CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9942|Reply: 124

INA-MAWI, SENSASI DAN TAKDIR ILAHI Datuk Ruhanie- merged (buku mawi di pasaran)

[Copy link]
Post time 19-7-2006 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Di ambil dari http://kuda-kepang.blogspot.com/

Hari-hari, di mana sahaja, di seluruh dunia, ada orang jatuh cinta. Orang Eskimo jatuh cinta. Orang Bedui jatuh cinta. Orang Maori jatuh cinta. Orang Putih jatuh cinta. Orang Hitam jatuh cinta. Orang Melayu pun jatuh cinta. Baik cinta pandang pertama, baik cinta kristel, baik cinta fotokopi, baik cinta monyet, baik cinta buaya, baik cinta naga, baik cintan-cintun, kesemuanya adalah cinta.

Hari-hari juga ada kekasih menyimpulkan pertunangan. Orang Red Indian bertunang ikut adat nenek moyangnya. Orang Mongolia bertunang ikut adat budayanya. Orang Dayak bertunang ikut adat Dayak. Orang Kedayan bertunang ikut adat Kedayan. Orang Batak ikut adat batak. Orang Jepun ikut adat Jepun. Orang Rohingya ikut adat Rohingya. Orang Melayu pun ikut budaya, adat dan susila Melayu. Maksudnya, pertunangan yang jadi ikatan cinta antara dua kekasih yang berjanji akan menjejaki jinjang pelamin, lumrahnya dilakukan secara beradat dan bersusila. Hanya orang yang buta adat dan susila sahaja yang bertunang tanpa mengikut adat dan susila.

Begitu juga dengan perkahwinan. Hari-hari ada sahaja pasangan yang naik ke jinjang pelamin. Kalau ikut stail Hollywood, majlis pernikahan dan jamuan perkahwinan sering di adakan di taman-taman. Kalau ikut gaya Bollywood, majlis perkahwinan disambut secara besar-besaran. Kalau ikut budaya orang Melayu di kampung-kampung di Johor, upacara pernikahan selalunya didahului dengan majlis khatam Quran dan Berzanji oleh pengantin perempuan. Kalau ikut amalan golongan Melayu yang kaya raya, majlis perkahwinan selalunya dijadikan majlis menayang harta dan kekayaan. Sesuatu majlis jamuan perkahwinan Melayu katgori ini mungkin boleh menelan ongkos sampai berjuta ringgit. Apa pun, perkahwinan adalah perkahwinan. Raja Sehari pada majlis itu dirai dan dimuliakan.

Soal perceraian pun begitu juga. Hari-hari ada sahaja orang yang bercerai-berai. Ada orang bercerai kasih kerana kematian. Ada orang yang bercerai-berai kerana tiada keserasian hidup. Ada orang bercerai atas seribu satu sebab dan alasan. Apa pun, segala-galanya adalah suratan takdir Allah SWT jua. Tetapi, pihak yang beriman akan menerima hakikat perceraian dengan tenang. Pihak yang sebaliknya, akan menggelabar dan kecewa habis-habisan - seolah-olah matahari tidak akan terbit lagi, seolah-olah purnama juga akan terus menyepikan diri buat selama-lamanya.

Oleh itu, percintaan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian adalah lumrah kehidupan. Di kalangan kaum marhaein dan rakyat biasa, kesemua ini berlaku di mana-mana, di seluruh dunia, tanpa banyak karenah, tanpa banyak bicara. Bagaimanapun, hakikat ini berbeza sekali dengan golongan selebriti.

Di Hollywood, Amerika Syarikat, dan di Bollywood, India, liputan gossip, skandal, kisah dan berita yang membabitkan selebriti bercinta, bertunang, berkahwin dan bercerai memang merupakan suatu cabang industri yang lumayan. Sebab itulah banyak pihak media jadi teruja, ghairah dan terus berlumba-lumba untuk melaporkan sesuatu berita sensasi memabitkan percintaan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian kelompok selebriti.

