CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gx5448

[MERGED] Sakit Tulang Belakang/Prolapsed Disc/Scoliosis

[Copy link]
Post time 11-7-2007 08:22 PM | Show all posts

So far cases..

Originally posted by ladymama_xez at 6-7-2007 12:26 PM
Sesiapa ada pegalaman miscarriage.
3 bulan lepas saya miscarriage , lps tu buat dnc.  Masalahnya sampai skrg saya sakit belakang dan kadang kadang melarat smpai tmpt peranakan.  Normal ke tu. ...


so far lah..cases that i know of..no problem to get pregnant again but you have to wait for a certain time first for your body to recuperate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 04:37 PM | Show all posts
i dulu pernah gugur n buat D&C...as per my doc said, u have to wait at least u dah dtg 2 atau 3 kali period supaya ia dpt membersihkan rahim kita tue...if not bila u dah preknen nanti, takut saki baki time kotoran kat rahim dulu tak betul2 bersih...so takut gugur sekali lagi or effect kat baby nanti......
i dulu pun lepas D&C ada sakit/lenguh kat peha kiri, dah pi jmpa pakar n buat physio semua but still tak okie lagi...pakar kata most probably masa buat D&C tue , tersalah angkat/letak kaki i so that's why i bole lenguh2 peha tue......so last2 i pi urut badan....alhamdulilah makcik yg i pi urut tue buat bole hilang lenguh2 peha...and i termengandung lak lepas dpt advise dr makcik urut tue....rezeki n kebetulan pulak.....now my son dah pun 4 months old and i masa pantang ari tue pun p urut dgn makcik tue jugak....my husband cukup suka ngan makcik nie......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 07:49 AM | Show all posts

Reply #1 ladymama_xez's post

Try to eat more protein foods and also a good multi vitamins/ minerals plus Calcium and magnesium. Your baby has taken up a lot of nutrients from your body. You need good food plus supplements for your body to repair and heal.
Spirulina and Cholera are packed with nutrients. Try them.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:26 PM | Show all posts

Reply #3 ssuhaila's post

Makcik urut tu kat mana?.  I stay kat USJ.  Bolek kasi contact  no dia kat I
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 10:11 AM | Show all posts

Reply #5 ladymama_xez's post

hai, name dia makcik arum....orang nogori so cakap N9 tu agak pekat jugak lah...kadang2 i selalu tak paham so suruh dia ulang apa dia ckp tue.....dia dok area Taman Sentosa , Jalan Klang Lama...dekat area Dato'Harun sane.....
her tel nanti I pm kat u yea.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 11:48 AM | Show all posts
me jugak mengalami masalah yg sama selepas buat D&C lps gugur... tp selepas sekali period, me pregnant balik.. now dah 34 weeks... alhamdulillah masih mampu bertahan...

tgh rajin jd me cari balik topik yg me pernah bukak dulu.. harap dpt info sendikit sebyk...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=248027&extra=page%3D26

[ Last edited by  zaida at 17-7-2007 11:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by ssuhaila at 14-7-2007 04:37 PM
i dulu pernah gugur n buat D&C...as per my doc said, u have to wait at least u dah dtg 2 atau 3 kali period supaya ia dpt membersihkan rahim kita tue...if not bila u dah preknen nanti, takut saki ...


urut kat mana tu suhaila?dh rezeki yer..senang je nk lekat...congratsss
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 02:30 PM | Show all posts

Reply #8 kancil_comel's post

hai kancil comel,
i urut kat sorang makcik nie - Makcik Arum namenye...nie pun atas recomendation dr my fren......she stay kat area2 flat Taman Sentosa.....i like her very much....very nice lady...maybe dah serasi kot....if u want her tel pls pm me yea....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 09:48 AM | Show all posts
Sakit belakang
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

APABILA sakit belakang, semua pergerakan terasa tidak kena, malah ada yang tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana masalah ini.

