

Ia turut menggegarkan pantai barat Semenanjung berikutan gempa pertama berukuran 7.9 Richter di pusat gempa selatan Sumatera.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami terhadap Indonesia, Malaysia, India dan Thailand.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya petang ini bahawa tiada amaran ancaman tsunami berikutan kejadian gempa kuat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 12:32 AM | Show all posts
01 Oktober, 2009

Gempa Padang : 75 Orang Disahkan Mati Setakat Ini

Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 1 Okt (Bernama) - Sekurang- kurangnya 75 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat Rabu malam.

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata jumlah sebenar kematian belum dapat dipastikan tetapi laporan awal yang diterimanya daripada Datuk Bandar Padang menyebut semua mangsa mati di hospital.

"Mungkin angka kematian akan bertambah kerana masih banyak dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan termasuk hotel," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Kabinet di kediamannya di sini, Rabu malam.

Mesyuarat itu, menurut laporan media massa tempatan online dihadiri beberapa menteri kabinet yang berkaitan dengan pengurusan bencana.

Jusuf berkata ketika ini Kota Padang gelap gelita akibat terputus bekalan elektrik dan hujan lebat yang masih turun.

Sementara itu, enam pegawai kedutaan besar Malaysia di sini tidak dapat berangkat ke Padang kerana Lapangan Terbang Minangkabau ditutup akibat kerosakan yang dialami dalam kejadian gempa pada pukul 5.16 petang.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar berkata mereka akan berangkat dengan kapal terbang pertama yang dibenarkan terbang dari sini ke Padang esok untuk membantu 330 pelajar Malaysia di Padang, yang walaupun selamat tetapi kehilangan tempat tinggal kerana rumah-rumah mereka runtuh.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 07:19 AM | Show all posts
80% hotel di kota Padang rosak

PADANG 5 Okt. – Kira-kira 80 peratus hotel di kota Padang di sini mengalami kerosakan akibat gempa Rabu lalu. Paling teruk Hotel Ambacang yang hampir ranap sama sekali.

Pengerusi Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia, Yanti Sukamdani berkata, pada masa ini kerja-kerja ditumpukan untuk mengeluarkan mangsa serta membersihkan sisa runtuh yang mengambil masa kira-kira dua minggu.

‘‘Selepas itu barulah kerja-kerja mengubah suai serta memperbaiki kerosakan dapat dijalankan,’’ katanya ketika ditemui di Pusat Media di Hotel Inna Muaro di sini hari ini.

Pusat media dibuka sejak semalam bagi menyalurkan maklumat dengan lebih teratur kepada media yang meliputi bencana tersebut.

Beliau juga berharap pihak bank dapat memberikan pinjaman kepada pengusaha hotel bagi membolehkan mereka memperbaiki kerosakan hotel masing-masing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2009 07:21 AM | Show all posts
Indonesia henti usaha cari mangsa


ANGGOTA-ANGGOTA penyelamat mencari mangsa tanah runtuh
akibat gempa bumi di Kapalo Koto di Pariaman semalam.

PADANG - Pihak berkuasa Indonesia semalam menghentikan usaha bagi mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan ekoran gempa terburuk pada minggu lalu.

Sejumlah pegawai tempatan dan pakar asing yang membanjiri wilayah Sumatera Barat kini membantu operasi membantu mangsa yang selamat dan membina semula prasarana awam yang musnah.

"Usaha mencari mangsa yang hidup sudah dihentikan di Padang sejak Ahad lalu tetapi masih berjalan di luar Padang (kawasan tanah runtuh)," kata jurucakap agensi yang menguruskan bencana di Indonesia, Priyadi Kardono.

Seorang jurucakap pasukan penyelamat dari Switzerland, Michele Mercier berkata, kumpulan yang terdiri daripada 115 anggota itu telah pun bersiap sedia untuk pulang ke negara asal.

"Pasukan kami tidak menemui mangsa yang masih hidup malah kami cuma berjaya menemui enam mayat," katanya. Beberapa lagi pasukan bantuan asing terus berada di Padang.



PENJAJA-PENJAJA menjual buah-buahan dan ikan dekat pasar
yang musnah di Padang semalam.

Namun, anggota penyelamat itu kini menguruskan bertan-tan bekalan perubatan, makanan dan air minuman untuk diagihkan kepada ribuan mangsa yang kehilangan rumah yang musnah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan 1,100 terkorban dan angka itu mungkin mencecah 5,000 orang tetapi Indonesia merekodkan sebanyak 650 maut dan 672 hilang.

Gabenor Sumatera Barat, Gamawan Fauzi berkata: "Bencana ini sudah masuk hari kelima (semalam) dan tidak mungkin ada mangsa yang masih hidup kecuali jika berlaku keajaiban."

Pemerintah Indonesia memperuntukkan enam trilion rupiah (RM2.16 bilion) untuk pembinaan semula semua bangunan awam di Padang termasuk hospital dan sekolah. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:00 AM | Show all posts
Padang mula bangkit



BEBERAPA pelajar mengumpul buku sekolah untuk digunakan dalam kelas sementara di Padang, semalam.

