CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sam_survivor

[MERGED] SPIRULINA

[Copy link]
aristana This user has been deleted
Post time 8-8-2003 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by nrshahirah at 8-8-2003 12:06 PM:
sebenarnya kalau nak makan spirulina jangan ikut brand tapi ikut isi kandungannya. Kalau pure 99.9% tu, takde campuran lain. 1% tu angin kot.

spirulina elken memang best!. aku jamin sebab ramai  ...


Tima kasih nrshah...

Tapi...:stp:Harganya berape ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gigi kuning This user has been deleted
Post time 8-8-2003 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by bear at 2003-7-29 12:08 PM:
spirulina is really good....mmg banyak khasiat...sebab dia bantu membina pertumbuhan sel-sel baru..trust me...org yg saki9t diabetes,darah tinggi ker,apa apa sekalipun....boleh makan , org yg tak s ...



SORRY YE.....GUA BUKAN NAK KONDEM PRODUK ELKEN
TAPI GUA ADA TERBACA KAT SATU MAG. KAT KLINIK YG MENGATAKAN LAUT DI TAIWAN TEMPAT SPIRULINA TU DITANAM AGAK TERCEMAR
SPIRULINA TERBAIK DITANAM DILAUT DEKAT KEPULAUAN HAWAII
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2003 08:58 PM | Show all posts
-wujud sejak 3.5 billion tahun dahulu
-sumber terkaya vitamin B12, 2-6 kali lebih tinggi daripada hati lembu
-sumber terkaya zat besi, 58 kali lebih daripada bayam, 28 kali lebih drpd hati lembu
-sumber terkaya vitamin vitamin E, 3 kali lebih drpd tunas gandum
-sumber terkaya Beta Kerotin (pro vitamin A), 25 kali lebih drpd lobak merah
-sumber terkaya antioksida
-sumber terkaya asid lemak (GLA), 3 kali lebih drpd Evening Primrose Oil (EPO)
-sumber terkaya klorofil 5-30 kali lebih drpd alfalfa atau daun daun gamdum
-sumber terkaya protein semulajadi
-memberi tenaga segera krn kandungan vitamin dan mineral lengkap.

                Sumber rujukan : Superfood Corporation USA

sapa yg amalkan Spirulina kat sini?

aku pun amalkan spirulina, keluaran produk SURECO
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2003 08:40 AM | Show all posts
gigi kuning : aku suka kalau ko bercakap terus terang pasal ko cakap dia nye spirulina. Ko buat research dan kalau betul tercemar ko saman elken.
Sebab bagi aku, kalau bercakap just 'dengo-2 cakap orang' kira takde fakta
yang sahih. Betul tak aku cakap?


Harga untuk elken spirulina
250 tablets = rm88
500 tablets= rm154

Upline saya dalam elken adalah seorang doctor. Jadi senang untuk saya refer setiap masalah customer saya.....

sapa nak order area KL/Selangor aku hantar  FOC. Tapi boleh beritahu 2 hari advance.

[ Last edited by  blackmore at 3-9-2006 03:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2003 12:24 PM | Show all posts
info terbaru...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=62183

so..berhati2...!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2003 05:22 AM | Show all posts
Spirulina (nama saintifik Arthrospira platensis) ?

Spirulina ialah sejenis tumbuhan air yang mengandungi hanya satu sel sahaja. Oleh itu, ia tidak mempunyai akar, daun, bunga dsb. Ia adalah dari kumpulan algae dan berbentuk spiral (Sebab itulah ia dinamakan spirulina - bermakna spiral yang kecil). Ia tumbuh di dalam air yang beralkali (melebihi pH 8).

Algae adalah makanan yang terletak di bahagian bawah 'food chain' (rangkaian pemakanan), oleh itu ia mengandungi banyak tenaga. Algae seperti spirulina, chlorella dan AFA (aphanizomenen flos aqua) sudah hidup berbillion tahun. Ada yang mengatakan ia telah hidup sejak 3.6 billion tahun yang lalu. Pengambilan spirulina telah diamalkan oleh kaum kuno Aztecs di Mexico sejak dahulu lagi.

