|
Nurul Syuhada intai golongan VIP?
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
Nurul belum temui `Mr Right'
SENYUM manis yang menampakkan lesung pipitnya itu memang tidak jemudipandang. Ditambah ketinggian serta gaya persis model, siapa tidaktertarik melihat kejelitaan pengacara Nona TV3, Nurul Syuhada Nurul AinMohd Zain.
Namun semacam satu `sumpahan' pula apabila seseorang gadis itumengacarakan Nona, mereka akhirnya disunting golongan VIP. Lihat sajasuratan jodoh dua bekas pengacara Nona lalu, Normala Samsudin (kiniDatin Seri) serta Norjuma Habib Mohamad (juga Datin). Mereka sudahbergelar isteri kepada golongan atasan.
Difahamkan, salah seorang bekas pengacara Nona yang kini diserapkansebagai pembaca berita turut dikaitkan dengan seorang usahawan bergelarDatuk. Bagaimanapun, hubungan mereka belum berakhir ke jinjang pelaminbiarpun gosip itu sudah lama tersebar.
Bagi Nurul, 22, semua itu hanya kebetulan. Biarpun mengakui pernahterkena tempias dengan orang kenamaan, namun soal jodoh baginya adalahketetapan Ilahi.
"Entahlah, kalau dilihat nama-nama pengacara Nona, boleh dikatakansemuanya bermula dengan huruf N. Normala, Nurfarahin, Norjuma dansekarang saya, Nurul Syuhada. Mungkin semua ini satu kebetulan.
"Namun janganlah mengatakan tujuan saya menjadi pengacara kerana mahuberdampingan dengan Datuk, Tan Sri atau kerabat diraja. Bukankah kitakena percaya bahawa jodoh, ajal dan maut ditentukan Tuhan?
"Sudah takdir jodoh bekas pengacara Nona sebelum ini adalah bersamaorang kenamaan. Saya belum memikirkan dengan serius mengenai calonsuami kerana tumpuan saya ketika ini adalah kepada kerjaya," kata bekasJuara program realiti Malaysian Top Host itu.
Nurul berkata dia sentiasa berhati-hati dalam segala tindakan bagimemastikan dirinya tidak dihambat gosip atau kontroversi. Menjawabpertanyaan samada dia sudah berteman, Nurul berkata: "Saya memang adaramai kawan tapi teman istimewa belum ada lagi. Saya belum bertemujejaka idaman saya. Namun seperti semua wanita lain, saya cuma berharapagar satu hari nanti akan dipertemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas."
Nurul seronok jelajah dunia
SELAMA 10 bulan menjadi hos Nona, ia banyak mendedahkan pemegang IjazahSarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains & TeknologiMalaysia (Kustem) itu dengan pelbagai pengalaman hebat.
Nurul menganggap dirinya cukup bertuah kerana diberi peluang menjelajahke dunia luar walaupun masih baru dalam bidang penyiaran. Sehinggakini, anak kelahiran Kuala Selangor itu sudah dihantar bertugas diPhuket, Thailand; Manila (Filipina); Hong Kong dan Macau (China) sertaBukit Tinggi, Solo dan Yogyakarta (Indonesia).
Bagi Nurul, manusia yang jauh perjalanan akan mendapat pengalaman luas.
"Saya sedih apabila melihat sendiri kesengsaraan mangsa gempa bumi diYogyakarta ketika melawat mereka pada bulan puasa lalu. Bayangkanseorang lelaki yang juga seorang imam masjid sanggup tidur bersamakeluarganya di kandang lembu peliharaan mereka kerana masih traumadengan kejadian itu.
"Paling sedih ialah melihat anak-anak kecil yang kurus kerana tidakcukup makan. Mereka terpaksa beraya dalam khemah dan hidup dalam penuhkedaifan.
"Jadi kita seharusnya bersyukur dilahirkan di Malaysia. Kita hidupdalam suasana aman dan tenteram tanpa dilanda musibah yang teruk,"katanya. Di sebalik pengalaman pilu itu, Nurul juga pernah berdepansaat yang mendebarkan iaitu ketika membuat liputan di Macau, beberapabulan lalu. "Apa tidaknya, saya terpaksa membuat terjunan udara,SkyJump, dari ketinggian 233 meter di Menara Macau.
"Saya memang kecut ketika itu, tapi memikirkan peluang hanya datangsekali dalam seumur hidup, saya gagahkan juga diri untuk mencuba.Akhirnya saya berjaya membuat terjunan itu tetapi rasa seperti tidakpercaya saya mampu lakukannya," ujar Nurul.
Info: Nurul Syuhada
Nama sebenarnya, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain dan dilahirkan pada 29 November 1984 di Kuala Selangor.
Bagaimanapun, dia dibesarkan di Rembau, Negeri Sembilan.
Gadis berusia 22 tahun itu memiliki ketinggian 1.66 sentimeter dan berat 55 kilogram.
Juara program realiti Malaysian Top Host itu adalah pemegang IjazahSarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains & TeknologiMalaysia (Kustem).
Dia sukakan hobi lasak seperti selam skuba dan berenang di dasar laut.Selain pengacara Nona, anak kedua daripada tiga adik beradik inibertugas sebagai Wartawan Penyiaran TV3.
Nurul pernah muncul dalam iklan jus buah-buahan yang disiarkan di sebuah stesen TV Russia ketika masih menuntut di Kustem.
[ Last edited by Syd at 12-3-2008 12:19 PM ] |
|