CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
Post time 21-2-2007 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by keratosis at 20-2-2007 08:58 PM
hape nak jadi laa ekau ni bang jamal??


confirm ke jamal tu bersalah wahai keratosis.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 10:36 PM | Show all posts
betol ke Jamal dah masok balek dlm pusat serenti.........harap2 tak..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 09:09 PM | Show all posts
Kes Jamal Abdillah miliki syabu disebut 24 Mei
07-03-2007

TELUK INTAN:  Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes melibatkan penyanyi Jamal Abdillah dan seorang sepupunya yang dituduh memiliki dadah jenis syabu Januari lepas


Jamal sewaktu berjalan keluar mahkamah selepas prosiding hari ini. (foto The Star)
Hakim Mahkamah Sesyen, Faiz Dyizuddin, yang mengendalikan kes itu kerana majistret yang sepatutnya mendengar kes berkenaan, Azizah Aling, sedang bercuti, menetapkan tarikh itu ekoran permohonan pihak pendakwaan.

Jamal atau nama penuhnya Jamal Ubaidillah Ali, 47, dan Azly Hussham Mohamad Zauti, 39, dituduh memiliki dadah seberat 0.5 gram itu di rumah pekerja Rumah Rehat Teluk Intan di sini pada 8.30 malam 18 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 12 (3) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Terdahulu pegawai pendakwa Cif Inspektor K. Bala Krishnan memohon tarikh baru untuk sebutan semula kes berkenaan dengan memaklumkan bahawa pihaknya sedang memohon kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pindaan terhadap kertas pertuduhan berkaitan berat kandungan dadah itu setelah menerima laporan kimia.

"Terdapat perbezaan mengenai jumlah berat dadah berkenaan berbanding dalam pertuduhan asal iaitu seberat 0.5 gram," katanya tanpa menjelaskan sama ada jumlah berat itu kurang atau lebih.

Pada 19 Jan lepas, Jamal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini dan membuat pengakuan tidak bersalah manakala sepupunya mengaku bersalah.

Mahkamah membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM1,000 setiap seorang sementara menunggu tarikh perbicaraan dan tarikh hukuman terhadap Azly Hussham.

Jamal, yang berpakaian kemeja berjalur biru merah dan berseluar berwarna hitam, hadir tanpa peguam.

Dia ditemani beberapa anggota keluarga dari Kampung Bahagia dekat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 11:51 PM | Show all posts
jamal..oh jamal..
betul le apa yang kamu cakap dulu mungkin Tuhan jadikan jalan hidup kamu sebagai pengalaman kepada orang lain...

[ Last edited by  Phaeez at 7-3-2007 11:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 12:59 AM | Show all posts
Kedua-dua Jamal dan Saleem ni haku minat tang suara je...
dan berharap agar mereka berdua dapat berubah dan jangang hisap dadah lagi...
Paling haku suka lagu Jamal ialah Angin Senja...teringat geng bujang kg baru awal 90an dulu...
Tapi antara Jamal dan Saleem aku minat suara Saleem lagi...bukang kerana orang Ganu tapi suara Saleem ada `kick' lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2007 01:55 AM | Show all posts

Reply #85 tam99's post

alaaa  
tam minat saleem sebab dia orang ganu  -  

actually saya memang suka suara saleem juga
terutama lagi  bukan aku tak cinta
suci dalam debu  - bunga emas --
memang best
cuma memang tak boleh lawan suara jamal at all -

saya harap bila kes dibacakan --
jamal tak bersalah -
saya still percaya  dia tak bersalah ---
dan doakan yang baik sokmo --
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2007 07:26 PM | Show all posts
Jamal Abdillah apa pun dah dikenali diseluroh negara......Jamal yg dikenali sbg seniman yg menangis dikala menghibur peminat2nya..........aku cukop tersentoh ketika Jamal bermain piano sambil nyanyi Seniman Menangis........walau batin terseksa,dia tetap mempersembahkan lagu itu dgn baik.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2007 06:28 AM | Show all posts
Saya perlu berlakon sebenarnya Jamal Abdillah
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH


Keunggulan suara Jamal Abdillah tiada galang gantinya. Biarpun kontroversi datang dan pergi, namun nama Jamal tetap melekat di hati jutaan peminat setianya.

