CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqq

CAHAYA

[Copy link]
Post time 21-11-2006 08:51 PM | Show all posts
"Bagaimana proses perubahan/pergerakan cahaya"

Pergerakan cahaya dalam bentuk gelombang-gelombang ini mempenyai pelbagai alur.Walaupun sama namun barangkali arah yang berbeda.

"Unsur apa yang membentuk gelombang? "

Sebelum kita melihat kepada unsur-unsur yang membentuk gelombang ini,mari kita lihat ciri-ciri sebuah gelombang.Moga ini akan membuka pengetahuan kita,dan bagi yang lebih memahami silakan berkongsi pengetahuan anda.

Gelombang menghasilkan getaran,ataukan getaran yang menghasilkan gelombang.Namun yang pastinya gelombang dicirikan oleh getaran.Dalam bahasa saintifik dikenali sebagai frekuensi.Dalam pengiraan matematik,frekuansi dieertikan sebagai tempoh yang dilalui oleh satu gelombang untuk menghabiskan satu gelombang yang lengkap.Walaupun seluruh gelombang ini mempunyai tempoh yang sama walaupun amplitud atau kemuncak yang berbeda;berkurangan dengan masa yang semakin berlalu.Ini mungkin disebabkan oleh rintangan yang dihdapai oleh satu jasad yang bergetar tersebut;yang menghalangi getran tersebut dan mengembalikanya ke titik pegun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2006 08:57 PM | Show all posts
"Gelombang menghasilkan getaran,ataukan getaran yang menghasilkan gelombang."

Ini bermakna sebuah gerakan yang menghasilkan getaran seterusnya menghasilkan frekunsi yang merupakan elemen penting dalam sebuah gelombang.Memerlukan tenaga.Tenaga yang dipindahkan atau dibekalkan menghasilkan getaran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 09:07 PM | Show all posts
"Setiap zarah berlaianan.Lalu,cara-cara pegerakan juga tidak sama"

Hal ini berlaku diantara kumpulan zarah dalm alur yang berbeda bukan alur yang sama.Alur yang sama menghimpunkan sejumlah zarah yang mempunyai kapasiti yang sama untuk menerima dan membekalkan tenaga yang dipindahkan.Di sini maka,kita dapat melihat bahawa sifat sesuatu ataom itu menentukan jenis tenaga yang mampu diterimanya.Seterusnya menentukan jenis gelombang,samaada gelombang cahaya,ombak,bunyi dll.Setiap zarah dalam alam ini berbeda-beda sebahagianya telah ditemui dan dikelasifikasikan oleh para saintis menurut jumlah proton yang terkandung di dalam zarah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 09:15 PM | Show all posts
"Jika gelombang bunyi, apa yang membinanya?"

Udara.Barangkali didalamnya terhimpun pelbagai jenis unsur yang memindahkan tenaga dalam bentuk getaran.Yang pada akhirnya memukul gegendang telinga seperti mana sumbernya bergetar.Jika suatu medium(medium lain) juga dapat menghantarkan getaran ini.Maka gelombang bunyi dapat dikesani di sepanjang medium tersebut.Yang penting medium penghantaran.Disini,harus ada kesepadanan antara gemlombang dan medium agar rintangan yang terkandung di dalam medium tersebut tidak mengembalikan terus gelombang ke titik pegun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 09:23 PM | Show all posts
"setakat mana hubungkait antara atom dengan gelombang cahaya?"

Cahaya.Sebelumnya saya berpendapat bahawa seluruh pelanggaran antara atom atom adalah elastik yang merupakan pelanggaran yang memindahkan seluruh tenaga kepada atom yang lain.namun atas pandangan yang lain,berkemungkinan jua pelanggaran ini adalah pelanggaran yang tidak kenyal dimana sebahagianya(tenaga) dibebaskan di dalam bentuk haba.Sebahagianya di rasai dalam bentuk pemanasan.

