CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19414|Reply: 151

KRU

[Copy link]
Post time 10-8-2006 06:48 AM | Show all posts |Read mode
KRU tinggalkan EMI
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SETELAH 14 tahun bernaung di bawah label EMI Music Malaysia, kini kumpulan KRU mengambil keputusan untuk tidak bersama syarikat tersebut.

Album terakhir Norman, Yusry dan Edry bersama EMI ialah 10 Di Skala Richter yang telah berada di pasaran sejak 18 Julai lalu.

Sepanjang tempoh menjadi artis naungan EMI sejak 1992, KRU berpeluang menghasilkan 13 buah album.

Menurut Norman, KRU telah memperbaharui kontrak sebagai artis EMI sebanyak tiga kali.

Sekarang ini sudah sampai masa untuk kumpulan adik beradik itu bergerak sendiri di bawah payung KRU Music Group (KMG).

揟idak ada apa-apa persengketaan, cuma kontrak kami sudah tamat dan tiba masa untuk kami mengatur perjalanan sendiri. Meskipun kami tidak lagi menjadi artis EMI namun album kami selepas ini tetap akan diedar oleh syarikat tersebut. Kerjasama dengan EMI tetap diteruskan,拻 kata Norman sewaktu sidang akhbar pelancaran album 10 Di Skala Richter di Jelatik, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menyentuh mengenai penerbitan album 10 Di Skala Richter, Norman berkata, album tersebut penuh dengan mesej sejajar de-ngan pembabitan mereka dalam bidang seni.

Edry yang bertanggungjawab penuh terhadap album itu menjelaskan banyak genre muzik diketengahkan. Antara irama yang dapat didengari menerusi album ini ialah pop dance, R & B, rock, Arab, waltz dan dangdut.

Jelasnya, sebelum ini pun KRU telah mempelbagaikan rentak pada setiap lagu yang diperdengarkan namun tetap mengekalkan teras muzik mereka iaitu pop dance.

揝etiap kali tampil dengan album baru, kami akan selitkan pelbagai elemen untuk mendapatkan kelainan. Begitu juga dengan album ini, pelbagai rentak ditampilkan untuk disesuaikan dengan pendengaran

peminat,拻 jelasnya.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Gerenti Beres (single pertama), Buat Hal Lagi, Lagu Untuk Mamat, (Kena Marah Pun) Tak Kisah, La-Di-Da La-Di-Da, C抦on Lah, Sehari Dalam Hidup, Hot Gal, Drama dan Ya Habibati.

Sebagai membuktikan yang KRU sentiasa mengikuti kehendak semasa, untuk album ini mereka tampil dengan gaya lebih ranggi iaitu imej ala tentera.

Imej tersebut melambangkan sikap agresif KRU yang tidak pernah patah semangat dalam memperjuangkan industri muzik menerusi identiti tersendiri.

Lantaran sikap agresif itulah KRU berjaya meletakkan diri mereka bukan sekadar artis malah sebagai usahawan.

Sebagai usahawan, KRU yang sentiasa berpandangan jauh itu telah membuka portal(laman web) kalcha.com yang berada di bawah pengurusan KRU Matrix Sdn. Bhd.

Menerusi laman web ini peminat-peminat KRU berpeluang memiliki pelbagai jenis produk seperti album atau cenderamata barangan artis yang bernaung di bawah payung KMG.

Menurut Norman yang juga Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pengarah Urusan KRU Berhad, selain membeli menerusi online, peminat juga berpeluang membeli produk tersebut di kedai jualan runcit yang dikenali sebagai kalcha@jelatik.

Setakat ini lokasi pertama kedai jualan runcit hanya terdapat di tingkat bawah pejabat urusan KMG di Jalan Jelatik, Kuala Lumpur.

Menurut Norman, sudah lama mereka merancang untuk membuka pusat jualan sebegitu tapi sekarang baru berpeluang dan kebetulan sudah banyak produk yang boleh dijual.

揇ulu hanya produk KRU sahaja, tapi sekarang ini produk jenama artis-artis yang bernaung di bawah syarikat kami juga boleh didapati di sini. Malah kalau ada artis lain yang ingin menjual produk mereka seperti album atau cenderamata di sini, amat digalakkan,拻 katanya yang menganggap pembukaan kalcha@jelatik sebagai permulaan sahaja.

