|
Mazlan Hamzah kurang selesa cerita kisah peribadi
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
MAZLAN Hamzah bermain keyboard (kiri) bersama Mazuin (bermain drum) dan kakak-kakak mereka ketika menganggotai kumpulan Quinary M.
--------------------------------------------------------------------------------
PENULIS hanya pernah mendengar namanya dan lagu-lagu ciptaannya sahaja. Itupun kerana dia merupakan abang kepada bekas penyanyi popular tahun 80-an yang juga penyanyi utama kumpulan Quinary M, Mazuin Hamzah.
Meskipun namanya tidak sepopular komposer yang sebaris dengannya di zaman itu, namun hasil kerjanya boleh dikatakan cukup hebat.
Malah sentuhan setiap lagu-lagunya berbeza dan mempunyai identiti tersendiri. Lagu-lagunya pernah dinyanyikan oleh sebahagian penyanyi terkenal seperti Aman Shah, Sheila Majid, Anita Sarawak, Fairuz Hussein, Allahyarham Seha, Feminin, Amy Mastura dan terkini, Dayang Nurfaizah.
Siapa sangka, pertemuan dengan penyanyi, komposer dan bekas pemain keyboard kumpulan Quinary M baru-baru ini, merungkai segala persoalan di hati penulis ke manakah dia menghilang dan menyepikan diri selama ini.
Bukan itu sahaja, pengetahuannya yang meluas dalam bidang muzik juga membuatkan penulis percaya bahawa dirinya bukan calang-calang artis. Dengan imej ala penyanyi reggae, rupanya Mazlan Hamzah senang untuk didekati dan ramah orangnya.
Membuka bicara tentang penglibatannya dalam bidang muzik, Mazlan Hamzah memberitahu semuanya bermula ketika dia bersama adiknya, Mazuin menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada tahun 1974.
揔etika itu saya berumur 12 tahun, manakala adik saya pula berumur lapan tahun. Rancangan yang kami sertai itu merupakan sebuah rancangan bakat kanak-kanak kendalian Allahyarham Jamal Mohamad (Kerdil), |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|