Sy juga berpendapat,setiap zarah memikul tenaga tertentu;maka jenis zarah tersebut jua harus berpadanan dengan tenaga yang harus dibawa.Begitulah juga dengan cahaya.Yang disebutkan oleh sdr atomic

"cahaya menunjukkan sifat partikel dlm bentuk photon yg tidak berjisim dan bergerak dgn halaju yg tinggi"
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 25-11-2006 08:12 AM | Show all posts
Irfani: Cahaya.Sebelumnya saya berpendapat bahawa seluruh pelanggaran antara atom atom adalah elastik yang merupakan pelanggaran yang memindahkan seluruh tenaga kepada atom yang lain. namun atas pandangan yang lain,berkemungkinan jua pelanggaran ini adalah pelanggaran yang tidak kenyal dimana sebahagianya(tenaga) dibebaskan di dalam bentuk haba.Sebahagianya di rasai dalam bentuk pemanasan.

Kalau dilihat dari sudut atom; Pertamanya, mungkin perlu saya tahu dahulu apakah sebenarnya 'perkara' yang dipindahkan dari satu atom kepada atom yang lain. Misalnya atom A yang membawa muatan cahaya, memindahkan 'perkara' ke atom B hingga atom B mengandungi muatan cahaya:

Apakah yang dipindahkan itu bentuk getaran? Misalnya A memindahkan getarannya kepada B, hingga B berubah bentuk getaran, yankni mengandungi getaran yang ditafsir oleh otak kita sebagai cahaya?

Apakah yang dipindahkan adalah haba? Jika haba tentu ada penjelasan yang lebih mendetail tentang haba. Misalnya, atom A membawa haba cahaya, adalah berbeda struktur atom atau pergerakannya(dan sbgnya..), berbandig dengan atom yang tidak membawa muatan cahaya.

Mungkinkah yang dipindahkan adalah jumlah photon? Misalnya atom A memindahkan sejumlah photon kepada atom B, hingga atom B memiliki muatan cahaya? Apakah dengan pemindahan photon, tidak akan merosakkan sturktur atom A(?), yang kemudiannya merosakkan sebuah sel, yang kemudiannya merosakkan benda?

Mungkin sdr Irfani, atau yang lain boleh tolong perjelaskan menurut kaedah sainsnya..
Maaf, jika ini sudah diperjelaskan, dan saya pembacaan saya yang kurang terliti.

[ Last edited by  qqq at 25-11-2006 08:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
qqq This user has been deleted
 Author| Post time 25-11-2006 08:49 AM | Show all posts
"cahaya menunjukkan sifat partikel dlm bentuk photon yg tidak berjisim dan bergerak dgn halaju yg tinggi"

Kalau boleh, kita fokuskan cahaya dalam bentuk partikal dahulu. Ada dua perkara yang terfikir tentang keberadaan photon dalam kepala saya. Pertama, photon terkumpul dalam sesebuah atom, dan tidak di luar atom. Maknanya, perlu ada atom sebagai rumah photon.

Kedua, photon adalah partikal bebas dari atom dll. Photon bergerak secara sendirian tanpa ikatan apa-apa.

Dari penjelsan yang ada, seakan yang pertama lebih menepati. Minta tolong siapa yang tahu beri penjelasan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 09:21 PM | Show all posts
Pertamanya sebelum saya ingin melontarkan pandangan.Sy ingin memaklumkan bukanlah penjelasan sy adalah tepat,namun adalah perkaitan yang boleh sy iambil untuk memahami sesuatu kejadian,tidak mustahil jika kita menjumpai penjelasan yang lebih rasional dan eksperimental.maka ia lebih menepati tafsiran terhadap suatu fenomena itu.Jika kita tidak tahu,barangkali dengan pengetahuan yang kita ada boleh digunakan bagi menghampiri kepada suatu penjelasan yang kita cari.Dengan itu kita dapat memanfaatkan pengetahuan yang kita ada.Walau dimana kita berada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 09:40 PM | Show all posts
"Apakah yang dipindahkan adalah haba? Jika haba tentu ada penjelasan yang lebih mendetail tentang haba. Misalnya, atom A membawa haba cahaya, adalah berbeda struktur atom atau pergerakannya(dan sbgnya..), berbandig dengan atom yang tidak membawa muatan cahaya."-qqq.