Di masa akan datang kalcha@jelatik akan dibuka di beberapa lokasi yang akan dikenal pasti kelak.

Menariknya, selain membeli barangan yang dijual, pengunjung juga berpeluang untuk mendapat tanda tangan artis atau menonton persembahan mereka.

Ini kerana menurut Norman, pihaknya telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk mengadakan persembahan di hadapan perkarangan pejabat mereka hampir setiap bulan.

揔ami boleh mengadakan persembahan atau sebarang aktiviti di perkarangan pejabat ini pada setiap hari Sabtu sehingga Jun 2007. Perlepasan yang diberikan oleh pihak berkuasa amat kami hargai,拻 katanya.

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 8-9-2006 06:42 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2006 08:38 AM | Show all posts
Impak KRU
Oleh Zul Husni Abdul Hamid



MASIH BERTAHAN: Populariti KRU masih utuh
selepas 14 tahun aktif


MENERUSI kalcha.com yang juga portal di bawah KRU Matrix Sdn Bhd iaitu cabang interaktif digital dan multimedia bagi kumpulan syarikat KRU, tiga beradik ini cuba merealisasikannya sebagai pusat aktiviti yang menawarkan khidmat media dan penjualan e-Dagang.

Secara tidak langsung, ia juga menawarkan peluang unik dalam menghasilkan platform interaktif yang menarik di mana pembeli serta pengguna on-line berkesempatan bertemu artis dan penggiat hiburan yang mampu mendatangkan impak positif kepada industri.

Norman Abdul Halim berkata, lanjutan usaha itu, sebuah pusat aktiviti di Ibu Pejabat KRU Music Group di Jalan Jelatik, Kuala Lumpur dibangunkan sebelum dikembangkan di pelbagai lokasi lain di seluruh negara.

Pusat aktiviti yang dikenali sebagai kalcha@jelatik itu memberi peluang kepada peminat mendapatkan pelbagai produk eksklusif artis serta kelab keahlian yang mula beroperasi sejak 29 Julai lalu.

?ami akan cuba memfokus beberapa artis yang mempunyai pengaruh tersendiri dan sebagai permulaan, tumpuan diberikan kepada artis tempatan. Selepas 14 tahun dalam industri, KRU kini memiliki banyak produk pilihan.

?angkah ini bersesuaian kerana peminat sekarang mahu menikmati lebih daripada sekadar muzik. Di kalcha@jelatik ini juga, peminat berpeluang mendapatkan album lama kami yang kini sukar diperoleh di pasaran.

?ami mendapat kerjasama EMI untuk usaha itu. Malah, kami akan turut menganjurkan pelbagai program menarik setiap bulan untuk mewujudkan suasana baru di sekitar kawasan ini,? katanya.

Segmen media kalcha.com yang dikemas kini maklumatnya setiap minggu memberi ruang kepada pelawat untuk memberi ulasan positif.

?ami sentiasa mendapat sokongan padu daripada selebriti untuk sesi temu ramah eksklusif, di samping selitan sampel lagu, muzik video dan konsert khusus tatapan peminat di luar,? katanya.

Bagi segmen online mall pula, pelawat boleh mendapatkan pembelian eksklusif bagi keluaran barangan segmen dan album yang ditandatangani artis dengan potongan harga istimewa selain pendaftaran keahlian kelab peminat.

Info


MUNCUL dengan album terbaru, 10 Di Skala Ricther memuatkan 10 lagu pop/dance yang setiap satunya terhasil dengan pengaruh pelbagai genre muzik seperti R&B, rock, Arab, waltz dan juga dangdut.


Ada juga kolaborasi dengan artis naungan KRU seperti Adam, Azza, BillyZulkarnain, Linda Onn dan Zam menerusi lagu Buat Hal Lagi. Lagu pembukaan ini dianggap sebagai ?omeback? KRU untuk 2006.


PROSES rakaman dimulakan Januari lalu dan siap sepenuhnya pada Mac. Kerja rakaman dijalankan di studio KRU di Taman Setiawangsa, diterbitkan Edry yang turut menghasilkan kesemua lagu kecuali C?onlah yang dihasilkan mereka bertiga.


REKA bentuk album ini juga dijangka menarik perhatian peminat. Mereka tampil dengan konsep ala tentera, sekali gus menonjolkan sifat agresif KRU untuk mempertahankan konsep dan gaya tersendiri dalam memperjuangkan muzik Melayu moden.


