CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 25-1-2007 04:39 PM | Show all posts

Reply #59 agelgold's post

Actually..stand tu ada dijual..boleh dipasang bila perlu...takde la melekat je kat basikal tu..kalau dlm rumah pulak especially flat....kita bole lekatkan kat dinding dgn memasangkan klip spt yg bro tgk kat kedai..jadi takda la kacau umah nye space..klau kat luar umah ....just sandar je la..kat mana2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 07:17 PM | Show all posts
tadi lepak umah cousin yg juga minat cycling tapi sejak dah ada dua anak ni dia sangkut basikal kejap.....tapi tgh usha2 nak main balik. Sembang2 dia kata ada kedai bike buat promotion di Wangsa Melawati. Gi la usha petang tadi. Choices di kedai dia quite good lah tapi tak sehebat kedai2 di PJ dan TTDI yg famous tu. Campur2 bike, helmet, lampu depan belakang, tukar rim, glove....peh...RM700.....makin panjang pulak budget aku nih.....tapi takut gak nak amik bike cikai2 sebab bila consider weight sherrina, dia suggest amik yg elok yg leh tampung berat.

Glove dia about RM50 tapi sedap dan lembut lah drpd yg RM9 kat Tesco tu. Keras. Helmet dia tu mcm ragu2 sket, nak usha kedai lain plak tgk camno.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 08:42 AM | Show all posts

Reply #62 sherrina's post

mmg la beskal ni baru2 nak kayuh..pegi kedai semua nak...

anyway sherinna..for a RM50 glove tu dah glove yang ok tuh...seingat aku..aku beli FOX punya glove pon baru RM38...if not mistaken la...make sure beli MTB punya half finger glove..kain dia bukan dari lycra..dia kasar sikit..bawah ada padding tebal usually kulit..beza gan roadbike punya material dia nipis and made from lycra..
Reply

Use magic Report

agelgold This user has been deleted
Post time 26-1-2007 10:14 AM | Show all posts
aku dah tengok way2ride punya forum. aku rasa geng ni agak "heavy" la untuk aku. sampai cite cukur bulu kaki pun ada. segan aa aku. aku ni kayuh pakai track suit ngan kasut power aje.

tgk la nanti macam mana. sama ada aku kayuh sensorang keliling tasik aje ke. aku pilih berbasikal ni sebagai alternatif senaman. aku rasa macam malas dan tak larat nak buat senaman lain. tapi aku sedar akan kepentingan untuk mengeluarkan peluh dan bersenam tu. lagipun dulu aku memang berbasikal. cuma tak serius aje. lepas tu basikal dah ilang. keje dah byk, tido dah kuat dan macam-2 alasan lagi lah. ni la baru nak mula balik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 03:38 PM | Show all posts

Reply #64 agelgold's post

.agelgold..tak kesah  la..kayuh pakai track sut ngan kasut power..janji niat mahu kayuh tu ada...kesihatan perlu diutamakan..dpt kayuh 2x seminggu pun dah kira ok..

way2ride nye forum ni ada byk golongan sbb tu la dia nmpk heavy skit..tapi member semuanye friendly..takde citer pasal lain except basikal je..ada yg otai..ex m'sia rider..kayuh syok2 je ..mcm aku ni..nnti senang2 leh la join ride..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 10:39 PM | Show all posts
azhar,
thanks...tatau plak ada jenis utk roadie and MB. kene check balik...mmg nak amik yg half finger pun sebab yg full punya mcm panas aje...half finger nampak rugged sket....hehehe....pikir2 balik rega rasanya pi balik kedai first lah yg Kedai Basikal Taman Melawati. Kedai tu rega bleh timbang2 dan slightly cheaper. The best part free service for 1 or 2 years...bleh kawtim lagiiiiii  

hmmm, kalau nak tau pelumba beskal negara yg famous tu sapa nama, Affendy kot dok tak jauh dr umah sherrina. Mana tau kot leh blajo ngan dia dan kayuh ngan dia....perghhhh. dulu slalu nampak dia kayuh tapi la ni tak perasan lak. tatau kot dia dah fully resign ka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2007 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by dill9642 at 25-1-2007 11:22 AM
dulu masa saya buat latihan untuk triathlon
saya latih kat putrajaya --
best  juga - pagi2 -  weekend tak ada kereta --

kalau sesiapa suka cycling -
kat putrajaya  memang  lancar dan best   ...



hi dill --
saya baru nak start semula
and if i wanna run in triathlon again
saya nak masuk yang kat a farmosa tu
yang tu olympic distance...
dill interested ka in it?

*btw ada thread untuk triathlon juga di sini -
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 02:07 PM | Show all posts
Pelumba ke Langkawi lebih awal
Oleh Asrol Awang

PELUMBA negara kini berada di Pulau Langkawi, Kedah dalam persiapan terakhir menjelang perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) mulai 2 hingga 11 Febaruari ini.


Jurulatih negara, Aminuddin Sulaiman berkata, kehadiran lebih awal di Langkawi diharap dapat memberi keyakinan kepada pelumbanya untuk berada pada prestasi terbaik mereka.