Bila sdr qqq menyebutkan tentang haba,mungkin ada suatu maklumat yang boleh kita gunakan.Pertamanya memnag tepat apa yang disebutkan oleh qqq tentang penjelasan detail yang menghuraikan pemindahan haba ini.Dalam kaedah saintifik ia disebut sebagai thermodynamik.Basiknya,temodynamic ini adalah pemindahan haba dari kawasan yang mempunyai tenaga haba yang tinggi ke kawasan yang mempunyai tenaga haba yang rendah.Perbezaan tenaga inilah yang menyebabkan pengaliran suatu tenaga.Seperti proses penyerapan.Air yang basah yang mempunyai kuantiti kebasahan yang tinggi akan meresap ke kawasan yang mempunyai kuantiti kebasahan yang rendah/kering.

Sebagai contoh,sebuah tindak balas kimia yang menghasilkan suatu hasil(Product) yang mempunyai simpanan tenaga yang tinggi berbanding dengan bahan(reactant) yang mempunyai simpanan tenaga yang rendah.Ini adalah tindakbalas endothermik dimana,dalam tindak balas ini,telah memindahkan haba dari persekitaran kepada hasil (product) tersebut.Berbeza pula dengan tindakbalas exothermik.Dimana kuntiti haba yang tersimpan di dalam bahan adalah lebih tinggi manakala haba yng tersimpan di dalam product(hasil) adalah rendah.Seterusnya haba ini dibebaskan ke persekitaran.

Kita ambil sebagai contoh.Air panas yang mendidih,apabila kita masukkan kedalam cawan dan kita campurkan dengan serbuk kopi.Air yang terhasil itu(kopi) adalah lebih sejuk daripada air yang mendidih tadi.hal ini adalah disebabkan oleh sebahagian haba digunakan oleh molekul-molekul air dan serbuk kopi tersbut untuk bertindak balas. Ini adalah contoh suatu tindakbalas endoithermik.Haba yang tersmpan di dalam air panas itu tadi sebahagianya digunakan untuk tindakbalas antara serbuk kopi dan air yang mendidih itu.

Kita ambil contoh yang lebih jelas,cecair ethanol yang mempunyai takat pewulapan yang rendah.Pada suhu 37darjah cecius ia sudah boleh meluap(bertukar dari keadaan cecair kepada gas).Apakah yang menyebabkan bahan ini bertukar keadaan?
Ini mungkin disebabkan oleh haba diserap dari sekeliling untuk membekalkan tenaga kepada molekul-molekul ethanol untuk meluap.Suatu gas(product/hasil) mempunyai tenaga yang tersimpan di dalamnya lebih tinggi dari cecair ethanol (bahan) yang mempunayi tenaga yang tersimpan di dalamnya lebih rendah.Ini adalah satu lagi contoh tindakbalas endothermik.

Kami berpandangan bahawa bukanlah pergerakan atom atau photon kepada satu titik kepada titik yang lain namun yang berpindah anatara satu atom kepada atom yang lain adalah haba yang terpendam dalam suatu zarah/atom tersebut.