Tapi nasibnya, dalam melangkah kejayaan sebagai penghibur, Jamal melalui jutaan dugaan yang tidak tertanggung.

Tatkala terlintas difikiran dugaan-dugaan itu, hatinya spontan menjadi sebak.

Pada sidang akhbar sempena persembahan Istimewa Hari Ibu Bersama Jamal Abdillah, 23 April lalu, penyanyi berusia 48 tahun itu kelihatan mengalirkan air mata tatkala doa memulakan majlis dibacakan ustaz undangan. Ikuti bicara Jamal pada sidang akhbar itu.

Kenapa Jamal menangis?

Saya rasa terlalu teruk apabila bercerita tentang kasih ibu. Saya selalu derhaka pada ibu sebab itu saya suka menyanyikan lagu Kasihnya Ibu. Perjalanan hidup saya akan saya tonjolkan dalam persembahan Istimewa Hari Ibu pada 13 Mei ini di Sogo Arena City.

Apa istimewanya persembahan itu?

Harap orang boleh belajar sesuatu daripada saya.

Apa yang boleh anda gambarkan tentang perjalanan hidup anda?

Saya perlu banyak bersabar kerana melalui perjalanan hidup yang pelbagai. Ia sesuatu yang menyusahkan dan akan saya lalui sampai mati.

Maksud anda?

Saya perlu hiburkan orang. Tetapi orang tak tahu apa yang ada dalam hati saya. Orang nampak saya saya gembira. Saya perlu berlakon sebenarnya.

Kerana itu anda susah dihubungi?

Mungkin cara pengurusan yang tidak betul. Sebulan sampai empat kali tukar nombor telefon. Sebenarnya saya tiada masalah.

Cerita sikit tentang anak kedua anda?

Nama dia Amar Zaki Yamani. Sudah berusia empat bulan. Lahir 5 Disember tahun lalu.

Apa yang anda inginkan dalam hidup anda sebenarnya?

Saya hendak orang keliling tulus dan ikhlas. Ramai sangat hendak menggunakan saya.

Boleh jelaskan?

Saya tidak tuduh sesiapa. Cuma jadikan kisah hidup Jamal Abdillah sebagai iktibar.

Album baru?

Baru rakam satu lagu. Tengah cari sembilan lagu lagi. Insya-Allah, September ini berada di pasaran.

Khabarnya anda buat autobiografi?

Sudah ada. Tunggulah nanti.

Kontroversi selalu melanda hidup anda. Tetapi itu tidak menjejaskan populariti anda. Apa rahsia?

Saya pernah duduk di bawah menjadi orang yang bersalah. Apa yang penting, perlu jujur. Jangan aniaya orang dan jangan buat orang marah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2007 01:09 PM | Show all posts
Jamal mangsa dengki
Oleh Norhadiani Baharom

PENGHIBUR seorang ini boleh diumpamakan biskut 慶hipsmore
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2007 03:51 PM | Show all posts
Jamal terlalu 'eksklusif' untuk ditemuduga
26-04-2007
Oleh WAHIDA ASRANI
Begitu sukar untuk 'menjejaki' penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop Malaysia ini.

Ada yang mengatakan Jamal Abdillah sebenarnya terlalu 'eksklusif' sehingga membuatkan dia sukar untuk ditemui di mana-mana show dan tidak kurang juga yang merasakan 'kehilangan' Jamal antara lain disebabkan oleh kontroversi yang sering melanda kehidupannya, antaranya mengenai kes dadah.

"Saya ni susah untuk dihubungi, bukannya eksklusif. Mungkin kerana kekerapan saya menukar nombor telefon.

