CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
 Author| Post time 23-8-2006 12:08 PM | Show all posts
Jamal Abdillah dan Saleem telah bertaubat
23-08-2006

Dadah pernah mendurjanakan kehidupan mereka. Akan tetapi, mereka telah insaf, bertaubat dan balik ke pangkal jalan.

Lantasan itu, penyanyi-penyanyi sensasi Jamal Abdillah dan Saleem sanggup ?embuka pekung di dada? baru-baru ini agar kisah pahit mereka diterjemahkan kepada iktibar bagi semua.

Harga diri, bagi mereka, biarlah menjadi picisan. Bayangkan imej mereka barangkali jatuh merudum. Tanpa was-was, mereka lebih rela mendedahkan penagihan dadah masing-masing meskipun mereka sedang menempa kejayaan dalam dunia hiburan..

Janji, generasi muda bebas daripada cengkaman dadah!

Maka, persoalan sama ada masyarakat akan terus menyokong atau meminati mereka tidak timbul. Bagi para peminat muzik kedua-dua artis terbabit, suara mereka tetap lunak.

Dan, saya yakin masyarakat mengakuri peribahasa yang berbunyi, "Bumi mana yang tiada kena hujan?" Imbaukannya.

Secara ikhlasnya, semua orang pernah membuat salah semasa meniti perjalanan hidup mereka. Tampaknya, Jamal Abdillah dan Saleem telah beristighfar dan beristikharah.

Jadikanlah pengalaman hidup mereka sebagai pedoman dan panduan bagi kehidupan kita ? elakkan dadah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 01:08 PM | Show all posts
suara mereka berdua mmg best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2006 08:17 PM | Show all posts
Jamal Abdillah tak berani janji tinggal terus dadah
29-08-2006
Oleh CHRISTINA KOH  

BATU GAJAH: Jamal Abdillah mengakui bukan sukar baginya menahan diri dari godaan dadah walaupun sudah setahun tidak langsung menyentuh najis itu.

Kadang-kadang, katanya, beliau akan merasa runtunan kuat untuk kembali ke jalan lama, tetapi setakat ini masih berjaya bertahan.

"Tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak lagi mengambil dadah. Tidak ada gunanya kita merdeka jika kita biarkan dadah pula menjajah kita," katanya kepada pemberita selepas berkongsi pengalaman pahitnya sebagai penagih dengan 544 pelatih pusat pemulihan dadah di sini hari ini.

Dalam perjumpaanya yang diatur sempena Hari Kemerdekaan, penyanyi yang mengaku pernah menghabiskan jutaan ringgit untuk menampung tabiat dadahnya menyamakan ketagihan dadah seperti "sedang bercinta".

"Untuk kita meninggalkan tabiat ini samalah seperti hendak meninggalkan kekasih pertama kita. Minda kita sentiasa dikawal oleh perasaan itu sehingga kita sanggup hidup tanpa apa-apa melainkan cinta itu.

"Oleh itu, kita mesti sanggup berkorban. Fikirkan bagaimana kita boleh hancurkan perasaan itu. Tidak guna kita mencintai sesuatu yang tidak mencintai kita balik," katanya.

Jamal juga berjenaka mengenai pengalamannya apabila ada orang yang mengenalinya hanya kerana mereka pernah menghuni pusat pemulihan yang sama.

Penyanyi 47 tahun itu kini adalah salah seorang sukarelawan Pengasih, sebuah badan bukan kerajaan yang menyediakan khidmat membantu memulihkan penagih tegar.

"Kita boleh jatuh berkali-kali, tapi untuk kita benar-benar meninggalkan tabiat ini memang sesuatu yang menakjubkan," katanya yang kemudian menyanyikan tiga lagi hitsnya, Batinku Berlagu Pilu, Gadis Melayu dan Seroja.

Sebelum itu, president Pengasih Mohd Yunus Pathi dengan penuh emosi menceritakan bagaimana beliau mensia-siakan 15 tahun hidupnya keluar-masuk pusat pemulihan dadah.

Beliau yang telah 25 tahun bebas dari dadah kini adalah naib presiden Persekutuan Komunitii Terapeutik Sedunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 07:35 AM | Show all posts
Jamal akui belum yakin pulih


BATU GAJAH: Penyanyi Jamal Abdillah yang julung kali berucap di depan ratusan tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah, di sini, semalam mengaku belum yakin dapat pulih sepenuhnya daripada penagihan dadah.


Justeru, beliau yang menghisap dadah sejak berusia 13 tahun, mengamalkan kaedah berazam tidak menyentuh bahan itu dengan bantuan dan sokongan ahli keluarga serta pihak yang prihatin seperti Persatuan Pengasih.

Katanya, dadah adalah bahan yang mengasyikkan dan sekali ?atuh cinta? dengannya pasti sukar melupakannya ibarat seseorang yang bertemu ?inta pertama?.

Saya sendiri sudah jatuh bangun dengan dadah beberapa kali sehingga saya naik bingung bagaimana mahu melupakannya terus.

"Orang yang tidak pernah rasa tidak akan tahu, jadi kepada sesiapa yang belum merasakannya, janganlah sesekali mahu mencuba.

