CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1660|Reply: 2

Degupan peserta makin kencang

[Copy link]
Post time 15-9-2006 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

DEBARAN empat peserta One In A Million (OIAM) semakin kencang apabila seorang lagi peserta akan disingkirkan malam ini bagi memberi laluan kepada tiga peserta untuk mara ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, hanya dua peserta akan bertanding di peringkat akhir berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), minggu depan.

Empat peserta yang meneruskan perjuangan malam ini ialah Muhammad Alif Mohd Satar (Alif), Low Sook Yee (Suki), Ahmad Faizal Mohd Tahir (Faizal) dan Dayang Nurfaizah Awang Dowty (Dayang). Siapa dua peserta yang akan berentap pada 22 September ini?

Getir bagi Alif esok jika dibandingkan dengan tiga peserta lain apabila minggu lalu pengkritik tetap Paul Moss, mengatakan walaupun peserta kelahiran Kota Damansara, Selangor itu memberikan persembahan menarik namun nasib tidak akan menyebelahinya minggu ini.

Tidak dinafikan kenyataan Paul Moss itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat setia Alif kerana ia boleh mempengaruhi pengundi.

Sewaktu hadir pada sesi fotografi khas semalam, Aliff berkata, dia tidak bimbang dengan kata-kata pengkritik itu kerana sudah melakukan yang terbaik dan terpulang kepada penonton untuk menilainya.

?aul Moss boleh kata apa saja, tetapi saya percaya nasib saya akan ditentukan penonton setia OIAM.

?ndai apa yang dikatakan Paul Moss benar-benar berlaku esok, saya menerimanya dengan hati terbuka.

?alau hendak diikutkan, saya sudah bersedia disingkirkan sejak penyingkiran minggu ketiga. Saya boleh berbangga dengan pencapaian peribadi apabila dapat bertahan sehingga ke hari ini,? katanya.

Seorang lagi peserta pilihan ramai, Faizal, tidak sangka dapat bertahan sehingga ke minggu akhir memandangkan saingan yang diterima terutama dalam meraih sokongan peminat, amat sengit.

Namun sedikit mengecewakan apabila persembahannya kebelakangan ini kurang memberangsangkan sehingga menerima kritikan kurang baik daripada pengkritik jemputan terutama Zainal Abidin minggu lalu.

?aya bukan mahu menegakkan benang basah, tetapi sebenarnya saya dan Alif demam sewaktu mengadakan persembahan minggu lalu. Saya sudah beberapa hari sakit. Sebelum ini pun sewaktu mendendangkan lagu Love saya demam teruk sehingga terpaksa disuntik ubat di punggung,? katanya.

Faizal turut menafikan persembahannya agak merudum kebelakangan ini kerana masalah rumah tangga seperti digembar-gemburkan pihak media.

?aya tahu siapa yang menyebarkan cerita itu. Percayalah, ia tidak pernah berlaku. Isteri saya tidak hadir ke pertandingan OIAM setiap minggu atas kehendaknya sendiri. Lagipun dia kini sedang mengandung lima bulan.

?idup alam berumah tangga kalau ada perselisihan faham itu perkara biasa. Bagaimanapun, tidak mungkin hal dalaman saya mahu bercerita. Sebagai artis, hidup luar dan dalam sering menjadi perhatian, namun bagi saya ia ada hadnya,? katanya.

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, menjadikan forum yang disiarkan menerusi laman web OIAM sebagai garis panduan di dalam memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

?etiap minggu saya pasti melihat kembali komen yang diberikan peminat. Bagi saya memang ada ketikanya setiap kritikan yang diberikan itu pedih dan tajam untuk diterima. Namun, saya harus membacanya juga kerana di situ saya dapat melihat komen atau maklum balas terhadap persembahan setiap minggu.

Mengenai dirinya yang disenaraikan antara tiga peserta paling bawah minggu lalu, Dayang berkata, dia terkejut namun dalam rancangan bercorak realiti ini pelbagai perkara boleh berlaku.

?alam hal ini sebenarnya sistem pengundian yang diwujudkan dalam OIAM turut mempengaruhi nasib peserta kerana ia bukan saja ada undi masuk tetapi juga keluar.

?da juga maklum balas yang diberikan peminat Dayang bahawa penyokong peserta lain merancang mengundi keluar Dayang bagi memansuhkan undi masuk yang dihantar penyokong lain.

?elihat pada fenomena ini, saya rasa penting setiap penonton setia OIAM memilih peserta yang benar-benar berbakat dan layak untuk memenangi RM1 juta,? katanya.


Membanggakan apabila Suki menjadi satu-satunya peserta yang tidak pernah berada dalam senarai tiga peserta paling bawah. Bagaimanapun, timbul isu kurang menyenangkan apabila ada yang membuat dakwaan Suki bernasib baik kerana undi penyokong Cina tertumpu kepadanya.

?aya tidak bersetuju pendapat itu, kalau persembahan tidak bagus pun tidak semestinya penonton akan memilih saya. Lagipun setiap minggu saya cuba memberikan persembahan terbaik.

?alaupun ada minggu saya menerima kritikan buruk seperti minggu lalu, saya selalu berusaha memperbaiki segala kelemahan.

?alau benar penyokong Cina banyak menyokong saya, pastinya saya rasa bertuah. Kalau boleh, saya mahu mengulangi kejayaan seperti apa yang dikecapi Daniel,? katanya.

Berikut senarai lagu yang bakal dipersembahkan empat peserta ini bagi meneruskan perjuangan sebelum tiba minggu akhir. Ia akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam menerusi 8TV, jam 9.30 malam.

Aliff
1) Namun Ku Punya Hati
2) The Call

Dayang
1) We Belong Together
2) Mencintaimu


Faizal
1) Kenangan Terindah
2) Save Me

SUKI
1) Seindah Biasa
2) Losing Grip


Sumber : Harian Metro Online 15 Sept. 2006

[ Last edited by  bintang^hati at 15-9-2006 12:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2006 03:36 PM | Show all posts
aku benci suki!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 11:07 PM | Show all posts
sama dgn aku!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 1939 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16324 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9211 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063903 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list