CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: britney_sapiah

TENTANG BULAN

[Copy link]
Post time 22-12-2006 11:12 AM | Show all posts
Tentang Bulan raih RM2j dalam 2 minggu?

Oleh Rudy Imran Shamsudin

MENGHASILKAN filem kanak-kanak penuh risiko kerana sasaran penontonnya tidak luas. Malah, dalam sejarah perfileman tanah air tiada satu pun filem bertema sedemikian berjaya mencatat keuntungan selepas ditayangkan.

Berbeza dengan negara jiran, filem kanak-kanak dihasilkan mampu mencecah kutipan ?ecah panggung.?

Di Singapura umpamanya mereka boleh berbangga dengan filem I? Not Stupid apabila meraih kutipan RM5 juta. Kejayaan filem itu membolehkan penerbitnya menghasilkan kesinambungan filem itu melalui siri televisyen pula.

Di Indonesia filem genre sama seperti Pertualangan Sherina ditonton hampir 500,000 orang, sementara di Thailand filem kanak-kanak, My Girl mampu menewaskan kutipan filem aksi, Om Bak.

Kejayaan dicapai filem kanak-kanak yang mencatat keuntungan besar di beberapa negara jiran itu menyuntik keyakinan dan inspirasi kepada Metrowealth Movies Production (MMP) bagi menghasilkan Tentang Bulan.

Pengarah Urusan MMP, David Teo berkata pihaknya percaya Tentang Bulan mampu meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh dua minggu ditayangkan. Harapannya pada filem itu sama seperti pepatah Cina mengenai seekor kuda hitam.

?uda hitam ini sewaktu disertakan dalam senarai pelumba ia tidak menjadi harapan buat mereka yang kaki bertaruh, tetapi sebaik saja perlumbaan dimulakan ia muncul juara. Begitulah harapan saya terhadap Tentang Bulan.

?aya sedar di saat awal ramai yang sangsi dengan pencapaiannya tetapi selepas menonton Tentang Bulan, mereka pasti akan menyaksikannya sekali lagi,? katanya.

Keyakinan David bertambah apabila ada penonton dewasa yang menonton filem itu tersentuh dengan jalan ceritanya.

?aya turut menayangkan filem ini kepada 300 orang terdiri daripada persatuan dan pertubuhan artis, anak-anak yatim dari Rumah Tunku Budriah, Cheras, Persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih, Kuala Lumpur dan Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Petaling Jaya.

?ernyata mereka suka menontonnya dan ada antara memberitahu mahu menyaksikannya lagi di pawagam. Bagi saya maklum balas positif diberikan jemputan khas itu membuatkan saya yakin Tentang Bulan boleh diterima semua peringkat umur termasuk di kalangan ibu bapa,? katanya.

Menyentuh soal persamaan yang wujud antara filem Tentang Bulan dan Mohsin sebuah lagi filem menampilkan tema sama diarahkan Yasmin Ahmad dan diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd, kata David perkara itu di luar kawalannya.

?dea untuk menghasilkan filem ini sudah ada tiga tahun lalu dan Tentang Bulan menjalani penggambaran terlebih dulu berbanding Mohsin. Kami tidak pernah berbincang mengenai penerbitan dua filem ini apatah lagi menjenguk ke lokasi.

?aya tidak tahu sejauh mana kebenarannya mengatakan Tentang Bulan dan Mohsin punya persamaan tetapi sekiranya ia wujud seperti didakwa ia bukan disengajakan,? katanya.

Penghasilan Tentang Bulan jelas David diharap dapat memberi kelainan dan kepelbagaian dalam filem tempatan. Ia boleh dijadikan penanda aras bagi mengangkat martabat dan nilai pelakon kanak-kanak yang juga pelapis dalam industri.

Tentang Bulan mengisahkan kehidupan dan persahabatan kanak-kanak di sebuah kampung di utara tanah air. Filem ini menampilkan pelakon berbakat seperti Mohd Addy Ashraf, Fatin Nur Afifah, Muhamad Nasiruddin, Nik Adruce, Nurarina dan Nor Zam Zam.

Filem ini cuba mengimbangi unsur komersial dan nilai artistik dan bagi memberikan kekuatan tersendiri MMP memperuntukkan RM1.2 juta bagi perbelanjaan pembikinan dan promosi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2006 11:14 AM | Show all posts
160 anak yatim, ibu tunggal tonton Tentang Bulan
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

SESUAI dengan cerita filem itu sendiri mengenai nilai persahabatan dan kekeluargaan, produser David Teo sekali lagi mengundang anak yatim dan ibu tunggal untuk sama-sama berhibur bersama filem terbaru keluaran Metrowealth Movies Production, Tentang Bulan, di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, Selasa lalu.