[ Last edited by  irfani at 25-11-2006 09:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:04 PM | Show all posts
dari pada perkaitan pemindahan haba ini juga kita boleh mengaitkanya dengan getaran sesuatu atom.Suatu getaran itu amat berkait rapat dengan haba yang tersimpan/terkandung di dalamnya.Semakin tinggi haba yang tersimpan,semakin kuat getaran yang boleh dihasil.kami sebutkan disini 'boleh dihasilkan' atas bebearapa sebab.Ini kerana suatu haba yang tersimpan hanya mungkin bergetar dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja.Ini bermaksud dengan iklim dan persekitaran yang sesuai sahaja yang boleh menyebabkan haba yang tersimpan di dalam atom tersebut bergetar.Jika tidak ia hanya menyimpanya sahaja(tenaga tersebu) ia hanya berpotensi untuk bergetar namun belum lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:13 PM | Show all posts
Hanyalah dengan getran ini akan memungkinkah suatu gelombang dapat dihasilkan.Gelombang inilah menurut saya adalah cahaya.yang bergerak disebakakn oleh pegerakan tenaga/haba yang berlaku anatara zarah-zarah cahaya dengan pantas. Sesuai dengan kemampuan partikel zarah cahaya yang bersiap sedia untuk menerima dan memindahkan tenaga yang ada dengan pantas sekali.Kemampuan pastikel-partikel zarah ini yang berbeza-beza menyebabkan wujudnya perbezaan halaju gelombang(pemindahan tenaga).Lalu mewujudkan perbezaan bentuk-bentuk gelombang dan menciri-cirikanya.Ini ini wujudlah cahaya merah,biru,kuning dsb..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:23 PM | Show all posts
Getaran menghasilkan gelombang apabila berlakunya pelanggaran antara molekul-molekul cahaya ini atau perinteraksian lain yang memungkinkan pemindahan tenaga berlaku.Mengikut alur gelombang masing-masing.Dan dengan pemindahan tenaga itu,partikel cahaya tersebut akan kembali ketitik asal nya semula.Dimana ia berasal dalam keadaan tidak mempunyai tenaga.Dan apabila zarah lain mengirimkan tenaga kepadanya dalam bentuk pelanggaran itu tadi,ia akan bergerak ketitik dimana ia mempunyai tenaga(excited states) dan mengirimkan tenaga kepada zarah cahaya yang berikutnya.Begitulah pemindahan haba yang pada pandangan dari atas membentuk seperti sebuah alunan.

Sebelumnya kami menyebutkan bahawa pemindahan tenaga adalah dalam bentuk pelanggaran,pada perspektif lain.barangkali kaedah pemindahan ini juga berbeza-beza yang mana jika pemindahan ini berlaku dengan cepat maka suatu zarah tersebut akan lebih laju.Mungkin ada yang boleh memberi pandangan atau klue-klue..

[ Last edited by  irfani at 25-11-2006 10:25 PM ]
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 28-11-2006 12:21 AM | Show all posts
Saudara Irfani yang budiman..
Saya masih gagal mengaitkan penjelasan panjang sdr Irfani, yang banyak berkisar tentang haba, dengan cahaya. Atau, mungkin saya kurang terliti dengan tulisan sdr Irfani. Harap sdr dapat perjelaskan lagi. Kita cuba fokuskan bicara kita dalam medan cahaya..

Sdr Irfani ada menjelaskan bahawa sdr punya rujukan seorang pensyarah. Mungkin kita boleh gunakan peluang itu. Ada baiknya sdr 'tangkap' dia sebagai sumber rujukan sains kita..

Untuk cahaya, mungkin kita boleh mulakan dengan persoalan ini; Bagaimana kehidupan/pergerakan cahaya dalam dunia atom?

Ertinya, bagaimana perubahan perubahan yang terjadi pada atom, atau unsur atom(binaan-binaan yang membina atom termasuk photon) dari atom itu tidak memiliki muatan cahaya hingga hingga ia memiliki muatan cahaya? Selanjutnya, bagaimana cahaya berpindah atau bergerak berlandaskan atom, yakni dari satu atom kepada atom yang lain? Kita mulakan cahaya dalam bentuk sifat partikal terlebih dahulu.

Silakan, kalau ada sesiapa yang dapat memberikan penjelasan..

[ Last edited by  qqq at 28-11-2006 01:45 AM ]
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 28-11-2006 03:36 AM | Show all posts
Sdr Irfani yang budiman. Banyak manfaat yang dapat saya ambil dari penjelasan sdr..

Saya kira banyak penjelasan cahaya sdr terarah keluar, yakni ke arah yang lebih kasar. Misalnya tentang 'rasa' haba, tindakbalas atom dengan atom yang lain, dan sbgnya.. Barangkali tiba masanya anda menjelaskan hal yang menjurus kepada yang lebih dalam.

