CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144854|Reply: 680

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 6-10-2006 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Apa2 berita di negeri pahang boleh post kat sini....ni salah satu kesian...


Penyamun lebuh raya

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Sepasang suami isteri bukan sahaja ditinggalkan di tepi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) malah barang kemas milik wanita itu turut dilarikan empat penyamun, malam kelmarin.




Sebelum kejadian, mangsa yang memandu teksi dikatakan dalam perjalanan menghala ke Kuantan selepas bertolak dari Hentian Puduraya Kuala Lumpur kira-kira jam 9.45 malam.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Kilometer 112, Lebuhraya Pantai Timur, dekat Mentakab, Temerloh, mangsa memberhentikan teksinya di tepi jalan kerana ingin membuang air kecil.

Pada masa sama, empat perompak terbabit yang bersenjatakan objek tumpul menghampiri mangsa yang berusia lingkungan 30-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata mangsa yang takut dicederakan terpaksa mengikut kehendak empat penyamun terbabit.

揈mpat penyamun terbabit kemudian mengarahkan isteri mangsa keluar daripada teksi berkenaan. Sebelum keluar, mereka sempat mengarahkan wanita itu menyerahkan barang kemas yang dipakainya.

揗ereka kemudian melarikan teksi mangsa dan meninggalkan mangsa serta isterinya di tepi lebuh raya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2006 11:34 AM | Show all posts
Bantuan lesap

Oleh Ilham Nusa
am@hmetro.com.my

PEKAN: 揝udah hampir dua tahun saya menanti bantuan kepada pelajar kurang upaya yang seharusnya diterima cucu saya yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Nenasi, dekat sini.




揝ebelum ini borang permohonan bantuan sudah dihantar kepada pihak sekolah tetapi tiada maklum balas,
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 03:29 PM | Show all posts
huhu..yg 1st tu ada gak yg tak menghormati bulan ramadhan ni...bawak2 tobat la...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 03:31 PM | Show all posts
yg kedua tu lagi sadis..pihak sekolah kena la telus..jgn guna duit haram.tak elok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2006 07:58 PM | Show all posts
ada lagi ni...pepalih ngeri...keknye bukan org kite la...PATI ..!!!



Warga Indonesia mati terkena bom


KUANTAN: Seorang warga Indonesia mati manakala rakannya parah selepas bom buatan sendiri yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai berdekatan Empangan Chereh, dekat Sungai Lembing di sini, meletup, dalam kejadian petang kelmarin.


  


Mangsa cedera parah hanya dikenali sebagai Jari, 32, manakala rakannya yang maut belum dikenal pasti identitinya.

Kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai buruh dipercayai menjalankan kegiatan mengebom ikan di sungai berdekatan empangan terbabit kira-kira jam 5 petang, apabila kejadian itu berlaku.

Jari mengalami kecederaan parah pada bahagian muka, dada dan kaki selain kehilangan beberapa jari tangannya, manakala rakannya yang maut putus tangan kanan dan mengalami kecederaan parah pada dada akibat letupan itu.

Kedua-dua mangsa dibantu beberapa buruh Indonesia lain yang berkejar ke tempat kejadian selepas mendengar bunyi letupan kuat.

Kumpulan buruh Indonesia itu terbabit dengan pembinaan Empangan Chereh tinggal di sebuah rumah kongsi berdekatan.

Kedua-dua mangsa dibawa keluar dari kawasan itu oleh seorang juru ukur tanah, Zafrullah Khalid yang juga bekerja di tapak pembinaan berkenaan.

Zafrullah berkata, beliau dihubungi oleh seorang buruh Indonesia jam 6 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membawa mangsa serta rakannya keluar kira-kira jam 10 malam.

"Rakan mangsa sudah pun meninggal dunia ketika saya sampai di rumah kongsi itu," katanya.

Jari yang dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Jamshah Mustapar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya, identiti rakan mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 09:44 PM | Show all posts
SSPN : Purata menabung kurang RM100
Oleh: ALI MAHMOOD

PEKAN 7 Okt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2006 09:46 PM | Show all posts
akhirnya selepas terengganu n kelantan, Pahang dapat gak U sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by figo at 8-10-2006 09:44 PM

Sementara itu, Najib berkata, Kabinet telah memberikan kelulusan untuk menaik taraf Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) kepada Universiti Malaysia Pahang.


