CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 8-6-2007 12:26 PM | Show all posts
Keluarga hidup dalam 憆eban ayam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2007 12:29 PM | Show all posts

Reply #3 I-chi-ban's post

sedih baca................... sian anok2 dia yg ramai tu.............
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by picme at 8-6-2007 12:29 PM
sedih baca................... sian anok2 dia yg ramai tu.............



Pahang Darul Makmur
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 04:22 PM | Show all posts

Reply #5 I-chi-ban's post

makmur smpai x nampak pada yg derita
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by picme at 8-6-2007 04:22 PM
makmur smpai x nampak pada yg derita

  

apa wakil rakyat buat?:@
Reply

Use magic Report

Kembung_ker? This user has been deleted
Post time 10-6-2007 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by picme at 8-6-2007 04:22 PM
makmur smpai x nampak pada yg derita



heee ..  heee ...   









ibu babi darsita suka bergaduh dgn moderators serta forum legends.
sebab itu di mana2 bod, ada shj org hentak kepala ibu babi darsita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Kembung_ker? This user has been deleted
Post time 10-6-2007 09:31 PM | Show all posts
makmur sebab banyak balak  










ibu babi darsita suka bergaduh dgn moderators serta forum legends.
sebab itu di mana2 bod, ada shj org hentak kepala ibu babi darsita.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by Kembung_ker? at 10-6-2007 09:31 PM
makmur sebab banyak balak牋










ibu babi darsita suka bergaduh dgn moderators serta forum legends.
sebab itu di man ...


BALAK dah nak tinggal nama je! BATANG je dah semua kena cantas... :@

hari2 npk lori balak atas jalan raya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2007 09:03 PM | Show all posts
Kemudahan capaian internet Wifi di semua daerah


KUANTAN: Kerajaan negeri dalam peringkat akhir kajian bagi menyediakan kemudahan capaian internet jalur lebar tanpa wayar (Wifi) di semua daerah di negeri ini dengan kos dianggarkan RM50 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, berkata kemudahan itu bagi memastikan semua penduduk di negeri ini berpeluang memanfaat capaian internet Wifi lebih mudah.

"Kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat swasta yang berminat menjalin kerjasama.

"Banyak syarikat berminat untuk turut serta, tetapi kita akan memilih di kalangan yang dapat mengemukakan tawaran terbaik dan sudah mempunyai asas kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program ICT Desa Peringkat Negeri Pahang 2007 di Perpustakaan Desa Siber Sungai Lembing dekat sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Sohaimi Mohd Shah dan Adun Panching, Datuk Abdul Manan Ismail.

Sharkar yang juga Adun Lanchang berkata, projek itu yang dilaksanakan di bawah Pahang Wireless Network - inisiatif jalur lebar dijangka bermula dengan projek perintis pada Ogos ini.

Katanya, kerajaan negeri yang turut mempunyai perkongsian dengan syarikat itu akan bertindak sebagai penyelia bagi memastikan perancangannya mencapai matlamat dihasratkan.

"ada peringkat awal, ia akan dilaksanakan di Kuantan dan diperluaskan ke daerah lain secara berperingkat.

"Keutamaan akan diberikan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi seperti Kuantan, Gebeng, Peramu, Temerloh, kolej, universiti dan tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Sungai Lembing, Cameron Highlands dan Genting Highlands," katanya.

Beliau berkata, apabila projek itu dilaksanakan sepenuhnya, ia akan dapat meningkatkan capaian internet kepada tiga hingga lima peratus berbanding 0.6 peratus sekarang.

Sharkar menganggarkan projek keseluruhan itu membabitkan kos kira-kira RM50 juta.

Katanya, kerajaan berhasrat mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar dengan menyediakan pelbagai infrastruktur untuk tujuan itu.

"Kerajaan mahu menjadikan ICT sebagai sebahagian budaya masyarakat kerana dengan menguasai teknologi maklumat dapat mengurangkan `kemiskinan minda'," katanya.

Program ICT Desa Sungai Lembing adalah satu daripada enam pusat ICT desa yang ditubuhkan di seluruh negeri, selain di Indera Mahkota, Muadzam Shah, Kerdau dan Kampung Gua di Lipis.