'Kehilangan' Jamal bukan kerana merajuk (Foto Utusan)
"Tidak susah sebenarnya untuk mencari saya, ia bergantung juga pada cara pengurusan, bagaimana mereka mencari saya," kata Jamal ketika ditemui pada sidang media sambutan Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya sama ada 'kehilangan'nya buat seketika kerana merajuk dengan pihak-pihak tertentu ekoran pelbagai kontroversi melanda dirinya, Jamal yang dilihat tenang sepanjang sidang media itu berkata:

"Saya tertekan dengan kehidupan yang saya lalui. Saya merasakan perkembangan kerjaya saya tersekat. Kadang-kadang, kita memang kena bersabar dan terpaksa tolak sedikit 'rezeki' yang datang.

"Apa yang saya sedar, bila sesuatu negatif terjadi pada kita, orang mudah lupa kebaikan yang pernah kita lakukan," luah penyanyi berusia 47 tahun ini.
Menurut Jamal, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa tentang apa saja yang terjadi pada dirinya, kerana buat masa ini dia akan meneruskan kehidupannya dengan cara tersendiri.
"Saya belum rasa lengkap dalam diri saya. Susah senang saya tiada siapa yang tahu. Saya mencari sesuatu yang tulus ikhlas. Saya masih di dalam 'pencarian'.
"Tapi saya tidak menunding jari pada sesiapa. Mungkin diri saya ini sebenarnya boleh dijadikan ikhtibar kepada semua," ujarnya.

Namun, menurut bapa kepada Ahmad Zaki Yamani, 4 bulan, ini, dia tetap rasa bersyukur kerana sehingga hari ini dia masih mendapat kepercayaan daripada banyak pihak.


Jamal akan bergandingan bersama Dee yang akan bertindak sebagai pengacara pada majlis itu nanti (Foto Utusan)
Terbaru, Jamal dipilih oleh Hotel Quality untuk menjayakan persembahan eksklusif di Sogo City Arena, Kuala Lumpur pada 13 Mei depan bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang bakal diraikan pada bulan Mei ini.
"Pengalaman yang buatkan saya masih bertahan sehingga hari ini. Saya pernah rasa duduk di 'bawah' sekali. Saya pernah jadi pesalah. Kita kena terima hakikat sebenar.
"Yang penting, jangan menganiaya orang dan jujurlah pada diri sendiri. Seburuk mana pun diri kita, kenalah terima," luah Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Mohd. Ali.

Bertemakan 'Kasih Ibu Membawa Ke Syurga', persembahan solonya yang dijangka
Jamal akan menjayakan persembahan eksklusif sempena Hari Ibu pada 13 Mei ini (Foto Utusan)
berlangsung selama satu jam itu akan menyaksikan Jamal menyanyikan lagu-lagu seperti Kasih Ibu, Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu, serta lagu-lagu popularnya yang lain seperti Gadis Melayu, Seroja, Kekasih Awal dan Akhir serta lagu-lagu lain yang pernah melonjakkan namanya di persada seni.
"Ini adalah persembahan eksklusif saya yang pertama untuk tahun ini. Konsep yang akan saya buat ialah dengan memberi fokus kepada mereka yang sudah tidak mempunyai ibu, supaya kita dapat sama fikirkan nasib mereka ini.

"Apa yang akan saya lakukan juga pada persembahan saya ini nanti ialah dengan memasukkan kisah perjalanan hidup saya di dalam persembahan itu. Saya ingin mereka yang tiada ibu berfikir bagaimana untuk meneruskan hidup berdasarkan kisah saya itu nanti," ujar Jamal yang dijangka akan menyanyikan lebih kurang 15 buah lagu pada hari itu.
Keprihatinan Jamal terhadap golongan ini juga jelas kelihatan apabila Jamal tidak dapat menahan sebak tatkala bacaan doa dibacakan pada awal sidang akhbar. Ditanya apakah sebab dia mengalirkan air mata secara tiba-tiba, Jamal berkata:

"Saya rasa terlalu teruk bila bercerita tentang kasih ibu. Saya terus terfikir bagaimana perasaan anak-anak angkat, anak-anak tiri dan mereka yang sudah tidak mempunyai ibu," ujar Jamal.

