CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
 Author| Post time 16-5-2007 04:33 PM | Show all posts
Di pentas nampak ceria, dalam hati siapa nak tahu
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Persembahan Jamal Abdillah pada sambutan Hari Ibu sedikit terganggu, lupa lirik gara-gara kontroversi

SEDIKIT berbeza berbanding ketika majlis sidang media diadakan di mana dia lebih banyak berbicara, malah berkongsi apa saja cerita termasuk dirinya yang dikatakan terlalu eksklusif hingga sukar untuk ditemubual, petang Ahad lalu Jamal Abdillah tidak rancak bersuara.


Ringkas saja perkataan yang disusun, sesekali nada suaranya ditenggelami riuh alunan jeritan tetamu yang padat membanjiri Sogo City Arena tempat berlangsungnya persembahan Mother抯 Day Luncheon Special - Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga bersama Jamal Abdillah.

Seakan mengerti kehadiran pihak media yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda dirinya, baru-baru ini, awal lagi dia sudah memaklumkan kepada pihak bertugas tiada temu bual selepas persembahannya selesai.

Cubaan media untuk mendekatinya juga tidak membuahkan hasil apabila Jamal dikawal ketat sebelum dibawa keluar pantas dari dewan yang pernah menyaksikan himpunan nama besar beraksi pada acara eksklusif.

Barangkali penyanyi bersuara hebat itu memerlukan sedikit masa sebelum bersedia untuk ditemubual. Namun, itulah harga yang perlu dibayar apabila memilih seni sebagai jalan hidup.

Seperti kata Jamal sebaik selesai menyanyikan lagu ciptaan M Nasir, Penyiksaanku yang dirakamkannya pada 1987, 揇i pentas saya nampak ceria tetapi hati di dalam tiada siapa yang tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


NewNokia This user has been deleted
Post time 17-5-2007 04:56 PM | Show all posts

Pentas tempat luahan hati Jamal Abdillah

SEJAK bergelar penyanyi 29 tahun lalu, Jamal Abdillah dikenali sebagai insan yang tidak banyak berbicara terutamanya ketika mengadakan persembahan pentas.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, sikap dan karakter penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak ini boleh dikatakan sudah berubah.
Sewaktu menyanyi di pentas, Jamal kini bukan setakat boleh berlawak dengan gayanya yang cukup bersahaja dan selamba tetapi dia turut melontarkan bait-bait perkataan yang penuh dengan makna tersirat.
Pengalaman pahit yang dilaluinya seperti pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan dua kali gagal dalam perkahwinan sedikit sebanyak mempengaruhi emosinya.
Justeru Jamal seolah-olah mahu melampiaskan segala masalah peribadi yang pernah dan sedang dilaluinya itu di atas pentas persembahannya.


Karakter penyanyi yang bersuara 慾antan
Reply

Use magic Report

NewNokia This user has been deleted
Post time 17-5-2007 04:59 PM | Show all posts


JAMAL Abdillah tidak dapat menahan perasaan sedih lalu mencangkung dan menangis sewaktu menyanyikan lagu Kasihnya Ibu pada persembahannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

[ Last edited by  MsAnonymous at 24-5-2007 12:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 05:19 PM | Show all posts

Reply #2 NewNokia's post

ko cuba g sini dulu, ramai org tak sokong si jamal ni lagi....

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

[ Last edited by  nanamiri at 23-5-2007 06:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 11:03 PM | Show all posts
si jamal dah tak boleh ubah perangai dia ker?

sikit2 isap dadah...sikit2 isap dadah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2007 09:18 PM | Show all posts
Dadah: Jamal bebas, tuduhan ditarik balik
28-05-2007

TELUK INTAN:  Penyanyi Jamal Abdillah hari ini dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis Syabu seberat 0.6 gram oleh Mahkamah Majistret di sini selepas pihak pendakwa memohon untuk menarik balik pertuduhan terhadapnya.

Majistret Azizah Aling bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap sepupunya Azly Hussham Mohamad Zauti yang mengaku bersalah atas tuduhan yang sama.

