CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5123|Reply: 29

Issue : -Ibu Tunggal -

 Close [Copy link]
Post time 23-9-2006 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Ibu tunggal makin berjaya

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

PASIR GUDANG: Lebih ramai golongan ibu tunggal yang kematian suami mampu menyahut pelbagai cabaran kehidupan walaupun terpaksa memikul tanggungjawab berat termasuk membesarkan anak serta mengurus intitusi keluarga.

Pencapaian mereka juga jelas apabila sesetengah ibu tunggal berjaya menjadi peniaga berjaya selepas mengusakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mahupun mempelajari kemahiran tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Maulizan Bujang berkata, semangat ibu tunggal yang cekal meneruskan kehidupan selepas kematian suami menjadi sesuatu perkara boleh dibanggakan.

Beliau berkata, di kalangan golongan itu, ada ibu tunggal kematian suami selepas hanya beberapa tahun mendirikan rumah tangga, manakala sesetengah pula mempunyai cahaya mata yang ramai.

Menurutnya, mungkin pada peringkat awal pemergian suami, ibu tunggal dan keluarganya keliru dengan nasib yang menimpa mereka kerana kehilangan ketua keluarga yang menyara kehidupan.

Katanya, bagaimanapun mereka seharusnya reda dan berusaha gigih bagi menghadapi dugaan serta cabaran kerana bukan mudah menjadi ibu tunggal yang bekerja.

揗isalnya, di negeri ini, kerajaan menawarkan pelbagai peluang termasuk kepada ibu tunggal bagi membuka perniagaan atau menceburi bidang kemahiran tertentu.

揓usteru, tiada alasan bagi mereka untuk gagal menyara kehidupan selain atas faktor tertentu yang mungkin menjadi halangan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2006 05:55 PM | Show all posts
Aku rasa patut dibukukan kisah ibu2 tunggal yang berjaya ni dan buat satu program TV khas supaya dapat menjadi aspirasi kepada orang2 muda cam aku..

Aku memang suka baca kisah2 ibu tunggal yang berjaya ni dalam majalah mingguan wanita. Aku kagum dengan ketabahan mereka semua...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 06:18 PM | Show all posts
dalam suasana kita suka baca kisah ibu tunggal yg berjaya... marilah kita lebih pikirkan musibah ibu 'tunggul' yang hancur.. that must be our concern..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 07:01 PM | Show all posts
ibu tunggul tu camne?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by Redxerr at 22-9-2006 11:51 PM
Ibu tunggal makin berjaya

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

PASIR GUDANG: Lebih ramai golongan ibu tunggal yang kematian suami mampu menyahut pelbagai cabaran kehidupan wala ...


:setuju: dimana ada kemahuan disitu ada jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by Redxerr at 23-9-2006 09:51 AM
Ibu tunggal makin berjaya

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

PASIR GUDANG: Lebih ramai golongan ibu tunggal yang kematian suami mampu menyahut pelbagai cabaran kehidupan wala ...


Ini berita yg jarang kita dengar.  Selalunya terbaca kisah mereka dan anak2 yg terbiar selepas kematian suami.  

Mana hard fact / statistic pasal kejayaan ni?  Takde satu pun contoh specific.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2006 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by Redxerr at 23-9-2006 05:55 PM
Aku rasa patut dibukukan kisah ibu2 tunggal yang berjaya ni dan buat satu program TV khas supaya dapat menjadi aspirasi kepada orang2 muda cam aku..

Aku memang suka baca kisah2 ibu tunggal yang ...


:setuju::setuju::setuju:
at least, kita boleh tau ada gak org2 yg berjaya dgn bantuan diri sendiri spt ibu tunggal..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. aku pun slalu gak baca ttg kejayaan ibu2 tunggal ni membesarkan anak2 mrk, anak2 mrk berbakti kpd negara.bukan cam sstgh tu, pangkat besar2, byk duit, tp anak2, hampehhhh..menyusahkn polis je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 11:53 PM | Show all posts
Don抰 give up, Ong urges single mums

KUALA LUMPUR: Single mothers need to be strong and optimistic in the face of challenges ahead of them, said MCA president Datuk Seri Ong Ka Ting.