Bagi yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif Jamal yang akan berlangsung pada jam 12 tengahari itu, boleh membuat tempahan dengan menghubungi talian 03-26939233.
Harga makan tengahari bagi menyaksikan show itu ialah RM135++ untuk seorang bagi kelas kedua, RM185++  untuk kelas pertama dan RM225++ seorang bagi tempat duduk VIP.

Tetamu juga akan dihiburkan oleh pelawak dan pengacara terkenal Dee.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:04 PM | Show all posts
rezeki dtg dari Tuhan yg Maha Esa........mungkin ada hikmah rezeki Jamal masih ada walaupun dilanda kontroversi.......apa yg penting, kisah hidop Jamal Abdillah memberi pengajaran pada aku......orang lain aku tak tahu la pula........aku ambil yg baik sebagai panduan dan yg burok sebagai sempadan..........Jamal terus - lah mencari bahagia..........
Reply

Use magic Report

anti_kadut This user has been deleted
Post time 27-4-2007 07:26 AM | Show all posts
tumpang lalu yer!!! saje nak baca2. tgh bosan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2007 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by komgringples at 26-4-2007 10:04 PM
rezeki dtg dari Tuhan yg Maha Esa........mungkin ada hikmah rezeki Jamal masih ada walaupun dilanda kontroversi.......apa yg penting, kisah hidop Jamal Abdillah memberi pengajaran pada aku......o ...



saya berpendapat begitu juga --

apa yang berlaku  sebagai pengajaran untuk kita
semuga jamal tabah --


apa apa pun concert hari ibu dia mesti pergi~ -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2007 12:59 PM | Show all posts
Begitulah Ceritanya: Jamal gundah kenang arwah ibu
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Penyanyi bersuara jantan tidak berniat jauhi media apatah lagi meletakkan diri sebagai artis eksklusif

MEMANG sukar untuk menjejak penyanyi yang satu ini. Kelibatnya jarang kelihatan di mana-mana tempat terbuka. Malah dia adalah antara artis yang begitu sukar untuk dihubungi menerusi talian telefon bimbitnya kerana setiap kali dihubungi pastinya panggilan tidak berjawab ataupun nombor yang diberi tiada lagi dalam perkhidmatan.

Justeru, apabila pihak Quality Hotel City Centre melayangkan undangan untuk mengadakan sidang media penyanyi Jamal Abdillah sempena sambutan Hari Ibu pada petang Isnin lalu, peluang itu tidak harus dilepaskan.

Tiba pada hari yang dijanjikan ternyata bukan saja penulis yang begitu teruja untuk menemubual penyanyi bersuara jantan ini tetapi ramai juga teman media dari pelbagai organisasi datang membawa hajat yang sama.

Masing-masing datang bersama harapan Jamal tidak akan menolak sekiranya diajukan soalan berbaur peribadi kerana memang ramai yang sedia maklum, penghibur yang seorang ini memang pantang dihulurkan soalan sedemikian, lebih-lebih lagi jika mood beliau kurang baik hari itu.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi kami kerana sepanjang sesi soal jawab, Jamal begitu ramah bercerita sekali gus menghantar isyarat bahawa suasana seperti ini cukup sesuai untuk mengajak penyanyi ini berbicara bukan sekadar lingkungan soal kerjayanya.

Banyak topik diperbualkan dan Jamal rancak bersembang tentang kehidupan berkeluarga, kerjaya serta soal peribadi yang begitu jarang diceritakan secara terbuka.

揝aya hairan apabila ada yang mengatakan saya terlalu eksklusif dan sukar dihubungi. Siapa yang tidak suka mendapat publisiti kerana itu menandakan seseorang artis masih aktif. Yang pasti, setakat ini saya tidak pernah menjauhkan diri daripada pihak media. Mungkin awak semua (media) tidak pernah cuba mencari saya kerana terlalu asyik mengejar artis lain yang lebih popular daripada saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2007 06:05 AM | Show all posts
揝aya ada, saya tak hilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 05:02 PM | Show all posts
Bila Seniman Menangis?
10-05-2007

Lagu Seniman Menangis paling sedap didengar tatkala penyanyinya, Jamal Abdillah dilanda badai. Bukan mahu menyindir tapi itulah kenyataannya.

