CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54306|Reply: 167

TANAMAN FERTIGASI

[Copy link]
Post time 17-12-2006 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by matlampir at 19-7-2011 03:12

Assalamualaikum,

Dah puas belek2 thread ni..tp tak jumpe pasal tanaman fertigasi, so aku saje nak share maklumat yg aku dpt pasal tanaman fertigasi.

Baru2 ni, member aku gi pameran MAHA dan dia citer pasal teknik penanaman ni..aku pon cam berminat dan aku google la pasal teknik ni, then aku jumpe satu website : http://www.duniadagang.com

So, aku contact brader yg buat projek ni then set appointment ngan dia. So, pg td aku ngan member aku pegi la jumpe dia..HASILnya....sangatla mengujakan aku utk start menda ni. Aku bukannye ape, dah bosan keje makan gaji dan asyik kena stayback. Sib baik lom kawen, kalo tak, mau laki aku carik bini lain..hee hee..


dan masa gi umah dia td aku ada amik gambar sikit...check it out:-




Cili dalam bekas semaian




Green house-tanaman fertigasi ditanam dibawah rumah kalis hujan




Salah satu peralatan, tong berisi air dan baja





Tanaman fertigasi tak gunakan tanah, tapi gunakan sabut kelapa




Buah tomato jepun




Pokok cili yang dia tanam kat tepi pagar umah dia. Masa pagi aku dtg, still ada hijau2 lg, tengahari masa aku nak balik, dah merah dah cili dia




Yang ni pon sama




Pokok kunyit, tomato yang ditanam dalam polibeg


By the way, kalo tak over..kat bawah ni aku attachkan email yg aku anto kat brader tu tanye pasal modal dan peralatan sume..korang bacala..

-------------------------------------------------------EMAIL---------------------------------------------------------------


        On 12/13/06, aku<email aku> wrote:


            Assalamualaikum,

            Saya berminat untuk memulakan projek kecil-kecilan tanaman fertigasi ini. Boleh saudara terangkan modal yang diperlukan sekiranya saya ingin mula dengan 50 polibeg benih cili/tomato/sayuran lain. Saya ingin tahu modal untuk

            1) rumah kalis hujan dan sistem/peralatan fertigasi (untuk 50 polibeg dahulu)
            2) 50 polibeg biji benih (sekiranya pihak saudara ada membekalkan biji benih)
            3) kos sekiranya saya ingin mendapatkan khidmat rundingan

            Untuk pengetahuan saudara, saya ingin cuba di halaman rumah dahulu. Adakah lokasi ini sesuai?

            Saya betul-betul berminat untuk mencubanya dan saya harap saudara dapat menerangkan serba sedikit mengenai teknik penanaman ini.

            Sekian, terima kasih

--------------------------------------------------------------------------------------
   
   tajudin mohd sap <tajudinms@gmail.com> wrote:

        Waalaikummussalam,
         
        Minat memang penting untuk apa jua usaha.
         
        Walaupun saya tidak galakkan saudara menanam cili fertigasi sebagai hobi, tapi tidak pula saya menghalangnya.  Ada sebabnya kenapa saya katakan ini. Cuma saya lebih suka kalau anda terlibat terus secara komersil, kerana harga cili sekarang lebih rm10 sekilo.
         
        saya tidak galakkan tanaman sayur untuk sistem fertigasi, kerana hasil yang rendah berbanding pelaburan permulaan yang tinggi.
         
        utk cili/tomato, bagi 50 polibeg cili/tomato, luas minimum kawasan rumah kalis hujan adalah 7'x60' (atau 25 pokok sebaris)  Ianya boleh dituai mulai 10 minggu setelah ditanam di polibeg dan berterusan dituai hingga 6-8 bulan.
         
        Fertigasi memerlukan sistem pengairan drip/pam/tong/tangki baja/timer/filter.  Bagi pakej saya, kos membangunkan satu rumah kalis hujan lengap dengan sistem fertigasi ini (termasuk khidmat nasihat dan semaian pertama) ialah RM4,000.
         
        Pastikan tanah anda seluas 60'x7' tersebut rata/tidak dinaiki air dan seelok2nya berpagar.
         
        Sebagai makluman, dari segi komersil, untuk tanaman 1,000 pokok tomato/cili, kawasan yang perlu hanya 60'x100'.  Hasil selepas 2.5 bulan ialah 100-200 kilo setiap 3 hari.
         
        Kita boleh berbincang lanjut, kerana anda sudah pun menunjukkan minat.  Itu yang penting.
         
        Terimakasih.
         