Tayangan amal yang turut dihadiri lebih 100 jemputan khas termasuk pelakon dan wakil media itu adalah yang kedua diadakan David, selepas acara serupa dianjurkannya minggu lalu di Kuching, Sarawak. Kali ini, Metrowealth mengadakan tayangan untuk 80 anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah, Cheras dan 80 ibu tunggal dari Persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih Kuala Lumpur, serta Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Petaling Jaya.

Tentang Bukan adalah filem ke-20 terbitan Metrowealth. Mengambil langkah berbeza, David memberanikan diri mengeluarkan filem bertemakan dunia kanak-kanak yang disaluti persahabatan, percintaan dan keluarga untuk hiburan pelbagai lapisan masyarakat.

?ebagai ahli perniagaan, saya harus berani mengambil risiko apabila membuat keputusan menerbitkan Tentang Bulan. Malah, idea mengeluarkan cerita kanak-kanak sebenarnya sudah ada di kepala saya sejak tiga tahun lalu. Namun, ketika itu, pengarah saya tidak berani menghasilkan filem sebegini.

?hmad Idham juga pada mulanya risau untuk mengarahkannya. Selepas perbincangan dilakukan, barulah dia bersedia menangani filem ini,? kata David mengenai filem yang mengetengahkan bakat enam pelakon kanak-kanak yang terdiri daripada Mohd Addy Ashraf sebagai Mawi, Fatin Nur Afifah (Ila), Muhammad Nasiruddin (Ketot), Nik Adruce (Bulat), Nur Arina (Ina) dan Noor Zam Zam (Budi).

Filem membabitkan bajet sekitar RM1.2 juta yang turut menampilkan pelakon Kuza, Safura dan Zack Kool ini mula ditayangkan pada 21 Disember. Penggambarannya dibuat di Perlis.

David mendedahkan, idea membikin filem kanak-kanak itu diperolehinya setelah mengamati kejayaan filem dalam genre serupa seperti I Not Stupid serta Home Run dari Singapura dan My Girl dari Thailand. Bahkan, negara Iran juga tidak ketinggalan menerbitkan banyak judul berkisar mengenai kanak-kanak.

?egitupun, Tentang Bulan tidak akan ditayangkan di luar negara, kerana acuan filem ini sememangnya untuk orang kita saja. Latar budaya filem terbabit berlainan dengan budaya masyarakat luar Malaysia,? jelas David.

Ditanya apakah dia cuba mengajar kanak-kanak bercinta menerusi produksi terbarunya itu, David menjelaskan, bukan tujuannya berbuat demikian tetapi percintaan yang ditampilkan dalam Tentang Bulan lebih bercorak ikhlas. Katanya, percintaan adalah membabitkan perasaan dan kanak-kanak pula akan berterus-terang sekiranya mereka menyukai seseorang.

Mengenai beberapa persamaan yang wujud dalam filem itu dengan filem terbitan Grand Brilliance, Mukhsin (tayangan Mac depan), David berkata, dia tidak tahu menahu mengenai persamaan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 10:18 AM | Show all posts
Keletah Bulat, Ketot, Mawi ceriakan Tentang Bulan
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Filem cerka kanak-kanak pertama di Malaysia ini mengupas suka duka nilai persahabatan

IBARAT mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak. Itulah kesimpulan yang dapat penulis berikan sewaktu diundang menyaksikan filem Tentang Bulan arahan pengarah prolifik, Ahmad Idham. Apa tidaknya, filem yang mengisahkan tentang lima sekawan ini mengambil latar masa sekitar tahun 80-an iaitu sama masanya dengan tahun penulis membesar.

Dunia kanak-kanak, di mana-mana pun sama. Biarpun filem ini mengambil keindahan bumi Perlis sebagai lokasi utama sedangkan penulis berada di nun selatan tanahair namun ia tidak banyak beza dengan apa yang

dilalui kanak-kanak lain.

Kegilaan terhadap muzik rock kapak (istilah dulu-dulu) yang dipelopori kumpulan Search serta isi bedak dalam surat adalah antara fenomena biasa dilihat pada masa itu. Tentang Bulan mengupas suka duka, konflik perasaan serta jiwa kanak-kanak yang sukar membezakan antara makna cinta dan persahabatan. Suatu topik menarik yang jarang diketengahkan oleh penggiat filem ketika ini.

