CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3390|Reply: 34

Ziana @ FFM 19

[Copy link]
Post time 13-8-2006 08:24 PM | Show all posts |Read mode
AC Mizal, Linda Onn gamatkan PWTC
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


DEWAN Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kembali disimbah kerlipan bintang yang terang menyinari industri perfileman tempatan dengan penganjuran acara tahunan berprestij, FFM19.

Senarai finalis 18 kategori sudah diketahui, debaran semakin bertiup kencang namun semua persoalan itu hanya akan terungkai apabila acara yang memasuki tahun ke-19 penganjurannya, menyingkap tirainya malam esok.

Tidak lengkap kiranya acara gemilang yang saban tahun memberi pengiktirafan kepada anak seni cemerlang itu tanpa sajian hiburan sebagai selingan. Dibawakan secara langsung menerusi Astro Ria, FFM19 menampilkan gandingan nama popular, AC Mizal dan Linda Onn sebagai pengacara.

FFM19 mempersembahkan rangkaian lagu petikan daripada filem yang pernah mendapat perhatian industri perfileman Malaysia, bersama barisan nama popular masa kini antaranya AC Mizal, Misha Omar, Ella, Mawi, Fazura, bintang Remp-It, Ning Baizura, Zahid dan Faizal (AF4).

Seminggu selepas menggenggam trofi juara AF4, Faizal mula menjadi rebutan. Kemunculannya dalam acara berprestij itu menguatkan lagi portfolio anak kelahiran Marang, Terengganu itu sebagai penyanyi yang baru berbakat besar.

Ujian sudah berlalu dan kini, pelayaran Faizal mengharungi samudera seni mula diuji. Faizal bakal beraksi dengan lagu Pelangi Petang yang dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad petikan daripada filem, Kami.

Dalam segmen persembahan medley itu, ia turut dijayakan penyanyi terkenal, Ning Baizura yang menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati dari filem, Ali Setan.

Tirai persembahan FFM19 dibuka dengan persembahan AC Mizal menerusi lagu, Bikin Filem manakala Misha Omar mengalunkan lagu Ku Seru petikan daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM2) diiringi penari mak yong.

Bintang Akademi Fantasia 3, Mawi diiringi teman seangkatannya, Aidil mempersembahkan lagu Hanya Untukmu daripada filem, Persona Non Grata dijangka membangkitkan lagi aura persembahan malam itu.

Fazura dan Sazzy sebelum ini lebih menyerlah sebagai pelakon akan turut mempamerkan aksi mereka menerusi persembahan pasukan sorak bergandingan dengan Zarina, petikan daripada filem lakonan mereka, Gol & Gincu.

Memberi lebih tarikan Ratu Rock, Ella akan membawakan lagu popular yang turut menghiasi filem itu, Teruja.

FFM19 juga menyajikan persembahan istimewa daripada bintang Remp-it menerusi segmen Cahaya Atas Tar. Gimik persembahan bermotosikal dengan permainan tata cahaya, segmen itu dijayakan Zaulhuzaimi, Aqasha, Farid Kamil, Cat Farish dan Geng Rempit.

Barisan penyampai trofi pula adalah Fazley, Umie Aida, Zamarul Hisham, Erra Fazira, Ziana Zain, Hans Isaac, Carmen Soo, Aziz Sattar, Sharifah Amani, Ida Nerina, Datuk Rahim Razali dan Rubiah Suparman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 09:43 PM | Show all posts
yer thanks..

harap2 vouge kak g hari tu...........
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:05 PM | Show all posts
sesapa ada gmbr letak la ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:06 PM | Show all posts
kak g pakai baju warna hijau..

meletupz....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:07 PM | Show all posts
hijau???waahhh giittuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:10 PM | Show all posts
gaun warna hijau...

vouge....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2006 10:14 PM | Show all posts
kak g buat rambut lepas..mmg cun arr..
memuler x perasan tuh dier..
biler gambar amik dr belakang..cam kerengga badan dier..cun giler la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:16 PM | Show all posts
kerengga??ahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 10:22 PM | Show all posts
tau  x per..

nanti sesapa ader tolong tempek yer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:26 PM | Show all posts
aku sah2 la tkde
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:29 PM | Show all posts
ader tu tunggu jerlah esok lusa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:45 PM | Show all posts
ceh ko copy paste ayat kat board gosip..ampeh btl ko boyz
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:46 PM | Show all posts
senang keje pu3..


ahaks....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:52 PM | Show all posts
wakakakaka...

x tgk pung..

kolej x ader astro lah..

hehehehe...info gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:55 PM | Show all posts
kita tungguu..
esok ader lah tu..

ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 08:29 PM | Show all posts
karl apa lagi paste lah gamba kak g tu kat cn..

lagi satu kalau rajin tempek gaklah video masa kak g sampaikan anugerah tu kan youtube...

mekasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 09:17 AM | Show all posts
:tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 05:32 PM | Show all posts
cantik gak kak ziana semalm...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 08:57 PM | Show all posts
yupe....ramai org puji ngan bentuk badan kak g yg meletupz..

ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 09:08 PM | Show all posts
yupe....mcm cover2 lah..

takut timbul kontoversi plak mcm kat apm tu..

ahaks..

tapi perasan x kak g mcm hafal skrip kan...

hehehehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068357 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list