CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cerry

Berdosakah meminta cerai kalau

[Copy link]
Post time 31-10-2006 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by cerry at 31-10-2006 01:21 PM
Orang kalau tak kena kt batang idung dia mmg tak faham.
Macam mana susah nak hadapi hidup ni.
macam mana nak cukupkan duit, tak boleh kata tak ada.
untuk mengelakkan pertengkaran, diam jer
maka ...


jangan kata gitu cerry.. aku pernah rasa apa yang ko rasa.. :ah:

memang mcm sakit hati kalau dia bagi kita let say rm1000 per/month tapi at the end, bila kita kira balik, dia dah amik rm1500 for the whole month tuh.. aku rasa, aku lagik ler teruk coz all the money yang dia mintak tu just for stupid hobi dia iaitu main kereta remote control yang guna minyak tuh.. aku? sabooo aja lah..

last2 aku rasa, baik dia yang control semua duit yang ada.. hahaha.. aku pulak kali ini kasik dia 80% gaji aku kat dia.. aku kata.. ini aja duit yang aku ada for a month.. aku amik 20% untuk elaun mak aku. now, u yang kena bayar all the thingy yang kena bayar termasuk duit dapur, kereta etc etc..

just bertahan 3 bulan aja aku rasa coz dia admit dia tak pandai nak budjet.. dia serahkan balik jawatan menteri kewangan itu pada aku.. tapi, sebelum aku terima jawatan tuh semula, aku kenakan syarat2 tertentu lah hahahaha.. alhamdullilah.. sekarang nih, okie sanggat2.. no more stupid hobby, dia pulak balik serahkan 100% gaji dia pada aku dan tak mintak balik 1sen pun for the whole month.. dia cuma amik dia nyer lain2 elaun jer untuk dia beli rokok dan keperluan lain dia..

aku rasa, my sis lagik teruk.. my sis doktor.. laki dia hampeh tak dok keje.. anak ada 3 orang.. actully, laki dia nih grad oversea gak.. sama2 dorang kenal masa dok kat U masa study dulu2.. hb dia nih milihhh sanggat keje.. lagik satu, panas baran.. so, selalu keja tak pernah lama.. last2 kata nak business tapi tak pernah nak jadik..

my sis ler bayar rumah, kreta, makan, sekolah anak, bayar maid.. lagik sadis hb dia nih kalau marah jerk mesti nak nyepak my sis tuh.. bukan sekali dua dah.. sampai my sis nyer kawan keje (juga doktor wanita) call aku citer my sis selalu lebam2 pi keje.. one day tuh dia call aku dan kata nak tinggalkan hb dia.. dia dah tak sanggup dah.. aku kata kat dia.. jangan ler tinggalkan dia gitu jerk.. walaupn rumah dia tinggal tuh atas nama dia, dan dia boleh halau jerk hb dia tuh bebila masa, jangan lupa anak2 tuh perlukan ayah dorang gak.. my sis kata, anak2 pun takut ngan ayah dorang tuh..

entah ler.. aku time tuh memagn tak suka ngan cerai2 nih.. aku suruh dia kasik masa atau paling tidak, kasik warning laki dia tuh dulu kalau tak mo gini gitu aku akan gini gitu atau apa2 lah yang dia nak dalam rumahtangga dia.. dan yang penting, elakan situasi yang menjadikan baran suami tuh naik.. aku suruh dia sentiasa semayang dan ikhlaskan perbuatan.. semoga rezeki dia bertambah murah..

panjang citer nya kalau aku tulis apa tindakan my sis tuh.. but now.. alhamdullilah.. hb dia dah ok.. dan pandai pun carik keje walaupun gaji cukup2 aja.. toh yang penting rasa tanggungjawap tuh ada.. hb dia pun, ngan family aku dah mesra sanggat2.. my sis lak.. alhamdullilah dah jadik pakar.. elaun pakar pun dah besar.. pas tuh, dia di lantik pulak jadik tenaga pengajar pelatih2 doktor.. yang nih, dia kata kat aku, elaun saja dah rm700 sebulan (elaun mengajar walaupun sambilan jer.. gaji di bayar atas masa mengajar iaitu rm180/hour).. pas tuh, dapat bayaran tinggi per jam buat part time kat klinik2 swasta.. oh ya.. my sis pakar sakit puan, so, ada dua tiga orang datin yang ambik dia jadik doktor peribadi.. semakin ramai datin2 yang amik dia berdasarkan rekomen dari 1 orang datin saja..

bukankah itu rezeki atas sabar dan ikhlas namanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 09:19 PM | Show all posts
Cerry! Suami awak fasiq?  Itu belum anda jawab!
Reply

Use magic Report

IbuYasin This user has been deleted
Post time 1-11-2006 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by PrinceOfNorth at 31-10-2006 01:23 PM
jgn lupa ibu.. sedekah pada suami yang tak mampu.. banyak pahalanya.. tahukan? contohilah siti khadijah.. yang banyak berkorban membantu suaminya berdakwah.. kalo idup susah.. usaha lebih sket.. sa ...