Bulat atau Abu Bakar, berbadan besar tetapi memiliki hati yang baik dan sentiasa melindungi rakan-rakannya. Ketot pula bertubuh kecil tetapi garang orangnya. Mawi, yang dianggap sebagai ketua di dalam kumpulan itu ialah seorang yang bercita-cita tinggi dan pemimpin yang berdedikasi.

Budi, kanak-kanak yang bijak tetapi mengidap asma manakala Ila, satu-satunya bunga dalam kumpulan itu dan berperawakan kasar seperti lelaki.

Menerusi semua watak ini, Meor Shariman selaku penulis skrip mahir mengembangkan cerita bersama. Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah filem bertemakan kanak-kanak yang menyelitkan unsur cinta di dalamnya. Jika tidak kena dengan gaya penceritaan serta lakonan yang hambar, pastinya ia mencacatkan keseluruhan jalan ceritanya.

Jalan cerita kemas, lakonan menyerlah

NAMUN, itu tidak berlaku kepada Tentang Bulan. Jalan ceritanya, biarpun ringkas namun ia cukup kemas. Penggunaan bahasa harian dan dilafazkan penuh bersahaja membuatkan filem ini nampak lebih realisitik.

Setiap watak berjaya dilakonkan dengan baik. Umpamanya watak Ila, penonton pasti akan menaruh simpati terhadapnya terutama ketika babak dia disingkirkan dari teman sepermainan sejak kehadiran Erin. Malah, watak Ila yang mudah mengalirkan air mata berjaya merentap perasaan sayu untuk berkongsi perasaan dengannya.

Tidak mustahil, Ila yang dilakonkan adik Fatin Nabila mampu pergi lebih jauh dalam bidang lakonan seandainya diasuh dengan baik.

Seperkara yang menarik mengenai filem ini adalah gerak kerja kameranya yang teratur dan terancang. Begitu juga dengan aspek sinematografi yang ternyata begitu dititikberatkan dalam filem ini. Bukan sekadar menunjukkan daya kreativiti si pengarah, tetapi ia juga menjadikan filem ini bertambah cantik untuk ditonton. Siapa yang boleh lupa adegan sewaktu kanak-kanak ini bermandi manda di sungai dan pada masa yang sama, keretapi melalui jambatan di belakang mereka. Cukup berseni dan ada nilai estetika yang tersendiri.

Tidak rugi mengeluarkan RM10 untuk membeli tiket bagi menyaksikan filem ini. Kalau tidak percaya, pergi tonton sendiri dan kemudian anda baru tahu. Selain membuatkan anda sekeluarga bergelak ketawa, Tentang Bulan juga mampu mengubati kerinduan mereka yang begitu mengenangkan zaman kanak-kanak apabila semunya pernah melalui zaman itu suatu waktu dulu.

Sinopsis
TAHUN 1985, Asmawi, Bulat, Ketot, Budi dan Ila adalah lima sekawan paling akrab di desa mereka. Kelima-lima mereka mempunyai perangai dan telatah unik masing-masing dan itulah yang menjadikan mereka bertambah rapat. Sebagai satu kumpulan, mereka menjadi kuat kerana masing-masing punyai kelebihan tersendiri.

Walaupun sering dikutuk kerana tidak berkelakuan lemah lembut seperti perempuan, Ila tidak endahkan kata-kata orang lain kerana dia tahu dia mempunyai empat orang kawan rapat yang sanggup bersama-sama dalam susah mahupun senang.

Kelima-lima sahabat ini gemar melepak hingga larut malam apabila bulan penuh dan berangan-angan, satu hari nanti, akan sampai ke sana juga. Namun, persahabatan serta kesetiaan yang pernah mereka lafazkan sebelum ini goyah dengan kehadiran Zurina, yang baru berpindah ke desa itu. Sejak itu, Ila mula disingkirkan rakan-rakannya hingga dia memutuskan untuk berpindah ke kota dan bersekolah di sana.

INFO: Tengang Bulan

Pengarah: Ahmad Idham

Penerbit: David Teo

Pelakon: Addy Ashraff, Nik Adruce, Fatin Afifah, Noor Zam Zam, Muhammad Nasiruddin, Nur Arina, Kuza, Safura, Zack Kool dan Sahronizam.

Terbitan: Metrowealth Movies Production

Genre: Komedi Drama

Tema: Kanak-Kanak/Kekeluargaan

Mula Tayang: 21 Disember 2006
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 10:24 AM | Show all posts
?ecah perut? dek Tentang Bulan

ANTARA nostalgia zaman kanak-kanak, bermain buai buatan sendiri turut dipaparkan dalam Tentang Bulan.
--------------------------------------------------------------------------------

Sudah agak lama Kak Tim tidak dihidangkan dengan filem tempatan yang membuat Kak Tim ?ecah perut? menontonnya.