Hakikat kegairahan seperti ini pun sedang dirasai di Malaysia. Hari-hari ada sahaja berita membabitkan selebriti. Gossip penghibur Siti Nurthaliza dengan jutawan Datuk K sentiasa memanaskan suasana. Rentetan kisah perceraian Yusry dengan Erra Fazira sentiasa melariskan jualan sesetengah kategori akhbar dan majalah. Gossip Mawi dengan Nordiana Rafar pula hangat, panas dan membahang buat beberapa minggu lamanya.

Hari ini, segolongan rakyat Malaysia terus disensasikan dengan kisah cinta Mawi dan Ina putus tunang, Siti Nurhaliza dan Datuk K tidak lama lagi akan bernikah, Yusry dan Erra Fazira pula disahkan percerainannya oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 10 Julai 2006. Kisah-kisah ini menjadikan segolongan rakyat Malaysia berdebat kosong di kedai-kedai kopi, di disko-disko dan di mana-mana sahaja pusat hiburan bagi anak-anak muda di seluruh negara.

Bagaimanapun, kisah putus tunang Mawi dan Ina, nampaknya jadi berita paling sensasi sekali. Hari-hari ada sahaja cerita mengenainya. Baik dalam akhbar, mahu pun dalam media elektronik. Ada kisah mengenai perang mulut antara keluarga Mawi dan keluarga Ina. Ada juga berita tentang pertikaman lidah Mawi dan Ina.

Pada suatu ketika, Ina juga menerima liputan berita televisyen. Dia jadi glamor. Dia juga jadi popular. Pihak yang simpati kepada Ina pun kesal terhadap keputusan Mawi. Tetapi, ada juga segolongan peminat Mawi yang teruja dan bergembira. Sesetengah anak dara yang perasan mulalah memasang angan-angan dan bermimpi. Hati kecil masing-masing berdoa, moga-mogalah Mawi melamar mereka suatu hari nanti!

Pada pertengahan 2005, Mawi atau Asmawi Ani, adalah juara Akademi Fantasia 3. Sejak itu, bintangnya sentiasa memancar bergemerlapan. Mawi memenangi pelbagai lagi gelaran yang glamor. Mawi jadi duta pelbagai produk. Mawi jadi rebutan penganjur majlis sukaria. Mawi digilai ramai anak gadis. Mawi jadi jutawan. Mawi terus mempesona. Mawi adalah auraputera.

Seluruh kejayaan di atas, serba sedikit menjejaskan ksejahteraan hidup Mawi. Dari sebuah kehidupan yang amat private, Mawi kini mengharung hidup yang amat public. Dari sebuah kampung di Felda Taib Andak, Johor, Mawi kini berhijrah ke kotaraya Kuala Lumpur. Dari suasana hidup yang tenang dan damai, Mawi kini berhadapan dengan hidup yang pantas dan menggoda.

Begitu pun, cinta Mawi tetap tidak berubah. Sebelum menjuarai AF3, Mawi bercinta dengan Nurdiana Md. Naim, atau Ina, gadis daripada Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Sesudah menjadi juara AF3 pun cinta Mawi tidak berubah. Dalam dua sessi wawancara saya dengannya pada 22 Februari 2006 dan 17 Jun 2006, Mawi tidak sekali-kali membayangkan bahawa cintanya terhadap Ina sedang bermasalah atau sedang menuju jalan buntu. Malahan Mawi memberitahu saya bahawa cintanya terhadap Ina adalah cinta yang sejati.

Begitu juga dengan Ina. Saya mewawancaranya pada 20 Jun 2006. Katanya, dia tetap yakin kepada cinta Mawi. Dia juga sentiasa menaruh harapan supaya Mawi tidak berubah hati. Sebagai insan biasa, kata Ina, dia akan cuba sedaya upaya untuk memelihara ikatan pertunangannya dengan Mawi. Ina bersikap demikian, katanya, kerana dia terlalu menyintai Mawi.

Saya mewawancara Mawi dan Ina seperti di atas untuk buku saya berjodol Mawi:Auraputera. Buku ini sedang dalam proses penerbitannya. Ia akan menemui para pembaca tidak lama lagi. Dalam buku ini terdapat beberapa isu hangat, sensasi dan kontroversi.

