CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pojamiy

Batuk N Kahak - ada petua tak

[Copy link]
Post time 10-12-2009 12:07 PM | Show all posts
96# mek_ja same la lah kita mekja...

my son 7yrs old..aritu tu batuk2 sampai kena asthma .. aku dok bagi madu dgn limau..tapi makin teruk astma dia..nasib baca kat sini org asthma tak boleh bagi madu so aku stop..so far dah getting better cuma klau dia main bola dgn adik dia nampak mengah lagi ..tidur malam aku sapu vicks kat kaki n pakai stokin so malam memang boleh tidur lena cuma kalu dia bermain jer boleh mengah...so apa aku patut buat  la nih...dah la memang jenis aktif..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 01:00 PM | Show all posts
98# mek_ja  

ok kalo mek_ja drpd stsn lrt masjid jamek tu kan....turun tangga tu hala ke dlm area masjid india tu......terus je akan npk jukebox belah kiri....setentang tu ade booth2 kan....intai2 ...
izati_abc Post at 4-12-2009 16:15


owhh thanks Izati
nti ku nak pergi le ke arah sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:04 PM | Show all posts
96# mek_ja  same la lah kita mekja...

my son 7yrs old..aritu tu batuk2 sampai kena asthma .. aku dok bagi madu dgn limau..tapi makin teruk astma dia..nasib baca kat sini org asthma tak boleh bagi  ...
serimaya Post at 10-12-2009 12:07


owhh pn seri....
sama la...aku pun dah tak tau nak buat apa dah..
aku mmg tk pernah bagi madu pun sblm ni
bila dah baca lagi la tk brani...cuma nak try ubat batuk aromateraphy tu je la solution terakhir

my baby baru 11 bulan...bila batuk..mmg kahak tu mcm dah tkeluar...tp di telannya balik
abis tu camno ???klu kita org tua ni senang pulak..boleh kluarkan...

skrg ni klu dia batuk je..cepat2 ku korek..bg dia muntah
mcm pagi td...agak puas hati le...dapat korek n kluar kahak hijau mmg likattttt sgt..
so tk de la bunyi utk kejap...

esok lusa tk tau lama mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:31 PM | Show all posts
salam,
utk anak2 asma or ada pneumonia elok juga guna product Agel (EXo and UMI). ada anak kawan saya 3 bulan kena pneumonia, berulang alik hospital je kejenya. Bila amik Agel ni, dlm seminggu tu terus baik, alhamdulillah.

cubalah, mungkin berkesan utk anak anda.

http://mamahakim.wordpress.com
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 08:24 AM | Show all posts
owhh pn seri....
sama la...aku pun dah tak tau nak buat apa dah..
aku mmg tk pernah bagi madu pun sblm ni
bila dah baca lagi la tk brani...cuma nak try ubat batuk aromateraphy tu je la solution ...
mek_ja Post at 10-12-2009 13:04


sama la ngan baby reen tu mek ja..........dia 7months.....bila dah keluar tu leh lak dia telan balik......bila nak jolok tu leh lak dia kacip mulut dia x bagi jari reen jolok tekak dia.............

leh ke bag madu+limau kat baby 7 months ni?????
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 08:15 AM | Show all posts
mcm2 petua saya baca mcm ne nak ilangkan kahak n batok.. tapi rasa mcm takot nak apply kat bb.. baby saya baru nak masuk 3 bulan..... sbnrnya, apa eh yg patot2 saya buat utk ilangkan kahak/batok bb ni?
harap ada yg membantu.. dah 2 hari wife tak kerja.... risau pk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2010 08:29 AM | Show all posts
jawapan pada masalah batuk kronik, asma ialah ubat batuk herba pankaja kasthuri http://adapenawar.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 09:49 AM | Show all posts
BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