Bait lagunya saja seakan memberi gambaran hidup Jamal...Insan gembira, Mengikuti berbagai cerita. Fitnah dan dusta, Menjadi permainan biasa, Dalam tawa riang, Jiwaku tertekan.

Syahdu sungguh kerana melodi, lirik dan penceritaan lagu ini seiring dengan kehidupan Jamal yang cukup berliku ini.

Seolah perjalanan hidup Raja Pop ini mengikuti bait-bait lagu tersebut. Itulah kehebatan lagu nukilan Datuk Ahmad Nawab dan penulis lirik Habsah Hassan.

Kakak Tua sendiri sudah lama memerhati rentetan hidup Jamal dari sejak mula bergelar Juara Bintang RTM tahun 1979 lagi. Kisah disebalik kehidupannya di Pusat Serenti, pergolakan rumahtangga bersama wanita istimewa bersama Dee dan dua lagi isterinya sesudah itu, semuanya tercatit dalam diari kerja Kakak Tua. Dan setiapkali Jamal sebak, terharu dan menangis, peristiwa itu akan terakam kemas dalam benak Kakak Tua.

Sebagai kawan lama yang mengikuti kisah pahit manis penyanyi yang seorang ini, sudah tentu Kakak Tua turut merasakan kepiluannya ketika kehilangan orang tersayang, kehidupannya yang terumbang ambing, sekejap suka tapi duka yang berpanjangan. Dan pilihan yang dibuat oleh Jamal selalunya tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Tapi kesedihan Kakak Tua tidak berpanjangan....

Ada ketika, mentari sempat menjengah sebentar dalam hidup Amar (panggilan manjanya) dan itulah saat yang paling menggembirakannya. Detik gembira ketika bergelar ayah pada dua anak lelaki - Osama dan Ahmad Zali Yammani, perkahwinananya dengan Dee, sudah cukup membuat hidup Jamal bahagia buat seketika.

Tapi bila badai datang dan datang dan datang, Jamal tidak mampu menepisnya. Walau hampir jatuh, hanyut dan tersungkur hingga terkapai-kapai mencari tempat berpaut, Jamal tetap bertahan sebagai penghibur sehingga kini.

Jamal adalah seorang penyanyi yang istimewa kerana dia tidak pernah SERIK. Badai itu yang dicarinya berkali-kali, seakan tidak pernah mahu berpisah dengan pengalaman pahit yang sudah mencecah beratus kali itu.

Mungkin juga Jamal tahu yang dia penyanyi kesayangan ramai. Apa saja kesalahan dan keterlanjurannya di masa lampau akan dimaafkan. Memang betul Jamal ini anak emas industri kita kerana belum pernah masyarakat menghukumnya walaupun sudah sahih dia yang bersalah.

Tapi sampai bila, kemaafan ini akan dihulur? Apabila keterlanjuran sudah mencucuk mata dan banyak hati menjadi keras dan beku untuk memaafkan Jamal, mungkinkah ada ruang lagi untuk Jamal?

Setahu Kakak Tua, hanya ada dua wanita yang akan selalu bertakhta di hati Jamal - arwah ibunya dan bekas isterinya Dee. Dan kedua-dua mereka ini akan senantiasa mendapat tempat istimewa di hati Jamal.

Untuk persembahan Hari Ibu - Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga di Hotel Quality, Jalan Raja Laut pada Ahad, 13 Mei ini, Jamal sendiri mengilhamkan tajuk itu. Bagi Jamal, tawaran yang diterimanya sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan pada ibu yang sudah tiada.   

Kata Jamal lagi, setiap kali tiba hari ibu, dia akan teringat kisahnya kerana dia sedar "Kasih ibu membawa ke syurga". Menurut pengakuan jujur Jamal, dia seorang anak yang selalu derhaka kepada ibu, nakal dan tidak boleh ditegur. Setakat nasihat, mungkin hanya sekali saja yang dia dengar.