RM50 juta tu....... kaye deme weh.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 05:25 PM | Show all posts
up...up...n awayyyyyyyyyyyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by I-chi-ban at 9-6-2007 12:11 AM

  

apa wakil rakyat buat?:@


TEBANG BALAK GAMAKNYA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 01:58 PM | Show all posts
RM1.5 juta diperuntuk tambah kemudahan di Gunung Senyum
Oleh Wan Kemat

TEMERLOH: Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi menaik taraf dan menambah kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi Gunung Senyum, dekat sini, sebagai usaha menarik kedatangan pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Pahang, Datuk Maznah Mazlan, berkata kerja menaik taraf dan menambah kemudahan di kawasan rekreasi itu akan dilaksanakan berperingkat.


Katanya, usaha menambah kemudahan di kawasan itu penting kerana jumlah pelancong yang mengunjungi kawasan rekreasi Gunung Senyum terus meningkat berikutan keunikan kawasan terbabit.

"Beberapa kemudahan akan ditambah antaranya membabitkan pembinaan asrama dua tingkat, dewan serba guna, taman permainan, chalet serta pusat maklumat yang bertujuan memberi keselesaan kepada pelancong," katanya ketika membawa wartawan melawat ke kawasan rekreasi terbabit, baru-baru ini.


Kawasan rekreasi Gunung Senyum mencatatkan jumlah kedatangan pengunjung melebihi 60,000 tahun lalu dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 70,000 tahun ini.

Maznah berkata, kerajaan negeri menyedari kemudahan yang ada di kawasan rekreasi berkenaan belum mencukupi untuk menampung jumlah pelancong yang semakin bertambah terutama ketika musim cuti sekolah dan cuti umum.

"Tambahan pula, agensi kerajaan dan swasta menggalakkan pengurusan mereka menggunakan kawasan rekreasi sebagai pusat motivasi, sambutan hari keluarga serta pelbagai acara lain untuk kakitangan.

"Berikutan itu, kerajaan akan terus mengambil pelbagai inisiatif untuk menaik taraf dan menambah kemudahan sedia ada supaya pengunjung berasa tertarik ketika mengunjungi kawasan ini.

"Kita juga berharap dengan adanya kemudahan disediakan ini pengunjung yang pernah ke sini akan berkunjung semula pada masa akan datang sekali gus membolehkan matlamat menarik kedatangan lebih ramai pelancong berhasil," katanya.

Mengenai kawasan rekreasi lain di Pahang yang turut menjadi tumpuan pelancong dan perlu dinaik taraf, Maznah berkata, kerajaan sudah mengenal pasti 28 kawasan rekreasi berpotensi yang perlu diberi perhatian.

Mengikut statistik kawasan rekreasi berkenaan sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri kerana mempunyai daya tarikan tersendiri terutama dari segi keindahan flora dan faunanya.

Di samping itu, kerajaan akan terus memberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan khazanah alam semula jadi di kawasan berkenaan tidak dicemari atau dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab
.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 02:48 PM | Show all posts

Reply #85 I-chi-ban's post

jgn risau aku nk bedal pakcik aku..dia tue wakil rakyat jengka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 02:54 PM | Show all posts

Reply #93 sump81's post

kaye la awok yek...sapa wakil rakyat jengka tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 12:01 PM | Show all posts
GADAI NYAWA SELAMAT IBUBAPA -PEROMPAK INDONESIA MATI DITETAK


Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
BANDAR JENGKA 3 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 09:45 AM | Show all posts
RM1.3j naik taraf jalan Parlimen Kuala Krau
Oleh Roselan Ab Malek

TEMERLOH: Lebih RM1.3 juta diperuntukkan bagi kerja menaikkan taraf jalan luar bandar di kawasan Parlimen Kuala Krau, di sini, yang dijadualkan siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohd Said, berkata lebih 20 kampung terbabit dalam projek menaik taraf jalan sepanjang 25 kilometer itu dengan peruntukan diperoleh daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.



Beliau berkata, jalan yang dinaik taraf itu terdiri daripada jalan kampung, jalan pertanian, jalan lama, jalan luar bandar, jalan taman perumahan dan jalan kampung baru.

Katanya, kerja penurapan jalan terbabit sedang giat dilaksanakan kontraktor yang bertanggungjawab dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

"Sejak dua tahun lalu, jalan sepanjang 40 kilometer sekitar kawasan Parlimen Kuala Krau termasuk jalan dalam rancangan Felda sudah pun diturap serta dinaikkan taraf untuk kemudahan penduduk," katanya.