Boleh dikatakan semua orang pernah merasai bagaimana peritnya apabila belakang badan, terutama pada bahagian bawah tulang belakang, terasa sakit.

Bahagian bawah tulang belakang menerima paling banyak tekanan, terutama ketika kita duduk berbanding apabila berdiri atau baring. Ini sebabnya kita berasa sakit belakang jika duduk terlalu lama dan masalah ini boleh diatasi dengan berehat, bangun dan berjalan-jalan seketika sebelum menyambung kerja.

Tulang belakang adalah struktur yang sangat unik. Ia membabitkan 33 tulang vertebra dan di antara setiap tulang mempunyai satu cakera mengandungi cecair yang berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan (supaya tulang belakang boleh dilentur ke sisi, depan dan belakang) serta mengagihkan berat badan dengan seimbang.

Cakera yang bertindak sebagai kusyen ini sebenarnya membabitkan kantung leper mengandungi cecair (nukleus pulposus) dan kantung cakera (annulus fibrosus).

Walaupun kantung cakera ini sangat kuat, ia boleh menjadi haus dan terkoyak dengan peningkatan usia, aktiviti lasak dan perlakuan yang menjejaskan kedudukan tulang belakang.

Pemeriksaan Imej Resonan Magnetik (MRI) mendapati, hampir 30 peratus individu dewasa berumur 30 tahun menunjukkan kemerosotan (kehausan) cakera tulang belakang tetapi tidak mengalami masalah atau kesakitan.

Banyak perkara menyebabkan sakit belakang dan punca paling lazim ialah membabitkan cakera ini kerana boleh tergelincir atau mengalami kemerosotan.

Cakera tergelincir (terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya) berlaku akibat posisi badan tidak betul, otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Semakin meningkat usia, cakera kehilangan kandungan cecairnya, mengecut dan menjadi kurang anjal. Ligamen yang memegang cakera juga menjadi lemah.

Pada keadaan ini, aktiviti yang memberi tekanan kepada cakera boleh menyebabkan ia membonjol ke satu arah dan menekan saraf dan membuatkan kita berasa sakit.



Masalah cakera tergelincir ini boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

Kemerosotan cakera.

Prolaps (pemindahan cecair cakera dari kedudukan asal ke bawah).

Cecair cakera tersembul keluar.

Sekuestrasi (cecair cakera terkeluar sepenuhnya daripada kantung).


Keadaan ini menyebabkan kita mengalami pelbagai kesakitan. Bahagian yang sakit bergantung kepada kedudukan saraf yang ditekan cakera yang tergelincir. Pada umumnya ia boleh menyebabkan gejala seperti:

Sakit belakang.

Sakit kaki (pada satu bahagian, atau keseluruhan sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ini mengakibatkan pesakit berasa sakit untuk berjalan).

Berasa sangat sakit, hilang keupayaan mengawal kencing dan buang air besar.

Lumpuh sama ada sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Hilang deria rasa.


Menurut Perunding Bedah Ortopedik dan Tulang Belakang, Dr David Wong, biasanya masalah sakit belakang berlaku pada golongan muda berumur antara 20 hingga 40 tahun yang aktif bersukan.

Bagi kebanyakan kes, kesakitan bermula pada umur 20-an dan menjadi semakin teruk apabila usia meningkat kesan aktiviti harian serta tidak mendapatkan rawatan.

揚esakit mengalami kesukaran untuk bangun dari katil atau kerusi dan ramai mengambil ubat tahan sakit. Bagaimanapun, ubat tahan sakit tidak mampu mengatasi masalah ini.

揗ereka masih berasa sakit walaupun mengambil ubat dan keadaan ini menjejaskan kualiti hidup pesakit. Kesakitan ini juga membuat ramai pesakit berasa rendah diri. Mereka tidak yakin untuk melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang keadaan bertambah buruk.

