CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3809|Reply: 9

Typhoon Utor

[Copy link]
Post time 8-12-2006 10:32 AM | Show all posts |Read mode
A new typhoon is brewing in the waters to the east of the Philippine Islands.
Tropical Storm Utor (named after the Marshallese word for 'squall line') has the
potential to grow to typhoon strength before it makes landfall in the central Philippines on Saturday, Dec, 9.

The storm is under only 5 knots of vertical wind shear, and satellite imagery shows a large,
well-organized system with excellent upper-level outflow, impressive spiral banding,
and a steadily consolidating area of heavy thunderstorms near the center.

Utor is organizing closer to the Philippines than Durian did, and is moving more rapidly--15 mph.
This likely means the storm does not have enough time to grow into a super typhoon like Durian did.
Even if Utor does become a major typhoon, its fast forward speed means it will not have enough time
over the islands to dump the kind of heavy rains that would cause significant loss of life.

5 days forecast for TS Utor

                              

position: 10.3N 131.6E movement: westward at 18 knots (39m/s)
max wind: 45 knots ( 90 m/s )

[ Last edited by  redCeri^cet at 10-12-2006 09:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2006 04:33 PM | Show all posts
Apabila Taufan Utor merentasi Filipina pada Sabtu ini dan memasuki kawasan Laut China Selatan pada hari Ahad,
dijangkakan ia bergerak ke arah utara dan tiba di Vietnam namun jika ia beralih ke arah selatan,
cuaca buruk diramal untuk Sabah,  Sarawak dan juga Semenanjung terutama kawasan pantai timur.
Angin kencang dan laut bergelora juga akan berlaku.


                                

[ Last edited by  redCeri^cet at 9-12-2006 05:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 04:34 PM | Show all posts
Taufan Utor: 57 warga kita tinggalkan Cebu
09-12-2006 04:07:44 PM  

CEBU CITY (Filipina): Lima puluh tujuh rakyat Malaysia yang terdiri daripada perwakilan, wartawan dan pasukan khas, yang berada di sini kerana menghadiri Sidang Kemuncak Asean dan Asia Timur, dibawa pulang ke tanah air kerana khuatir dengan ancaman Taufan Utor yang dijangka melanda pulau pelancongan ini hari ini.

Mereka yang dibawa pulang ke tanah air itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang juga pengerusi Kumpulan Tokoh-tokoh Terkemuka Asean.

Rakyat Malaysia itu berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Benito Ebuan di Mactan City pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki sebuah pesawat pengangkut C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mereka dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pada kira-kira pukul 6.30 petang ini.


Tuan rumah Filipina semalam mengumumkan penangguhan Sidang Kemuncak Asean ke-12 kepada bulan depan berikutan laporan bahawa Taufan Utor, yang dikategorikan sebagai "Taufan Super", dijangka melanda Cebu City hari ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah 39 tahun Asean sidang kemuncaknya terpaksa ditangguhkan kerana faktor cuaca.

Ketua Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Marciano Paynor Jr mengumumkan penangguhan itu selepas jawatankuasa itu mengadakan persidangan telefon tergempar dengan Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan wakil dari negaranegara Asean.

"Keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan dengan sepenuhnya keselamatan dan kebajikan para pemimpin, peserta sidang kemuncak, orang perseorangan dan kumpulan yang terlibat dalam pelbagai aspek penganjuran acara berkenaan selain para pegawai yang terlibat dengan persiapan," katanya.

Di Kuala Lumpur, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata ribut tropika Utor berada kirakira 787km ke tenggara Manila dan 1,170km ke timur laut Kudat pada pukul 5 pagi ini.

Ia dijangka bergerak dengan kelajuan 28 kmj ke arah barat menuju ke Filipina, kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2006 05:31 PM | Show all posts
AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
PERAIRAN PANTAI SABAH

Taufan "Utor" berada kira-kira 723 km ke tenggara Manila, Filipina, 1086 km ke timur laut Kudat
pada jam 11.00 pagi 9 Disember 2006 dan dijangka bergerak ke arah barat dengan kelajuan
24 kmsj ke arah barat menuju ke Filipina.

