CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3381|Reply: 9

Tentang Nisfu Sya'aban

[Copy link]
Post time 7-9-2006 05:15 PM | Show all posts |Read mode
excuse me...aku nak tanyer ler..
hari nie nisfu syaaban kan..btl ker surah Yassin x perlu dibaca mlm nie but surah yg patut kiter bace ialah Surah Kahfi..:hmm:
aku terconfius plak sebab sebelum nie aku bace surah Yassin 7 kali..but this time member aku ckp we just need to read surah Kahfi once..:hmm:

[ Last edited by  antiQue at 8-9-2006 11:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


azwine This user has been deleted
Post time 7-9-2006 07:44 PM | Show all posts
jpl_fan,

kalau ikut buku (kelebihan amalan pada bulan rejab, syaaban & ramadhan oleh haji johari hj alias) ada dicatatkan bahawa digalakkan baca surah yassin 3 kali.

1. yassin yg pertama niatkan utk panjang umur utk mentaati segala perintah allah lepas tu baca doa.
2. yassin ke2 niatkan utk memohon keluasan rezki yg halal serta diberkati lpas tu baca doa
3. yassin ke3 niatkan utk tetapkan iamn yg sempurna hingga meninggal dunia kelak lpas tu baca doa.

maaf nak tanya malam nie ke nisfu syaaban bukan esok ker?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 10:48 PM | Show all posts
malam ni kan..huhuuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 10:57 PM | Show all posts

Permasalahan tentang Nisfu Syaaban

Teks ni saya dapat dari seorang ustaz...


Penyelesaian Nisfu Syaaban

DI ANTARA perkara yang mengkucar-kacirkan umat ialah apabila ada orang yang menyalahkan atau menyesatkan amalan yang dilakukan para ulama dan solehin kerana kesalahfahaman tentang hadis daif dan peranannya.

Mereka tidak mendefinasikan betul-betul perbezaan takrif (makna) antara hadis daif dan hadis maudhu' (palsu). Di antaranya, amalan menghidupkan malam Nisfu Syaaban.

Sebagaimana yang diketahui, Allah s.w.t. memuliakan sesuatu amalan dengan keberkatan tempat dan waktu.
Beramal di Masjidul Haram di Mekah, tidak sama dengan beramal di tempat kita. Beramal di Masjidul Haram adalah 100,000 kali ganda pahalanya daripada beramal di masjid biasa.
Beramal pada bulan Ramadan, Allah s.w.t. menjanjikan gandaan pahala. Begitu juga beramal pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu malam. Allah s.w.t. memuliakan bulan-bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab) dengan gandaan pahala.

Maka di dalam agama Islam ada hari-hari yang mulia sebagaimana dinyatakan oleh Fadhilatu Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf, seorang ulama besar Al-Azhar dan juga bekas mufti kerajaan Mesir, dalam karangan risalahnya bertajuk Risalah kelebihan malam Nisfu Syaaban.
Di antara kata-katanya adalah mengenai kelebihan yang ada pada hari atau malam yang tertentu dalam Islam iaitu malam Israk, malam Lailatul Qadar dan malam Jumaat sebagaimana dianjurkan oleh Nabi s.a.w.

Begitu juga pada hari Khamis, Jumaat, Isnin, Hari Asyura juga bulan-bulan Haram, bulan Ramadan dan Syaaban merupakan waktu-waktu yang mempunyai fadilat dalam agama dan manfaat duniawi.

Hadis daripada Saidatina Aisyah: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah mencurahkan kelebihan yang banyak pada empat malam, iaitu malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

Cuma apa yang ingin diutarakan oleh Abd al-Razzaq Abd Muthalib (dalam artikel yang dikeluarkan pada 13 dan 15 Oktober 2003, (Nisfu Syaaban hadis lemah, palsu di sekelilingnya) tidak jelas.

