CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
Post time 17-8-2006 11:04 AM | Show all posts
I LOVE YOU JAMAL. SALEEM SUCI DALAM DEBU, BEST LAGU NI. TAPI MEMANG SUARA BOTH OF THEM MEMANG BEST....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by tundahgulana at 17-8-2006 08:17 AM
aku secara tak sengaja alih channel TV1 semalam..
ngam2 lak ngan program nih...
terus layan sampai abis...
semoga usaha mereka berdua tu utk meninggalkan terus dadah tu berjaya 1000%...
jamal s ...

itu pun pengacara tu potong cakap saleem bila tgk saleem udah makin melalut cakapnya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 11:25 AM | Show all posts
kalau saleem tu dah waras
org provoke mcm mana skalipon ngan isu tu
sure reply die waras jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 11:38 AM | Show all posts
Aku harap hidup mereka selepas ni lebih selesa dan meninggalkan terus benda tak elok tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 16-8-2006 10:42 PM
what AN AWESOME SHOW!!...
siapa ada tengok rancangan ini tadi???
pada saya satu sejarah besar.......
dan betul2 touch dengan pengakuan dari Jamal dan Saleem
dan dari bapa dan adik jamal dan ist ...


aku tengok show ni semalam..
sangat bagus..dan syabas pada mereka berdua..esp jamal lah..very bernas kata2 dia..
bila buku tu keluar pasti aku akan beli..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by wombat at 17-8-2006 11:25 AM
kalau saleem tu dah waras
org provoke mcm mana skalipon ngan isu tu
sure reply die waras jugak kan?


bukan senang nak jadi waras 100% tu..thats y dia dalam proses nak mewaraskan diri 100% masyarakat perlu support bukan mengata..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2006 12:53 PM | Show all posts

Reply #26 KoSe's post

saya setuju dengan tulisan kose ini...
kalau masyarakat TAK PERNAH NAK BAGI BENEFIT OF THE DOUBT..
sampai bila2 pun tak nak terima yang depa berubah..

saya suka kupaskan issue ini kerana pada saya ini adalah sesuatu yang
penting bagi kita.. bukan sahaja pencinta seni tetapi sebagai
masyarakat malaysia sendiri...


personally - saya dah jumpa jamal dan even talked
about dadah dengan dia -- masa ni dia tak ambil shabu tu
lagi - sebab dia baru aje ambil tu few months before IB concert dia
yang saya pergi...
saya dah jangka / rasa dia ambil sesuatu - sebab lupa lirik satu hal -
tapi peluh dan tak ada focus sangat - sedih hati saya..

NOW- saya rasa sangat kagum kerana FINALLY dia berani
tampil ke public dan masyarakat membincangkan issue ini --
bukan sesuatu yang mudah bagi dia -- kerana dia tahu dia
telah memalukan ayah dia (imam di kampung dia)
dan dia telah menyedihkan hati arwah ibu dia...
(dia nangis masa nyanyi lagu  KASIHNYA IBU)  kena berhenti
kejap ( masa satu show yang saya tengok)...

bravo jamal dan saleem for your sincerity nak share penderitaan
dan jalan2 yang dilalui semasa mengambil najis dadah...

jamal seorang yang banyak ideas -- kita tengok dia beri jawaban
yang terang dan logik -- itulah jamal sebenar -- tapi selama ini
dia tak jadi diri dia -- kerana dia di bawah pengaruh dadah sentiasa..

peminat dan masyarakat dan keluarga juga memainkan peranan penting
pada mereka ni  (or sesiapa yang pernah bergelumang dengan dadah)
untuk meninggalkan dadah itu..   kita beri dorongan dan support
(seperti kata haji yunus -- kawan jamal pengetua pengasih tu )..
kerana haji yunus sendiri 25 TAHUN hidup dengan dadah - sebab tu
dia FAHAM sangat2  tabiat orang2 ni dan bagaimana mereka boleh jatuh
semula...

SYABAS jamal dan saleem atas keberanian -- dan saya berdoa semuga
akan terus berjuang dan meninggalkan dadah selama2 dan menjadi role model
kepada orang lain --- yang ingin meninggalkan dadah ni..