Walaupun taufan tersebut tidak dijangka melanda negara kita, namun beberapa kawasan di utara
negeri Sabah dijangka mengalami cuaca buruk dan laut bergelora. Angin kencang baratdaya kadangkala
mencapai kelajuan 40-50 kmsj dan ombak dengan ketinggian 3.5 meter di kawasan perairan Sabah
dijangka berlaku mulai Ahad, 10 Disember 2006 sehingga hari Khamis 14 Disember 2006.
Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil.

~Jabatan Meteorologi Malaysia, 9:10 pagi, 9hb Dis 2006
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 10:51 AM | Show all posts
Taufan Utor ancaman baru

MANILA: Beribu-ribu penduduk di wilayah tengah dan timur Filipina yang sudah terjejas akibat Taufan Durian minggu lalu, semalam berdepan satu lagi ribut, Taufan Utor yang memaksa ramai berpindah ke kawasan selamat.

Taufan Utor adalah yang kedua dalam tempoh beberapa minggu lalu. Ia mempunyai kelajuan angin 120 kilometer sejam, menurunkan hujan lebat di bandar Guiuan di wilayah Samar, tengah hari semalam. Kekuatan anginnya mencecah 150 kilometer sejam, empat jam kemudian apabila melanda bandar Tacloban di wilayah Leyte yang berhampiran.

Taufan Utor melanda sehari selepas menjadi punca penangguhan sidang kemuncak Asean dan pemimpin Asia Timur di bandar Cebu dan pulau Mactan yang berhampiran.

Presiden dan perdana menteri dari 16 negara anggota sepatutnya tiba di Cebu dan pulau Mactan semalam bagi mesyuarat Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Sidang Kemuncak Asia Timur bermula 11 hingga 13 Disember.

Filipina sebagai tuan rumah acara itu, terpaksa melihat acara yang sepatutnya gemilang sebaliknya bertukar dengan suasana duka akibat kehadiran Utor, masalah bocor di pusat konvensyen baru dengan barisan pemimpin dan pegawai kanan asing berpusu-pusu ke lapangan terbang untuk pulang.

Pegawai bencana alam Filipina pula berkata mereka tidak menerima sebarang laporan kemalangan jiwa dan kemusnahan akibat Taufan Utor di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, pihak pengawal pantai terpaksa menggantung 43 perkhidmatan feri di kawasan terbabit menyebabkan kira-kira 2,000 penumpang terkandas.

Pihak berkuasa juga sudah menasihatkan penduduk di bahagian utara Luzon, tengah pulau Visayas dan Mindanao di selatan supaya berpindah ke tempat lebih tinggi untuk mengelak banjir kilat dan ombak besar.

Pegawai bencana di wilayah Albay, yang sebelum ini dilanda Taufan Durian berkata, kira-kira 20,000 orang sudah dipindahkan daripada kawasan penempatan di Gunung Mayon, gunung berapi yang masih aktif kira-kira 320 kilometer ke selatan Manila. Taufan Durian yang melanda kawasan perkampungan sekitar Gunung Mayon membawa angin dan hujan lebat sehingga menyebabkan banjir lumpur dan debu lahar menenggelamkan beberapa penempatan penduduk. Beratus-ratus orang mati manakala beratus-ratus yang lain masih hilang.

Fernando Gonzales, gabenor wilayah Albay yang teruk terjejas akibat Taufan Durian berkata, penduduk sudah diarahkan berpindah ke kawasan selamat dan penempatan sementara sehingga ancaman Taufan Utor berakhir.

揔ami mahu mengelak angka kematian besar seperti yang baru berlaku minggu lalu apabila mangsa terperangkap di rumah masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 07:29 AM | Show all posts
Angin kencang landa utara Sarawak


MIRI: Angin kencang dan laut bergelora dijangka melanda kawasan perairan pantai utara Sarawak mulai petang semalam, berikutan taufan di negara jiran, Filipina.


Tiupan angin kencang itu dijangka meningkat sehingga 50 kilometer sejam ombak setinggi 6.5 meter, untuk tempoh empat hari mulai semalam dan dijangka berbahaya kepada pengangkutan air di perairan Miri termasuk nelayan.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Miri, ketika dihubungi, berkata angin kencang dan laut bergelora itu disebabkan tiupan ribut taufan Utor yang melanda Filipina, berhampiran Sabah.