Tahniah untuk Adruce, Ashraff, Fatin, Erin, Nasiruddin dan Zam Zam. Tentu ada yang bertanya, siapa mereka ini? Itulah enam nama pelakon kanak-kanak yang telah membuat Kak Tim ketawa ?ecah perut? kerana lakonan masing-masing dalam filem Tentang Bulan.

Minggu lalu Kak Tim menonton filem itu di Cathay Cineleisure Damansara bersama 80 anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah, Cheras dan 80 ibu tunggal dari Persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih Kuala Lumpur dan Mas Merah, Petaling Jaya.

Ceritanya biasa. Kisah setiakawan enam kanak-kanak tahun 80-an di sebuah desa yang biasa dialami oleh ramai orang.

Tapi filem itu menjadi luar biasa kerana lakonan bersahaja yang mencuit hati oleh enam pelakon kanak-kanaknya yang memegang watak Bulat, Mawi, Ila, Ina, Ketot dan Budi. Keletah mereka, begitu menghiburkan.

Dari mula hingga akhir Tentang Bulan ditayangkan, panggung riuh rendah dengan gelak ketawa penonton.

Cantiknya, ditengah-tengah keriuhan itu, ada beberapa adegan yang meraih kesedihan penonton. Saat itu panggung yang riuh oleh derai tawa penonton, jadi sunyi sepi. Tapi syahdu hati penonton tidak dibiarkan berlarutan. Cuma untuk beberapa saat sahaja. Selepas itu panggung riuh semula oleh gelak tawa dek kelucuan dialog bersahaja oleh pelakon kanak-kanaknya.

Hebatnya kerja pengarah Ahmad Idham!

Kerja-kerja kamera Indra Che Muda dalam filem ini pun patut dipuji. Enam perkampungan di Perlis yang dijadikan lokasi Tentang Bulan, dirakamkan Indra dengan begitu indah sekali.

Sebenarnya sudah agak lama Kak Tim tidak dihidangkan dengan filem tempatan yang begini.

Kak Tim tidaklah mengatakan Tentang Bulan layak dipertandingkan ke festival luar negara. Tapi kalau sekadar untuk Festival Filem Malaysia pada tahun depan, besar kemungkinan Tentang Bulan menjadi pencabar utama bagi kategori Filem Komedi Terbaik. Bagi Kak Tim, Tentang Bulan filem komedi lain daripada yang lain. Ia mencatat sejarah sebagai sebuah filem tempatan pertama menggunakan kanak-kanak sebagai pelakon utama. Pun begitu filem ini berkemampuan menghiburkan penonton segenap lapisan.

Cerita berkisar tentang Ila, gadis tomboy yang berkawan rapat dengan empat kanak-kanak lelaki. Bagaimanapun, persahabatan Ila tergugat setelah Ina datang ke kampung itu.

Kanak-kanak lelaki mula tertarik hati pada Ina, seorang gadis yang sempurna sifat kewanitaannya dan Ila mula disisihkan rakan-rakannya.

Ila cuba merubah penampilannya sebagai kanak-kanak perempuan untuk mencuri semula perhatian kawan-kawannya. Tetapi perubahannya hanya menjadi bahan ketawa mereka.

KAK TIM: Tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka kacak yang melakonkan watak Mawi dewasa dalam Tentang Bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 11:08 AM | Show all posts
byk amek review dr media jer ni... x de org pi tgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 03:03 PM | Show all posts
bes ke??nk tgkla esok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2006 10:54 PM | Show all posts
Cerita ini berkisar tahun 80an..dari gambar yang kita tengok ada seorang pelakon kanak kanak  memakai
Jersi pasukan Arsenal setahu aku Team Arsenal tahun 80an tak pernah ada  baju kuning  yang macam
budak tu pakai .
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 12:58 AM | Show all posts
dah tgk pagi tadi... so far not bad la...

cuma aku prasan ada scene yg die amik dari cite My Girl, tang lari kejar pompuan tu... huhu... yg lain taktau la plak kut2 ada cedok idea cite lain gak ke, maybe aku tak tgk cite lain tsb ke...

so far bagi aku, this is an OK movie... bawalah keluarga anda menonton di pawagam, heheh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2006 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by laislabonita at 24-12-2006 12:58 AM
dah tgk pagi tadi... so far not bad la...