Azly Hussham, 39, dan Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 47, dituduh memiliki dadah jenis syabu seberat 0.6 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah pekerja tidak bernombor, Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini pada 18 Jan lepas kira-kira pukul 8.30 malam.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Khamis lepas mahkamah yang sama telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal Abdillah dan Azly Hussham apabila kedua-dua mereka gagal menghadiri sebutan semula kes itu pada hari berkenaan.

Jamal memberitahu mahkamah beliau tidak hadir Khamis lepas kerana kehilangan notis panggilan untuk hadir ke mahkamah dan Azizah memberi amaran kepada beliau supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut serta menasihatinya supaya sentiasa memastikan sebarang dokumen walaupun kecil perlu disimpan dengan baik.

Pegawai pendakwa Cif Inspektor K. Balakrishnan sementara itu memohon mahkamah untuk membuat pindaan dalam pertuduhan bagi menambah berat dadah daripada 0.5 kepada 0.6 gram selepas menerima laporan Jabatan Kimia.

Pada 19 Jan lepas, semasa kedua-dua tertuduh dihadapkan ke mahkamah sama, Jamal membuat pengakuan tidak bersalah manakala sepupunya mengaku bersalah.

Balakrishnan juga memohon untuk menarik balik tuduhan terhadap Jamal dan dibenarkan oleh mahkamah. Beliau bagaimanapun tidak memberi alasan terhadap permohonannya.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Jamal melahirkan rasa gembira terhadap keputusan itu.

"Sekarang saya rasa gembira dan saya berharap dapat teruskan dalam bidang ini (nyanyian) dan membina semula keyakinan. Saya memang rasa malu dan tidak dapat melakukan apa-apa, pendapatan terganggu dan rumahtangga saya kucar-kacir dan fikiran terganggu dari awal tahun.

"Selepas ini saya ingin berkecimpung dengan Rumah Pengasih untuk sedikit sebanyak membantu saya... tempat itu saya rasa yang mampu untuk bantu saya," katanya.

Jamal yang berpakaian sut hitam dan ditemani beberapa anggota keluarga terdekat pernah muncul juara Bintang RTM pada 1979 dan mula mencipta nama dengan album sulungnya, Perpisahan Tanpa Relamu


------------------------------------------------------------------------------

saya happy sangat
dan saya ada convince yang jamal akan
cuba buat yang terbaik --
dan saya still fan dia #1 walau apa pun --

alhamdullilah yang dia telah bebas and hopefully
will berbakti lebih dengan rumah pengasih tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-5-2007 11:52 AM | Show all posts
Jamal sings in joy after charge dropped

TELUK INTAN: Freed of a drug possession charge, singer Jamal Abdillah celebrated his turn of luck at a magistrate抯 court here by belting out his trademark hit Seroja.  

Obliging the media and members of the public, the 47-year-old singer sang a few lines from the song after expressing his relief that his ordeal was finally over.

揟he case has affected my career as I抳e not had a show in over five months.

揘o one was willing to risk signing me up,
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 02:31 PM | Show all posts
jamal nie memang x bleh lari ngan dadah.. kes yang terbaru coz dia lepas, sepupu dia tu jadi kambing hitam la.. Terpaksa kalau x bleh susah la karier si jamal nie..

Kena pun 8 bulan je, after keluar nanti jamal support la tu.. benda nie budak2 pun bleh pikir..

jamal..jamal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2007 05:39 AM | Show all posts
Jamal mahu jalani rawatan pemulihan dadah

SUNGAI SIPUT 17 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 11:48 PM | Show all posts
jamal nyanyi penuh soul......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 08:29 AM | Show all posts
Jamal mahu dirawat semula

PENYANYI bersuara emas, Jamal Abdillah mahu kembali ke rumah Pengasih.

Penyanyi itu akan kembali meneruskan proses rawatan pemulihan dadah dengan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dalam tempoh terdekat ini.

Itu khabar yang menjadi perbualan banyak peminat penyanyi berkenaan sepanjang minggu lalu.