Prince, sedekah, sedekah jugak. apa yang ibu tahu, walaupun siti khadijah banyak berkorban, kita harus lihat Nabi Muhammad s.a.w. bekerja menanggung keluarga. Ibu tak pernah lupa tentang pengorbanan Siti Khadijah, dalam islam terlalu banyak diingatkan bagaimana tugas seorang isteri, bagaimana pula untuk seorang suami? sabar seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak semua lelaki seperti Prince, yang bertungkus lumus untuk menaikkan taraf hidup dan menanggung isteri dan keluarga.  Alhamdulillah Prince menjadi suami yang bertanggungjawab, tapi bukan semua suami seperti Prince. Harus diingat bahawa ada suami mengambil kesempatan, apabila isteri telah bekerja maka semua hendak dibahagi sama rata, tanggungjawab rumahtangga diserahkan bulat-bulat pada isteri. adalah lebih baik cerry menerangkan keadaan sebenar, tidakpun memberi ruang kita lebih faham akan situasinya.

Cerry juga harus ingat, ada yang lebih malang hidupnya dari cerry.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by IbuYasin at 1-11-2006 09:33 AM


Cerry juga harus ingat, ada yang lebih malang hidupnya dari cerry. ...









:cry::cry:

[ Last edited by  minahrock at 1-11-2006 09:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 31-10-2006 07:08 PM


.........panjang citer nya kalau aku tulis apa tindakan my sis tuh.. but now.. alhamdullilah.. hb dia dah ok.. dan pandai pun carik keje walaupun gaji cukup2 aja.. toh yang penting rasa tanggungjawap tuh ada.. hb dia pun, ngan family aku dah mesra sanggat2.. my sis lak.. alhamdullilah dah jadik pakar.. elaun pakar pun dah besar.. pas tuh, dia di lantik pulak jadik tenaga pengajar pelatih2 doktor.. yang nih, dia kata kat aku, elaun saja dah rm700 sebulan (elaun mengajar walaupun sambilan jer.. gaji di bayar atas masa mengajar iaitu rm180/hour).. pas tuh, dapat bayaran tinggi per jam buat part time kat klinik2 swasta.. oh ya.. my sis pakar sakit puan, so, ada dua tiga orang datin yang ambik dia jadik doktor peribadi.. semakin ramai datin2 yang amik dia berdasarkan rekomen dari 1 orang datin saja..

bukankah itu rezeki atas sabar dan ikhlas namanya?
...


Good elaboration abt IKHLAS n KESABARAN, Nurmimie

Harap si Cerry tu faham akan maksud nya walaupun di sampaikan dgn 2 CARA yg berbeda. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by IbuYasin at 1-11-2006 09:33 AM


Prince, sedekah, sedekah jugak. apa yang ibu tahu, walaupun siti khadijah banyak berkorban, kita harus lihat Nabi Muhammad s.a.w. bekerja menanggung keluarga. Ibu tak pernah lupa tentang pengor ...


Kehidupan rumah tangga akan  bergega PABILA ...
1. pasangan memasing mula MENUNTUT HAK
2. TIDAK IKHLAS
3. TIDAK mengikuti Al Quran n Sunnah
4. TIDAK menyerah diri kpd Allah swt
5. TIDAK memikir kehidupan akhirat
6. TIDAK BERSYUKUR

Salamr
Reply

Use magic Report

Follow Us
IbuYasin This user has been deleted
Post time 1-11-2006 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 1-11-2006 10:22 AM


Kehidupan rumah tangga akan  bergega PABILA ...
1. pasangan memasing mula MENUNTUT HAK
2. TIDAK IKHLAS
3. TIDAK mengikuti Al Quran n Sunnah
4. TIDAK menyerah diri kpd Allah swt
5. TIDAK me ...



Di dalam hal ini, kita tak boleh jatuhkan hukum bahawa ikhlas atau tidak. mesti ada sesuatu yang kita tidak tahu disebaliknya. semuga cerry dapat jalan yang mudah untuk menyelesaikannya.  mana pulak anak cerry, hendak juga mendengar keluhan hatinya yang tersembunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by IbuYasin at 1-11-2006 10:49 AM



Di dalam hal ini, kita tak boleh jatuhkan hukum bahawa ikhlas atau tidak. mesti ada sesuatu yang kita tidak tahu disebaliknya. semuga cerry dapat jalan yang mudah untuk menyelesaikannya.  man ...