Ismail berkata, tahun lalu peruntukan sebanyak RM3 juta diluluskan dan separuh daripada peruntukan itu atau RM1.5 juta sudah dibelanjakan bagi menaik taraf jalan.


Katanya, walaupun pembangunan dan projek prasarana rakyat menjadi tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi beliau berharap rakyat dapat membantu kerajaan supaya semua projek dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sementara itu, Ismail mengingatkan peneroka Felda supaya tidak mudah berpuas hati dengan apa yang mereka kecapi sekarang, sebaliknya perlu berusaha supaya taraf kehidupan mereka terus meningkat.

"Manfaatkan kawasan tanah dalam rancangan untuk projek tanaman kontan atau pelbagai jenis tanaman lain kerana secara tidak langsung ia boleh menyumbang pendapatan sampingan sekali gus mengurangkan bebanan perbelanjaan," katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan harga komoditi sawit dan getah mahal sekarang, tetapi ia tidak menentu kerana banyak bergantung kepada harga pasaran dunia.

Katanya, jika peneroka sedia daripada sekarang dengan menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi, masalah turun naik harga komoditi itu tidak timbul kerana sudah mempunyai simpanan kewangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 07:06 AM | Show all posts

Reply #96 picme's post

Janji-janji manis ....tandanya Pilihanraya sudah hampir tiba..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 03:42 AM | Show all posts
Timur: Fama beli talapia, patin
Oleh Mohd Rafi Mamat



Pembelian secara borong bantu penternak atasi kos makanan yang kian meningkat

PEKAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membeli 50 tan ikan talapia dan patin semusim daripada enam penternak berdaftar di daerah ini bagi pasaran tempatan dan luar.

Pegawainya, Rosli Zakaria, berkata bagi memudahkan urusan jualan, pihaknya membuka empat pusat pengumpulan ikan berkenaan di Kampung Langgar, Kampung Ganchung, Paloh Hinai dan Tanjung Medang yang menempatkan lapan sangkar.

Beliau berkata, ikan yang sudah dibeli akan ditempatkan sementara di dalam sangkar khas sebelum dijual bagi memudahkan penternak memasukkan benih baru selain mengelak daripada menanggung kos makanan.

"Fama membeli ikan patin dan talapia secara borong pada harga antara RM5 hingga RM5.50 sekilogram.

"Walaupun Fama membeli pada harga lebih murah berbanding harga jualan secara runcit, namun itu bukan bermakna penternak menanggung kerugian.

"Sebaliknya, mereka menerima lebih untung kerana Fama membeli semua ikan yang diternak dan ini secara tidak langsung dapat membantu penternak menjimatkan kos makanan yang kini semakin meningkat," katanya kepada Berita Harian di sini semalam.

Rosli berkata, setiap minggu Fama memerlukan kira-kira 400 kilogram ikan patin dan talapia bagi pasaran di pasar tani Kelana Jaya dan Shah Alam, Selangor.

Katanya, bagi memastikan tidak berlaku lebihan ikan pada waktu tertentu, pihaknya akan menyusun jadual ternakan terutama membabitkan enam penternak yang telah berdaftar dengan Fama itu.

"Penternak mampu menternak ikan talapia sebanyak tiga kali setahun berbanding hanya dua kali bagi ikan patin.

"Fama kini berusaha melahirkan penternak ikan yang tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan atau subsidi seperti yang berlaku sebelum ini.

"Dengan pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 semusim, saya yakin penternak boleh berdikari selain berusaha meningkatkan pengeluaran dari setahun ke setahun," katanya.

Beliau berkata, Fama juga kini berusaha menambah jumlah usahawan pemasar yang bertanggungjawab bukan saja sebagai penternak tetapi juga sebagai pemborong menerusi kursus yang diadakan secara berkala.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 03:47 AM | Show all posts
Timur: Paya Rambutan semakin terkenal
Oleh Mohd Rafi Mamat



Kampung popular dengan buah-buahan kini jadi pusat sukan motosikal lasak

KUANTAN: Sukan motosikal lasak kini menjadi antara sukan remaja luar bandar di Kampung Paya Rambutan, di sini, yang dahagakan cabaran bagi menguji kehebatan masing-masing.

Dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, sebuah gelanggang motosikal lasak berjaya dibina di atas kawasan seluas dua hektar.

Litar sepanjang 1.5 kilometer itu diserikan dengan kawasan bukit, tebing curam, parit, lorong sempit dan padang rumput yang berupaya menguji sejauh mana kebolehan setiap penunggang.

Tajuddin berkata, walaupun dianggap bahaya, dengan langkah keselamatan yang diberi tumpuan sepenuhnya oleh penunggang motosikal lasak, sebarang kemalangan dapat diatasi.

"Saya ingin memastikan sukan motosikal lasak terus bertapak di Kampung Paya Rambutan seterusnya menjadi identiti terbaru kampung berkenaan yang sebelum ini terkenal dengan buah-buahan tempatan.

"Bantuan kewangan akan terus disalurkan dalam usaha menganjurkan pertandingan yang lebih mencabar seterusnya berupaya menarik penyertaan lebih ramai di kalangan penunggang seluruh negara," katanya

Baru-baru ini Kelab Motosikal Lasak Ulu Lepar dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paya Rambutan dan Kelab Motosikal Lasak Pahang menganjurkan pertandingan di situ.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu klasik dan endurance disertai lebih 70 pelumba tempatan.

Tajudin berkata, dengan ada gelanggang motorcros ini secara tidak langsung berupaya mengatasi gejala lumba haram atau merempit di kalangan remaja luar bandar.

Selain itu, ia berupaya melahirkan pelumba berbakat untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa seterusnya menjadi gelanggang berkumpul pelumba dan ahli keluarga.

"Saya tertarik setiap kali perlumbaan diadakan apabila ahli keluarga dapat berkumpul di bawah pokok sambil menikmati makanan dan melihat aksi menarik dipamerkan pelumba.

"Di kawasan Dun Lepar sudah ada dua litar motorcros iaitu di Felda Lepar dan Kampung Paya Rambutan yang berupaya menjadi lokasi tumpuan penunggang sukan lasak itu," katanya.

Tajuddin berkata, semua pelumba yang akan menyertai pertandingan diwajibkan mematuhi beberapa peraturan terutama dari segi pakaian dan topi keledar selain motosikal yang ditetapkan kuasanya.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan diterima setiap kali perlumbaan diadakan sama ada dalam kategori klasik termasuk endurance.

Pengerusi Kelab Motosikal Lasak Ulu Lepar, Mat Lazim Mat Yusof, berkata berbanding litar di Felda Lepar, litar di Kampung Paya Rambutan ini dianggap lebih mencabar.

Dengan ada bukit, tebing curam, lorong, parit dan busut menjadikan ia sebagai pelengkap cabaran kepada penunggang yang inginkan keadaan serta halangan mencabar.

"Rata-rata penunggang yang menyertai pertandingan berpendapat cabaran di litar Kampung Paya Rambutan berupaya menguji sejauh mana pengalaman serta kehebatan seseorang.

"Kegagalan mengawal dengan baik motosikal, penunggang pasti gagal mendaki bukit yang licin selain mengalami masalah ketika menuruni tebing curam," katanya berusaha mengadakan lebih banyak pertandingan tahun depan.

Beliau berkata, kemudahan jalan raya serta kawasan meletakkan kenderaan selain tempat berniaga memberi lebih keselesaan bukan saja kepada pelumba tetapi juga pengunjung.

Katanya, litar Kampung Paya Rambutan akan terkenal suatu hari nanti terutama dengan adanya banyak pertandingan iaitu sekurang-kurangnya empat kali setahun selain Klinik Motorcros bagi pelumba baru.

FAKTA: Gelanggang Motosikal Lazak Kampung Paya Rambutan


Litar sepanjang 1.5 kilometer


Dibina di atas kawasan seluas dua hektar


Gelanggangnya berbukit, curam, parit, lorong kecil dan padang rumput berupaya menguji kehandalan pelumba.


Menjadi identiti terbaru di kawasan Dun Lepar yang sebelum sudah mempunyai litar lumba motosikal lasak di Felda Lepar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 05:43 PM | Show all posts
teringat masa kecik dulu, naik perahu ke paya rambutan melalui tasik paya bungor...... jalan darat tak de lagi mase tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.158079 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list