Lantaran itu, saya sendiri pun jadi bingung bila kisah Mawi dan Ina putus tunang meletus dalam akhbar baru-baru ini. Saya juga kesal dengan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi bila bab mengenai kisah cinta Mawi dan Ina dalam buku Mawi:Auraputera ini jadi seolah-olah janggal dan tidak relevan.

[ Last edited by  dexa at 17-9-2006 07:07 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2006 04:51 PM | Show all posts

Reply #1 kekekek's post

sambungan...

Lantas, saya pun teliti balik seluruh wawancara saya dengan Mawi dan Ina. Saya sorot kembali kesemua jawapan mereka kepada soalan saya mengenai cinta, pertunangan dan perkahwinan. Penelitian dan sorotan tersebut menemukan saya dengan beberapa kenyataan yang mungkin membayangkan keretakan cinta dan pertunangan Mawi dan Ina kebelakangan ini. Contoh soalan saya, jawapan Mawi, dan jawapan Ina, dalam wawancara di atas, adalah seperti berikut:

Ruhanie: Pada 18 Ogos 2005, Tunku Makhota Johor, YTM Tunku Ibrahim Ismail, menasihati Saudara supaya memelihara ikatan pertunangan Saudara dengan Ina. Saudara pula mengatakan yang Saudara akan menjadikan nasihat itu sebagai azimat dan pesanan terhadap diri Saudara dalam meneruskan perjuangan di dunia seni. Jadi, adakah Saudara akan mengkhianati percintaan Saudara terhadap Ina?

Mawi: Saya tetap setia terhadap cinta dan sayang Ina terhadap saya. Saya akan memelihara cinta dan sayang itu dengan semurni-murninya.

Ruhanie: Kalau gitu, bila Saudara nak menikahi Ina?

Mawi: Saya belum bercadang untuk bernikah dengan Ina dalam waktu terdekat ni. Saya belum ada rancangan berkahwin kerana tarikhnya masih belum ditetapkan. Saya akan kahwin bila dah sampai jodoh!

Ruhanie: Ada pihak mengatakan Ina pernah menerima SMS meminta Ina putuskan hubungan dengan Mawi. Betul ke?

Ina: Memang betul Datuk! Ina hairan, macam mana dia orang dapat nombor telefon Ina!

Ruhanie: Dalam buku Mawi Jantung Hatiku, Ina kata yang Ina bimbang dan khuatir hubungan cinta Ina dengan Mawi akan musnah bila Mawi jadi popular. Adakah kebimbangan dan kekhuatiran itu masih wujud hingga ke hari ini?

Ina: Semua perasaan tu lenyap bila Mawi kata pada Ina, yang Ina ni adalah cinta pertamanya. Mawi juga kata pada Ina, Mawi tak akan lupa daratan dan tak akan jadi kacang lupakan kulit. Mawi kata, dia hargai pengorbanan Ina selama ini!

Ruhanie: Ina percaya kata-kata Mawi? Macam mana kalau dia mungkir janji? Macam mana kalau Mawi termakan hasutan pihak-pihak yang berusaha memutuskan percintaan dan pertunangan Ina dengan Mawi?

Ina: Ina tetap yakin kepada cinta Mawi. Ina tetap percaya pada takdir Allah SWT. Ina juga sentiasa menaruh harapan kepada Mawi supaya tak berubah hati! Kalau Ina tak yakin, dengan takdir, buat apa Ina sanggup bertunang dengan Mawi? Betul tak Datuk?

Ruhanie: Maksudnya, Ina tetap sayangkan Mawi?

Ina: Mesti. Ina tak berubah. Ina sabar menanti. Ina juga sabar menghadapi cabaran dan dugaan! Ina serahkan kepada Mawi untuk menilai cinta, kasih dan sayang Ina terhadap dirinya. Ina juga serahkan hal ini kepada Allah SWT!

Ruhanie: Betul ni?