:pompom::pompom:
yeyeyeyeyeyeyeyeye
setelah kian lama menunggu
Akhirnyer Pahang akan mendapat Universiti..
Alhamdullillah:pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 09:40 PM | Show all posts
Peneroka Felda dapat `duit raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 10:05 PM | Show all posts
pergh..beruntung ek peneroka-peneroka ni..
peneroka kat lurah bilut mcmana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:38 AM | Show all posts
nape ngan peneroka lurah bilut tu..? tingin nok tengok citer 'bilut' tu...beh agoknye yek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 12:06 PM | Show all posts
Masalah bekalan gula selesai: Shafie
Oleh Sariha Mohd Ali


BANDAR JENGKA: Masalah kekurangan bekalan gula yang melanda seluruh negara sudah diatasi sepenuhnya, malah bekalan yang ada di pasaran sekarang mencukupi untuk menampung permintaan sehingga sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.


  


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata hanya lima peratus masalah gula masih berlaku, iaitu di Sabah dan Sarawak, tetapi penghantaran menerusi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Pelabuhan Klang dapat menampung permintaan pengguna di negeri itu.

Beliau berkata, kapal yang sudah berlepas ke kedua-dua negeri itu membawa gula sebanyak 1,500 tan dan akan diagihkan ke merata tempat yang menghadapi masalah bekalan berkenaan.

Katanya, selepas arahan dikeluarkan kepada pengilang supaya mempertingkatkan pengeluaran gula, bekalan bahan keperluan itu sudah mencukupi untuk menampung permintaan pengguna di seluruh negara.

揓ika berlaku masalah selepas ini, ia bukan membabitkan kekurangan bekalan gula untuk diagihkan, sebaliknya disebabkan masalah antara peruncit, pemborong dan pekilang saja.

揚emantauan yang dilakukan sekarang mendapati 95 peratus masalah gula di negara ini berjaya diatasi dan sudah sampai ke merata tempat, manakala baki lima peratus itu hanya berlaku di Sabah dan Sarawak saja.

揃agi pengusaha kedai makan, kita nasihatkan mereka membeli bekalan dengan banyak secara pukal daripada pemborong iaitu 20 kilogram setiap beg bagi mengelak terputus bekalan,
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by figo at 9-10-2006 10:05 PM
pergh..beruntung ek peneroka-peneroka ni..
peneroka kat lurah bilut mcmana?


lurah bilut kan penempatan felda yg pertama dibuka..

a'ah..best gak tgk bilut nanti..mohle tgk bilut kt pawagam nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by figo at 10-10-2006 03:21 PM


lurah bilut kan penempatan felda yg pertama dibuka..

a'ah..best gak tgk bilut nanti..mohle tgk bilut kt pawagam nanti..

Biler citer tu nak kuar pawagam
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 10:03 PM | Show all posts
raye ni kuar la..moh le tgk sesame.

erk..keknye kat lepih tu takde pawagam..dulua da la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 10:48 PM | Show all posts
selesai akhirnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2006 05:03 PM | Show all posts
Harap2 seme tempat la ada jawatankuasa khas ni...




Jawatankuasa khas pantau projek di Pahang
Oleh Omar Azman


MARAN: Kerajaan negeri membentuk satu jawatankuasa khas bagi menilai mutu kerja setiap hasil projek yang diamanahkan kepada kontraktor supaya menepati standard ditetapkan.





Timbalan Menteri Besar, Datuk Tan Aminuddin Ishak, berkata jawatankuasa ini akan menyiasat dan meneliti secara terperinci pelaksanaan sesuatu projek itu, sama ada tidak bermutu, dijual kepada pihak lain atau lambat siap.

Justeru, beliau meminta kontraktor mempamerkan kredibiliti dan kualiti kerja terbaik supaya projek yang diberi dapat dilaksanakan mengikut jadual dan menepati spesifikasi ditetapkan.