Dalam tempoh seminggu di Langkawi, beliau akan memberikan keutamaan dari segi persefahaman dan ketahanan fizikal bagi meraih kejayaan yang bermakna pada perlumbaan pertama.

"Ini kerana sejak seminggu lalu, Senawang, Negeri Sembilan menjadi lokasi latihan skuad lumba basikal negara yang lebih menekankan dalam aspek kayuhan.

"Purata kayuhan 180 kilometer sehari yang menjadi latihan asas skuad negara memberi keyakinan kepada saya bahawa mereka mampu memberi saingan sengit.

"Pada masa sama, LTdL sememangnya disertai pelumba handalan dunia dan Asia yang memerlukan latihan intensif bagi meraih kejayaan memberangsangkan," katanya.

Ditanya latihan yang dilakukan setakat ini, Aminuddin berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen pelumbanya yang begitu komited terhadap latihan yang dilakukan setiap hari.

Katanya, purata kayuhan 180 kilometer sehari, termasuk di laluan berbukit memberi keberkesanan bukan sahaja dari segi teknik kayuhan, malah ketahanan fizikal dan mental.

"Apa yang pasti, tiga tumpuan utama yang diberi penekanan adalah kepada kepantasan, ketahanan fizikal dan pendakian yang menyaksikan tiga pelumba mampu mencapai keputusan terbaik.

"Tiga pelumba berkenaan adalah Suhardi Hassan, Mohd Rauf Nur Misbah dan Mohd Falanie Ali yang diyakini mampu meraih gelaran raja bukit berdasarkan tahap kemampuan mereka.

"Saya perhatikan tiga pelumba ini mampu melakukan kayuhan di kawasan berbukit dan keputusan terbaik mampu dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 02:45 PM | Show all posts
Kam Po bersama pasukan profesional Hong Kong

Ketuai rakan sepasukan di LTdL yang rata-rata berusia 22 tahun

EMPAT tahun berlalu selepas kali terakhir Wong Kam Po beraksi dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) tetapi itu tidak bermakna pelumba berusia 32 tahun paling berjaya dalam sejarah berbasikal Hong Kong itu sudah kehilangan sengatnya.

Kam Po hadir ke edisi ke-12 LTdL kali ini sebagai juara lebuh raya Sukan Asia dan dengan memenangi satu peringkat dalam pecutan beramai-ramai di Jelajah Malaysia baru-baru ini, dia menambah satu lagi keistimewaan dalam kayuhannya.

Sebagai pemenang pertama dan tunggal Asia dalam peringkat LTdL apabila memenangi pendakian ke Cameron Highlands pada 2000, Kam Po kali ini kembali dengan pasukan baru Hong Kong Pro Cycling Team.

揝udah lebih empat tahun sejak kali terakhir saya berkayuh dalam LTdL. Sebenarnya saya mahu berkayuh dalam jelajah ini setiap tahun kerana ia perlumbaan terbesar di Asia dan satu-satunya perlumbaan di Asia yang mendapat tumpuan peminat di Eropah.

揚asukan saya tidak cukup bagus untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan ini sejak beberapa tahun lalu, jadi saya tidak dapat datang atas tiket pasukan campuran. Tetapi tahun ini, Hong Kong Pro Cycling Team cukup gembira apabila diundang. Semua rakan sepasukan saya masih muda, bawah 22 tahun tetapi mereka sudah banyak peningkatan,
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 02:48 PM | Show all posts
Hutang lapuk: First Cartel dikena tindakan mahkamah

Kerana perkhidmatan dan penggunaan bilik hotel untuk perlumbaan LTdL

ISU hutang lapuk berjumlah RM7.9 juta milik penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) sejak dua tahun lalu, First Cartel, tambah rumit apabila syarikat itu dikenakan tindakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kelmarin.

Notis penggulungan syarikat itu dikeluarkan mahkamah hasil permohonan Syarikat Malacca Straits Inn Sdn Bhd, pemilik hotel Equatorial Melaka, untuk mendapatkan bayaran hutang tertunggak berjumlah RM177,741.30, termasuk faedah dan kos, daripada perkhidmatan dan penggunaan bilik hotel untuk perlumbaan LTdL 2005.

Ekoran keputusan itu, semua urusan First Cartel, termasuk urusan dengan semua pemiutangnya, akan dikendalikan oleh penanggung rasmi yang dilantik mahkamah.

Notis penggulungan syarikat itu diberikan Pesuruhjaya Kehakiman, Rohana Yusof kepada syarikat Malacca Straits Inn Sdn Berhad yang diwakili peguam, Sheena Sinnappah dan Valerie Fernando daripada firma guaman Sheena, Valerie and Partners.

Sheena, ketika dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu.