Kekesalan dan kekecewaan ini hanya disedari Jamal selepas ketiadaan ibu. Di showcase Hari Ibu itu nanti, Jamal juga akan turut menyampaikan sebuah lagu baru, belum pernah dirakamkan lagi dan kalau tidak salah Kakak Tua rasa lagu ini ditujukan khas untuk Dee...."seorang wanita yang mempunyai segalanya tapi kesepian dan dia juga yang menolak saya dari hidupnya."

Itulah Jamal yang sebenarnya. Seorang yang romantis, sentimental dan penuh dengan ombak yang bergelora. Di dalam keseronokan menghiburkan penonton, persembahan ini akan membawa seribu kenangan pahit manis buat Jamal dan katanya lagi...."Saya mungkin akan menangis..."

Tapi Kakak Tua sedikitpun tidak akan terkejut kalau Jamal menangis sampai keluar airmata darah sekalipun. Kekesalan yang cuba dizahirkan belum dapat meyakinkan hati ini. Sudah berapa kali Kakak Tua mendengar suara emas ini merintih hiba, menangis menyanyikan lagu syahdu seperti Mati Hidup Semula, Perjalananku, Perpisahan Tanpa Relamu dan Senandung Semalam. Sekadar melepaskan perasaan dan tidak lebih dari itu.

Begitu juga bila Jamal merintih, mengalunkan bait terakhir lagu Seniman Menangis.... Dimanakah kekasih, di saat aku bersedih, di mana teman, di mana saudara di waktu aku berduka, berulangkali hati terhiris di kala sepi aku menangis, Kakak Tua cuma dapat mengajuk saja rangkap ini tanpa secalit rasa simpati lagi.

Buat Jamal, cuba fikirkan kenapa kedukaan kita berpanjangan seakan satu sumpahan. Bila dan bagaimana kita melaluinya terpulang pada kita. Untuk melepasi semua badai bergantung pada kebijaksanaan kita. Kalau sering mengeluh tanpa berusaha ke arah itu, tiada gunanya. Fikir-fikirkanlah demi Osama dan Ahmad Zali Yammani.

KAKAK TUA: Menangis bila dihina dan dicaci....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2007 05:09 PM | Show all posts
Jamal tetap hibur peminat


SELEPAS meraikan setiausaha sepanjang April, bulan ini pula giliran meraikan insan paling penting dalam hidup setiap orang, siapa lagi ibu kitalah. Ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan kemudian melahirkan dan membesarkan kita hingga menjadi seperti sekarang ini.

Tidak hairanlah penganjur turut mengambil peluang ini meraikan kaum ibu pada Hari Ibu yang diraikan pada minggu kedua bulan ini iaitu pada Sabtu dan Ahad inilah. Tapi ada juga yang terlajak sampai ke minggu depan kerana tidak mahu bercanggah dengan majlis lain.

Setahu SS, Hotel Quality City Centre mengundang Jamal Abdillah untuk menghiburkan ibu-ibu yang diraikan anak masing-masing di Sogo, Ahad ini manakala Restoran Seri Melayu memilih gandingan Nash dan Aziz Satar pada Sabtu.

Minggu depan pula Datuk Sharifah Aini di Dewan Felda pada 18 Mei manakala gandingan Datuk Siti Nurhaliza, M Nasir dan Adibah Nor pula pada 20 Mei di tempat sama.

Itu antara artis terkenal yang menjadi pilihan penganjur. SS juga difahamkan, kalau artisnya terkenal sudah tentu bayarannya juga tinggi. Kiranya ikut kelaslah.

Dalam pada itu, SS sempat merisik bagaimana sambutan persembahan Jamal Abdillah. Iyalah, penyanyi ini memang ramai peminat dan sambutan diberikan kepadanya cukup bagus. Tapi SS difahamkan, ada risiko kalau mengundang penyanyi ini.