        Tajudin 017-8824875


--------------------------------------------------------------------------------------


On 12/13/06, aku<email aku> wrote:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih di atas penerangan saudara.

    Saya ingin bermula secara kecil-kecilan kerana tidak mempunyai modal yang besar untuk mulakan secara komersial. Menurut kawan saya, kita boleh memohon pinjaman mikro sebanyak RM20,000 dari Mara tetapi hendaklah menunjukkan semangat dan usaha yang tinggi. Jadi, saya rancang ingin bermula secara kecil-kecilan dahulu di samping menimba pengalaman sebelum membuat kertas kerja atau hasil yang boleh ditunjukkan kepada pihak Mara/bank bg memudahkan untuk mendapatkan pinjaman daripada mereka. Atau saudara ada cadangan yang lebih bagus untuk saya mulakan secara komersial?

    Walaubagaimana pun, saya ingin tahu, untuk bermula secara komersial dengan 1000 pokok tomato/cili, berapakah modal keseluruhan yang saya perlukan? Dan berapa lama tempoh untuk kita mendapat pulangan modal, maklumlah, pinjam dari bank, takut tak mampu bayar..

    Sekian, terima kasih


--------------------------------------------------------------------------------------


terimakasih

1,000 pokok cili/tomato boleh anda tanam dalam kawasan 60'x100'.  kos pelaburan mengikut pakej saya ialah rm20,000 (termasuk kos pasang dan khidmat nasihat).  dengan kualiti dan penjagaan yang baik, anda boleh tuai antara 100-200 kilo (minimum) setiap 3 hari selepas 2.5 bulan.  harga pasaran ladang semasa ialah rm8/kilo - rm10/kilo.

hasil pulangan adalah tinggi sebenarnya. rumah kalis hujan/sistem fertigasi kena disusut nilai untuk selama 5 tahun.

MARA ada bagi pinjaman pembiayaan untuk sektor pertanian sebanyak rm30k (dulu) dan kini (mulai minggu lepas) dinaikkan kpd rm50k tanpa cagaran, diproses dalam 2 bulan.  Mereka ada sediakan borang, just ambil dan isi.



--------------------------------------------------------------------------------------

So, sape2 yang pernah wat loan pertanian, atau kenal sape2 yg pernah buat, leh la inform aku. Kalo boleh, tak nakla start kecil2an..nak start secara komersial terus, cuma modal tu tak baper nak ada. tanah ada dah. pening pening...yang bestnye, brader tu kata, untuk 1000 pokok, perlukan sorang pekerja je...kalo dah ok, aku sanggup berenti keje, tanam cili full time..penat jd kuli, nak gak rasa jd petani. even brader tu pon dulu keje DRB-HICOM bahagian automotif-berpangkat pegawai. tp sanggup amik risiko buat menda ni full time. dia laki bini pakat amik VSS yg DRB-HICOM offer. duit VSS tu la dorang wat modal bertani. bestkan?

So, mari berbudi kepada tanah!!

[ Last edited by  articulate at 17-12-2006 09:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2006 08:56 PM | Show all posts
ok..baru google jap td..dpt contact no BSN yg boleh bagi mikro-kredit kalo nak apply dana yg disediakan untuk  wanita

Mikro-Kredit BSN Untuk Usahawan Wanita
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan kemudahan pinjaman mikro-kredit dari RM5,000.00 hingga RM20,000.00 untuk usahawan wanita.

Usahawan wanita yang berhasrat memohon pinjaman tersebut hendaklah mendapatkan borang pinjaman daripada mana-mana cawangan BSN. Bagi mendapatkan mentor, pemohon hendaklah menjadi ahli kepada mana-mana persatuan usahawan wanita yang bergabung di bawah FEM seperti berikut:

1. PENIAGAWATI - 03-40437941/15
2. NAWEM - 03-21423325
3. DUID - 03-42533892/2186
4. DPMMS - 03-55199110
5. USAHANITA - 03-56379910/56388085
6. WAWASANITA - 03-42527490
7. SWEPA - 088-265961
8. PIKBM - 03-58916096/0234
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 09:18 PM | Show all posts
walaupun kaedah ni bukanlah baru pun,
tapi info yg saudara bagi sangat berguna..
terima kasih tak terhingga :solute: . ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2006 09:29 PM | Show all posts
hehe..betul...rasanye awal thn 2000 tp belum ramai yg guna teknik ni, so peluang kita masih terbuka luas..
Reply