Spirulina berwarna hijau gelap. Warna ini disebabkan oleh kombinasi chlorophyll (hijau), phycocyanin (biru) dan carotenoids (oren). Warna-warna yang berlainan ini menyerap tenaga yang berlainan dari cahaya matahari.

Meskipun dari kumpulan yang sama ada beberapa perbezaan dari segi kandungan antara algae-algae ini. Contohnya, dinding sel spirulina lebih lembut berbanding dengan chlorella, oleh itu spirulina lebih mudah dicerna. Rencana di bawah ini hanya menyentuh mengenai spirulina sahaja.

======

Kandungan

Spirulina mengandungi 65% protein - 8 essential asid amino dan 10 nonessential asid amino. Asid amino membentuk protein, essential asid amino adalah asid amino yang tidak diperbuat di dalam badan, oleh itu ia harus diambil melalui pemakanan. Ada 8 jenis essential asid amino dan 12 jenis nonessential asid amino. Kandungan ini adalah lebih daripada yang terdapat di dalam soya beans, ikan, daging, taufu fa atau telur. Kandungan protein dari spirulina adalah lebih mudah dihadamkan (95%) berbanding daripada sumber hawan (20% sahaja penghadaman).

Berbeza dengan makanan dari binatang, sumber dari tumbuhan ini tidak mengandungi kolesterol dan mempunyai kalori yang lebih rendah. Dalam 10g spirulina hanya sebanyak 36 kalori tenaga dihasilkan.

Mineral di dalam spirulina termasuklah kalsium, zat besi, magnesium, manganese, phosphorus, selenium dan zink. Mineral yang terdapat di dalam spirulina adalah dalam bentuk 'chelated'. Bentuk ini adalah lebih mudah digunakan oleh badan kita.Kandungan zat besi di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sayuran hijau yang lain atau hati lembu. Zat besi ini penting dalam pembentukan darah.Secara ringkasnya, kalsium penting untuk tumbesaran tulang dan gigi. Zink pula penting dalam memastikan fungsi-fungsi enzim berjalan dengan sempurna di samping menguatkan sistem imune badan kita.

Chlorophyll yang didapati di dalam spirulina adalah lebih tinggi berbanding dengan alfalfa atau wheat grass. Struktur chlorophyll menyerupai struktur darah. Perbezaannya, dalam darah ada mineral besi (iron) menyebabkannya berwarna merah, manakala chlorophyll ada mineral magnesium menyebabkannya berwarna hijau. Chlorophyll juga dikenali sebagai 'darah hijau'. Chlorophyll dikenali sebagai pembersih darah.

Beta carotene (vitamin A) dalam spirulina adalah lebih banyak daripada yang terdapat dalam karrot segar. Di samping baik untuk mata, vitamin A adalah sejenis anti-oksidant yang berupaya melawan 'free-radicals', oleh itu ia membantu melawan dan mencegah sel-sel kanser. Selain daripada beta carotene, spirulina juga mengandungi anti-oksidant lain iaitu vitamin E, selenium, zat besi, zink dan phycocyanin (lihat di atas - bahan ini memberikan warna biru pada spirulina). Kandungan vitamin E di dalam spirulina adalah lebih tinggi daripada sumber utama vitamin E wheat germ. Vitamin E, selain sebagai anti-oksidant, memberi tenaga pada anda.

Phycocyanin (bermakna algae biru) yang terdapat di dalam spirulina mengandungi iron (besi) dan magnesium - cuba bandingkan dengan struktur chlorophyll dan darah (sila lihat di atas).

B 12 nya adalah lebih tinggi daripada hati lembu mentah. Vitamin B 12 memberikan tenaga, baik untuk pertumbuhan dan saraf. Vitamin B 12 adalah vitamin yang penting bagi vegetarian (orang yang tidak makan daging).

Spirulina juga mengandungi B kompleks.

GLA di dalam spirulina membantu bagi mereka yang bermasalah kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit sendi (arthritis), eczema dan yang berkaitan dengan masalah haid. GLA hanya didapati di dalam susu ibu dan beberapa tumbuhan seperti evening primrose oil (EPO), blackcurrant dan biji borage (borage seeds).