"Sekarang Taufan Durian sudah mula reda tetapi Taufan Utor pula menyusul dan melanda beberapa kawasan di Filipina dan perairan Laut China Selatan dekat Sabah.

"Kawasan utara Sarawak dijangka turut menerima kesan angin kencang dan ombak tinggi akibat taufan berkenaan. Justeru, kita minta semua pihak terutama bot atau kapal kecil mengelak keluar ke laut ketika ini," katanya yang menyifatkan keadaan itu amat merbahaya kepada bot atau kapal kecil.

Hujan lebat di seluruh kawasan utara Sarawak mulai petang semalam turut dipercayai berpunca daripada kesan taufan berkenaan.

Jurucakap itu berkata, pemilik bot kecil khususnya nelayan atau kapal diminta sentiasa berhubung dengan jabatan itu dari semasa ke semasa bagi mengetahui situasi angin di Laut China Selatan sebelum memulakan pelayaran.

揓abatan sentiasa mengeluarkan amaran dan keadaan cuaca untuk pengetahuan orang ramai.

"Bagi yang ingin maklumat terperinci mereka boleh berhubung dengan dengan kakitangan jabatan kami sama ada di Miri atau Kuching supaya mendapat maklumat terkini," katanya.

Walaupun, Taufan Utor diramal tidak melanda kawasan perairan Sabah, tetapi mengakibatkan berlaku ombak besar untuk tempoh beberapa hari.

Taufan Utor yang melintasi bahagian tengah Filipina semakin kuat dan bergerak ke barat dengan kelajuan 20 kilometer sejam.

Pada 5 petang semalam ia berada kira-kira 600km ke tenggara Manila dan 1,000 km ke timur laut Kudat, Sabah. Hujan sederhana kadangkala menjadi lebat mungkin berlaku di kebanyakan tempat di Sabah ketika taufan itu merentasi Filipina sebelum memasuki Laut China Selatan menuju Vietnam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2006 01:23 PM | Show all posts
musim ribut skrg ni :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:41 PM | Show all posts
Running away from Typhoon Utor
11 Dec 2006


It was the first time that an Asean meeting had to be called off due to a typhoon scare. Many who were already in Cebu, Philippines, didn抰 know what to expect. LOKMAN MANSOR, who was there to cover the meet, gives a glimpse of the scare and the subsequent 抏vacuation
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2006 08:23 AM | Show all posts
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA DI PERAIRAN
PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK


Taufan Utor kini sedang bergerak ke arah baratlaut menuju ke utara Vietnam
dengan kelajuan 13 kmsj. Pada jam 5.00 pagi 12 Disember 2006, ia berada kira-kira
530 km ke barat Manila, Filipina dan 816 km ke utara Kudat, Sabah.

Angin kencang timurlaut kadangkala mencapai kelajuan 40-50 kmsj dan ombak dengan
ketinggian 3.5 meter sedang berlaku di perairan pantai timur Semenanjung Malaysia
dan keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil.

Angin kencang timurlaut kadangkala mencapai kelajuan 50-60 kmsj dan ombak dengan
ketinggian 4.5 meter sedang berlaku di kawasan perairan Sabah dan Sarawak dan keadaan
ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini dijangka berterusan sehingga hari
Khamis 14 Disember 2006.

Aktiviti ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di perairan Perlis, Kedah,
Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga lewat petang
hari ini(12 Disember 2006). Keadaan ini akan menyebabkan laut bergelora sehingga 3.5 meter
dan berbahaya kepada bot-bot kecil.  ~ Jabatan Meteorologi Malaysia; 12 Dis 2006, jam 7.10 pagi

Curent typhoon Utor track

                     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 08:53 AM | Show all posts

Reply #7 millennium girl's post

kebanyakan siklon tropika (tropical cylone) biasanya terbentuk di 'northwwestern Pacific Ocean' pada bulan Mei dan November.
Ribut tropika pada bulan Disember adakalanya beri kesan pada Malaysia, macam ribut tropika Greg (1996) & ribut tropika Vamei (2001).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084604 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list