Use magic Report

namin99 This user has been deleted
Post time 17-12-2006 10:51 PM | Show all posts
Terima kasih di atas maklumat. Saya juga sebenarnya bercadang untuk membuat kaedah penanaman cara ini.
Sekarang ini pun sedang survey untuk pembiayaan dan mendalami kaedah fertigasi ini.
Biasanya tanaman yang biasa untuk fertigasi ialah cili, tomato dan fock melon. Walaupun begitu, maaflah saya tidak tahu yang mana yang paling sesuai secara umumnya. Saya pun masih selidik lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 01:31 AM | Show all posts
ermm menarik gak teknik ni.. macam nak try jer...
tapi tak tau la tanah kat belakang rumah ni luas ke tak...

articulate,
menurut balasan email en tajudin, utk kawasan 7'x60' ia boleh menempatkan 25 pokok dlm satu baris kan.. so ada dua baris la kan utk 50 pokok... saya kurang paham.. maths pun tak baguih..
pastu utk 1000 pokok boleh hasilkan dlm 100-200kg cili setiap 3 hari..
so. if 50 pokok brp hasilnyer yg leh dpt yer?

saja-saja kira:
1000pokok - 100kg
100 pokok - 10kg
50 pokok - 5kg kan?

so dpt la lebih kurang rm50 setiap 3 hari..
so sebulan lebih kurang 10 kali kot.. boleh dpt rm500..

modal RM4000.. dlm masa 10 bulan dpt blk modal..
agak2 pokok cili ni boleh hidup brp bulan?
antara pokok cili/timun/rock melon/tomato yg mana lagi lumayan yer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2006 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by anna_natasha at 18-12-2006 01:31 AM
ermm menarik gak teknik ni.. macam nak try jer...
tapi tak tau la tanah kat belakang rumah ni luas ke tak...

articulate,
menurut balasan email en tajudin, utk kawasan 7'x60' ia boleh menempatk ...



masa gi jumpe dia smlm..lupe plak tanye pasal baper hasil utk 50pokok tu..sbb dah terbayang2 nak wat komersial je..hehe..lgpun dia tak galakkan sangat buat secara kecil-kecilan sbb modal tinggi..bahan asas yang diperlukan kalo buat secara komersial dan kecil2an lebih kurang sama je tp modal jd lebih tinggi..sbb kalo kita tgk 50pokok = RM4000 tp 1000 pokok = RM20,000. so better buat komersial terus, kan?lgpun usaha utk kecil2an ngan komersial sama je..tp hasil komersial lebih lumayan...

tp ada sorang member punye kawan yg keje kat MARA, dia buat 50pokok je..saje2 tanam depan rumah...sebulan memang dia boleh dpt RM400-500..so..betullah teori awak tu...

katakan 1000 pokok yg kita tanam, lepas 2 bulan setengah, kita dah boleh tuai hasil dan bertahan hingga 6-8 bulan seterusnye. lepas 8 bulan baru tanam pokok baru..so..aku pon wat la kire2 sikit..hehe

utk 1000 pokok, selepas 2bulan setengah bleh tuai dpt 100-200kg kan..amik harga pasaran RM8-RM10..so sebulan - RM10,000, bulan ke-4 dpt lg RM10,000 dan rasanye bulan ke-5 dah boleh byr loan balik.. kalo buat loan la...kalo duit sendiri, dah balik modal dah...

tu citer yg best2...tp biasalaa..sume keje ada cabaran, maybe ade tanaman kita ada masalah atau penyakit, kenala bersedia. tp brader tu kata, kalo ikut S.O.P (standard operation procedure) yg dia kasi, insyaAllah boleh berjaya. kena ikut la, hari pertama kena wat ape, hari ke-2 nak wat ape..seterusnye. kalo dlm SOP tu ckp..seminggu sekali kena meracun, kenala buat.

rock melon boleh tuai setiap 60 hari - harga sekilo rock melon kalo jual sendiri bolehlah capai RM5/sekilo. ade member aku pernah beli, sebiji rock melon RM12. cuba brader tu kata, rock melon renyah sikit keje dia, tp hasil lumayan dan permintaan melebihi penawaran. so byk peluang kita kat sini. tp beza rock melon ngan cili, rock melon jangkahayat dia sekali pusingan je, maksudnye lepas 60 hari, kena tanam pokok baru tp cili boleh produce hasil selama 6-8 bulan..

Tp ape yg aku bleh suggest, kontekla brader tu, jumpe dia..insyaAllah, dia boleh explain lebih lanjut. Aku pon baru 1st time jumpe dia smlm, tp byk betul ilmu yg dia share.

aku tengah nak wat proposal nak wat projek ni. dgr citer SME bank bleh bg startup cost. harap2 berjaya

Selamat menanam!

