CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6968|Reply: 114

VOTE FOR DAYANG ~ ABP '07

[Copy link]
Post time 2-11-2006 01:31 AM | Show all posts |Read mode
Undi awal ABPBH 2006 mulai esok
Oleh Zainuri Misfar


627 pencalonan artis diterima untuk dipertandingkan dalam 16 kategori




SIAPAKAH penyanyi atau pelakon popular musim 2006? Bolehkah[size=-1] Datuk Siti Nurhaliza Taruddin merampas gelaran Bintang Paling Popular yang dimenangi Mawi pada 2005? Namun, semua itu masih awal untuk dijangkakan kerana dua penyanyi itu juga harus berdepan persaingan peringkat awal terlebih dulu.

Tidak mustahil kalau ada muka baru yang akan memecahkan dominasi mereka, apatah lagi kehadiran muka baru dan lebih berdaya saing kini menjadi saingan menarik.

Misi mencari barisan bintang popular kini bermula. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH 2006) memulakan kempennya menerusi pencalonan awal untuk diundi orang ramai.

Pembaca dan peminat dunia hiburan boleh mengundi lima artis pilihan masing-masing menerusi setiap kategori ABPBH 2006.

ABPBH 2006 kembali lagi dengan menyenaraikan 627 pencalonan pada peringkat persaingan awal membabitkan pelakon, penyanyi solo, artis berkumpulan, pelakon komedi, personaliti televisyen dan juruhebah radio. Ada artis yang dicalonkan satu kategori dan ada juga yang layak dicalonkan menerusi dua kategori.

Borang pencalonan awal ABPBH 2006 mula disiarkan dalam Berita Harian dan Berita Minggu selama sebulan bermula Khamis, 2 November 2006.

Semua nama calon itu diterima penganjur menerusi cadangan syarikat rakaman dan produksi, selain stesen radio dan televisyen. Namun, urusetia ABPBH 2006 turut memantau dan menyaring semua nama yang diperoleh untuk diiktiraf layak bertanding buat musim ini.

Menerusi pencalonan awal kali ini, pembaca dikehendaki memilih lima calon bagi setiap kategori mengikut pilihan dan cita rasa anda sendiri berdasarkan artis kesayangan yang sentiasa atau difikirkan popular pada diri anda.

Anugerah ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia sudah memasuki tahun ke-20 penganjurannya. Bagaimanapun, ABPBH 2006 masih tidak mengalami sebarang perubahan apabila menyediakan 16 kategori - Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Kategori lain ialah Artis Berkumpulan/Duo Popular, Penyanyi Nasyid Popular, Artis Baru Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Artis Komedi Wanita Popular, Penyanyi Radio Wanita Popular, Penyampai Radio Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.

Calon bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular banyak dikuasai oleh bakat baru daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) seperti Felix, Faizal, Bob, Burn, Mawi dan Vince. Antara calon lain dalam kategori ini ialah M Nasir, Amy Search, Bandi Amuk, Ibnor Riza, Saleem, Mael XPDC dan Ahmadi Hassan.

Namun, calon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular paling menarik kerana membabitkan ramai penyanyi yang 慹stablished

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 09:36 AM | Show all posts
nak undi macam mana??? bley undi secara online ke??
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:21 AM | Show all posts
undi guna borang yg aku maleh ni...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 2-11-2006 10:21 AM
undi guna borang yg aku maleh ni...:geram:



itu lah... aku pun sama. urm... x de online ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 2-11-2006 10:23 AM



itu lah... aku pun sama. urm... x de online ke??

so far takde online. nak kena beli paper byk2.dpt msk top 5 ok gak.:pompom::pompom::music::music:
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by mzr at 2-11-2006 11:45 AM

so far takde online. nak kena beli paper byk2.dpt msk top 5 ok gak.:pompom::pompom::music::music:



itu yg sedang aku fikirkan. tapi....larat ke kita nak beli banyak2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2006 01:29 PM | Show all posts

Hari-hari pun aku baca paper online je

Takpe..curik paper kat ofis

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 2-11-2006 01:29 PM

Hari-hari pun aku baca paper online je

Takpe..curik paper kat ofis

:lol



:geram: beli lah weh.. kalau camtu..  menabung utk bajet beli paper BH & BM... dah start beli hari ni...


jom vote Dayang!

[ Last edited by  tweetytweety at 2-11-2006 02:20 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 2-11-2006 09:36 AM
nak undi macam mana??? bley undi secara online ke??


beli paper la cik kiiah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2006 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 2-11-2006 09:52 PM


beli paper la cik kiiah

pu3 supply BH selama sebulan..:nyorok::nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 10:25 PM | Show all posts
nk supply kat org buat apa..baik supply utk diri sendiri..tp beli benda lain la..ahahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2006 02:50 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 3-11-2006 10:25 PM
nk supply kat org buat apa..baik supply utk diri sendiri..tp beli benda lain la..ahahahah

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 02:55 PM | Show all posts
kalau undi guna paper ni, susah skitla coz takkan nak beli banyak2....kan bagus ade online ke...SMS ke...ape2 pun, aku percaya Dayang mampu mara ke TOP 5...sayang dayang...:love:love:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by mzr at 5-11-2006 02:50 AM



blluueekk
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 11:39 AM | Show all posts
tarikh tutup smpi top5 bile?takda $ nak bli paper.Tunggu balik kg ar,kumpulkan borang then hantr skali bnyk2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 09:48 PM | Show all posts
ha ak balay
aku skang tngh kumpul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2006 09:52 PM | Show all posts
boleh ke kumpul2 camtu n anta skaligus?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 09:54 PM | Show all posts
boleh
tk kan nk anta satu2
rugi la
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 10:14 PM | Show all posts
kalo macam tu ok la...aku pon nak buat gak la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 10:48 PM | Show all posts
tp jgn date terlepas lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069392 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list