10 Di Skala Ritcher adalah album terakhir KRU bersama EMI selepas 14 tahun bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa itu. Justeru, penghasilan album dilakukan penuh teliti bermula dari awal pembikinan hingga siap sepenuhnya.


DUA klip video sudah dirakamkan iaitu Gerenti Beres dan C?onlah yang mengambil masa empat hari rakaman. Klip video arahan Sherman Xavier ini dirakamkan di Berjaya Time Square, Al-Kafah Ukay Food Court, Bukit Antarabangsa, INSPEN Bangi, Seroja Dangdut dan panggung wayang Galaxie, Taman Dagang.


SEMPENA pelancaran album itu pada 29 Julai lalu, KRU menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama peminat, termasuk menjayakan mini showcase secara percuma mempersembahkan beberapa lagu daripada album terbaru mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 08:46 AM | Show all posts


14 tahun tu....punyalah lama
Mesti kontrak betul2 memuaskan hati kedua belah pihak

:lol

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 01:05 PM | Show all posts
KRU ghairah terbit novel artis pula
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


SETELAH membina nama yang kukuh dalam dunia nyanyian sehingga tertubuhnya syarikat KRU Muzik Group (KMG), trio adik beradik Norman, Yusry dan Edry terus ligat mencari peluang melebarkan sayap perniagaan dalam bidang lain pula.

Walaupun mereka sudah boleh dikategorikan berjaya dalam perniagaan, KRU seolah-olah belum puas dengan apa yang dimiliki mereka. KMG bukan saja melahirkan penyanyi tetapi juga aktif menghasilkan program televisyen malah tidak ketinggalan filem.

Di mana saja ada lubang untuk mereka mencuri peluang perniagaan, tiga beradik ini tidak pernah takut untuk mencuba. Keberanian itu dilihat dengan penubuhan syarikat penerbitan yang diberi nama KRU Communication Publication Division.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Capital, Norman Abdul Halim berkata, syarikat baru ini akan terbabit dalam penerbitan novel yang mensasarkan 24 novel diterbitkan setahun.

Sasaran kami adalah golongan remaja kerana kami mahu memupuk mereka supaya minat membaca. Sebagai permulaan dua novel sudah pun berada di pasaran iaitu Sumpahan Fasha dan Badang.

Novel ini berkonsepkan fiksyen dan fantasi walaupun kami tahu pasaran novel mengenai cinta cukup diminati . Bagaimanapun, kami tidak mahu terarah kepada kisah cinta semata-mata kerana sudah terlalu banyak novel berunsur demikian dihasilkan.

Kita perlukan kelainan. Kelainan itu kita bawakan apabila membabitkan artis sebagai hero dan heroin novel itu. Jadi, apabila pembaca membaca novel berkenaan mereka boleh membayangkan artis terbabit, katanya pada majlis pelancaran syarikat baru dan novel Sumpahan Fasha dan Badang.

Sumpahan Fasha dan Badang sudah pun diedarkan sejak penghujung Julai lalu. Kedua-dua novel berkenaan dikeluarkan sebanyak 5,000 naskhah setiap satu.

Novel lain yang akan diterbitkan KRU ialah Pemburu Puaka, Erra - Rama, Tak Tahu Antara Dua, Cicakman, buku biografi KRU, 10 Di Skala Richter dan 33 hantu yang membabitkan kerjasama antara KRU dan kumpulan Seekers memaparkan asal usul pelbagai jenis hantu.

Selain Fasha dan Adam, ujar Norman lagi beberapa artis lain juga akan terbabit dengan novel terbitan syarikatnya. Setiap novel mempunyai empat siri dan mereka perlu menandatangani kontrak sehingga novel itu selesai.

Bagaimanapun, katanya lagi mereka tidak hanya bekerjasama dengan artis popular saja tetapi turut mengamalkan dasar buka pintu kepada nama baru. Buku keluaran KRU dan diedarkan oleh Alaf 21 ini dijual pada harga yang berpatutan antara RM8.90 hingga RM19.90.

Norman juga berhasrat untuk menerbitkan novel terbitan mereka dalam bahasa Inggeris dan Mandarin pada masa akan datang untuk meluaskan lagi ruang perniagaannya.

