CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gigipalsu

CARA MERAWAT RUAM LAMPIN????

[Copy link]
Post time 9-1-2007 03:34 PM | Show all posts
ada sorg kawan bagi petua sapu dgn tepung ubi je kat ruam tu, cepat je kering
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 04:20 PM | Show all posts

Reply #21 paulinevoon's post

yup....tepung ubi ni sgt effective on my son...sebelum guna dah cuba macam2 jenama krim...krim gamat pun pernah try..but amazingly bila guna tepung ubi ni jer terus ok....
anak epal mmg kulit sensitif..senang sgt dpt ruam & melecet....masa umo dia 1++ baru tergerak hati nak pakai tepung ubi, itupun atas nasihat seorang pead dr HKL....alhamdulillah it works on my son's skin...mudah dan murah:love:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:43 PM | Show all posts
saya dulu guna cream zinc oxide utk anak saya. satu lagi lepas mandi pastikan lap kering-kering. jangan letak bedak. cuma pakai cream tu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2007 09:12 AM | Show all posts
my  baby pun ada masalah ni masa awal2 de lahir dulu. pastu my sister cadangkan beli satu krim ni kat farmasi.. nama krim tu SSD.. mmg berkesan.. sekali satu je ruam boleh hilang.
pastu ada sekali tu de kena ruam kat kepala.. penuh satu kepala.. p klinik kerajaan, de bagi krim warna pink.. ni pun elok gak kalau letak kat yg kena ruam lampin tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 12:37 PM | Show all posts
Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 03:36 PM | Show all posts

Reply #13 mder's post

hah, betul...anak aku guna dopruline jek kat farmasi ada jual....
Reply

Use magic Report

Follow Us
spidernfly This user has been deleted
Post time 8-2-2007 08:48 AM | Show all posts

Reply #1 gigipalsu's post

actually the best way is, tak yah pakaikan lampin langsung. biar terdedah to udara. tapi ye la, you have to be there to clean up if dia kencing or berak. but it does work.. and penting, it works naturally. and bila mandikan, tak yah guna sabun. baby pun bukannyer kotor sgt.

if kena candida... this is a fungus infection actually.... pead akan bagi some ubat. can either be taken orally or in cream form.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 04:20 PM | Show all posts
anak2 epal kalau kena ruam lampin tu, epal sapukan drapolene tube dia warna merah keluaran gsk. mmg mujarab....guna 2 atau 3 kali dah elok..... kalau jenama lain tak elok2....mmg kena ada kat rumah.... beli kat farmasi guardian selalu ada.....sebelum drapolene tu pasti bahagian yg kena ruam tu kering.. sapu rata bah ruam tu... setiap kali tukar diapers... insyaallah akan hilang......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 11:27 AM | Show all posts
anak fina ada ruam kat punggung dia jer.....pas tu tang lubang montot tu merah jer...nak kata jarang tukar pamper, salalu gak....tapi bila sapu ngan nappers cream johnson, terus jer ilang.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by <i>paulinevoon</i> at 9-1-2007 03:34 PM<br />
ada sorg kawan bagi petua sapu dgn tepung ubi je kat ruam tu, cepat je kering
<br />

yup pauline..skrg aku pun tgh dok letak tepung ubi nie kat anak aku..ader nampak perubahan ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:23 PM | Show all posts

Reply #30 YoGurt's post

pengalaman dulu anak kite teruk kena diaper rash sebab bibik tak basuh betul. Puas letak bepanthene cream, zinc oxide .....semua tak jalan.rashnya merah menyala. so molly pun bukak le internet baca.dalam tu ade cerita kalau merah menyala mungkin kena fungal infection......so best treatment is to put canestan cream (antifungal)......tak lama lepas tu terus baik
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:30 AM | Show all posts
anak nurin dah masuk 4 mths..setakat ni x penah lagik ade ruam lampin..coz dr mula2 lagik just pakai tepung ubi je kat dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 12:39 AM | Show all posts
cuba try pakai petroleum jelly ada kat farmasi atau ECONAZINE memang berkesan tapi ECONAZINE sapu sikit jer tapi petroleum jelly nie x ape(ellok juga utk merawat kaki yg kering mcm bersisik tu)
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 10:43 PM | Show all posts
aku pakai tepung ubi or tepung jagung...1 kampit baru 90 sen..alhamdulillah. pernah cuba mcm2 krim tapi tak sesuai dgn kulit anak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 04:01 PM | Show all posts
haah..marsya pon 2 minggu kena ruam ni...
style yg beso2 cm chicken pox...
mcm2 cara dh buat...bogelkan la,sapu bepanthen la,drapolene la...
kejap jek pastu jadi balik...
last2 guna tepung ubi jer...
apply sekali elok tukar diaper pastu tgk dh kering...alhamdulillah...
ubat dia murah je rupa nyer...
tp parah gak la..straight 2 minggu pakai mamypoko...
ape nk buatnk bg anak baik cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 04:32 PM | Show all posts