Sekejap beliau mengatakan hadis ini daif, sekejap lagi hadis ini maudhu' atau hadis ini tidak sahih. Suatu penyalahgunaan istilah ilmu hadis yang dimainkan kepada awam kaum Muslimin, sebagaimana yang diperingatkan oleh Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Ulm Al-Azhar, Muhaddithin dalam kitabnya ``Peranan hadis daif dalam Islam'' katanya, di antara kebiasaan sesetengah mereka (yang menolak hadis daif) meragukan orang Islam dan penipuan yang dilakukan pada menyatakan darjat hadis dengan katanya (hadis itu tidak sahih .... maknanya hasan atau daif) tetapi nada perkataan mereka meragukan Muslimin awam seolah-olah hadis itu maudhu' (palsu). Tidak ada dalam kitab-kitab hadis penggunaan istilah ini. Di antara yang lebih malang lagi mereka menyamakan hadis daif dengan hadis maudhu'.

Tentang amalan yang tidak disuruh oleh Nabi s.a.w., firman Allah s.w.t. Apa yang dibawa oleh Nabi maka ambillah dan apa yang dilarang tinggalkanlah. (ayat 7 Surah Al-Hasyr). Allah menyebut `tinggalkan apa yang dilarang', Allah tidak menyebut: tinggalkan apa yang tidak disuruh.
Tentang kaedah Fikhiyah yang disebut oleh Ar-Razzaq, asal di dalam ibadah adalah dilarang. Kaedah itu diterima jika ibadah itu tidak ada dalil, tetapi di sini ada dalilnya dengan hadis-hadis yang disebut oleh ulama yang mencintai ibadat dan inginkan rahmat daripada Allah s.w.t. tentang fadilat malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya.

Cuma saudara Ar-Razzaq tidak memahami hadis daif sebagaimana kefahaman ulama hadis.
Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim di dalam Risalah Peranan Hadis Daif meriwayatkan daripada Ibnu Abdul Al-Bar di dalam kitabnya (Himpunan Menyatakan Ilmu dan Kelebihannya). Katanya, Ahli Ilmu dan Jamaahnya mempermudahkan riwayat di dalam fadilat amalan dan mereka meriwayatkannya dan mereka meneliti dengan keras di dalam bab hukum.

Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan: hadis apabila datang tidak menyatakan hukum halal/haram adalah di dalam bab targhib dan tarhib dan dipermudahkan riwayatnya.

Imam Ramli mengatakan: Hadis-hadis yang bersangatan daif apabila dihimpunkan antara satu sama lain maka dibuat hujah di dalam fadilat amalan/peringatan/manakib/sejarah dan seumpamanya.
Riwayat Abd. Sheikh Ibnu Hibban di dalam kitab An Nawaib (hadis marfu' daripada Jabir r.a.: Sesiapa sampai kepadanya daripada Allah sesuatu tentang kelebihan amalan dan ia amalkan dan percaya dan mengharapkan balasan, maka Allah akan memberinya walaupun di sebaliknya tiada.

Di dalam mu'jam Ausat riwayat Tabrani daripada Anas: Sesiapa yang sampai perkhabaran daripada Allah tentang sesuatu kelebihan amalan dan tidak mempercayainya maka dia tidak memperolehinya.

Tentang amalan membaca Yasin tiga kali dengan niat-niat tertentu tidak menyalahi syarak kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda. Yasin (memberi faedah) mengikut niat bacaan. Dan juga hadis yang lain pada menyatakan fadilat Yasin.

Begitu juga doa-doa yang baik boleh dibaca sama ada daripada Nabi s.a.w. atau sahabat dan daripada ulama dan solehin.
Fadhilatu as-Sheikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Kerajaan Mesir di kalangan Ulama Besar Al-Azhar mentahkikkan dan mentashihkan kitab himpunan doa dan amalan yang ditulis oleh Syeikh Abd. Hamid, ulamak Masjidul Haram di dalamnya ada amalan membaca Yasin tiga kali dengan niat yang tertentu dan juga doa-doa di samping dia sendiri menulis kitab tentang amalan pada malam Nisfu Syaaban.
Sekurang-kurangnya saudara Ar- Razzaq yang ingin berpegang dengan pendiriannya menghormati adab ikhtilaf di dalam perkara furu'/ibadat menghormati kepada mereka yang ingin beramal. Tidak menyesat dan membidaahkan golongan ulama dan solehin yang beramal dan tamakkan rahmat dan kemuliaan daripada Allah s.w.t.