=====
Kegunaan

=sumber pemakanan yang kaya dengan pelbagai zat.

=pembersih darah dan pembuangan toksin. Kajian di Russia mendapati spirulina mengurangkan kesan-kesan daripada radiasi sebanyak 50% setelah diambil selama 45 hari.

=mengurangkan keasidan badan akibat pengambilan makanan berasid seperti gula, kopi, soda dsb. Ini kerana spirulina tumbuh di dalam media yang beralkali.

=membuang toksin di dalam hati dan buah pinggang.

=membantu pengurangan berat badan di samping menambah kadar metabolisma. Asid amino phenylalanine mungkin boleh membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, tidak semua pengkaji sependapat bahawa spirulina penting atau berkesan untuk mengurangkan berat badan.

=menguatkan sistem imune (daya menentang penyakit) - Spirulina didapati meningkatkan kadar macrophages dan sel-T iaitu sel yang penting dalam proses imune ini. Kajian in vitro (dalam makmal, bukannya dalam badan manusia) di Jepun mendapati spirulina berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel HIV-1, herpes, flu, beguk dan measles. Proses ini mungkin dibantu oleh sulfolipids yang terdapat di dalam spirulina.

=membersihkan perut dengan membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan bakteria-bakteria baik dapat hidup dengan lebih baik. Bakteria yang baik ini menyebabkan penyerapan zat-zat pemakanan ke dalam badan meningkat. Bakteria baik (dipanggil probiotik) ini juga akan mengurangkan jumlah bakteria yang jahat, yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti dari species E.coli dan sebagainya. Masalah sembelit juga mungkin boleh diatasi dengan pengambilan spirulina.

=mengurangkan kadar kolesterol dan sakit-sakit yang berkaitan. Spirulina meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).

=mengurangkan radang arthritis (sakit sendi). Pesakit arthritis juga mungkin mendapat manfaat kerana sifat spirulina yang menguatkan sistem imune.

=merangsang thyroid

=====

Perkara-perkara lain
=Spirulina selalunya diambil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh itu kegunaannya sebagai sumber protein mungkin tidak begitu ketara.

=Spirulina mengandungi gula tetapi ia adalah dalam bentuk rhamnose (dan glycogen). Oleh itu pesakit kencing manis tidak menghadapi masalah mengambilnya.

=Jumlah yang perlu diambil untuk memberikan kesan-kesan baik kesihatan adalah tinggi. Dalam erti kata lain, pengambilan yang banyak adalah perlu sebelum kesan baik dapat dilihat.

=Spirulina adalah selamat untuk wanita mengandung malah pengambilannya boleh digalakkan. Ia mengandungi zat besi yang baik untuk pembinaan darah.

=Ada percanggahan di antara pengkaji mengenai kehadiran vitamin B 12 yang terdapat di dalam spirulina (B 12 tidak terdapat dalam tumbuhan lain). Ada yang mengatakan ia datang dari haiwan seperti serangga dan banyak terdapat dalam tempat ternakan spirulina.

=Ada jenis algae yang mengandungi toksin seperti microcystin. Ia boleh menyebabkan cirit-birit dan pening-pening dan membawa mudarat kepada kesihatan. Pastikan anda mengambil spirulina dari syarikat yang berwibawa sahaja.

=Pengambilan spirulina adalah sebagai supplement sahaja. Oleh itu sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat, anda hendaklah meneruskannya.

=Pengambilan yang disyorkan ialah sehingga 5 gram sehari.

From my Yahoo egroups.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2003 02:55 PM | Show all posts
apa beza nye antara 3 tu..?


Originally posted by nrshahirah at 2003-8-8 12:06 PM:
sebenarnya kalau nak makan spirulina jangan ikut brand tapi ikut isi kandungannya. Kalau pure 99.9% tu, takde campuran lain. 1% tu angin kot.

spirulina elken memang best!. aku jamin sebab ramai  ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2003 03:27 PM | Show all posts
cendana : tak paham la apa beza yang 3 tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aristana This user has been deleted
Post time 13-8-2003 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 13-8-2003 05:22 AM:
Spirulina (nama saintifik Arthrospira platensis) ?