Sekolah, pasar dibuka bantu mangsa gempa

PADANG: Pasar dibuka dan kanak-kanak juga kembali ke sekolah, tetapi di pedalaman, beberapa kampung yang tertimbus akibat tanah runtuh terpaksa dibiarkan sebagai kubur besar selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dihentikan.

Ada kanak-kanak yang pergi ke sekolah ketika usaha memulihkan semula keadaan berjalan. Di tempat lain, khemah digunakan untuk mengadakan kelas.

"Bangunan sekolah selamat tetapi kami tiada kuasa elektrik dan bekalan air," kata Tri Raswati, 17, di Sekolah Tinggi 3, Padang Timur.


Pembukaan kelas sebahagian besarnya adalah simbolik, hanya beberapa ratus kanak-kanak berpeluang berjumpa guru dan menerima kaunseling akibat trauma, termasuk kematian saudara mara serta tidak berumah.

"Kerajaan menggesa kelas dimulakan secepat mungkin supaya mereka boleh kembali kepada keadaan normal," kata Amson Simbolon, pegawai pendidikan Unicef, ketika kelas matematik bermula untuk kira-kira 300 murid di satu sekolah di sini.

Unicef menyediakan 15 khemah, setiap satu boleh memuatkan 50 hingga 60 kanak-kanak.


PENIAGA buah-buahan dan ikan menunggu pembeli dekat sebuah pasar di Padang, semalam.

Seorang pegawai tempatan berkata, usaha membina semula mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih.

"Jika kita melihat pengalaman pada 2007 ketika gempa dengan kekuatan 7.9 skala Richter melanda bandar ini, kami perlu sekurang-kurangnya dua tahun membangunkan semula Sumatera Barat," kata Ade Edward, ketua Unit Pengurusan Bencana dan Pelarian Sumatera Barat.

Sementara itu, pekerja penyelamat menghentikan pencarian sebaliknya memfokus untuk memberi bantuan kepada mangsa yang masih hidup.

"Sehingga sekarang, saya anggap sukar untuk menjumpai ramai mangsa yang masih hidup," kata Ignacio Leon, ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Indonesia.
"Saya tidak mahu memutuskan harapan penduduk, namun fokusnya akan berubah dan kami akan menyokong kerajaan lebih lagi di bahagian bantuan," katanya.

Jumlah kematian akibat gempa Rabu lalu di Sumatera Barat dijangka mencapai beribu-ribu orang sebaik saja mangsa yang hilang diisytiharkan terkorban. PBB berkata, 1,100 orang maut sementara kerajaan meletakkan jumlahnya 603 orang.

Tidak dapat dipastikan jumlah mereka yang kehilangan rumah. Tetapi, agensi bencana alam Indonesia berkata, 180,000 buah rumah dan 20,000 bangunan musnah.

Dalam perkembangan lain, Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik mengesan 582 gempa susulan di Sumatera Barat sejak dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter.

"Gempa susulan terus melanda, namun pada tahap sederhana," kata ketua pejabat agensi Padangpanjang, Taufik Gunawan.

Beliau memberi amaran bahawa Sumatera Barat terdedah kepada gempa besar kerana ia terletak dalam plet tektonik Indo-Australia yang rapuh dan justeru penduduk di wilayah itu perlu tahu mengenai prosedur menghadapi bencana. � Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2009 03:54 PM | Show all posts
bersyukur sangat coz malaysia sentiasa dirahmati Allah S.W.T....  berdoalah kita supaya dijauhkan segala malapetaka keatas malaysia... amin......
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 08:48 AM | Show all posts
Gempa dahsyat dalam 30 tahun
+berita harian

Geologis dakwa bencana enam kali lebih lama daripada kejadian di Padang

SINGAPURA: Satu gempa bumi dahsyat mungkin melanda pulau Sumatera, Indonesia dalam tempoh 30 tahun, mencetuskan satu tsunami yang akan menjadikan kejadian gempa bumi bulan lalu dilihat amat kecil sebagai perbandingan.

Pengarah Pemantauan Bumi Singapura, Kerry Sieh, berkata gempa bumi kuat seterusnya akan mempunyai berlaku enam kali lebih lama daripada gempa 7.6 yang melanda barat Sumatera pada 30 September lalu yang memusnahkan Padang.

"Kami menjangka ia kira-kira 8.8 pada skala Richter, mungkin kurang lebih 0.1," kata seorang profesor Universiti Teknologi Nanyang.

Katanya, gempa bumi Sumatera lalu berlaku selama kira-kira 45 saat.

"Ini mungkin akan berlaku kira-kira lima minit," kata Sieh. "Gempa 7.6 ini amat amat kecil berbanding gempa bumi kuat berkenaan."

Angka kematian rasmi akibat kejadian itu mencecah 1,115 kelmarin, tetapi lebih ramai dikhuatiri mati apabila beberapa perkampungan bertukar menjadi kawasan perkuburan. 100,000 rumah dianggarkan musnah menyebabkan lebih setengah juta hilang tempat tinggal.

Berdasarkan aliran sejarah gempa bumi dari analisis geologi di kawasan terbabit, gempa bumi bulan lalu adalah satu permulaan, kata Sieh. Katanya, gempa baru-baru ini mempunyai kesan disifatkan amat kecil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.292399 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list