Hal ini bagaimanapun bukan keluar dari mulut penyanyi popular itu sendiri.

Sebaliknya ini diceritakan oleh Presiden Pengasih, Mohamad Yunus Pathi Mohd. kepada media.

Katanya, Jamal sendiri secara peribadi menelefon dan memberitahu akan keinginannya itu untuk kembali ke rumah Pengasih supaya pulih sepenuhnya dari ketagihan.

Setelah dibebaskan oleh mahkamah dari tuduhan terlibat dengan dadah baru-baru ini dan berhadapan dengan masalah rumah tangga, Jamal dikatakan memilih untuk mententeramkan jiwa di satu lokasi yang dirahsiakan.

Eloklah ambil masa untuk berfikir semula. Jamal disayangi oleh ramai orang.

Meskipun berulang kali kesilapan yang sama dilakukan, Jamal masih lagi diterima dengan tangan terbuka oleh peminatnya.

Masih ada rezeki untuk dia dalam bidang seni suara sampai ke hari ini walaupun banyak yang mencurigai mengenai realiti kehidupan Jamal sebagai bekas penagih dadah.

Harapnya kali ini biarkan keinsafan itu yang terakhir dan buat selama-lamanya.

-----------------------------------------------------------------------

harapnya insaf benar2 insaf la jamal -- tu yang sebaiknya -
tak payahlah keluar dan nyanyi until dah benar2 pulih -
doakan yang terbaik saje untuk jamal -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 05:04 AM | Show all posts
Jamal akui kelemahan diri

KUALA LUMPUR 27 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 05:51 PM | Show all posts
Jamal: Cinta dan dadah itu sama!



Jamal kini berada di pusat pemulihan Pengasih


Ketika ditemui pada sidang media khas semalam di pusat pemulihan dadah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Jamal nampak semakin berisi dan kelihatan ceria.

Penyanyi tersebut yang kini sedang menjalani sesi terapi fasa kedua di situ sejak sebulan lebih akui sudah menampakkan perbezaan berbanding sebelum memasuki pusat tersebut.

"Dulu ketika saya masuk Pengasih buat kali pertama, saya rasa saya mampu untuk teruskan kehidupan di luar. Rupa-rupanya saya gagal.

"Susah untuk saya lupakan 'benda' itu sebab ke mana-mana saya pergi, pasti saya akan teringat. Di dalam bilik persalinan untuk sebarang show, saya pasti akan teringat semula bagaimana sebelum mula sesebuah persembahan, saya akan ambil dulu benda itu.

"Bila emosi saya tertekan, pasti perkara itu akan saya buat. Secara tidak sengaja, ia sudah jadi way of life saya," ujar Jamal.

Penyanyi berusia 47 tahun itu akan menjalani sesi terapi di situ selama enam hingga lapan bulan akan datang. Jamal sebelum ini pernah memasuki Pengasih pada tahun 2006 selama enam bulan untuk sesi terapi fasa pertama.

Ditanya mengapa sehingga kini amat sukar untuk dirinya menjauhkan diri daripada dadah, Jamal sambil tersenyum berkata, dia memang pernah menyimpan azam untuk menjadi 'normal' seperti sediakala, namun dia akui amat sukar untuk berbuat demikian.

"Jika anda tanya mengapa saya tidak pernah cuba mengelak, bayangkan saja bagaimana perasaan kita ketika bercinta. Sewaktu bercinta, kita akan gembira bila kita hubungi orang yang kita cintai.

"Begitu juga jika dapat berjumpa, pasti perasaan gembira tu akan lebih. Begitulah juga yang saya rasa dengan 'benda' ini. Saya ibaratkan percintaan dan dadah adalah sama," kata Jamal.

Menurutnya, jika dia tidak terfikir untuk menjauhkan diri daripada dadah, masakan dia sanggup 'menyerah diri' menyertai semula Pengasih buat kali kedua.