Spirulina ialah sejenis tumbuhan air yang mengandungi hanya satu sel sahaja. Oleh itu, ia tidak mempunyai akar, daun, bunga dsb. Ia adal ...


TQ Dar

Satu maklumat yg berguna
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2003 04:48 PM | Show all posts
maksud cendana elken kan ada 3 spirulina so apa beza dia..


Originally posted by cendana at 2003-8-13 02:55 PM:
apa beza nye antara 3 tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2003 05:15 PM | Show all posts
hmm .. kalau amik spirulina nih leh kurangkan berat badan ker?
ramai yg kata amik benda ni elok?
teringin nak cuba tp i need more info ...
harga spirulina nih mahal ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2003 09:23 AM | Show all posts
cendana: pasal 3 jenis tu..ada 3 iaitu
elken spirulina
hifiber spirulina- lebih fiber.
hi spirulina-lebih kalsium.rasanya dah takde jual. nanti saya confirmkan balik ye.


fly_in_d_sky : alhamdulillah setakat ni kami anak beranak(termasuklah mak/abah + mertua ) memang makan sprirulina. Ianya hanya pemakanan tambahan dan bukan ubat. Harga memang mahal sikit tapi bila difikirkan khasiatnya berbaloi sebab tu kami 'pejam mata'.
Pasal khasiat spirulina

ELKEN SPIRULINA - RAJA SPIRULINA YANG TERULUNG! Elken Spirulina
Apakah Elken Spirulina? Elken Spirulina adilah sejenis makanan kesihatan yang sangat berkhasiat dan merupakan sumber cemerlang 5 nutrien utama (protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral) dan 4 pigmen semulajadi (klorofil, beta karotena, xantofil dan Psikosianin). Rumpai laut yang beralkali tinggi inimudah dihadam dan senang diserap oleh tubuh manusia. Ia merupakan makanan tambahan yang ideal untuk memperolehi tenaga dan mencapai kesihatan yang cemerlang.
Kebaikan:
menyediakan pemakanan harian yang diperlukan oleh tubuh kita secara sempurna
menghalang pertumbuhan sel-sel kanser
menggalakkanmetabolisme tubuh
meneutralkan keasidan tubuh
memperkuat sistem imun
meningkatkan daya penyerapan dan penghadaman
mengurangkan masalah peredaran darah
Kelebihan:
Kandungan protein spirulina adalah tinggi
3.5 kali lebih tinggi daripada daging lembu
2 kali lebih tinggi daripada kacang soya
6 kali lebih tinggi daripada telur
Satu sumber cemerlang pembekalan glukos kepada darah secara pantas
Mengandungi lebih daripada 13 jenis vitamin dan merupakan sumber vegetatif B12 yang terkaya di dunia
Sumber cemerlang mineral (lebih daripada 13 jenis mineral)
Mengandungi 4 jenis pigmen semulajadi termasuk beta karotena (25 kali lebih tinggi daripada lobak merah)
Mengandungi kesemua 8 asid amino yang penting
Nilai pemakanan adilah 14 kali lebih tinggi daripada susu
Elken spirulina adilah selamat, tidak bertoksik dan sangat berkesan
Reply

Use magic Report

popeye This user has been deleted
Post time 20-9-2003 05:02 PM | Show all posts
apa2 brand pun  spirulina,adalah  baik...walaupun aku ni tak de penyakit, tapi aku amalkan spirulina.
mencegah lebih baik dari mengubati..aku amalkan makan spirulina luxor dan aku skang ni nak aktif dalam
perniagaan luxor ni..sesapa berminat nak tau tentang luxor, bolehlah email kat aku....
kita boleh berjumpa dan paling tidak kita boleh tambah kenalan walaupun tak berminat dengan perniagaan.
tak gitu, tak rugi kita tambah kenalan, tapi yg ruginya kalau kita tambah musuh.
aku tak nak kata spirulina si anu tak elok, spirulina si pulan tak bagus, yg aku nak citer ni apa yg aku tau pasal spirulina
dari syarikat luxor,mungkin kita boleh kongsi ilmu atau pengalaman........
mungkin 1/2 tahun ni aku nak berenti keje...sorry ye,, lari sikit dari tajuk...sebenarnya aku nak meluahkan perasaan
aku kat sini....aku nak bernti kerja..........................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