cuma aku prasan ada scene yg die amik dari cite My Girl, tang lari kejar pompuan tu... huhu... yg lain taktau la plak kut2 ada cedok idea cite lain gak  ...


memang citer ni dia ambil 'frame idea' citer Mygirl(Fan Chan):Filem Thai yg meletup giler sampai kalah Ong Bak! yg diarah dan sumbang idea 6 org pengarah yg baru grad.Pasal tu la kalau sesiapa yg pernah tgk fan Chan akan perasan scene tu ada 'bau-bau' Fan Chan. Jalan cerita pon nak sama cuma Tentang Bulan lebih loose berbanding fan Chan.(Aku tgk citer Fan Chan ni 3 kali.first time kat Bangkok masa balik kampung.memang cakap thai habis.aku x paham sgt.:geram:
pastu aku tgk kat Jepun cakap jepun.  pastu kat mesia cakap indon)

Walaupun citer Tentang Bulan tiru Fan Chan,tp filem ni x dpt la nak lawan Fan Chan psl Fan CHan lebih detail filemnya.
Dari segi "frame idea' memang sebijik tiru Fan Chan,cuma diolah dgn baik dgn 'ramuan dlm alam melayu'.
Walaupun cerita ni tiru cerita org lain tp aku bagi tabik la psl ada pembaharuan filem melayu dan Tentang Bulan berjaya menghiburkan aku walaupun aku dah tgk cerita Fan Chan(Tentang Bulan yg asal).

Aku bg 4 bintang dr 5 bintang krn citer ni ada mesej yg nak di sampaikan...........
:hatdown:
Reply

Use magic Report

antu_ubi This user has been deleted
Post time 24-12-2006 05:23 PM | Show all posts

SPOIL GILER

Sinopsis
TAHUN 1985, Asmawi, Bulat, Ketot, Budi dan Ila adalah lima sekawan paling akrab di desa mereka. Kelima-lima mereka mempunyai perangai dan telatah unik masing-masing dan itulah yang menjadikan mereka bertambah rapat. Sebagai satu kumpulan, mereka menjadi kuat kerana masing-masing punyai kelebihan tersendiri.


konon2nya tahun 80an. bukak paper semalam (berita harian) - a photo from the film. those boys tengah main bola.

PAKAI JERSI ARSENAL!!!! ayo! jersi baru pulak tu! hampeh! itu pun tak perasan ke mat idham! :pmuka:
Reply

Use magic Report

antu_ubi This user has been deleted
Post time 24-12-2006 05:32 PM | Show all posts
jersi yang ada O2. O2 partnership with arsenal started in 2002! wey! buat malu jer! buat homework lah lain kali..
refer : http://www.o2.co.uk/abouto2/o2sponsorship/o2arsenal
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 05:46 PM | Show all posts
lagi satu psl bulan mengambang............tiap² mlm bulan penuh..heran aku...........yg aku belajar sains dulu bulan x de la pulak mengambang tiap² mlm................. :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 07:51 PM | Show all posts
pelik kan latar belakang cerita ni kat kampung tapi jersi arsenal ada, walkman ada.. puh.. pelik betul
lain kali kalau nak buat cerita pada zaman2 tertentu, kenalah tanya org yang hidup pada zaman tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 12:11 AM | Show all posts
da tgk da td.nk kate bagus gile.x pek rr.bg aku biase je cite ni.tp bolelaa sbb ade part2 klaka tu.kesinambungan btween satu scene ngan scene yg lain still weak lg.x bole beat cinta la.cinta is better.nway still a good try sbb kt mesia x penah ade cite yg lead actor n actress die bebudak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 12:20 AM | Show all posts
better la kot dari misi 15:11.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 12:30 AM | Show all posts
lupe nak cakap.. aku suka lagu2 dalam movie ni... best la kut soundtract die...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2006 01:18 AM | Show all posts
walaupon byk eklemahan bg la tepokan sket psl ada pembaharuan dlm filem melayu walaupon tiru 'frame idea' citer siam...........:tq::love:
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 12:32 PM | Show all posts
die pakai lagu soundtrack ape hah?????
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 05:18 PM | Show all posts
soundtrack dia buat sendiri khas utk filem tu da..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 07:21 PM | Show all posts
ff: pagi semalam tengok pelakon² muvi ni promote kat tv.. tak pasti tv berapa tapi budak watak zarina tu kan main lagi make up siap pakai contact lense lagi.. tau la artis tapi tak yah gitu sekali... dah jadi cam budak lain plak dia.. dalam muvi ni aku tengok trailer cantik.. bila make up jadi tak lawa... alahai budak² zaman sekarang..














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.554366 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list