Rakan SS yang bertanyakan perkara itu kepada penganjur mengatakan ada juga sedikit kebimbangan di hati mereka ketika ini. SS difahamkan, ramai peminat yang sudah membuat tempahan awal, bertanya dengan penganjur apakah persembahan penyanyi itu jadi atau tidak. Mereka bimbang juga kalau-kalau penyanyi itu tidak muncul pada hari dijanjikan.

SS juga difahamkan, setakat ini tidak adalah yang membatalkan tempahan tapi difahamkan tempahan agak perlahan. Sudah tentu perkembangan ini membimbangkan penganjur, maklumlah segala persiapan sudah dilakukan. Kalau tetamu ramai yang tidak datang, bagaimana pula.

Di sini SS ingin sampaikan berita baik buat peminat Jamal. Penganjur memberi jaminan penyanyi itu akan muncul itulah janji Jamal apabila dihubungi baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

digi1 This user has been deleted
Post time 10-5-2007 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 31-12-2006 07:34 PM
Zaki Yamani tangkai hati Jamal


DISEMBER ini melakar kenangan manis buat penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah apabila isterinya,
Fatimatuzahrah atau lebih mesra dengan panggilan Ema selama ...




tahniaaah Jamal!   tahniah.








kalau koyak paha darsita, potong kelenntit nya,darsita tetap jadi
seekor babi betina juga. sejak azali lagi darsita dah tersurat utk jadi babi betina.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 05:50 PM | Show all posts

Reply #85 tam99's post

aku suka gak lagu angin senja...first time aku dengar lagu tu masa lagu tu jadi tema sebuah siri citer jepun..sedara sedarah ke apa tajuk siri tu...sedap citer tu...kesah kekeluargaan...

errmm angin senja...yg membelai....keheningan desa permai...
kukembara...berkelana..dan  membawa hati luka...
Dari desa kumerantau...kumemburu cita2...walau apa rintangannya..kucuba mencari bahagiaaaaaa
Keluhanku di rantauan...x siapa mendengarkan...Mungkin esok kan kutemui....
Sinaran cinta suciiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2007 03:50 PM | Show all posts
Hari Ibu bersama Jamal penuh penyesalan?
15-05-2007
Oleh DALILAH IBRAHIM  

BAGI mereka yang meminati Jamal Abdillah, tiada sebarang kontroversi pun yang dilaporkan tentang penyanyi bersuara emas ini yang boleh menggugat kesetiaan mereka.

Apa pun cerita-cerita negatif yang didedahkan oleh media tentang Jamal, semuanya tidak memberi kesan terhadap populariti penyanyi yang hampir mencecah umur separuh abad ini.

Seorang teman yang kini berada di luar negara, Huda Dato' Mohd Nor, pernah berkata, "Saya tak perduli tentang hal peribadinya. Saya mengkagumi suaranya yang sehingga kini pun masih gemersik seperti dulu. His voice is like a fine wine, it has only improved with age."

Huda adalah di antara ribuan peminat Jamal yang tidak jemu-jemu mengikuti dan memberi sokongan terhadap perkembangan kareer penyanyi yang sentiasa murah rezeki ini.



Sehingga bila Jamal Abdillah perlu bergantung kepada suaranya sahaja?
(Foto ihsan Utusan)



Maka tidak hairanlah jika Jamal tetap dicari untuk menjayakan rancangan-rancangan televisyen, konsert-konsert amal dan majlis-majlis khas.

Terbaru, Jamal menghiburkan lebih 500 tetamu di Sogo City Arena yang terletak di kompleks membeli-belah Sogo bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang dianjurkan oleh Hotel Quality, Kuala Lumpur.

Sokongan yang diberikan kepada Jamal memang padu dan majlis yang bertemakan "Kasih Ibu Membawa Ke Syurga" ini berjalan lancar dari awal hingga akhir walaupun ramai yang berdebar-debar menanti kemunculan penyanyi yang baru-baru ini dikatakan berhadapan dengan masalah rumahtangga pula.