Maksud saya begini; jika kita memasuki dunia atom, tidak ada lagi yang dikatakan haba/cahaya. Haba adalah sekadar kesan dari getaran atom(misalnya) yang aktif berbanding atom yang lebih sejuk atau kurang aktif. Atau, haba adalah sebuah atom yang unsurnya(elektron, proton dll..) tersusun secara 'A(misalnya), berbanding atom yang sejuk yang unsurnya tersusun secara 'B. Begitu pula dengan cahaya. Misalnya, cahaya adalah sesebuah atom yang banyak menghasilkan photon. Sementara photon pula terhasil akibat lompatan elektron dari satu shell kepada shell yang lain. Ini misal saja..  

Saya pasti sahabat-sahabat, atau sdr Irfani sendiri punya penjelasan yang jelas tentang hal ini, dan harap dapat dipanjangkan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 09:09 PM | Show all posts
"Sdr Irfani ada menjelaskan bahawa sdr punya rujukan seorang pensyarah. Mungkin kita boleh gunakan peluang itu. Ada baiknya sdr 'tangkap' dia sebagai sumber rujukan sains kita.."

Saya akan cuba sebaik mungkin,lagi pun saya masih student,jadi saya rasa ada banyak pensyarah yang sedia membantu dalam usaha ini.Cumanya tentang teori pemindahan elektron tu,pensyarah tu dah tak ada di universiti saya.Tapi saya akan cuba cari penjelasanya dari buku elektronik nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 10:53 PM | Show all posts

salam..

gravity tarik cahaya tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by mail golok at 28-11-2006 22:53
gravity tarik cahaya tak?


haku cahaya dipengaruhi oleh graviti,saya rasa ini dijelaskan oleh Einstein melalui Special Relativity dier...(or General)..

ini berlaku dgn fenomena black hole,dimana graviti teramat besar sehingga cahaya yg dipancarkan oleh dirinya sendiri tidak dapat keluar dari pusatnya...

maybe someone can tell us more info more than I do.. :jeling: :nyorok:
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 1-12-2006 12:25 PM | Show all posts
Membaca posting singkat dari sdr Atomic tentang Enstein dengan Special Relativitynya, saya berpendapat Enstein membuat rumusan berdasarkan objek kasar. Saya kira, bila kita memfokuskan tentang unsur cahaya, yakni berkait dengan atom atau yang lebih kecil dari itu(photon dan sbgnya..) kita akan memperolehi keputusan yang berbeza.

Sebab apa? Sebab, bila kita menyatakan unsur cahaya, tidak ada padanan dengan graviti. Apa itu unsur graviti? Ertinya, kita harus mengenal dulu apa yang dinamakan graviti. Yang halus harus dipadankan dengan yang halus. Akhirnya nanti, yang ada adalah interaksi antara partikal A'(kita andaikan dengan unsur graviti) dengan partikal B(unsur cahaya). Yang ada nanti adalah transaksi, dan bukan dalam bentuk tarikan.  

Walau apapun, ini rumusan ringkas berdasarkan fakta yang sangat minima dari sdr Atomic. Yang jelas, di sini, di thread ini kita sendiri masih teraba-raba tentang cahaya dan dunianya...

Tentang persoalan dari Atomic, saya tidak dapat menjawabnya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by qqq at 1-12-2006 12:25
Membaca posting singkat dari sdr Atomic tentang Enstein dengan Special Relativitynya, saya berpendapat Enstein membuat rumusan berdasarkan objek kasar. Saya kira, bila kita memfokuskan tentang unsu ...



menurut einstein gravity adalah curvature in 4D space...objek yg sangat besar akan menghasilkan curve di atas ruang dan bumi mengelingi matahari krn curve yg dihasilkan oleh matahari ialah sgt besar spt kita roll duit syiling kat kon yg terbalik (tak tahu cam mana nak explain)..

p/s; betulkan saya jika saya salah....:nyorok: :nyorok: :jeling:
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 9-12-2006 03:09 AM | Show all posts
Seakan perbincangan tentang cahaya dari sudut partikalnya terhenti sampai di sini. Harap-harap tidak. Untuk sementara itu, ada baiknya jika kita meneruskan dari sudut 'frekuansi'nya, atau apa saja maklumat berkait dengan cahaya yang hendak kita konsidkan di sini. Semoga ada yang hendak menyumbang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.178063 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list