[ Last edited by  articulate at 18-12-2006 08:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 11:07 AM | Show all posts
articulate,
saya ada email gak en tajudin tu.. saja saya tanya dia boleh tak saya nak lawat tapak fertigasi rock melon kat parit buntar tu? sbb saya kat kedah.. dia kata boleh tahun depan january.. sbb skrg pokok kecik lagi baru lepas semai..

dia pun suggestkan buat secara komersial.. tapi saya tak der la tanah seluas 60'x100'..
awk sewa tapak ke?
camana ngn market? kita cari ke derang tolong pasarkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2006 11:38 AM | Show all posts
ni dipetik dari forum lain...
--------

Tuan2 & Puan2

Assalamualikum

Perkenalkan diri saya sebagai Khairuddin.

Bagi tuan2/puan2 yang baru cenderung dalam bidang pertanian, ucapan saya selamat datang,
Apabila saya terbaca ruangan ini atas desakan kawan dan perserta kursus baru saya tahu ramai yang minat tanaman fertigasi ni. 10 tahun dulu kita sibuk dengan hidroponik. Pengalaman menanam hidroponik pada asasnya sama seperti fertigasi cuma sekarang fertigasi kelihatan lebih pintar di sebabkan teraturnya pembajaan dan pengairan.

Saya lihat sistem penanaman ini berubah mengikut zaman tapi yang tidak ikut berubah adalah orang yang minat. Contohnya kami ada buat survey tentang kursus2 tanaman fertigasi  ini  anjuran kerajaan. Kami dapati 30 perserta yang hadir cuma 1 sahaja yang bersungguh-sungguh dan 1 ini juga yang tercari-cari bahan alatan fertigasi di mana cuba mendapatkan kos yang mininal dan akhirnya tamat di situ sahaja. Betul kan?

Jadi berkonsepkan jangan jadi hangat2 tahi ayam itu lah kami adakan kursus untuk perserta yang betul minat dan baru ingin berjinak2 dengan pertanian supaya jangan tersilap langkah.

Untuk pengetahuan semua, kami anjurkan kursus ini setiap bulan dan cuma 6 orang sahaja setiap kursus.
Ini kerana kami perlu menjaga kualiti penyampaian dan penerimaan perserta kursus.

Pakej 100 akan di beri pada setiap perserta yang tamat berkursus dengan kami dan apabila mereka pulang bukan nota salinan di beri, malah peralatan fertigasi turut di bawah balik. Jadi semangat minat itu yang pada mulanya begitu hangat, kami teruskan dengan pakej 100 supaya mereka boleh terus praktikkan di halaman rumah masing2 tanpa perlu tercari-cari.

Jadi di sini perlu saya ingatkan, apabila minat timbul mulakan dulu dengan yang skala kecil-kecilan tidak perlu berbelanja besar contohnya rumah kalis hujan ini. Ada caranya.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya dan dapatkan borang penyertaan kursus.

Kursus di adakan setiap bulan, cuma hari Sabtu dan Ahad , tempat di Perak dan Kuala Lumpur.
Kursus kami lebih banyak praktikal dari duduk di kerusi dan mendengar celoteh pengajar.
Tempat tinggal di sediakan bagi yang perlu termasuk makan dan minum.

Perserta kursus sahaja di benarkan melawat tempat kami.

Keterangan lanjut sila hubungi nombor seperti yang tercatit di bawah.

Sekian terima kasih.

Khairuddin
019-298 4246
duriopark2@yahoo.com
duriopark@yahoo.com.my
Duriopark Agro Trading.



Tambahan...

-------------------

Tuan Jack dan semua

Untuk pengetahuan semua, kami menganjurkan kursus tanaman fertigasi ini setiap bulan, bulan yang terdekat ini ialah bulan Januari 2007.

Seperti yang saya  sebutkan pakej 100 bermaksud 100 polibag,100 dripper, 100 4mm adapter, 16mm LDPE paip, 4mm microtube termasuk pH & EC meter dan sebagainya...etc.

Perserta tidak perlu pening kepala atau bersusah payah mencari alatan tersebut.

Sekiranya perlukan lebih penjelasan hubungi saya di duriopark2@yahoo.com atau hp 0192984246

Sekian terima kasih.

Khairuddin
Duriopark Agro Trading.