Ina: Betul, Datuk! Sebagai manusia biasa, Ina akan cuba sedaya upaya Ina untuk memelihara ikatan pertunangan Ina dengan Mawi. Ini kerana Ina terlalu menyintai Mawi. Pada waktu yang sama, Ina tetap pasrah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan hidup Ina. Ini kerana Ina percaya kepada qada
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 04:58 PM | Show all posts
Seorang lagi manusia mengambil kesempatan di atas cerita hidup Mawi & Ina.. itu je aku boleh faham dari tulisan di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 05:19 PM | Show all posts
berapa hits blog penulis murahan kuda kepang nie..?

Dey.. lebai sudah tada syok dengan INA sajak 5 bulan lepas laa...... lagi mau tifu kunun 22 Feb takde nampak apa - apa perubahan..


Sebenarnya Labai Auta ni dah........

aaaahhhhhhhhhhhhh... penat aku nak taip balik.... peminat labai bukannya paham... kalau dah minat penyanyi idola botak mereka nie....... mak bapak pun depa sanggup bangkang...... penyanyi botak itu aja yg batul...... ;ah:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 06:08 PM | Show all posts
semuanya tadir allah, sekarang kita bersatu esok kita putus. hari ni kita sedap mengutuk esok lusa org mengutuk kita balik.. bergitulah perjalanan hidup kita, tak semestinya kita di atas esok lusa ke bawah...........mcm org dalam dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 06:15 PM | Show all posts

Reply #5 mata_bulat's post

ingat hari ini kt WORLD xsemestinye kt WORLD selama2nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 06:54 PM | Show all posts

Reply #5 mata_bulat's post

dan aku rasa mesti mawi dulu2 suka kutuk org...sebab tu la ni  dia selalu kena kutuk...tak gitu???
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:14 PM | Show all posts

Reply #7 peYno's post

, mcm TERkena diri sendiri jer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 08:28 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 19-7-2006 14:54
dan aku rasa mesti mawi dulu2 suka kutuk org...sebab tu la ni  dia selalu kena kutuk...tak gitu???

sebab tu peYno suke kutuk mawi???pasni org kutuk peYno lak...hehe...GAM KAT klcc ok peYno???
:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:53 PM | Show all posts

Reply #8 DTECCONAN's post

tu la pasai dia ingat dia cakap camtu macam nak membela mawi...pusing balik ayat dia tu...rasa macam kena kat mawi pulak...prrrfthhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:54 PM | Show all posts
tak de sape nak summraize kan ke??aku tak paham sangat la
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 06:25 AM | Show all posts
Kesimpulannya bukan jodoh MAWI dan INA gamaknya ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 07:02 AM | Show all posts
Datuk ni pun nak ambil kesempatan atas Mawi. Kalau politician tu tulis-tulislah buku tentang perkara yang bolih menbantu rekayat bukan kisah cinta orang.. kisah cintanya dia dengan bekas isterinya tidak mahu di paparkan ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 08:26 AM | Show all posts
uihss...panjangnya artikel kat atas tu. konpem aku tak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 09:09 AM | Show all posts
Amik kesmpatan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 09:52 AM | Show all posts
malas ler nak baca pun..neway moga deduanya berbahagia ngan hidup memasing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2006 10:11 AM | Show all posts
uish.... ina ada pengurus dan PA?..... wah glemer betul kerja dia tu yer...sejak bila pula executive pemasaran ada pengurus dan PA?.... eh.. betulkan...itu antara isi kadungan petikan diatas?...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by ikz at 20-7-2006 10:11 AM
uish.... ina ada pengurus dan PA?..... wah glemer betul kerja dia tu yer...sejak bila pula executive pemasaran ada pengurus dan PA?.... eh.. betulkan...itu antara isi kadungan petikan diatas?...


2 la kan.. siap ada pengurus ngan PA 2.. glamer tul dia dah skrg ni.. mawi pun kalah.. hahahaha.. org dah putus tunang pun nak kuarkan lagi buku ni.. mmg x relevan langsung.. esok tgk mawi kat AC disini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 01:29 PM | Show all posts
ha ah ................mlm ni tngk mawi kat AC di sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2006 10:27 AM | Show all posts

Buku Mawi Akan Berada di Pasaran

credit to VM at MFC

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.072054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list