揃ahkan 20 hingga 30 peratus pesakit mengadu tertekan dan murung. Gangguan emosi ini lebih dirasai individu yang terlantar kerana pada masa sama mereka mengalami masalah peningkatan berat badan,
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 09:48 AM | Show all posts

Penggantian Tulang - Lutut/Peha/Tulang Belakang - Apa kata anda?

Penggantian Tulang? Pernah terpikir ke?

Korang semua pernah dengar tak pembedahan penggantian tulang lutut ke, peha ke, tulang belakang ker? Yang macam selalu disiarkan dalam Medic TV tu.

Korang mesti pernah dengar orang komplen sakit lutut (terutamanya orang tua) atau sakit belakang. Selalunya kita ambik minyak urut / panas then tenyeh kat tempat sakit tuh. Betoi? Bila dah tak berkesan, kita p jumpa doktor. Mula2 doktor bagi ubat, kalau dh tak berkesan gak dia bagi injection. Semua ni pesakit terima.


Tapi bila lama2 tak baik2 gak, doktor cadangkan buat pembedahan ganti tulang tu dengan besi. Ha! tang ni ramai yang tak sanggup.  Ngapa ek?

Sebab takut sakit lagi ker? Tak ada duit nak bayar kos rawatan ke?  atau ada sebab2 lain? takut tak sah disisi agama ker?

Meh la share reramai.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 09:59 AM | Show all posts
Selalunya orang Melayu yang paling jarang nak buat pembedahan ni (termasuk ayah aku tuh ) Katanya tak yah le perabih duit bebanyak utk operation tuh. Dia dah tua. Berapa lama lagi je lah kat dunia ni (buat aku sedih jer) Simpan jer duit tuh untuk cucu2 nye.

Apa lah. Kita ni nak tengok dia sihat. tak kisah la pasal duit tuh. Kalau bukan duit sendiri pun , kita claim insurance ke. Mintak bantuan kebajikan hospital ke?

Korang plak rasa macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 10:17 AM | Show all posts
Hello!!!!!!!!!!!!!!!!!!Tak ada yang nak share ke?

tak pe la, Meh nak share sikit info yang I tau dengan korang.

Kos untuk implan2 (besi yang menggantikan tulang) tersebut:

Implan Tulang Lutut (total knee replacment)- Rm6500 - Rm13000 (sebelah kaki)-bergantung pada sistem implan yang digunakan

Implan Tulang Pinggul (total hip replacement) (kat peha) - Rm4500-RM10000 (sebelah kaki) -pun bergantung pada sistem implan yang digunakan

Implan Tulang belakang (Spinal Implant)- RM1000-RM1300 (1 skru+nut) minimum adalah 4 set skru akan digunakan

Nengok amount2 tuh pun orang dah payah nak commit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 10:43 AM | Show all posts
aku one of pesakit tulang blkg bengkok.. n have to attend check up every 6 mth. to repair d disability,hv to do d back bone replacement. kenapa aku x wat operation lagik?

1. mum aku risau anythg happen after d operation, althgt its llike 95% success, but we never know tht another 5% belong to me or not

2. after d surgery, if success, i cannot walk for at least 3mth. i will became burden to my mom. pastu korg pikir ler.. 3 bln tu nk wat bodow kt umah.  

3. costing. akunyer operation kt gov spital at least rm56k, kalo private rm130k. insurance aku xder la cover byk tu.. skrg tgh kumpul duit. tpikir, dari buat operation, bek beli umah.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 10:58 AM | Show all posts

Reply #4 gutes_madchen's post

Gutes check up kat spetal mana? Rm56k tuh untuk kos rawatan ke untuk implan jer?

May I know you spinal condition? Is it scoliosis? Selalunya scoliosis yang kos tinggi. Apa cadangan implan doc bagi kat u?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 11:01 AM | Show all posts
Nak share lagi sikit pengetahuan yang ciput I ada ni.

Implan tulang belakang tuh memang mahal sebab menggunakan titanium bukannya besi tahan karat biasa. Titanium ni ringan dan paling sesuai untuk spine. kalau besi tahan karat biasa tu agak berat.