BTW -- saya akan tengok saleem kat PH  tomorrow nite..
  - nak tengok live dia nyanyi...
saya minat  suara dia -- suka lagu  suci dalam debu dan bukan aku tak cinta..

lets pray for the best...

dex (peminat jamal #1)

[ Last edited by  dexa at 17-8-2006 12:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 12:58 PM | Show all posts
oh yeah...

HERMAN TINO  phoned  masa rancangan tu..
dan dia pun ucapkan tahniah..
sedap pulak dengar dia cakap loghat jawa dia tu...
AKU KAU  saje  ye ...

ff:  lagu herman yang mengapa dikenang mengapa difikir
BEST sangat (mak saya suka dia - panggil dia penyanyi
kain pelikat sebab sokmo pakai kain pelikat selindang kat
bahu...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 01:54 PM | Show all posts
smlm tgk jugak.. jamal nampak very ok,,cara dia ckp and his ideas mmg best. but saleem tu,...hmm... a bit emotional at the last part tu... and thru out the show, he shud ckp macam pro sket la... ni macam sembang and dia selalu nak involve jamal in his cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 05:02 PM | Show all posts
alamak rugi aku terlepas.. tak de siaran ulangan ke??/
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 07:29 PM | Show all posts
HARAP JAMAL TIDAK AKAN MENGAMBIL DADAH LAGI SELEPAS INI.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 08:41 PM | Show all posts

Reply #30 matabesar's post

not sure ada ulangan atau tidak...
bagus gak ada ulangan -- sesiapa yang tak dapat tengok
boleh tengok lagi...

kalau ada ulangan - saya nak tengok lagi -
part yang jamal nyanyi  senandung semalam di
bintang RTM tu.... wahhh  suara dia  sedap macam
sekarang gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 08:43 PM | Show all posts
Jamal, Saleem dedah rahsia hitam
17-08-2006
  
KUALA LUMPUR:  Kerana dadah syabu dan ice, Jamal Abdillah pernah menjadi hampir gila sehingga bercakap dengan dinding.

Menceritakan pengalamannya bergelumang dadah selama 27 tahun, penyanyi popular itu berkata kesan dadah menyerlahkan segala sifat negatifnya seperti cemburu, dendam dan kerap berhalusinasi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir itu yang baru pulih daripada penagihan syabu berkata dia mula mengambil dadah itu selepas enam tahun berjaya berhenti mengambil heroin kerana menyangka syabu bukan dadah dan boleh menambah tenaganya serta memperbaiki mutu persembahannya di pentas.

Tetapi, katanya, perkara sebaliknya pula berlaku.

Mengakui kesilapannya, Juara Bintang RTM 1979 itu berkata kesan pengambilan syabu dirasai ketika dia mengadakan persembahan di konsert `One Night Only With Jamal Abdillah: Aku Penghibur' yang diadakan di Istana Budaya pada 25 hingga 28 Mei lalu.

"Bayangkan dari 39 lagu yang saya telah hafal, tiba-tiba saya (minda) jadi kosong. Depan orang ramai, saya tengah menyanyi. Saraf terganggu, saya sendiri tidak sanggup nak tengok," katanya yang mengakui telah enam tahun meninggalkan pengambilan dadah jenis heroin.

Semasa dalam keadaan paranoid, dia merasakan seolah-olah yang dia bercakap dengan kekasihnya Fatimatuzahra Samad (kini isterinya).

"Kita jadi terikut-ikut, misalnya jika kita ini cemburu, syabu ini akan bawa kita ke perasaan itu. Dalam kes ini, saya cemburu dengan kekasih saya, saya perasan dia ada di sebelah," katanya semasa diwawancara dalam rancangan Isu Semasa: Pengakuan Eksklusif Jamal dan Saleem yang disiarkan secara langsung pada 9.30 malam di TV1 malam tadi.

Rancangan yang dihoskan oleh Sabaruddin Ahmad Sabri itu turut menampilkan dua lagi penalis iaitu penyanyi Saleem dan Presiden Persatuan Pengasih Mohd Yunus Pathi.

Siaran ulangan rancangan itu ialah pada 19 Ogos pukul 10 malam di saluran yang sama.

Ini pertama kali RTM menyiarkan pengakuan terbuka artis tempatan tentang penagihan dadah mereka dan memanfaatkan kesediaan mereka untuk kempen anti-dadah.