[ Last edited by  qash at 21-12-2006 10:03 PM ]
Reply

Use magic Report

kakaktua This user has been deleted
Post time 18-12-2006 06:46 PM | Show all posts
Nak tahu, what is the down side of this tanaman fertigasi. Whats the chances the plant to die or cannot deliver the projected quantity of fruit?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by kakaktua at 18-12-2006 06:46 PM
Nak tahu, what is the down side of this tanaman fertigasi. Whats the chances the plant to die or cannot deliver the projected quantity of fruit?


based on ape yg en tajudin bgtau, possibility utk tanaman ni tak menjadi atau mati, sgt susah kalo follow betul2 dia punye S.O.P. Then, yg lebih menarik kalo guna teknik ni berbanding konvensional (tanam atas batas) ialah, kalo satu pokok yg kena penyakit, kita hanya perlu buang pokok tu aje, then tanam pokok baru dlm beg tu, berbanding kalo tanam atas batas. kalo satu pokok yg kena penyakit, semua pokok yag ditanam dlm batas yang sama kena cabut dan buang sebab penyakit tu menular melalui tanah. So, kat sini dah kurangkan kos kerugian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 12:33 PM | Show all posts
aku berminat la... kat mane tempat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 01:37 PM | Show all posts
awat la tuna emel duriopark tu tak dapat ek?

salah emel add ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:32 PM | Show all posts

Reply #13 tuna_sandwic's post

cuba try buang dot my..
Reply

Use magic Report

kakaktua This user has been deleted
Post time 20-12-2006 01:01 AM | Show all posts
boleh start dengan modal kecil..lebih kurang 1000 ringgit. Bolehlah training kaedah tanaman ni di halaman rumah. After 6 month, bila kita betui betui paham susah senangnya benda ni, then confidentlah sikit cari area tanaman yang besar sikit , and research for market hasil tanaman tu.
Reply

Use magic Report

sirap_limau This user has been deleted
Post time 20-12-2006 02:17 AM | Show all posts
Originally posted by articulate at 17-12-2006 07:21 PM
Assalamualaikum,

Dah puas belek2 thread ni..tp tak jumpe pasal tanaman fertigasi, so aku saje nak share maklumat yg aku dpt pasal tanaman fertigasi.

Baru2 ni, member aku gi pameran MAHA dan d ...



salam,

i'm involve dlm bidang pertanian gak. one thing yang i tertatrik dgn email tu ialah harga cili sampai RM 10 per kg. i ada gak tanya kwn2 yang tanam cili ni, mrk tk penah dpt harga setinggi tu. paling tinggi pun lebih kurang 5 ringgit je. tu pun time perayaan haritu. sekarang ni lebih kurang RM 2 ++. jgn mudah terpengaruh dgn kenyataan rambang ynag mengatakn harga sayur itu tinggi, sayur ini rendah. make survey. harga syur ni flactuate. sometimes crazy than stock market. ada masa harga cili 5o sen per kg. kalau borak dgn org pasar sure kena gelak je. pertanian ni bkn sekadar tnm and produce  syur je. byk menda involve. jgn mudah terpengaruh dgn mereka yang sekadar buat business concultation dan jual peralatan pertanian. just my 2 cents advise
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ain_syafira This user has been deleted
Post time 20-12-2006 09:26 AM | Show all posts
betul tu sirap, dengar masyuk memang hebat. Tapi tak tau sebenornya.
Senang ke nak jual. Ini bab yang paling lemah sekali.
Bila dengar cerita sirap ni, luntur semangat le pulak.
Mintak kawan bagi komen sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2006 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by sirap_limau at 20-12-2006 02:17 AM



salam,

i'm involve dlm bidang pertanian gak. one thing yang i tertatrik dgn email tu ialah harga cili sampai RM 10 per kg. i ada gak tanya kwn2 yang tanam cili ni, mrk tk penah dpt harga s ...


jgn silap paham, lepas je aku jumpe brader tu, aku terus gi pasar mini depan umah aku. aku saje try tanye harga cili kat situ

1) cili api hijau - RM14/kg
2) cili api merah - RM16]kg
3) cili merah segar - RM18/kg

cuba korang tanye kat tpt korang plak. Kita boleh kongsi kat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2006 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by ain_syafira at 20-12-2006 09:26 AM
betul tu sirap, dengar masyuk memang hebat. Tapi tak tau sebenornya.
Senang ke nak jual. Ini bab yang paling lemah sekali.
Bila dengar cerita sirap ni, luntur semangat le pulak.
Mintak kawan bag ...



paling teruk pon, hantar je kat FAMA. Konfem dorang amik. tp biasala..FAMA amik harga murah..better jual sendiri
Reply

Use magic Report

ain_syafira This user has been deleted
Post time 20-12-2006 10:06 AM | Show all posts
timakaseh articulate.
Nanti aku tanya kat tempat aku pulak.
You area mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.203254 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list