Reply #35 dak_ishlah's post

anak aku aritu baru kena ruam yg mcm ko ckp tu.. besor2 mcm kena ciken pox.. pening kepala haku.. aku beli kat kedai ubat cina serbuk bedai 'liu yee san'.. terus hilang.. mujarab betul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2007 04:34 PM | Show all posts

Reply #36 paulinevoon's post

btw... anak aku bukan kena kat bum bum/genital area.. dia kena kat bahu, tangan dan kaki lak.. macam kena simptom kosaki tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:14 AM | Show all posts
bb sha dulu pun ada rashes tapi sha gi farmasi dekat umah dorang syor satu krim nama dia tak ada tapi dorang kata krim no 2 ... so far alhamdullilah rashes dia baik sekarang ni memang tenyeh tu aje ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 01:44 PM | Show all posts
Ruam lampin jangan ambil mudah
Oleh Roslah Othman

BAYI mengalami ruam lampin? Itu masalah biasa bagi kebanyakan bayi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukan satu penyakit bahaya dan lama kelamaan akan hilang jika disapu krim lampin yang disyorkan.

Itulah tanggapan sesetengah para ibu mengenai masalah ruam lampin atau anda sendiri sebagai ibu mungkin pernah berperasaan sama seperti mereka.

Bagaimanapun, Pakar Kanak-Kanak dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Fadzilah Ghazali, tidak menolak kemungkinan ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida jika tidak dirawat dengan segera.

Menurutnya, terdapat dua jenis ruam lampin yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak iaitu contact irritant dermatitis dan contact allergic dermatitis.

Komplikasi daripada masalah ruam lampin ini termasuklah jangkitan bakteria dan kulat pada kulit, jangkitan salur kencing dan ruam alahan kulit iaitu ekzema.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai ruam lampin beliau berkata, kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin. Ia merupakan keadaan di mana kulit bayi yang sememangnya sensitif, menjadi merah dan mengalami keradangan, terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha.

揜uam lampin lazimnya terjadi di bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin. Sekiranya ada jangkitan kandida akan terdapatlah satellite lesion. Keadaan ini menjadikan bayi tidak selesa dan meragam,拻 ujarnya.

Beliau berkata, antara gejala-gejala ruam lampin termasuklah tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha. Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti.

Menjelaskan punca-punca terjadinya ruam lampin, Fadzillah berkata ia berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan najis.

Katanya, gangguan bahan kimia dan ammonia yang dihasilkan oleh air kencing secara tidak langsung memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan. Turut dikaitkan alahan pada bahan cucian atau kandungan pada lampin pakai buang.

Beliau berkata, masalah ini boleh dielakan dengan mempraktikkan penjagaan kebersihan yang betul oleh ibu bapa.

揝ebaiknya, tukar lampin bayi dengan lebih kerap dan punggung bayi perlu dibersihkan untuk menghilangkan sisa air kencing. Berikan rawatan yang bersesuaian contohnya, krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berulang-ulang,拻 ujarnya sambil menegaskan ruam lampin tidak harus dipandang ringan.

Nasihat beliau, jika ruam berterusan dan tidak sembuh berjumpalah doktor dengan segera.

Rutin penukaran lampin

- Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.

- Tepuk kering dan biarkan terdedah sehingga kering.

- Guna krim penghadang ataupun krim perlindungan.

- Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta.

- Jika menggunakan lampin kain, jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.

- Ambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 01:06 PM | Show all posts
baby mira kena ruam lampin..dah melecet pun...semalam menangis bila air kencing dia kena tmpat yg melecet tu...betul2 kat petpet dia...huhu..kesian sgt...dah p jumpa doktor semalam petang bila bawa balik dari bbsitter tgk petpet dia dah merah menyala..

doktor bagi bedak apa ntah...bedak berubat...tp tak berapa nak ok je tgk...nak letak dropolene dia tak bagi pulak...

sat g kul 2 nak jumpa paed lain....

tak tau la sbb apa..selama duk jga dia tak pernah la pulak kena ruam lampin...dah nak masuk 2 bulan bbsitter jaga..jd mcm ni...
diapers tukar katanya...sbb neisya tgk mesti kurang 5 keping dari baki yg neisya bagi...dah la pakai mamypoko plak tu..pokai la mama...tp tak kisahlah..janji dia tukar betul2...maybe tak letak minyak yg selalu neisya pakai kot....hmmm..ntahlah...maybe kulit mira sensitif sgt....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.078604 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list