Fasha yang turut menghadiri majlis pelancaran novelnya berkata, dia sering berangan dan menceritakan apa yang terlintas di fikirannya kepada Norman.

Sebenarnya saya hanya cakap-cakap kosong saja dengan Norman. Ketika itu penggambaran filem Cicakman, kadang kala menunggu lebih lama daripada penggambaran. Waktu menunggu saya banyak berangan, tak sangka pula apabila saya cerita pada Norman dia memberi peluang untuk saya merealisasikan cerita fantasi saya ke dalam bentuk novel.

Oleh kerana saya bukan penulis dan tidak punya masa untuk menulis, saya hanya kongsi idea bersama dengan Meor Shariman dan dia yang mencatat segala cerita saya hingga menjadi sebuah novel,? katanya.

Sumpahan Fasha mengisahkan Fasha yang menjadi manusia perantara dunia nyata dan dunia roh. Fasha dilahirkan dalam satu keturunan keluarga yang mempunyai kebolehan membantu roh ketika susah. Apabila dilahirkan Fasha ditinggalkan di rumah kebajikan kerana ibu kandungnya tidak mahu Fasha menyambung tugasan keturunan itu.

Sangka si ibu, jika Fasha tidak kenal warisnya, maka kelebihan kuasa luar biasa itu tidak akan diwarisi. Malangnya pada usia 21 tahun, Fasha mewarisi kelebihan itu. Sebagai korban, tunangnya, Johan meninggal dunia. Tetapi, Johan juga adalah roh pertama yang dilihat Fasha.

Sementara itu bintang Akademi Fantasia (AF2), Adam yang menjadi Badang dalam novel menggunakan tajuk sama berkata tidak salah dia mencuba sesuatu yang baru. Walaupun sebelum ini Adam pernah lahir dalam novel Main Main Cinta, namun Badang berbeza kerana ia ada sedikit persamaan dengan realiti hidupnya.

Badang dalam novel ini digambarkan sebagai pelajar dan ia ada kaitan dengan diri Adam. Cerita ini ada realitinya dan kalau fantasi pun hanyalah kuasa yang dimiliki oleh Badang,? katanya.

Novel Badang mengisahkan Adam seorang pelajar UiTM, jurusan Seni Persembahan yang dikurniakan kekuatan luar biasa selepas cedera bergelut dengan Bigfoot, ketika membuat kajian mengenai makhluk itu di kawasan hutan di Johor.

Kesan kecederaan itu Adam mempunyai kekuatan 10 kali ganda manusia biasa. Rahsianya hanya diketahui ibu bapanya dan dua kawan karibnya iaitu Boy dan Ijan. Adam terpaksa belajar mengawal kekuatan yang baru diperoleh dan pada waktu yang sama, mengambil hati Farah, pelajar perempuan paling popular.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:18 PM | Show all posts
Discography



  • Canggih (1992)
    • Canggih
    • Hanya Kau
    • 20/20
    • U Make My Day
    • Generasiku
    • Sempoi
    • Get In 2 The Hype
    • Cherrina
    • Perception of Love
    • Ain抰 Got No Soul
    • Tradisi
    • Sekali Lagi (Gadisku)
  • reKRUed (1993)
    • Mengerti
    • Inikah Ertinya Cinta?
    • Berita Terkini
    • KRU is Wild (Makin
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:29 PM | Show all posts
dulu aku follow gak KRU start 1992 ( canggih )  hingga 1997 ( KRUmania compilation)...siap beli kaset2 diaorg termasuk video kaset MTV & konsert...maklum la masa tu muda remaja lagi...aku dgn norman pon sebaya...hehehe

tapi since album THE WAY WE JAM sampai la album terbaru ni aku dah 'bersara dr meminati' KRU ( sekadar baca kisah diaorg je )...maklum la aku pon dah dimamah usia...heheheh...lagi pon lagu2 diaorg ni sepesen jer...'letih' gak dgr kekadang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2006 10:35 PM | Show all posts
Achievements


  • 1994
    • Anugerah Bintang Popular
      • Most Popular TV Entertainer (Male)
  • 1995
    • Anugerah Industri Muzik (AIM)
      • Best Engineered Album (Artiste/Producer/Album: KRU/KRU/Awas)
      • Best Pop Album (Artiste/Producer/Album: KRU/KRU/Awas)
    • Anugerah Bintang Popular
      • Most Popular Group
  • 1996
    • Anugerah Industri Muzik (AIM)
      • Best Group Vocal Performance in an Album (Artiste/Album: KRU/Awas da
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:37 PM | Show all posts

