CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8354|Reply: 103

MAWI MENGAMUK KAT PUSAT BOWLING

 Close [Copy link]
Post time 21-9-2006 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Betul ke apa yang Niezam dengar ni? Nak percaya pun susah tak nak percaya pun serba salah. Adakah benar seorang juara Akademi Fantasia (AF) bersikap begitu. Mengamuk di sebuah pusat boling? Benarkah?

Entahlah pening memikirkan cerita ini tetapi apabila mengenangkan sumber ini datangnya dari seorang yang boleh dipercayai, Niezam tak boleh nak tolak mentah-mentah beritanya.

Menurutnya, beberapa minggu lalu dia bersama adiknya pergi ke sebuah pusat boling di Ipoh, Perak.

Tengah sedap main boling itu dia dengar satu suara. Bila dia pusing, ternampak jejaka handsome berada di situ.

Siapa lagi kalau bukan Juara AF? Malas nak sebut nama tetapi juara AF baru ada empat orang. Tekalah yang mana satu?

Sebab apa tak mahu sebut nama kerana tak mahu anda dan rakan-rakan Niezam sendiri yang banyak menghabiskan wang terhadapnya rasa kecil hati.

Sumber itu memberitahu Niezam dia terdengar dan melihat penyanyi itu telah menghempas kasut di kaunter pusat boling berkenaan.

Semuanya gara-gara pihak pengurusan boling tidak membenarkan dia dan gengnya menggunakan lorong paling tepi di pusat permainan itu.

Bukan mereka tak mahu bagi tetapi lorong itu sedang diselenggara dan tidak boleh digunakan.

Kata sumber itu, penjaga kaunter tersebut membenarkan penyanyi itu bermain di lorong yang lain tetapi dia tetap berdegil dan mahu juga di lorong yang tidak dibenarkan itu. Keras kepala sikit lah tu sekeras bola boling tu kut?

?erana pihak pengurus boling tidak dapat memenuhi permintaannya, dia bertindak menghempas kasut di atas kaunter sambil marah-marah dan terus berlalu,? katanya.

Niezam dapat bayangkan mesti penjaga kaunter itu yang mulanya tersenyum lebar tengok penyanyi kesayangannya masuk ke pusat boling itu terus terkejut beruk apabila dia berperangai sedemikian. Kalau beruk sendiri yang tengok terus pengsan gamaknya.

Hai... seandainya betullah cerita itu Niezam harap ia tidak lagi berlaku dan si artis kenalah jaga tingkah lakunya.

Dia kena tahu sebagai artis popular, apa yang dia buat semua diperhatikan orang walaupun sedang mengorek hidung. Ingat tu!

NIEZAM: Terharu baca pantun Siti Jarum (SJ) untuk bekas deejay Izza Rosley yang kahwin minggu lalu dan Niezam ada masa kenangan di ``Snow Wash? Kota Bharu itu terukir. Sabarlah SJ.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
  X ada maklumat ker pasai kes ni? Apo la Mawi ni mengamok2 kat tempat orang. Lain kali cuba la baling2 bola bowling tu baru la real, ini takat hentak kasut jer dah masuk paper. X adil betoi la kesian la kat Juara AF yg lain nak masuk paper pon susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 09:43 PM | Show all posts
Berita lama ni detektif! Ko ni..... Kan dah dibincangkan kat bod2 lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by noneng at 21-9-2006 09:43 PM
Berita lama ni detektif! Ko ni..... Kan dah dibincangkan kat bod2 lain?


dah nama BOARD MAWI, dah tu kesian kat GAM x ada isu baru, aku tolong jer

fanatik2 Penawar Rindu kalau nak kutuk2 leh la masuk sini :lol

karang kata x bg can plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 09:48 PM | Show all posts
kompom eh?
ari tu sapa dok konfiden kata zahid..

faizal tak masuk stori
ekekke

aku tak ikuti gossip niezam ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 09:51 PM | Show all posts
Oh kat bod gosip dah konfem Mawi yek? Tak heran pun.. Tapi tang bila Mawi pegi Ipoh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 09:57 PM | Show all posts

Reply #4 MsAnonymous's post

ada yg kompemkan Mawi, tapi x tau la mcm mana cerita ni berlaku

kat sini kan ramai pengintip takkan x ada stori-mori?

