CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: emeira

[Buku] Enid blyton n agatha christie- Murder on the Orient Express (2017) in cinema

[Copy link]
Post time 15-11-2017 02:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 03:55 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 8-11-2018 07:56 PM

Buku pertama Enid Blyton yang saya baca

Enid Blyton. Sumber dari sini.
Oleh : Nisah Haji Haron **
(www.annyss.blogspot.com)

Saya tidak pernah kenal akan nama Enid Blyton sehinggalah saya mendapat hadiah buku sewaktu di sekolah rendah. Ketika itu saya berada di dalam darjah empat. Saya mendapat hadiah untuk tempat pertama pada peperiksaan penggal akhir (darjah tiga). Sebuah buku lagi untuk hadiah mata pelajaran Bahasa Inggeris terbaik.

Itulah titik perkenalan yang terawal untuk karya-karya Enid Blyton.

Dua buku pertama Enid Blyton yang berada di dalam koleksi saya.


Semalam hari lahir Enid Blyton (lahir pada 11 Ogos 1897; meninggal dunia pada 28 November 1968). Semasa kanak-kanak, saya tidak pernah terfikir pun sama ada Enid Blyton ini lelaki atau perempuan. Saya hanya tahu yang cerita-ceritanya menarik dan saya suka membaca karya-karya beliau. Selepas mengenali nama ini, saya terus mencari dan membaca buku-buku Enid Blyton dengan rakus. Saya banyak membaca sehingga masuk ke sekolah menengah. Mungkin setelah masuk ke menengah atas, barulah saya beralih.

Bukan semua ceritanya saya faham. Namun, itu bukan soal. Yang penting, saya baca dan telan. Hadam tak hadam, itu soal lain. Buku ini antara yang memahirkan saya dengan Bahasa Inggeris dan saya percaya, bukan saya sahaja yang mengalaminya. Enid Blyton telah memberikan rangsangan untuk pembaca kanak-kanak remaja. Selain Beatrix Potter (juga penulis buku kanak-kanak, yang lebih banyak menulis untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya berbanding pembaca Enid Blyton), beliau juga antara penulis yang karyanya terlaris sepanjang zaman.

Amalan menghadiah buku kepada pelajar sekolah semakin kurang kini. Anak-anak saya sendiri juga sudah tidak menerima hadiah dalam bentuk buku apabila pada Hari Anugerah Kecemerlangan. Malah, ada perpustakaan yang menghadiahkan hamper berbentuk makanan ringan dan air bergas sebagai hadiah untuk hadiah yang sepatutnya diberikan buku.  Bukannya plak atau piala itu tidak bagus, hakikatnya, plak itu ialah barang yang tidak dapat dimanfaatkan, selain mengumpul habuk di atas almari. Hendak dibawa tidur seperti buku, bimbang tercucuk pula di sana sini. Lantas, bukulah hadiah yang paling sesuai untuk menghargai pencapaian akademik seseorang.

Kini, buku ini sudah boleh saya wariskan kepada anak-anak. Mereka dapat lihat suatu kenangan yang sedikit sebanyak, bolehlah dijadikan sebagai dorongan mahupun cabaran. Hadiah 30 tahun nan lalu masih lagi dapat dimanfaatkan pada hari ini.

Anak-anak yang mula gila membaca juga terkena tempias buku-buku ini, walaupun mereka kini sudah ada bahan bacaan pilihan masing-masing. Mereka juga mengenali Roald Dahl, Beatrix Potter dan siri-siri yang lain untuk bacaan di dalam bahasa Inggeris.

Berbanding piala-piala  yang saya kumpul sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti, buku-buku yang menjadi hadiah ditempatkan di rak perpustakaan mini saya ataupun di ruang tamu. Piala-piala itu terbiar di dalam almari di bahagian belakang rumah kerana banyak memakan ruang. Bukanlah tidak menghargai hadiah yang sedemikian, tetapi kurang manfaatnya. Andai lukisan, boleh juga digantung. Kalau sijil, boleh dimasukkan ke dalam fail.

Kembali kepada buku-buku terawal Enid Blyton yang menjadi sejarah pembacaan saya, bagaimana dengan anda? Adakah Enid Blyton pernah membentuk dunia remaja anda? Apakah pula buku Enid Blyton yang terawal yang anda baca? Kongsi di sini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052946 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list