Kalau implan tulang lutut and pinggul tu guna besi tahan karat biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 05:38 PM | Show all posts
yup.. its s coliosis n its titinium. titinium tu diorg akan skru kt tulang blkg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2007 08:44 AM | Show all posts
Lagi info yang I nak share. (Even sorang jer yang reply topic ni, I hope yang lain tuh boleh dapat info jugak):victory:

Total Knee Replacement (TKR) - selalunya terjadi kepada orang tua (faktor usia) tapi ada gak orang muda yang alaminya (fracture akibat acciddent). Implan yg akan diguna bergantung pada umur dan keadaan kerosakan dan tahap kekuatan tulang.

Bagi orang tua selalunya tulang dah rapuh(osteoporosis) dan doktor akan gunakan sistem TKR Fully Cemented - implan akan dilekat guna simen.
bagi orang muda (tulang masih kuat) doktor akan gunakan sistem TKR Hybrid (simen + skru)/ Fully Uncemented (skru sahaja). Tapi implan jenis ni masih kurang diguna kat malaysia. Kebanyakan TKR akan guna sistem fully cemented jer.

Total Hip Replacement (THR) pun sama macam TKR jugak.

Spine Implan selain skru ada beberapa jenis implan lain yang diguna untuk menggantikan disc tulang belakang.

Sesapa yang ada implan dalam badan insyaallah tak ada apa2 kesan masa hujan/melalui scan kat airport. Tak rasa sengal etc.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2007 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by gutes_madchen at 20-9-2007 10:43 AM
aku one of pesakit tulang blkg bengkok.. n have to attend check up every 6 mth. to repair d disability,hv to do d back bone replacement. kenapa aku x wat operation lagik?

1. mum aku risau any ...


Nasib baik aku terbaca benang ni..sbb dulu abg aku masuk hospital gomen sbb patah tgn eksiden kene masuk besi..
Tapi aku pelik kenapa kena bayar dekat RM2,000 utk kos tu kat hosp gomen? bukan biasa nya free ke :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 08:42 AM | Show all posts

Reply #9 mrbelalang's post

mrbelalang,

dari apa yang saya tau kos untuk implan yang dimasukkan ke pesakit tu bukan free. Patient perlu bayar sebab implan ni hospital tak ada, depa pun beli dari distributor. Even hospital gomen pun, procedure nye sama. Cuma kalau kat private, depa markup lagi cost implan nih. Kalau gomen, berapa yang depa beli dari distributor, banyak tu jer la yang patient kene bayar. Kos ni bukan untuk hospital simpan tapi untuk bayar semula ke distributor.

harap ini damap membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 11:04 PM | Show all posts

Reply #10 nor5014's post

a'ah betul ckp nor5014 tuu..

Dulu aku keje supply mende besi2 implant ni kat hospital..aku supply brg besi titanium Synthes Swizt product..Ortho surgeon memang tau mende ni..

Produk yg paling mahal skali ada lah bahagian spine..bole mencecahi puluhan ribu..

TKR/THR tu sume aku dah tgk assist surgeon dlm OT..

biasa org2 tua la yg undergo surgery ni sbb tulang reput..brg2 memang mahal, sbb cost tu sume termasuk 'blade' & gerudi sume tu disposable item..hospital gomen mana beli sume mnde ni..So jgn korang ingat sume nak free aje kat hospital gomen..Implant besi paling mahal sbb mende ni sume titanium tahan karat, non-allergic & ringan stainless steel..

Ada jenis copy-cat implant dr India..memang murah, tp risky sbb biasala brg murah mana tahan lama..kalau besi bengkok/patah/karat..dpt septicemia, masakkk la surgeon kene buat revision...

So, biasanya b4 kes surgery..Sister in-charged kene colect duit dr patient..then baru inform kompeni aku, bila sume dah collect..baru kompeni antar brg..

Dr sini la, aku tgk org kelam kabut korek tabung, pinjam sana sini & minta derma kebajikan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.063115 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list