Faizal tu sapo la kenai, dok depan mata pon org ingat bangla mana :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2006 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by noneng at 21-9-2006 09:51 PM
Tapi tang bila Mawi pegi Ipoh?



Bulan June rasanyer... which is like ages ago... Tak tau le kalau dia ada ke Ipoh recently diam2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:00 PM | Show all posts

Reply #6 DTECCONAN's post

ada rupa bangla ke?

aku tak penah tgk muka di dekat²..
ko mesti selalu telek muka dia kan
tu yg tau tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 10:07 PM | Show all posts
ye ke mawi?
macam tak caya aje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 10:16 PM | Show all posts

Reply #8 MsAnonymous's post

kan bangla suka pegang2 tangan sebab tu aku kata mcm tu :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by dulcinea at 21-9-2006 09:59 PM
Bulan June rasanyer... which is like ages ago... Tak tau le kalau dia ada ke Ipoh recently diam2.


la bulan June ka. Mungkin kawan si Niezam tu pengsan 3 bulan kot, bangun2 terus teringat Mawi mengamuk :lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:25 PM | Show all posts
Ini jawapan dari mod mawifc :

nurhanie: juara yg dimaksudkan bukan Mawi. Mawi tidak pernah bermain bowling di Ipoh. Acara bowling MawiFC diadakan di Summit USJ bukan di Ipoh. Harap tidak dipanjangkan isu ini lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 21-9-2006 10:18 PM


la bulan June ka. Mungkin kawan si Niezam tu pengsan 3 bulan kot, bangun2 terus teringat Mawi mengamuk :lol



Yang aku tau last dia dtg Ipoh bulan June utk promote album Qasidah.  Tapi tulah, maybe dia ada ke Ipoh senyap2 dalam masa beberapa minggu yg lepas (kalau ikut citer Niezam ni lah).
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:26 PM | Show all posts

Reply #11 DTECCONAN's post

isk...perangai hampir sama ngan sorang GG tu
tapi dia pengsan sat jer...pastu terus wat pc
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by noneng at 21-9-2006 10:25 PM
Ini jawapan dari mod mawifc :

nurhanie: juara yg dimaksudkan bukan Mawi. Mawi tidak pernah bermain bowling di Ipoh. Acara bowling MawiFC diadakan di Summit USJ bukan di Ipoh. Harap tidak dipanja ...



Aku tak heran kalau Mawi yg 'mengamuk' tu, tp pelik sungguh kalau citer ni baru timbul skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:28 PM | Show all posts
Yg untungnya pusat boling tu la.. tak pasal2 popular. Tumpang nama Mawi lagik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2006 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 21-9-2006 10:26 PM
isk...perangai hampir sama ngan sorang GG tu
tapi dia pengsan sat jer...pastu terus wat pc


biasa la mamat 'sesuatu' lemah semangat tengok Mawi hempuk kasut, tergezut tau :lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:30 PM | Show all posts

Reply #15 dulcinea's post

cite cam ni kena ulang2...malum la majority peminat mawi ni melayu..dah la melayu...jenis makcik2 separuh umur pulak tu...jadi paham2 je la jenis2 cam ni mmg mudah lufa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:31 PM | Show all posts

Reply #15 dulcinea's post

Aku rasa penat nak baca paper sekarang nih. Dah tak boleh nak bezakan yg mana cerita benar @ salah sebab aku dah nampak pe'el wartawan. Masa suka, angkat tinggi2 dgn begitu over sekali, tapi bila tak suka, macam2 ceta buruk kluar. Fenin!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 21-9-2006 10:30 PM


biasa la mamat 'sesuatu' lemah semangat tengok Mawi hempuk kasut, tergezut tau :lol


lebai ni kira hempas kasut ni kira jante abis la tu...biasanya lelaki "sesuatu" je suka hempas2 barang ni...menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sesambil menghempas beg tangannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.065196 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list