Reply #6 burung_pungguk's post

ingat lagi masa memula diorang dgn lagu Mengerti..
aku tak minat..
ada kawan kat skolah..
time ni aku darjah 4-5 gitu lah..
beli kaset dia (time tu beli kaset pun dah rasa mahal.. kekek..)

aku bawak balik rumah
mak aku cakap.. apa2 tah lagu ni..

alahai..
dengki tau mak aku ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 6-9-2006 10:35 PM
Achievements

1994
Anugerah Bintang Popular
Most Popular TV Entertainer (Male)
1995
Anugerah Industri Muzik (AIM)
Best Engineered Album (Artiste/Producer/Album: KRU/KRU/Awas)
Best Pop Al ...


diaorg ni tak penah dpt ANUGERAH KEMBARA AIM ek...? ke penah????:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:39 PM | Show all posts

Reply #9 burung_pungguk's post

penah ek?
tak ingat lah..
tahun bila tu ek?
nanti aku tambah

aku dpt sampai situ aje

lepas tu..
haremm..tak jumpa.
nak cari kat mana tah list dia..
aku check kat wikipedia ni aje yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 6-9-2006 10:37 PM
ingat lagi masa memula diorang dgn lagu Mengerti..
aku tak minat..
ada kawan kat skolah..
time ni aku darjah 4-5 gitu lah..
beli kaset dia (time tu beli kaset pun dah rasa mahal.. kekek..)

a ...


teringat aku VC lagu MENGERTI ni...klaka giler rupa diaorg masa tu...maklum la muda belia lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 6-9-2006 10:39 PM
penah ek?
tak ingat lah..
tahun bila tu ek?
nanti aku tambah

aku dpt sampai situ aje

lepas tu..
haremm..tak jumpa.
nak cari kat mana tah list dia..
aku check kat wikipedia ni aje yang ada


aku pon tak sure la Anon...rasa cam penah...tapi tak ingat ler..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:42 PM | Show all posts

Reply #11 burung_pungguk's post

ahahahaa
aku tgk diorang masa kat muzik2.
ekek..
kiut aje yusry dgn topi dia

time tu norman la paling tak ensem(sekarang pun sama )
edry still boyak dat time...
yusry memang idaman malaya dari dulu
:lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:42 PM | Show all posts

Reply #12 burung_pungguk's post

aku pun rasa cam ada..
tapi takleh refresh la memori aku
:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 6-9-2006 10:42 PM
aku pun rasa cam ada..
tapi takleh refresh la memori aku
:hmm:



kan, rasa cam ada...aku pon tak leh nak recall...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:49 PM | Show all posts
lagu KRU yg PALING aku suka ialah BALADA HATI dr album OO LA LA...tak tau pasal apa...suka sgt dgr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 10:51 PM | Show all posts
actually lagu2 dia banyak yang aku suka.
cuma bila yang rapping ni aku kurang gemar..
enuff iz enuff.. freaky g bla blabla
most of it.. yang norman nyanyi.. ekeke
cam syok sendiri tau..
tak gemar aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:54 PM | Show all posts
bila EDRY start nyanyi dlm album2 KRU ?? rasanya start dr album OO LALA kan dlm lagu APA SAJA...masa memula dulu dia bnyk back up je kan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 10:57 PM | Show all posts

Reply #18 burung_pungguk's post

urm..
i guess so.. :stp:

masa tu rambut dia panjang kan?
aku ingat lagi vc dia..
serba putih
time tu edry cam red indian aje
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 11:00 PM | Show all posts
anon, ko ingat tak masa SEMI FINAL AJL 94, KRU kena restart persembahan diaorg sebab masalah teknikal...live masa tu...petang...masa tu diaorg compete dgn 4U2C...kira bersaing2 la diaorg ni...masing2 nak buktikan diaorg la rapper terbaik mesia masa tuh...last2 KRU yg layak ke final...

kat Final lak siap kuar api lagi persembahan diaorg...not bad tapi kalah kat M.NASIR...tanya sama itu hud hud...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.087473 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list