Saya sendiri tidak berani bercakap banyak, takut esok jatuh lagi. Cuma sekarang saya berniat setiap hari (meninggalkan dadah), jangan fikir (kemungkinan lain) esok, katanya berucap di depan 544 tahanan PPU berkenaan.

Jamal, 47, dijemput khas memberi ceramah dan berkongsi pengalaman dengan penghuni PPA yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1995, sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-49.

Pada majlis itu, beliau turut menyanyikan tiga lagu Batinku Berlagu Pilu, Seroja dan Gadis Melayu bagi menghiburkan penghuni pusat berkenaan.

Hadir sama, Pengarah PPA, Abdul Halim Ma-Hassan; dan Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi. Sambil menyifatkan penagihan dadah sebagai `terjajah dalam kemerdekaan', Jamal menyeru penagih dan bekas penagih agar terus menyematkan iltizam untuk tidak lagi terjerumus dengan kancah dadah.

Jamal berkata, penagih mempunyai peluang lebih baik untuk berubah kerana kurang dikenali berbanding dirinya menyebabkan cabaran untuk berhenti menagih lebih sukar.

Selepas berhenti menghisap heroin enam tahun lalu, saya beralih kepada dadah baru seperti syabu kerana fikir boleh membuat persembahan lebih hebat dan menyanyi empat hari tanpa henti.

Tapi apabila tengok muka sendiri dalam televisyen (dalam keadaan ketagihan), saya sendiri rasa seperti tidak mahu tengok muka saya lagi, katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 08:06 AM | Show all posts
Saya sendiri tidak berani bercakap banyak, takut esok jatuh lagi. Cuma sekarang saya berniat setiap hari (meninggalkan dadah), jangan fikir (kemungkinan lain) esok, katanya berucap di depan 544 tahanan PPU berkenaan.


a very wise thing to say....
ada saya terbaca mengenai penagihan dadah ni --
- kadang2 ada penagih yang dah keluar dari pusat
pemulihan -- dengan azam tidak mahu tinggalkan --
tetapi - sendiri tak 'sedar' yang terbabit semula ...
bila dipengaruhi oleh unsur2 luar --  

contoh - masyarakat still memandang rendah dan hina pada beliau -
mengatakan -- ohhhhhh nanti mesti ambli balik - mana boleh tinggal -

bukan la saya nak menyalahkan masyarakat sahaja -- tetapi masyarakat
memainkan peranan penting untuk menolong sama bekas2 penagih ini...

sebagai contoh - janganlah double standard bila mereka ingin mencari kerja
beri mereka peluang untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat....

pada saya penagih2 yang BENAR2 INSAF adalah orang yang TERBAIK untuk
menasihatkan  orang ramai di luar sana --  kerana mereka mempunyai pengalaman
jatuh bangun dalam kehidupan seorang penagih...

saya memang sedih amat bila baca cerita jamal --
dan saya sentiasa berdoa untuk nya -- bukan sahaja sebagai peminat
setia jamal -- tetapi sebagai manusia biasa --- kerana bila kita nampak
orang2 cam gini yang dah sedar dan mahu kembali ke jalan benar --
the VERY LEAST we can do ( if we cant talk to them ) is  pray for them --
supaya sentiasa tabah -- dan menyayangi diri ---

- dex -
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 07:12 PM | Show all posts
tahniah kepada kedua? selebriti ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2006 07:18 PM | Show all posts
Jamal Abdillah bakal timang anak kedua
06-09-2006
Oleh ZIEMAN  

BUKAN sedikit kemelut yang dilalui oleh penyanyi Jamal Abdillah yang pernah mendapat jolokan Raja Pop Malaysia.  Bertahun-tahun, kareernya naik- turun disebabkan dadah.

Pelbagai usaha telah dilaluinya untuk kembali ke pangkal jalan dan kini Jamal yang "baru" meneruskan tekad memberi motivasi untuk kempen anti-dadah dalam usaha membantu semua penagih dadah dan 慿awan-kawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 01:16 AM | Show all posts

Reply #68 karlreef's post

karl...
that i have no idea but i assumed
he must have..
just fyi....
jamal kena hantar ujian air kencing
monthly to balai polis bukit aman..
as well - till now dia tak boleh
pergi oversea yet  -- not sure till when
(only brunei - cuz he actually was
born there if i am not mistaken or grew
up there).....  

saya harap dia tabah dan be strong
dan tidak merasa rendah diri lagi dengan
tanggapan masyarakat -- and continue
to motivate all those ex drug addict kat pengasih --

jika benar niat dia baik - tuhan akan menolongnya --

----
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2006 03:48 PM | Show all posts
Lambaian Kaabah menggamit Jamal
Zieman  

Lambaian Kaabah bagai menggamit kerinduan penyanyi macho bersuara jantan, Jamal Abdillah untuk ke sana di bulan mulia ini.