- ABU DHIYA, Kolej Islam Al Majidiah, Batu Kikir, Negeri Sembilan.


[ Last edited by  antiQue at 8-9-2006 11:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 03:30 PM | Show all posts

Fatwa tentang merayakan sambutan nisfu syabaan

Tolong kalau ada sapa2 yang arif, boleh minta pandangan tak sebab selama ni saya diberitahu tentang sunat berpuasa pd 15 syabaan dan membaca yassin tu...

Fatwa tentang Merayakan Sambutan Nisfu  Syaaban



Bacaan yasin


Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w.  atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung  di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin  dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah  sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah  ciptaan rakyat tempatan khusus  untuk amalan penduduk nusantara ini!



'Solat Sunat' Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): 揚ada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." [al-Maa抜dah 5:3]. 揚atutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 03:33 PM | Show all posts
sambungan dia.....

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur抋n dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: 揧ang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2006 03:34 PM | Show all posts
Sheikh al-Imam Abu Muhammad 慉bd al-Rahman bin Isma抜l al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur抋n, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid抋h yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
揚ada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..厰[al-Ma抜dah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: 揃arangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 03:46 PM | Show all posts
Nisfu Syaaban - Hentikan penyebaran hadis palsu
Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB


ADALAH sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa bulan Syaaban mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun, menggalakkan orang ramai beribadah pada bulan ini dengan disebarkan hadis-hadis palsu adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan hadis yang disebarkan adalah mengenai malam Nisfu Syaaban serta solat dan doa yang khusus pada malam ini. Begitu juga dengan puasa sunat khusus pada hari Nisfu Syaaban.

a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Syaaban

Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi s.a.w. menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan amalan-amalan khusus seperti sembahyang sunat khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya :

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali r.a.: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar.

Hadis ini adalah maudhu', diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu'ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami' dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Syaaban, ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya.

Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu'. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: `'Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Syaaban seribu kali surah al-Ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat; tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya daripada berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya.'' Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu'.

Kebanyakan hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan-amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah s.a.w. akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

Al-Hafiz al-Iraqi berkata: `'Hadis tentang solat pada malam Nisfu Syaaban adalah maudhu', direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.'' Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya, al-Majmu': ``Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bidaah (ditokok tambah dalam agama).''' (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: `'Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Syaaban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu' seperti yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu.'' (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', hal. 11).

Ulama kontemporari masa kini, Syeikh Dr. Yusof al-Qardhawi juga menyatakan di dalam fatwanya: `'Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah.''

Beliau menambah lagi: `'Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya''. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis thabit yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti: `'Dan pada malam Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.'' (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Syaaban.

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi s.a.w. yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Syaaban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Syaaban sahaja dengan menganggap ia adalah sunah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qardhawi: `'Di dalam kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).(Rujuk: Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)

c) Hadis tentang amalan akan diangkat pada malam Nisfu Syaaban.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pada malam Nisfu Syaaban. Justeru, kebanyakan umat Islam akan menghidupkan malam ini dengan membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman. Pendapat ini adalah tidak tepat dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya.