Peristiwa itu diakui sendiri Yunus, yang melihat sendiri penyanyi itu berilusinasi, kesan psikologi yang terjadi akibat pengambilan syabu. Beliau dimaklumkan mengenai keadaan Jamal selepas diberitahu oleh adik Jamal, Hamka, melalui satu panggilan telefon.

"Saya cukup sedih melihat keadaan Jamal yang saya anggap Lagenda Pop jadi macam ini. Keadaannya cukup kurus, cengkung. Ini dah kronik," katanya.

Apa yang lebih mendukacitakan, katanya, Jamal masih bersikap suka menyendiri meskipun selepas sebulan dia mengikuti proses rawatan.

Tetapi katanya, atas semangat dalaman yang kuat dari diri penyanyi itu, akhirnya dia pulih sepenuhnya daripada ketagihan dadah itu yang nama saintifiknya Methamphetamine hydrocloride.

"Jamal ini dia ada semangat, kalau dia rasa boring dia pergi azan, sembahyang. Memang setiap kali dia rasa boring dia buat macam itu," katanya.

Yunus, yang mengakui pernah menjadi penagih selama 25 tahun, berkata antara faktor yang melemahkan semangat bekas penagih ialah pandangan negatif masyarakat terhadap mereka.

"Contohnya masa saya beri ceramah pada seminar, kadangkadang kita mengantuk, orang lain tengok kita lentok je, orang ingat kita ambil (dadah)," katanya.

Pendapat Yunus itu dipersetujui oleh Jamal yang mengibaratkan bekas penagih dadah seperti pelari maraton yang membawa bendera dadah, dan ke mana sahaja mereka pergi, masyarakat melabelkan mereka sebagai penagih dadah.

Katanya label itu secara tidak langsung mendorong pengedar dadah untuk memujuk mereka kembali ke kancah penagihan dadah.

Jamal, yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, berkata kini mengambil sikap menjauhi dadah "hari ini untuk hari ini" kerana pendekatan itu tidak memberi tekanan perasaannya.

Bagi Saleem yang mengakui kesilapan memilih kawan menyebabkan dia terjebak dengan dadah berkata dia sebenarnya takut untuk mengatakan bahawa dia telah bebas daripada dadah sepenuhnya, kerana dia percaya yang masyarakat masih menganggap dia terlibat dengan musuh nombor satu negara itu.

"Awak nak cakap apa, cakap yang kita tahu kita jaga diri, jaga langkah, InsyaAllah boleh berubah. Kalau dulu saya hendak ke mana-mana saya sendiri tetapi sekarang isteri saya Julia temankan.

"Jadi, kalau pengedar cuba nak dekat dengan saya, tengok ada isteri saya jadi dia orang ini tidak berani nak rapat," katanya yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu.

Ditanya mengenai harapan, Jamal berharap Program Latihan Khidmat Negara diteruskan kerana dengan adanya aktiviti itu ia dapat menyekat remaja daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah yang seterusnya membawa mereka ke najis dadah.

Saleem pula mahu bekas penagih diberikan kasih sayang dan sokongan oleh masyarakat serta keluarga untuk terus memastikan mereka tidak kembali menjadi mangsa najis dadah.

Ia diakui Yunus yang berkata dengan adanya keluarga dan teman yang dianggap sebagai `recovery partner', bekas penagih ini tidak takut untuk berhadapan dengan `dunia baru' dan masyarakat yang sentiasa berpandangan serong terhadap bekas penagih.

"Yang selalunya menghantui bekas penagih... bayangkan setelah 20 tahun bergelumang dengan najis dadah, bila mereka bebas macam mana mereka nak tempuhi, tidak ada keyakinan... kalau tidak ada sokongan dari keluarga," katanya yang turut menyeru orang ramai tampil membantu untuk menjadi 'recovery partner' kepada bekas penagih. BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by matabesar at 17-8-2006 05:02 PM
alamak rugi aku terlepas.. tak de siaran ulangan ke??/


yeah  ADA ULANGAN.....