Jauh dari hiruk-piruk, keriuhan kota dan suasana Ramadhan di tanah air yang dipenuhi acara hiburan yang melalaikan, dalam diam-diam, penyanyi kesayangan ramai yang mendapat jolokan 慠aja Pop Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 03:49 PM | Show all posts

Reply #70 dexa's post

alhamdulliahhhhhhhhhhhhhhhhh

sukanya saya baca cerita ni.......

doa saya untuk jamal sentiasa --    :pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 05:23 PM | Show all posts
Jamal ke New York?
02-11-2006
oleh ZIEMAN
  
Perkhabaran berita tentang bekas juara Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah yang didakwa menderita sakit di Rumah Pengasih di Langgak Tunku telah memberi tamparan yang bukan sedikit kepada emosi Jamal.

Jamal jelas terganggu dengan khabar angin tersebut dan bagaikan 憁erajuk
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 08:50 PM | Show all posts

berharap........

aku juga berharap perubahan Jamal kali ini berjaya...........beliau seorang pejuang.........kita kena sokong dia..........suara yg merdu menyebabkan lagu2 dia top...........menjadi sumber inspirasi ramai orang.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2006 05:47 AM | Show all posts
Jamal Abdillah nafi terlantar sakit

KUALA LUMPUR 11 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 11:04 AM | Show all posts
''tak sudi memandang tidak mengapa''.........biasa - la tu Jamal,orang semua nak yang cantik,sempurna, sabar je - la ye Jamal......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2006 07:34 PM | Show all posts
Zaki Yamani tangkai hati Jamal


DISEMBER ini melakar kenangan manis buat penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah apabila isterinya, Fatimatuzahrah atau lebih mesra dengan panggilan Ema selamat melahirkan bayi lelaki.

Bayi comel yang diberi nama Ahmad Zaki Yamani itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, 5 Disember lalu.

Kehadiran si kecil ini sudah semestinya mengeratkan lagi ikatan kasih sayang Jamal, Ema dan putera sulung keluarga itu, Osama Yamani.

Daripada apa yang CAK dengar, Jamal yang bakal muncul dengan album baru beberapa bulan lagi kini sibuk menjaga buah hati kesayangannya dan isteri tercinta.

Kesempatan ini, CAK dan warga kerja Metro Ahad ingin merakam ucapan tahniah kepada Jamal dan isteri. Moga kehidupan kalian terus disiram dengan kebahagiaan dan mendapat keberkatan Ilahi.


--------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah jamal !!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 05:01 AM | Show all posts
Apa kesudahan nasib Jamal?

KECOH satu Malaysia yang Jamal Abdillah ditangkap sekali lagi dalam satu serbuan berkaitan dengan dadah baru-baru ini. Penyiaran berita itu membuatkan Jamal dituduh kembali ke dunia lamanya sebagai penagih dadah.

Walaupun berita sebenar mengenai hal berkenaan belum diketahui kerana belum naik mahkamah, sudah macam-macam tanggapan orang kepada penyanyi berkenaan.

Ada yang kata, apa sudah jadi dengan Jamal ni? Ada yang tanya Joyah sendiri, dia tu tak berubah-ubah lagi ke?

Hisyyy... tak baik tau. Jangan main tuduh-tuduh, tunggu dulu apa keputusan mahkamah tak lama lagi, barulah kita tahu sama ada benar atau tidak Jamal bersalah.

Dalam orang ramai dok tertanya-tanya apa status sebenar Jamal Abdillah ketika ini, Joyah dapat khabar yang menggembirakan.

Jamal sudah dilamar oleh beberapa penganjur untuk beberapa show istimewa untuk beberapa bulan akan datang, termasuklah Hari Ibu tak lama lagi.

Mak ai, cepatnya dilamar. Bukan setakat itu sahaja, khabarnya sehingga sekarang pun Jamal masih lagi ligat menyanyi di pentas di samping sibuk dengan tugasnya sebagai penceramah bebas bersama dengan Pengasih.

Tugas Jamal adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahayanya najis dadah.

Jadi, kata kawan Joyah tu, jangan ragu-ragu lagi kalau mahu mendapatkan khidmat Jamal untuk menghiburkan anda di pentas nyanyian. Bahkan abang dia sendiri, Hamka yang sibuk menguruskan kerjaya seni adiknya itu.

Semoga ada khabar gembira juga buat peminat Jamal yang menantikan kesudahan cerita sebenar di sebalik isu hitam berkenaan. Dan rasa-rasanya belum terlambat juga untuk Joyah ucapkan tahniah kepada Jamal yang baru saja menyambut kelahiran anak lelaki keduanya baru-baru ini. Tentu seronok Osama Yamani bila dapat adik baru. Boleh jadi teman bergurau senda dan bergaduh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2007 12:04 PM | Show all posts

sedang orang lain bergembira

sedang orang lain bergembira, ku menumpang senyum di balik duka................ perjalanan penuh berliku itu ada hikmahnya..............
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 08:58 PM | Show all posts
hape nak jadi laa ekau ni bang jamal??
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by keratosis at 20-2-2007 08:58 PM
hape nak jadi laa ekau ni bang jamal??


confirm ke jamal tu bersalah wahai keratosis.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:36 PM | Show all posts
betol ke Jamal dah masok balek dlm pusat serenti.........harap2 tak..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.148598 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list