Demikianlah beberapa perkara yang sering dibincangkan di dalam bulan Syaaban ini. Semoga melalui beberapa hadis yang dibawa ini serta pendapat para ulama, jelaslah kepada kita tentang kedudukan hadis-hadis tersebut di sisi ulama hadis. Ketahuilah sesungguhnya segala perkara yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadilat dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah s.w.t. Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh mendakwa dan menjanjikan sebarang fadilat atau keberkatan tertentu dengan mereka-cipta amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Marilah sekali lagi kita menyemak dan memastikan segala amalan ibadah yang kita lakukan ini bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. untuk melayakkan amalan tersebut diterima di samping diiringi dengan keikhlasan kepada Allah s.w.t. Ayuhlah kita bersama-sama membenteras kegiatan penyebaran hadis-hadis palsu dan dusta di kalangan masyarakat kita. Semoga kita semua akan mendapat pertolongan dan diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t.

Daripada Utusan M'sia (19.09.05)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2006 12:05 PM | Show all posts
Solat sunat, baca Yasin, digalak sempena Nisfu Syaaban


Apakah hukum mengadakan majlis Nisfu Syaaban dan jamuan sambutan sebelum kedatangan Ramadan? Apakah Yasin yang dibaca perlu diterjemahkan?

LAZIMNYA di Nusantara yang dilakukan pada majlis Nisfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban adalah solat sunat dua rakaat selepas solat Maghrib kemudian membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dengan niat ditetapkan iman, dipanjangkan umur dalam ibadat dan murah rezeki dan selepas itu membaca doa Nisfu Syaaban yang masyhur.

Dari segi amalan iaitu solat sunat dua rakaat, membaca surah Yasin dengan diniatkan mendapatkan sesuatu seperti di atas dan membaca doa dalam bentuk apapun adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam kerana ia adalah ibadah demi mendekatkan diri kepada Allah. Anggap saja kita melakukan amalan ini bukan pada majlis Nisfu Syaaban tetapi pada masa lapang kita. Sudah tentu tidak ada orang mempertikaikannya, malah mereka ini dianggap penghalang orang beribadat.

Pertikaian timbul ketika amalan di atas dikaitkan dengan majlis khas iaitu majlis Nisfu Syaaban. Maka ada yang mengatakan ia bidaah dan ada pula yang mengatakan ia sunat dan masing-masing mempunyai hujah sendiri dianggap sah dari sudut pandang ilmu ijtihad.

Dalam kitab Lata'if al-Ma'arif fi ma Limawasim al-'Am min al-Wazaif karangan Ibn Rajab al-Hambali (w 795H) dibincangkan dengan jelas masalah di atas pada muka surat 259-269 yang intinya ulama Hijaz membidaahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Syaaban manakala ulama Syam khasnya para Tabi'in mengagungkan malam Nisfu Syaaban.

Ulama Nusantara mengikuti jejak ulama Syam, utara Semenanjung Arab sekarang dengan tidak menyalahkan ulama Hijaz, Saudi sekarang.

Bagi ulama Syam cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan memperbanyakkan ibadah dan doa, bagi ulama Nusantara cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban seperti disebutkan pada permulaan jawapan ini.

Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri, dan pelaku zina.

Berkenaan dengan jamuan sebelum kedatangan Ramadan, ia juga dapat dikategorikan masalah khilaf. Bagi yang mengamalkannya, ia adalah satu daripada cara meluahkan rasa gembira kerana kedatangan Tetamu Agung yang datang sekali setahun, bukankah seorang muslim dituntut berasa gembira dengan kedatangan Ramadan dan untuk berasa sedih dengan pemergian Ramadan?

Adapun bacaan surah Yasin, tidak perlu diterjemahkan, tapi diperlukan adalah ilmu tajwidnya supaya bacaan kita benar.

Pahala yang dijanjikan dalam membaca al-Quran termasuk surah Yasin adalah apabila dibaca dalam bahasa asalnya yang diturunkan dari langit kepada Nabi Muhammad SAW.

Kita membaca al-Quran dalam bahasa Arab sama ada faham atau tidak faham adalah masalah ta'abbudi atau ibadat yang tidak akan sama dengan membaca terjemahannya.

Umat Islam diperintahkan membaca al-Quran yang dalam bahasa Arab bukan membaca terjemahannya.

Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 06:23 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062302 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list