Jamal membuka tirai persembahannya dengan lagu Gadis Melayu dan walaupun vokal penyanyi kelahiran Bintang RTM ini masih mantap, dia jelas tampak gusar.

Dari mula sehingga akhir persembahan, Jamal bagaikan mencipta sebuah jurang yang besar agar tiada yang dapat mendekati hatinya.

Walaupun mengucapkan penghargaan atas kehadiran para tetamu, sekali pun Jamal tidak turun dari pentas untuk menemui atau bersalaman dengan penonton seperti yang biasa dilakukan oleh penyanyi-penyanyi lain di majlis-majlis sedemikian.

Bapa kepada dua orang anak ini bagai 'bersembunyi' di atas pentas dan hanya mengalunkan suaranya untuk dinikmati oleh mereka yang ada.

"Pandanglah apa yang saya nyanyikan...jangan pandang pada perangai saya," ucap Jamal yang bagai merasakan pandangan-pandangan mata yang menghukum dirinya selepas menyanyikan lagu Kau Lupa Janji.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali mendendangkan lagu-lagu seperti Keluhan Perantau, Penyiksaanku, Perjalananku, dan lagu-lagu yang pernah mempopularkan dirinya.

Perasaan syahdu menyelubungi apabila Jamal menyanyikan lagu Kepadamu Kekasih dengan penuh penghayatan.  Sungguh dalam maksud bait-bait lirik lagu tersebut dan Jamal bagaikan melahirkan penyesalannya di dalam lagu ciptaan M.Nasir itu.

Jamal turut tidak dapat menahan sebak apabila mendendangkan lagu Kasihnya Ibu yang didedikasikan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang hadir.

Jamal yang sedang berdiri tiba-tiba duduk bertinggung dan menundukkan kepalanya ke lutut kerana tidak dapat menahan kesedihannya.

Mungkin terkenangkan anak-anaknya Osama dan Yamani, Jamal tidak dapat menyanyikan rangkap kedua lagu tersebut; "Kasihnya ayah...Sanggupkah berpisah? Dan kasih anaknya...Berkorban nyawa...Biar pun jiwa...Akan tersiksa...Ikhlas dan rela...Asal kau bahagia."

Tetamu yang hadir hanya mampu bertepuk tanda memberikan sokongan dan Jamal kemudiannya bangkit untuk menyanyikan lagu Syurga Itu Di Telapak Kaki Ibu.




Sepanjang persembahannya, beberapa kali Jamal terlupa lirik tetapi dengan rela mengakui bahawa dia "sudah tua" dan ingatannya telah berkurangan.

Apabila menyanyikan lagu Seroja, Jamal seperti di alam sendiri dan menyanyi tidak mengikut tempo.  Puaslah pula pemain keyboard mengejar tempo Jamal.  Begitulah juga apabila mendendangkan beberapa lagu seperti lagu Inggeris Honesty, Jamal hilang punca dan seperti "main tibai sahaja".

Adakalanya Jamal seperti bercakap seorang diri kerana tidak jelas butir-butir percakapannya.

Namun sempat juga Jamal menyampaikan sebuah cerita lawak dan menunjukkan kebolehannya bermain keyboard dan gitar.

Kehebatannya vokalnya juga usah dipertikaikan apabila Jamal secara spontan menyanyikan intro Ghazal Untuk Rabiah.

"Lagu ini lagu duet, lagipun selalu sangat nyanyi lagu ini...tapi bolehlah saya nyanyikan sedikit," katanya yang tidak mahu menghampakan permintaan salah seorang tetamu.

Sebelum meninggalkan majlis dengan kawalan ketat, Jamal turut akur dengan permintaan pengacara Dee untuk menyanyikan lagu Tidurlah Wahai Permaisuri secara unplugged dan mungkin kenangan itulah yang dibawa oleh peminat-peminat wanita Jamal ke alam mimpi pada malam hari tersebut



----------------------------------------------------------------------------------

an excellent show
a beautiful songs -
just awesome -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067001 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list