CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: meera_cute

LAPOR SIAR ANUGERAH ERA 2006!!

 Close [Copy link]
Post time 12-9-2006 09:02 AM | Show all posts
Denim, kulit warnai AE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2006 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 9-9-2006 11:16 PM
Ct menang gak, kesian Mawi x menang satu anugerah :lol


thn depan klu calonkan mawi utk anugerah wanita pilihan mesti mawi blh menangnya...tp mawi kenelah pakai rambut wig...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:12 PM | Show all posts
Populariti penting bagi Anugerah Era


SESUDAH lima tahun penganjurannya, pasti ramai mengharapkan penganjuran Anugerah Era 06 tahun ini kekal sebagai acara majlis yang penuh dengan kemeriahan serta berprestij. Mungkin ada yang menganggap apa ditampilkan pada anugerah itu baru-baru ini di Stadium Putra, Bukit Jalil sudah pun mencapai matlamatnya.

Namun tidak kurang pula yang berpendapat sebaliknya. Lawak jelik pengacaranya, Linda Onn dan Saiful Apek yang mempersendakan isu peribadi artis dan sensitiviti artis dianggap mencemarkan penganjuran keseluruhan anugerah itu.

Kemenangan besar Mawi dan segelintir bintang Akademi Fantasia (AF) malam itu menjadikan majlis itu seakan tiada kejutannya lagi. Cuma dari sudut persembahan saja, Anugerah Era ini mampu dipuji.

Apa reaksi Pengurus Rancangan Radio Era, Rostam Said yang juga tenaga dan penggerak di belakang tabir anugerah berkenaan? Ikuti temubual wartawan Harian Metro, Ellyna Ali bersama Rostam seterusnya.

SOALAN (S): Ramai berpendapat penganjuran Anugerah Era tahun ini kurang meriah. Apa komen saudara?

Jawapan (J): Perkara itu sebenarnya sangat subjektif. Kalau nak dikatakan begitu, dari sudut apa ia kurang meriah? Sebab daripada apa saya lihat, segmen persembahan ditampilkan di dalam anugerah ini sangat bagus sekali. Malah, sebagus penganjuran Anugerah Era tahun lalu. Apapun, kita tidak boleh memuaskan hati kebanyakan pihak.

S: Kemenangan besar Mawi bagaikan sudah dijangka? Adakah itu punca sambutan anugerah ini agak kurang menarik?

J: Saya rasa memang ramai menjangka Mawi akan menang besar. Namun, itu sekadar jangkaan saja dan kebetulan ia jadi kenyataan. Pun begitu, ia secara tidak langsung membuktikan populariti Mawi tidak pernah surut atau padam.

Yang nyata, penonton sebenarnya tidaklah terlalu memberikan tumpuan kepada keputusan diumumkan. Sebaliknya, kebanyakan mereka lebih memberikan tumpuan kepada segmen persembahan diketengahkan di dalam anugerah ini.

S: Hakikatnya yang popular kini lebih menguasai kemenangan berbanding yang terbaik. Bagi mengelak kredibiliti Anugerah Era terjejas apakah langkah bagi memastikan hanya yang layak saja mendapat pengiktirafan sewajarnya?

J: Saya rasa perkara itu juga sangat subjektif. Tidak semestinya yang popular itu juga tidak boleh digolongkan sebagai yang terbaik. Lagipun, kita mempunyai format tersendiri di dalam membuat pemilihan pemenang dan ia berdasarkan pilihan pendengar Radio Era. Sudah tentu status populariti lebih dipentingkan di dalam soal ini.

Pun begitu, kalau dilihat dari satu segi, hendak kata yang popular itu bukan yang terbaik susah juga. Mungkin kemenangan Mawi pada tahun lepas bolehlah disifatkan sebagai pengaruh popularitinya semata-mata.

Tahun ini, nampaknya dia masih lagi mampu bertahan di dalam industri bersama kemenangan yang lebih besar.

Malah persembahan yang diperlihatkan Mawi melihatkan peningkatan yang semakin baik berbanding di awal kemunculannya.

S: Apakah signifikan tema pakaian denim dan kulit dengan anugerah ini?

J: Tema ini dipilih kerana kita mahu menyatukan fesyen dalam muzik pada Anugerah Era kali ini. Sama ada disedari atau tidak, denim dan kulit sering diguna pakai oleh kebanyakan selebriti, penyanyi mahupun penghibur.

S: Apakah perlunya pula pertunjukan fesyen diselitkan di dalam segmen persembahan?

J: Inilah kelainan yang cuba kami tampilkan di dalam Anugerah Era kali ini. Selalunya, bila orang tonton anugerah ini, mereka akan dipersembahkan dengan konsep yang sama saja.

Kali ini, kita cuba pula buat kelainan dengan menampilkan pertunjukan fesyen di dalam segmen persembahan.

Dengan cara ini juga, kita bukan saja dapat menyatukan fesyen di dalam muzik tetapi juga berpeluang untuk membantu mempertingkat industri fesyen tempatan menerusi rekaan dan pereka fesyen baru yang diketengahkan di dalam anugerah ini.

S: Nampaknya Anugerah Era juga menjadi medan untuk menyindir segelintir artis. Tidakkah perkara itu menjatuhkan prestij Anugerah Era?

J: Saya rasa Anugerah Era tidak seharusnya menjadi satu majlis anugerah yang berbentuk serius. Serius yang diambil kira mungkin adalah dari sudut pemilihan artis mahupun pengundian yang dibuat pendengar Era.

Namun di segi 憁ood
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 02:12 PM | Show all posts
rajin yer..dexa baca  surat khabar
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 05:42 PM | Show all posts
mane leh dpt video2 Ae'06 aritu? sesape ade leh bg x link die..macehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 9-9-2006 10:54 PM
Jac menang anugerah lain, dia tak perlu sangat sms ni

Bg peluang yg x dak harapan untuk menang melalui juri menang


senang citer...
Jac BUKAN cita rasa orang Malaysia

senangkan lagi citer
rakyat Mesia rasa Jac tak layak dapat anugerah

pendek citer
Jac tak FEMES
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2006 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 9-9-2006 11:18 PM


Dalam sokkaabr KOSMO hari ni ada kartun tulis
Kalau Mawi masuk kategori Vokal Wanita Pilihan pun Mawi boleh menang

:lol



setuju abis...
pernahke siti menang 6 anugerah dalam 1 malam penyampaian?
hanya mawi je pernah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 07:58 PM | Show all posts

Reply #386 marul78's post

TERINGIN NAK TGK MAWI BOLOT AIM NEXT YEAR... cukup 8 lagu tak ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 08:49 PM | Show all posts
KORANG TAK DE GAMBAR ARTIS-ARTIS WAKTU AE TU  KER??...

SHARE LAH SIKIT...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 09:12 PM | Show all posts

Reply #389 Ustaz_SUFI's post

al ustaz sufi
boleh check la kat - board gossip -
banyak gambar2 tu kat sana...

thanks --
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 13-9-2006 02:12 PM
rajin yer..dexa baca  surat khabar



:nerd:   tak la serajin houdini   :jeling:

btw  dia kirim salam pada jdf tadi --
tak sempat nak sampaikan  ---
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062041 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list