揘otis penggulungan itu dituntut Syarikat Malacca Straits Inn Sdn Bhd sebagai usaha mendapatkan semula wang yang tidak dibayar First Cartel selepas menggunakan hotel mereka untuk LTdL 2005,
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 06:09 AM | Show all posts
Kiwi sahut cabaran LTdL

KUALA LUMPUR - New Zealand, pasukan tetap pada awal kemunculan Le Tour de Langkawi (LTdL) mengesahkan penyertaan ke jelajah berbasikal kali ke-12 itu pada Februari ini.

Mereka akan diketuai pelumba pasukan Credit Agricole, Julian Dean yang juga juara Kejohanan Kebangsaan New Zealand dalam perlumbaan lebuh raya buat kali pertama sepanjang kariernya.

Satu kenyataan akhbar di sini hari ini, menyebut, pasukan New Zealand cukup popular sejak era pengenalan LTdL dengan pelumbanya, Glen Mitzhell pernah menjuarai salah satu peringkat edisi 1996.

Pelumba lain skuad Kiwi seperti Graeme Miller, yang diberi jolokan 'Silver Fox' dan Ric Reid tidak ketinggalan pernah menghiasi tajuk akhbar di negara ini dengan persembahan hebat mereka.

New Zealand yang turut menurunkan pelumba harapannya, Tid Gudsell dan skuad itu kini dibimbing oleh jurulatih dari Kanada, Jacques Landry yang turut berpengalaman dalam LTdL.

Gudsell, 22, bermula dengan Tour Down Under yang berakhir minggu lalu dengan menyarung jersi kebangsaan tetapi menggunakan helmet pasukan ProTour Francaise des Jeux (FDJ).

Dia dikatakan muka baru kelab Perancis itu tetapi akan berkayuh sebagai pelumba pilihan New Zealand kerana mempunyai kelebihan berlatih di bawah terik matahari di Hemisfera Selatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 10:34 AM | Show all posts

Reply #62 sherrina's post

bagus la klau ada cousin yg minat ngan beskal ni.. shierrina bleh la tanya dia apa2 psal beskal..yg penting ada la teman masa ride nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 10:48 AM | Show all posts
LTDL around the corner..napa la..makin lama makin mcm takda sengat je LTDL...last 2 years tak salah aku..siap a steraming live lagi kat net...dapt jugak aku follow kat opis sebab keje..last year 2006 apa pon tarak...rider2 hebat yang ada nama serta taem ternama pon makin kurang join..rasanya discovery channel tahun ni pon tak join.maybe prepare race yang lebih prestige gamaknya....

dill9642 : tak join blue ride ka nanti. ?

[ Last edited by  Azhargoth at 29-1-2007 10:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 11:13 AM | Show all posts

Reply #66 sherrina's post

fullamak...shierrina berjiran ngan si Fendy ka..?best la klau camtu..boleh la hari2 gi umah dia cakap pasal beskal...hehehh gurau jer..buat masa ni Fendy still lagi kayuh..mungkin tak serancak dulu..slalu la jumpa ngan dia klau kayuh kat Genting sempah..lagipun skang ni dah jadi bisnesman..bz..sambil kayuh sambil jual spare part..hehehhe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #67 dexa's post

habis skang ni dexa tgh off season laa...heheheh..wokey la tu..nnti bila start balik boleh la ride sama2..kenkwn ramai la yg join duathlon ni trialthlon ni,agak malang xbleh nak join sbb xbleh nak lari..lutut  injured..klau masuk pun acara relay je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 11:56 AM | Show all posts

Reply #73 Azhargoth's post

tu la azhar..agak kecewa rasanya..sepatutnya makin lama bertambah meriah.. ni tak  makin suram lak..ni semua permainan poltik..org yg takde background pasal beskal pun sibuk nak jadi org besar..
tentang Blue ride thn ni senyapp jer..LTDL dah nak start..setakat ni xpenah miss lagi join dari 2002..klau thn ni takde kira frust gak..Event ni je yg dpt  peminat beskal KL/SEL berkumpul secara besaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2007 12:00 PM | Show all posts
tu la kalau beskal pon nak dipolitikkan jadi cam tu la..
Reply

Use magic Report

agelgold This user has been deleted
Post time 29-1-2007 03:20 PM | Show all posts
duit beb. bukan sibuk pasal penganjuran sangat. tapi sibukkan sponsor yg menimbun tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 04:52 PM | Show all posts
Yup betui..tu la pasal sponsor banyak...First Cartel utang keliling pinggang...
Dill: ko mesti pernah dengar group la'tua semua otai2 (tua2 jugak la.haha)..kaya2..selalu lepak kedai Bikepro Tan Botak..so geng diorang tu la ada kena mengena gan owner first cartel tu..aku tak tau apa nama datuk dah..sebab aku kenal satu geng la'tua Uncle Jeff je aku panggil..awal2 dulu mmg hebat cerita sakan pasal first cartel tu..la nih utang dah berjuta la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 11:23 PM | Show all posts
Ada LTDL ka? tatau pun....mcm tadak promosi aje....cuma ada le ternampak kat TV aritu tapi tulisnya 'La Tua'.....sherrina salah baca ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.459781 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list