[ Last edited by  blackmore at 3-9-2006 03:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2003 07:28 PM | Show all posts
Sila promote produk korang kat bahagian classified!
Reply

Use magic Report

boykhan_84 This user has been deleted
Post time 21-9-2003 05:49 PM | Show all posts

erm...

siapa kat ipoh..nak beli ELken Spirulina....kol ler aku........
sejak amik produk Elken nie...resdung aku dah elok....tak yah pantang makan langsung..kalo tak dulu tak leh makan ayam langsung...naik jerawat....muker aku pun jadi licin...kulit pun dah cantik....aku amik spirulina je...at first....but now....amik spirulina...aerobic oxcigen.....dalam sebulan belanja produk Elken nie pun dah 200++........

P/s: siapa kata lelaki tak yah jaga keenseman??? kang tak laku..susah....kalo lelaki nak awek cun...aweks kat luar sana pun nak balak cun....ahakss....

[ Last edited by  blackmore at 3-9-2006 03:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2003 02:50 PM | Show all posts
I agree with the trusty source of this food.

Currently 3 major wild supplies of the spirulina algea are, volcano plateu in America, northern sea of Japan and Hawaiian. Other than this, India, Taiwan, Japan in land are supplying cultivated spirulina. Both claimed superior contol over the other.

Here is what my perception.
Natural volcano plateu provide complete minerial contains with clean water running true the habitat. This allows untouch original wild and natural. It is said the DNA chain unchanged since Million years of its exsistence. However, it suffes from recent uncontrolled pollution such as radiation and environment hazardous cause be human activities. The main threat is contamination of mutated variant.

The main reason go for cultivate is mainly avoiding the problem above. The water and the nutriens contains is fomulated to allows the habitat as close as natural. Japan has the most advance control method over this category and following by Australia and India.

A good processing step is essential to preserve the nutritions fact in Spirulina. There are two methods considered as advanced processing. First of them is thru demosituring under medium vaccum without heat threatment. This is to avoid the oxidation iron and deformation of essential proteins. However, the cross contamination is a risk during processing. Those product from this catergory is still in life form! it may regenerate if the condition is allowed.

Second method is gone thru heat threatment by killing the jerms and bacteria on the contaminated source. Then compensated the loss vitamin and proteins with subsititution of second source of elemenet.

The product may appear in liquid form for its exellent absortion thru human body or in raw form for highest level of nutritions preservation.

My personal preference source is US volcano plateu, Kordel and Taiway.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2003 12:55 PM | Show all posts
apesal sumer owang promte brand elken? aku makan spirulina brand Luxor (sekali dgn Jel Gamat). Perubahan yg ketara bile makan spirulina - kurang rasa lapar.
Reply

Use magic Report

bj This user has been deleted
Post time 1-10-2003 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by sha619 at 2-7-2003 03:19 AM:
u want the info, i will email to u, u email address pls


Kembarlah avatar sama?????
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2003 11:31 AM | Show all posts
dulu julia makan spirulina luxor punyer tp x leh tahan selera makan bertambah2 tuh yg julia stop, julia nie kalao makan pil apa2 selera makan mendadak naik eh....tuh yg kena control tp memang product luxor nie bagus julia ada pakai krim dia aloe wonder gel bagus sgt sejuk ajer kalao letak kat muka.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2003 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by aristana at 2003-8-8 11:30 AM:
Salam ANgak

Dah tengok kat website elken, tapi ada dua spirulina (Spailen Spirulina dan Hi Spirulina). Yang mana satu nie???

Harganye berape ah?
aris..hang kat mana? contact den..den buleh bagi harga murah sikit..sikit jelah..cukuplah buat beli sarapan pagi..sehari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.572230 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list