揔ontraktor tidak patut berperangai buruk menjual projek atau mengalibabakan projek semata-mata mahu mendapat keuntungan atas angin,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 12:12 PM | Show all posts
Bapa dapat insurans anak RM220,477.09


RAUB: Seorang anggota polis berpangkat koperal tidak menyangka menerima pampasan berjumlah RM220,477.09 daripada polisi insurans anak sulungnya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu.





Mohd Noh Abdul Majid, 52, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Raub berkata, dia tahu anaknya, Allahyarham Shahizulkamal Mohd Noh, 25, ada memegang polisi insurans, tetapi tidak menyangka jumlah pampasan diterima begitu besar.

"Saya tidak sangka sebanyak ini," katanya yang akan menggunakan wang itu untuk keperluan keluarga dan pendidikan dua lagi adik arwah yang masih bersekolah.

Isterinya, Sabariah Idris, 49, menerima cek itu itu daripada syarikat insurans MCIS Zurich sebagai pampasan Allahyarham Shahizulkamal yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Cheroh, di sini, kira-kira jam 8.30 malam 23 Jun 2001.

Cek pampasan disampaikan wakil MCIS Zurich daerah ini, Rosli Hamzah dalam majlis ringkas di pejabat syarikat di Jalan Tras, di sini dan disaksikan Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Ahmad Fazillah Mohamad.

Allahyarham Shahizulkamal, anak sulung kepada Mohd Noh yang masih bujang bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Pusat Kesihatan Komuniti Cheroh, dekat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 02:23 PM | Show all posts
masukkan berita ni sket ye...anak kelahiran pahang ...alfatihah !


Belangsungkawa Seha (1962 - 2006): Hajat Seha sekadar tinggal impian
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Kerinduan mendalam terhadap anak sulungnya gagal terubat sehingga penyanyi ini meninggal dunia pagi semalam







SAAT GEMILANG: Seha bersama kumpulan Freedom.

PERGINYA mengusung rindu yang tidak tertahan. Ketika Seha atau nama penuhnya, Norsehah Abu Bakar menanggung penderitaan melawan kanser paru-paru, harapan untuk bertemu semula anak sulungnya, Misha Kyrie Lund, 15, yang lebih lapan tahun terpisah tidak pernah padam.

Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang terdasar jauh di sudut hatinya. Ketika diri keras melawan kanser yang meragut nyawanya pagi semalam, impian itu hanya tinggal kenangan dan si ibu pergi tanpa sempat menatap wajah anak sulungny itu. Misha adalah anak hasil perkahwinan Seha dengan suami pertamanya, Chris Lund Abdullah.

Hati seorang ibu, biar jarak dan masa memisahkan mereka, namun ingatan dan kerinduan terhadap anak sulung yang terpisah selepas Seha dan bekas suaminya bercerai pada 1998 itu tidak ada titik pemisah. Seha yang ditemui wakil Bintang Popular (Berita Minggu) pada 24 September lalu dalam nada lemah meluahkan kerinduan yang tidak tertanggung terhadap anak sulungnya itu.

揚ada saat begini, saya cukup rindukan Misha. Daripada berita yang saya dengar, mereka kini menetap di Arab Saudi. Dengan bantuan saudara dan rakan, saya harap satu hari nanti, kami dapat dipertemukan semula,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 12:58 PM | Show all posts
Penduduk minta jambatan baru

Oleh Asrol Awang
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Lebih 200 penduduk Kampung Sri Damai, di sini, meminta pihak bertanggungjawab mempercepatkan pembinaan jambatan baru bagi mengelak kejadian tidak diingini terhadap penduduk.




Ini berikutan jambatan yang menghubungkan Kampung Sri Damai ke Inderapura hanya menunggu runtuh selepas pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan ia selamat digunakan penduduk.

Pesara, Mahusin Abdul Rahman, 65, berkata dia bersama penduduk kampung sudah mengemukakan kepada wakil rakyat serta melaporkan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tidak mendapat maklum balas.

Katanya, jambatan itu perlu dibaiki segera atau diganti dengan jambatan baru bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

揝ehingga ini, banyak aduan diterima termasuk pemilik kenderaan mengalami kerosakan seperti tayar bocor akibat terkena paku ketika melalui jambatan ini.

揂da juga penunggang motosikal dan basikal cedera selepas terjatuh kerana terlanggar lubang atas jambatan itu,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.269928 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list