|
Ramlah pasang impian
Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my
SETIAP kali bertemu Ramlah Ram, pertanyaan yang diajukan kepada penyanyi genit kelahiran Muar, Johor ini pastinya lebih tertumpu mengenai perancangannya menghasilkan album baru.
Maklumlah sudah hampir 10 tahun dia tidak merakamkan suara dalam album solo, dan sepanjang tempoh itu, ramai mengharapkan dia kembali dan mewarnai semula industri muzik tanah air kita dengan vokalnya lantang dan mantap itu.
Bukan Ramlah tidak menyedari kerinduan disuarakan peminatnya itu. Namun, dia lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat. Baginya, tidak mahu nanti sekadar menghasilkan album semata-mata tetapi promosi dan publisiti dilakukan secara ala kadar saja, terutama dalam keadaan senario pasaran album yang cukup lembab seperti sekarang ini.
Sungguhpun begitu, Ramlah tetap tidak mahu menghampakan peminatnya yang sudah mengikuti perjalanan kerjaya muzik sejak era 80-an lagi.
揝ebagai buah tangan terbaru, saya sudah pun merakamkan suara bagi sebuah lagu baru berjudul Maharaja ciptaan Eddie Hamid dan lirik Hairul Anuar Harun.
揜akaman suara untuk lagu ini dilakukan kira-kira sebulan yang lepas dan ia sudah pun dimuatkan dalam sebuah album kompilasi pop asli.
揔alau tidak silap saya, album itu juga sudah pun boleh didapati di pasaran dan ia turut menghimpunkan beberapa lagu pop asli daripada barisan penyanyi lain termasuklah Datuk Sharifah Aini, |
|