CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: merigigi

Apa Itu Mengumpat?

[Copy link]
Post time 23-1-2007 02:08 PM | Show all posts

Reply #20 pinkunoneko's post

yup...
jom share gambar kat sana
muaaahff:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 12:43 PM | Show all posts
Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsaOleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.


Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah, "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Perlu diingat bahawa ada umpatan tidak mendatangkan dosa bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. Maka si isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim.

Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim.

Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel, ia bukanlah umpatan kerana bersifat umum untuk membentuk naratif sebuah cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 16-2-2007 12:43 PM
Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsaOleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada  ...


Terima kasih Mix_chinese kerana sudi berkongsi info...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:04 PM | Show all posts
ish2 sia2 sembahyang 5 waktu kalau mengumpat.. pahala solat bagi free kat org lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:34 PM | Show all posts
laparnya rasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:51 PM | Show all posts
ok....soklan aku pulak....

ada kah dikira mengumpat JIKA seorang ibu yg punya 8 orang anak...

pergi rumah anak no 1, citer hal /perangai anak no 7

pergi rumah anak no 4, citer hal/perangai anak no 3

pergi rumah anak no 2, citer hal/perangai anak no 8

pergi rumah anak no 5, citer hal/perangai anak no 6

begitu lah seterusnya.....

semua cerita2 berkenaan adalah cerita yg tak elok....

tolong bg jawapan, adakah ibu itu berdosa ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2007 11:49 AM | Show all posts
apa pulak nak cerita pengangai budak kat org..budak2 memang nakal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 08:12 PM | Show all posts
soalan sy,

ada seorg rakan tu dia dengar ada org bercakap2 secara terang2an ttg sesuatu hal yg mereka yakin (pastu ada campur cakap2 yg x sedap didengar) walhal apa yg mereka yakin tu tak betul,
tp rakan ni tadi dia tak pasti
lalu dia menceritakan semua itu kpd rakannya itu utk nakkan kepastian sehingga rakan tu terkilan/sedih dengar crita tu......sbb mereka yg bercakap tu tak tahu keadaan sebenar.....

jadi org yg yakin ttg sesuatu hal tu benar/betul tentang org lain tp tak betul pun, mereka ni di kira/ketogorikan sbg apa??

salah tak rakan tadi menyampai perkara yg tak betul tu kpd rakannya utk nakkan kepastian??sedangkan rakan tu jadi sedih/terkilan bila dgr brita tu....mengumpat tak ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2012 12:35 AM | Show all posts
kurangkan bercakap pun bleh juga kurangkan dok mengumpat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 12:19 AM | Show all posts
Reply 1# merigigi


Video asal:
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 03:32 AM | Show all posts
kalau cerita keburukan seseorang, tapi tak dedahkan namanya atau siapa dia, tu kira mengumpat ke? contohnya macam yg kat bod masalah peribadi tu.. cerita pasala masalah dgn MIL la, PIL la, SIL la, BIL laa.. perangai diorang begitu begini.. mengumpat jugak ke tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 12:05 AM | Show all posts
pada diri ini, kalu bleh nak kurangkan ngata2 katorg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 03:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065368 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list