sumber : utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 02:13 PM | Show all posts
kalau baby batuk lama sangat.. bawak laa gi hospital... kot klinik dah tak jalan kan...
sebab batuk2 ni normally penunjuk pada paru2 yg sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 11:15 AM | Show all posts
Anak perempuan saya yang berumur 2 tahun lebih dah start batuk balik bila malam. Kena cuba petua yang melibatkan madu dan limau kasturi tuh. Akan update kat sini nanti. Risau ler.... Kesian tengok anak batuk kong...kong...kong bila malam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 04:28 PM | Show all posts
cuba try petua ni
1.sapu baby vapour rub pada dada n belakang baby
2. layurkan 2 helai daun sireh dan letak di dada n belakang baby
insyaAllah kahak akan kluar
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 11:12 AM | Show all posts
saya pernah buat...

1) perah limau kasturi dlm sudu, layurkan atas api sampai kluar buih2 halus and buh madu sikit.... alhamdulilah dlm 3 hari berkurang la... sy buat sekali je sehari...  
2) bubuh vicks kat blkg and dada and tapak kaki and pakaikan stoking... ok jgk la...

nak tanya korang2 yg sallu sgt anak batuk ni... persekitaran korang mcm mana eh? tidur dlm air cond ke... berhabuk ke... cam anak kita suka sgt tidur dekat2 ngan kipas.. kalau selimutkan pun dia humban selimut tu... mana arah kipas tu kat situ la dia tidur.... ( kami ni tidur bawah je, kes takut anak jatuh katil..)
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 05:31 PM | Show all posts
cubala madu manuka, ade antibacterial function, untuk batuk dan selsema...InsyaAllah..harga mahal sikit tapi berkesan...kat most farmasi ada jual..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 02:41 PM | Show all posts
anak daun minum jus monavie...sebab anak member daun tu dia ada asma pastu selalu kena p sedut ..selepas minum jus ni dah x payah p klinik lagi sedut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 12:55 PM | Show all posts
cuba ikhtiar ni:

selepas bangun pagi jangan cuci mulut or berus gigi dgn bismillah n selawat nabi minum sesudu susu pekat manis..insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 05:29 PM | Show all posts
kandungan herba pankaja kasthuri...
Bahan-bahan yang digunakan:
Halia, Cili, Lada hitam, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bengal Kembar Lima, Kacang Melebar, Teduh Malam India, Kopi Negra, Buah Pahit Manis, Opemen Kuning, Madu & Gula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 04:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by sygabg1 at 12-10-2011 16:25

haritu anak saya adam pun kena batuk berkahak yg berlanjutan almost 3 weeks...minggu pertama pegi hospital pakar annur bangi, dr bagi ubat batuk biasa je, still tak hilang, batuk berkahak berterusan..sampai ubat habis batuk tu habis, anak takbaik2..saya guess my son dah immune dgn ubat2 kat annur sebab dah 2 years plus Adam tak penah tukar ubat or try ubat klinik/hospital lain...then bila nak masuk minggu ketiga takjugak baik, saya suspect ade infection sebab suhu badannya sedikit panas so this time I tukar doktor, saya bawa dia met the pakar kanak2 saiful kat sg chua kajang...the doctor informed my son dah kena asma(mild)...so dia advise 1st stage medication treatment dulu...the doctor gave my son ubat batuk asma,ubat paru2,antibiotik,tablet kahak(kena hancurkan bagi baby),ubat demam and selsema...plus kena sedut gas every 12 hours selama 2 hari..the doctor said if my son takpulih jugak, ade stage 2...so I follow the advise without failed...alhamdulillah genap seminggu,my son pulih batuk dan kahaknya..dia byk kali muntahkan kahak dia (kahak pekat sgt warna hijau)..alhamdulillah...now I bagi dia nufera(VCO)campur dlm susu untuk avoid asma dia dtg balik...& sometimes manuka honey campur air suam..just 1-2 titik je dalam 4oz air suam...InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 05:18 PM | Show all posts
jgn was was...ambik aje pankaja kasthuri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063668 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list