揇o not give up! I know it is difficult to bring up children in single-parent families as my mother had to take care of 11 children when my father died. At that time I was just eight years old,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2007 08:36 AM | Show all posts
kawan aku muda lagi dah jd IT... so far aku tgk okay jek dia manage life dia, tak menyusahkan org lain. aku yg blm kawin pun tunggang langgang, org len yg ada suami pun mengeluh itu tak cukup, ini tak cukup...itu tak sempat, ini tak sempat...

pada aku tak baik kita pandang rendah pada IT, tak semua IT yang teruk atau tak elok perangainya. sama juga macam yg bujang ataupun yg masih bersuami... buruk baik seseorang tu bukan bergantung pada apa status yg dia pegang.

aku sendiri respect pd IT ni coz diorang 'terpilih' untuk menerima ujian ini. ada juga org yg berpuluh kali turun naik mahkamah syariah tp tak cerai-cerai jugak... sbb dia x 'terpilih' utk jd IT...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:04 AM | Show all posts
you go gurlz...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:37 AM | Show all posts
Kadang-kadang jadi Ibu Tunggal lebih bahagia................................
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:41 AM | Show all posts
salah satu contoh ibu tunggal yang P90 selalu baca blognya...... http://mabrood.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 09:48 AM | Show all posts
terharu dengan ketabahan dan kecekalan ibu2 tunggal menjalani kehidupan mereka. nak2 yg ada anak2 tapi masih boleh membesarkan anak2 mereka hingga berjaya.

dekat2 aku ni ade satu kesah ibu tunggal yang dah kematian suami n ada anak2. dahlah suami meninggal masa anak2 masih kecil, kaum keluarga arwah suami lak pegi bolot semua harta arwah.. sesen pun tak diberikan kepada si ibu n anak2 ni.. kesian.. tapi si ibu ni sanggup ketepikan semua kesusahan n akhirnya berjaya membesarkan semua anak 2 dia (lelaki lak tu semua) hingga semuanya berjaya..

semoga allah sentiasa memberikan kesejahteraan dan kebahagian serta kecekalan hati kepada semua ibu2 tunggal... amiinnn..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 12:32 PM | Show all posts
semoga semua ibu tunggal lebih mendekatkan dengan Allah SWT dan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran yang besar lagi menyakitkan.. salute for u all
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 03:00 PM | Show all posts
golongan IT ..ada lah di kalangan org2 terpilih...
semua yg mereka buat akan di rahmati .....i'Allah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 03:04 PM | Show all posts
...salute Utk IT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2007 04:34 PM | Show all posts
salam -

menjadi ibu tunggal aku rasa cukup ditakuti mana mana yg bergelar
isteri -
biarpun mmg benar kebelakangan kita banyak baca dalam majalah
ker suratkhabar banyak menceritakan kisah kejayaan ibu tunggal -
tapi disebalik hati mereka hanya Tuhan sahaja yg tahu -  

mungkin kisah kejayaan ni diuar uar supaya untuk memberi semangat
kepada ibu tunggal dan ini cukup baik -

ps : kagum dengan pengasas sendayu tinggi dan nouvelle visages :ah: -
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 04:43 PM | Show all posts
SALUTE TO ALL IBU TUNGGAL YG CEKAL DAN BERJAYA
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 01:45 AM | Show all posts
Kadar baru bantuan ibu tunggal diteliti: Shahrizat
Oleh Norliza Wasilan dan Siti Nur Almizan Aripin


Kementerian sudah mohon, masih tunggu keputusan Perbendaharaan



KUALA LUMPUR: Kadar bantuan sara hidup untuk ibu tunggal miskin yang menerima elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan kepada RM100 hingga RM450 sejak Januari tahun lalu, malah kerajaan juga sedang meneliti kadar baru untuk diberikan kepada golongan berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kementerian sentiasa memperjuangkan nasib ibu tunggal dan anak mereka kerana ramai daripada golongan berkenaan hidup susah serta berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian masih menunggu keputusan Perbendaharaan berhubung perkara itu dan masih tidak dapat mengumumkan kenaikan yang dimohon.

揑tu kita kena tengok dulu... tetapi saya sudah serahkan kepada Perbendaharaan,
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 05:37 AM | Show all posts

Ibu tunggal tekad tambah pendapatan keluarga


MENGGATAL 5 Julai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.075019 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list