|
ALBUM: Mari Bersama
ARTIS: Zehra Zambri
GENRE: Pop
DUA tahun lalu, Zehra muncul dengan album sulung yang dihasilkan menggunakan duit poket sendiri. Sayang album itu tidak banyak membantu untuk memperkenalkan nama Zehra meskipun menggunakan khidmat komposer terkenal dan hebat.
Situasi itu tidak mematahkan semangat penyanyi ini. Hampir setahun melalui proses menyesuaikan diri, Zehra melancarkan album keduanya, Mari Bersama.
Memilih pop sebagai teras penerbitan, album ini ditangani lima komposer handal tanah air iaitu Ajai, Aidit Alfian, Cat Farish, Neves dan Sharon Paul.
Kepelbagaian idea daripada penerbit tersohor itu memberi variasi kepada Mari Bersama yang dihiasi lagu bermacam rentak iaitu balada, funky, pop R&B dan pop kontemporari.
Memuatkan lapan lagu, enam daripadanya adalah rakaman terbaru manakala dua lagi dipetik daripada album sulung Zehra.
Zehra bagaimanapun memberi nafas baru untuk lagu Tak Berubah dan Malam Yang Ganjil bagi disesuaikan dengan keseluruhan mood album ini.
Lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Mari Bersama, Aku Cintamu, Puitis Sekeping Hati, Cinta Seluruh Dunia, Jalan Pintas dan Gelisah Berbisik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|