"Kenapa saya sanggup lari ke sini semula? Sebab hanya di sinilah saya rasakan saya 'selamat'. Dulu saya tidak pernah dengar cakap mereka, tetapi sekarang saya sedar saya kena ikut apa yang mereka cakap.

"Tetapi, buat masa ini saya tidak boleh beri kepastian sama ada saya yakin dapat berhenti sepenuhnya selepas ini, tapi apa yang boleh saya katakan saya bersyukur kerana hari ini saya berada di Pengasih," ujar Jamal.

Walaupun sedang menjalani terapi di sana, Jamal masih lagi bebas untuk keluar berjumpa sesiapa saja mahupun memenuhi undangan persembahan di bawah pengawasan Pengasih.

"Bermula pada saat ini, semua urusan mengenai kerjaya saya akan dikendalikan oleh pihak Pengasih. Alhamdulillah, masih banyak tawaran yang saya terima. Bulan depan saya juga akan adakan konsert Malam Mengenang P.Ramlee di Universiti Sains Malaysia.

"Sekarang ini setiap hari saya akan bangun jam 6 pagi dan kemudian teruskan dengan kerja saya seperti menghafal lagu, lebih-lebih lagi untuk konsert tersebut," katanya.

Mengulas tentang penerimaan keluarga terhadap dirinya kini, ujar Jamal, keluarganya sentiasa memberikan sokongan padu terhadap dirinya, terutama ayahnya.



Jamal kini nampak sihat

Saya kagum dengan ayah saya. Kalau dulu saya pernah salahkan dia semua ini terjadi kerana dia tinggalkan saya dan pergi seberang laut, tetapi bila difikirkan semula dialah yang patut dijadikan contoh.

"Cuba bayangkan bagaimana dia menghadapi masyarakat atas apa yang saya buat. Dia amat tabah," jelasnya.

Jamal juga berkata, dia sendiri hairan mengapa peminat-peminatnya masih setia memberikan sokongan sehingga hari ini walaupun begitu banyak kontroversi yang melanda hidupnya.

"Minta maaf jika saya katakan, saya menyanyi selama ini adalah untuk diri saya sendiri, kerana menyanyi adalah satu hiburan pada saya dan boleh menenangkan tension. Kalau ada yang meminati saya, itu terpulang.

"Saya sendiri tertanya-tanya mengapa masih ramai yang beri sokongan. Mungkin juga kerana saya jujur dalam nyanyian saya. Saya tidak hipokrit.

"Kepada yang meminati saya, doakanlah agar saya dapat kembali pada jalan yang benar. Mungkin ada yang malu meminati saya selama ini, tetapi percayalah saya akan 'bayar' semula apa yang telah mereka berikan pada saya iaitu sokongan dan kemaafan mereka," ujar Jamal yang akan menghasilkan album terbarunya tidak lama lagi.


"Saya sudah ceraikan isteri"


"Saya sudah lafazkan cerai dengan talak satu kira-kira dua bulan lepas," luah Jamal secara ringkas tatkala diasak dengan soalan mengenai status rumahtangganya dengan isteri, Fatimatuzahra Samat, 24, ketika ini.

Jamal yang pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa memukul isterinya tidak lama dulu akui buat masa ini dia belum mempunyai niat untuk merujuk semula dengan isterinya itu.

"Perasaan sayang memang masih ada. Tetapi, sudah tiga kali sebenarnya dia minta cerai, saya sendiri tidak tahu kenapa. Yang pastinya memang kami sudah tiada jodoh.

"Saya tidak rasa dadah adalah sebab utama kami bercerai, selain dari jarak usia, saya rasa attitude masing-masing yang buatkan kami jadi macam ni. Sikap saya yang kuat cemburu dan dia yang tidak memahami saya.

"Saya tidak sepatutnya kahwin, kerana saya sendiri tidak 'mampu' menjadi suami yang baik. Saya adalah jenis yang memerlukan perhatian sebab saya 'sakit', tetapi saya tidak salahkan dia," ujar Jamal.

Menurutnya, dia juga tidak mahu memikirkan tentang soal perkahwinan lagi buat masa ini.