Siaran ulangan rancangan itu ialah pada 19 Ogos pukul 10 malam di saluran yang sama (RTM 1)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 10:29 PM | Show all posts
aku ade gak TERtengok gak......jamal dah nampak berisi sket....tapi mmg seram la muka dia masa dia tunjuk video masa dia tengah amik dadah tu.....mcm rangka idop....

moga2 semua bahagia dan x amik dadah lagi....:pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 10:34 PM | Show all posts

Reply #35 Raindancer's post

bila kita sama2 support cam gini..
baru lebih bererti dan jadi dorongan kepada mereka..

jadi recovery partner eh..

btw -- suka dengar bila haji yunus tu kata-
jamal kalau boring - dia azan...
mesti sedap suara dia...

kalaulah nanti RTM gunakan suara jamal azan
untuk bulan ramadhan ni -- mesti best!!...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 10:36 PM | Show all posts


oooo ada ulangan yer.... ok nanti aku nak tengok

semalam termiss

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 10:57 PM | Show all posts

Reply #37 houdini's post

tengok -- jangan tak tengok   :nerd:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 07:52 AM | Show all posts
Jamal akui hampir jadi gila


KUALA LUMPUR: Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, mendedahkan pengalamannya menagih dadah jenis syabu atau Ice menyebabkannya hampir gila sehingga pernah bercakap dengan dinding.

Jamal Abdillah, 47, berkata dia mula mengambil syabu selepas enam tahun berjaya berhenti menagih heroin kerana menyangka syabu bukan dadah dan boleh menambah tenaga serta memperbaiki mutu persembahannya di pentas.

Mengakui pernah bergelumang dengan dadah selama 27 tahun, Jamal berkata, ketika dia berasa tidak menentu (paranoid) dulu, dia rasakan seolah-olah bercakap dengan kekasihnya, Fatimatuzahra Samad (kini isterinya).

?ita jadi terikut-ikut. Misalnya, jika kita ini cemburu, syabu ini akan bawa kita ke perasaan itu. Dalam kes ini, saya cemburu dengan kekasih saya dan perasan seperti dia ada di sebelah walaupun sebenarnya itu dinding,? katanya.

Jamal membuat pendedahan itu ketika diwawancara dalam rancangan ?su Semasa: Pengakuan Eksklusif Jamal dan Saleem? yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada jam 9.30 malam semalam.

Rancangan yang dihoskan Sabaruddin Ahmad Sabri itu turut menampilkan dua lagi individu yang pernah terbabit dengan penagihan dadah iaitu penyanyi Saleem dan Presiden Persatuan Pengasih, Mohd Yunus Pathi.

Ini ialah kali pertama RTM menyiarkan pengakuan terbuka artis tempatan mengenai penagihan dadah mereka dan memanfaatkan kesediaan mereka yang kini bergiat aktif menjayakan pelbagai kempen antidadah.

Mengakui kesilapannya, Juara Bintang RTM 1979 itu berkata kesan pengambilan syabu dirasai ketika dia mengadakan persembahan konsert `One Night Only With Jamal Abdillah: Aku Penghibur? di Istana Budaya pada 25 hingga 28 Mei lalu.

?ayangkan dari 39 lagu yang saya hafal, tiba-tiba minda jadi kosong. Depan orang ramai, saya tengah menyanyi. Saraf terganggu, saya sendiri tidak sanggup nak tengok,? katanya yang mengaku sudah enam tahun meninggalkan dadah jenis heroin.

Peristiwa itu diakui Yunus, yang melihat sendiri penyanyi itu berhalusinasi kesan pengambilan syabu.

?aya cukup sedih melihat keadaan Jamal yang saya anggap Legenda Pop jadi macam ini. Keadaannya cukup kurus, cengkung. Apa yang lebih mendukacitakan, Jamal masih suka menyendiri.

?agaimanapun semangat dalaman Jamal yang kuat menyebabkan dia berjaya pulih daripada ketagihan syabu. Jamal ini dia ada semangat, kalau dia bosan, dia pergi azan dan sembahyang kerana ia mententeramkan,? katanya. ? Bernama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 08:57 AM | Show all posts
Rancangan mcm ni jauh lebih baik dr rancangan bersiri pasal org nak kahwin tu.

Harap2 satu hari nanti Jamal boleh jadi sumber motivasi utk sapa2 yg masih berdengung. Jamal ni bila elok, tuturkata pun bagus, yg keluar dr mulut malam tu mmg ada isi dan bernas.

[ Last edited by  lailamajnun04 at 18-8-2006 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.096725 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list