Assalamualaikum IbuYassin,

Ini TIDAK KENA MENGENA dgn Cerry.
Secara AM nya.........begitu lah.

IKHLAS bukan lah di takrifkan sebagai HUKUMAN tetapi....perbuatan seseorg itu akan mencerminkan KEIKHLASAN seseorg.

IbuYassin patut tahu...apakah KRITERIA IKHLAS itu.?

Salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 11:13 AM | Show all posts
saya nak tumpang bertanya di thread ni, kot2 ada yg tau yer...

bagi suami yg bekerja di government sector, ada kah boleh suami tu buat potongan gaji utk bayar nafkah anak & isteri. ni utk pasangan yg masih bersama (blm bercerai) tp suami selalu mengelat nak bayar nafkah anak isteri walaupun mampu.

perlu ke isteri pakai lawyer utk dapatkan perintah mahkamah utk potong gaji suami atau ada ke procedure lain?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 11:22 AM | Show all posts
lagik sekali aku setuju dengan cara dan pendapat NURMIMIE.. rupe2nya pendapat die kat sini berbeza sket dari kat CI.. hehe.. bagus le.. tempoh kritikal untuk berumahtangga.. ialah 5 tahun pertama..problem akan berkurangan jika boleh saling memahami kehendak dan tugas masing2 dalam keluarga..and  kalo berjaya lepas 15 yrs.. insyaAllah.. kekal ke akhir hayat.. to cery.. orang lelaki.. ada egonya.. so cabar egonya tu.. secara tersirat.. slow but steady.. insyaAllah.. dia akan berubah.. tapi u must try to find egonya tu.. lain orang.. lain caranya.. pempuan pun camtu gak.. ada titik weakness dia.. tul tak? if masing2 tau main peranan masing dengan tujuan dan niat baik.. InsyaAllah.. rumahtangga aman bahagia.. nak tambah lagi satu pun blehhh.. hehe..
Reply

Use magic Report

IbuYasin This user has been deleted
Post time 1-11-2006 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 1-11-2006 10:56 AM


Assalamualaikum IbuYassin,

Ini TIDAK KENA MENGENA dgn Cerry.
Secara AM nya.........begitu lah.

IKHLAS bukan lah di takrifkan sebagai HUKUMAN tetapi....perbuatan seseorg itu akan mencermi ...



Ibu amat mengalu-alukan niceghost2005 menerangkan apakah itu ikhlas. dari segala keterangan niceghost2005, amatlah arif bab ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 11:48 AM | Show all posts

Reply #2 NURMIMIE's post

saya sokong kata-kata kamu mimie...harap cerry mudah memahami dan mengerti....keindahan isteri bukan sahaja pada rupa tapi pada pekerti...Allah tidak menduga seseorang melainkan atas apa yang dia ada dan dia mampu hadapi....cerry beruntung sebab masalah kewangan ini mungkin boleh membuka jalan perbincangan yang terbuka antara cerry dengan suami....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 11:56 AM | Show all posts

Reply #29 gam_gajah's post

aku bekerja kat gov sector..tidak terlintas pula di kepala aku tentang persoalan begini. Tak sangka boleh pula ada soalan begini...setahu aku dalam army memang ada treatment begini. gaji suami dah siap di agihkan kepad akaun isteri...certain portion aku tak tahu detail...tapi kalau kat sector awam belum lagi....tapi perlukah timbul soal nafkah isteri kalau sama-sama dan bersetuju berkongsi....perlukah sampai berlawyer hanya kerana soal rumahtangga yang begini...tak cukupkah dengan kebenaran yang diberi suami untuk seorang isteri keluar rumah bekerja...dan ini serba sedikit membantu rumahtangga yang dibina bersama...sampai bila isteri nak berkira sangat soal duit yang tak boleh pun dibawa ke kubur tu.....sedangkan amalan dan keredaan suami penentu nasib di alam baqa nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by PrinceOfNorth at 30-10-2006 02:22 PM
camni cerry.. gi pejabat agama.. jumpa dgn kaunselor or kadhi sendiri.. cerita perabis masalah kat dorang.. tgk apa dorang nak nasihatkan. cerai bukan jalan pertama.. ianya jalan terakhir. dosa.. m ...

:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by IbuYasin at 1-11-2006 11:28 AM



Ibu amat mengalu-alukan niceghost2005 menerangkan apakah itu ikhlas. dari segala keterangan niceghost2005, amatlah arif bab ini.


Nabi saw pernah di tanya berkenaan dgn IKHLAS.
Baginda pun bertanya kpd Jibrail a.s. mengenai IKHLAS.