"Kenapa saya perlu berkahwin jika saya tidak layak. Sekarang ini saya hanya ingin betulkan diri saya terlebih dahulu, baru fikirkan benda lain," kata Jamal.

Penyanyi tersebut telah mendirikan rumahtangga dengan Fatima pada 16 Disember 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki Ahmad Zaki Osama yang berusia lima bulan.

Jamal juga mempunyai seorang anak lelaki, Osama Yamani, 6, hasil perkongsian hidup bersama Intan Nur Aina, yang merupakan perkahwinan keduanya.

Ditanya mengenai dakwaan dirinya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya Osama, Jamal dalam nada tenang menafikan perkara tersebut.

"Saya akui, saya bukan ayah yang sempurna. Kalau nak cakap saya 100 peratus abaikan dia, itu tidak betul. Orang tidak faham saya, saya tidak sempurna kerana saya adalah penagih dadah.

"Saya memang tidak patut ada anak. Saya pernah berdoa supaya tidak dikurniakan anak kerana saya tidak mampu, tetapi Allah berikan juga rezeki itu. Mungkin ada hikmah.

"Cuma saya harap satu hari nanti orang tidak beri macam-macam tohmahan pada dia. Kalau nanti dia tidak mampu tanggung beban yang dilakukan oleh ayahnya ini, dia juga boleh hancur.

"Jadi, saya harap sangat kepada semua berilah kasih sayang kepada dia. Tolonglah. Saya cuma berharap agar satu hari nanti anak-anak saya akan bangga ayah mereka ini dapat pulih daripada dadah sepenuhnya," luah Jamal.


----------------------------------------------------------------------------------

walau apa2 pun - saya tetap akan sokong career nyanyian jamal
dan berdoa semuga sembuh dan insaf -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 07:35 PM | Show all posts
Rehearsals in rehab for Jamal
By AUDREY EDWARDS

KUALA LUMPUR: For more than a month, pop singer Jamal Abdillah has been seeking refuge in the peaceful surroundings of Bukit Tunku where Pengasih, a drug rehabilitation centre is located.

The 48-year-old self-declared 搑isky and controversial
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 07:59 PM | Show all posts
aku minat Jamal ni...tapi dh kena dadah ni memang susah


apapun lagu favourite aku PENGHUJUNG RINDU
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 06:35 AM | Show all posts

credit to vm : harian metro, 2 julai 07



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2007 10:57 AM | Show all posts
bahaya betul........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 05:40 PM | Show all posts
saya pernah  duk kat belakang pentas dengan jamal
before persembahan dia
memang dia akan merokok  cow cow -
saya rasa before tu dia dah makan syabu tu sikit
kat bilik persalinan dia - then before dia nak nyanyi
dia akan merokok - dan akan diam dan cakap slow aje -

ingat lagi dia cakap kat saya -
xxxx, saya rasa pressure ni... rasa tak peace ni...
saya sedih sangat bila jamal cakap camtu ..
soft aje suara dia - dengar betul2 macam tertekan sangat -

until now saya doakan jamal akan insaf seinsaf insafnya
dan kembali bersihkan dirinya -- dan banyakkan doa -

orang2 dikeliling nya ramai yang take advantage of him -
harap dia akan sentiasa dengan en yunus tu dan orang2
yang nak bawa dia ke jalan yang betul

i always pray for you abg jamal -  always!! hang in there!--

the only ONLY singer yang saya kagumi kerana
suara dia yang memang menusuk hati dan lagu2 dia
banyak memang SEMUA nya  dalam ingatan saya --


[ Last edited by  dexa at 2-7-2007 05:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 12:29 AM | Show all posts
Jamal.........berjuang menentang dadah..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 02:34 PM | Show all posts
dexa apa kabar agaknya Jamal sekarang ? dexa kirim salam utk dia kalu jumpa...pesan kat dia...jgan bimbang mesti boleh ok punya kalu dia nak ok.

[ Last edited by  detox at 13-7-2007 02:57 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.155210 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list