Jibrail a.s. diam sebentar dan bertanya kpd Allah swt.

Allah swt pun menjawab,

" Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia"

Ulamak menafsirkan IKHLAS sebagai membuat sesuatu kerana Allah swt.
Yakni tanpa mengungkit, menyebut, meminta balasan ataupun pengiktirafan.

Mereka hanya mengharapkan KEREDAAN dari Allah swt.

Setiap perbuatan seseorg itu harus di periksa pada setiap waktu.
Dari awal, pertengahan nya dan juga akhir nya agar terjaga KEIKHLASAN itu.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by cerry at 31-10-2006 01:21 PM
Orang kalau tak kena kt batang idung dia mmg tak faham.
Macam mana susah nak hadapi hidup ni.
macam mana nak cukupkan duit, tak boleh kata tak ada.
untuk mengelakkan pertengkaran, diam jer
maka ...

aku terpanggil nak respon atas masalah kamu cerry.... aku dapat hidu apa sebenarnya kemahuan kamu....telah terbayang apa sebenarnya yang kamu mahu.... buatlah apa yang kamu fikir baik untuk kamu....jgnlah jadikan dosa sebagai alasan tidak bercerai sedangkan hati kamu dah kelihatan tiada lagi untuk dia... bercerai itu tidak berdosa ianya halal tetapi Allah tidak menyukainya...satu-satunya perkara Halal yangdibenci Allah ialah cerai....  renung dan timbangkanlah keterangan kawan-kawan yang saya yakin sentiasa mahu berkongsi kebaikan dengan kamu....semuga Allah memberi pengiktirafan kepada kamu sebagai isteri solehah dan memberikan petunjuk kepada suami kamu supaya berhijrah daripada sifat kurang baik kepada yang lebih baik...Amiiin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


cerry This user has been deleted
 Author| Post time 1-11-2006 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 31-10-2006 07:08 PM


jangan kata gitu cerry.. aku pernah rasa apa yang ko rasa.. :ah:

memang mcm sakit hati kalau dia bagi kita let say rm1000 per/month tapi at the end, bila kita kira balik, dia dah amik rm1500 ...



Nurmimie, tq cerita awk
Boleh dijadikan panduan utk selesaikan masalah skrg
Terima kasih juga semua kawan2 kt sini yg sudi bagi nasihat dan tunjuk ajar
Reply

Use magic Report

cerry This user has been deleted
 Author| Post time 1-11-2006 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by minahrock at 1-11-2006 09:47 AM









:cry::cry:



Memang ada yang lebih malang, tahu tu...
Tapi sejauh mana malangnya nasibku, semua tersembunyi. Cuma tak dapat cerita
Dan ada masalah boleh cerita tapi lebih malang lagi bila masalah tu terpaksa ditelan sendiri
Kadang2 perkara mcm ni, bila cerita kt kawan2, bukannya dapat selesaikan masalahpun
Jadi, di CARI rasanya lebih mudah. Tidak ada yang kenal
Hanya tulisan saja tertera
Reply

Use magic Report

cerry This user has been deleted
 Author| Post time 1-11-2006 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 31-10-2006 09:19 PM
Cerry! Suami awak fasiq?  Itu belum anda jawab!



Fasiq
Kalau aku, pantang lengah/tinggal solat, marah. Tp aku tgk dia tak buat pun. Aku tegur, dia kata dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by cerry at 1-11-2006 01:26 PM



Memang ada yang lebih malang, tahu tu...
Tapi sejauh mana malangnya nasibku, semua tersembunyi. Cuma tak dapat cerita
Dan ada masalah boleh cerita tapi lebih malang lagi bila masalah tu ter ...


Terpulang pada Cik Puan..

Tepuk dada, tanya SELERA sendiri..

Pendapat orang lain sekadar buat PERINGATAN sahaja.

Tetapi kalau sampai menyusah diri, dan pasangan lelaki bersikap DAYUS, tak reti nak laksana tanggung jawab, baik jugak meminta cerai.

Sebab kalau masih bersama pun, takut derhaka pada suami dalam diam tak diam.

Tetapi selepas dibuat keputusan, samada mahu terus bersama suami atau berpisah secara baik. jangan sekali kali disalahkan insan lain...

Anggaplah sekadar Suratan yang dah Termaktub Di Loh Mahfuz..

Perkara HALAL yang amat dimurkai oleh Allah ialah Talak...  

Allah Maha Pengasih Pada Hamba2NYA... Di Halal Kan TALAK cuma dalam kemurkaan ILLAHI..

Terpulang pada diri anda sendiri.... Janji Bahagia...



:pray::pray:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.458869 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list